Najib Razak @najib_razak Channel on Telegram

Najib Razak

@najib_razak


Official Telegram Channel of Najib Razak

Najib Razak (English)

Welcome to the official Telegram Channel of Najib Razak! Najib Razak is a prominent Malaysian politician who has served as the Prime Minister of Malaysia from 2009 to 2018. He is known for his contributions to the country's economic development and for his efforts in promoting unity among its diverse population. This channel serves as a platform for Najib Razak to connect with his supporters and share updates on his activities, initiatives, and views on various issues. By joining this channel, you will have exclusive access to firsthand information from Najib Razak himself, including his thoughts on current events, policy proposals, and future plans. Stay informed and engaged by subscribing to Najib Razak's official Telegram Channel today!

Najib Razak

31 Oct, 14:16


Kawan masa susah payah dicari

Najib Razak

30 Oct, 13:56


Selamat Menyambut Hari Deepavali

Najib Razak

30 Oct, 04:36


Doakan untuk Najib Razak

Najib Razak

29 Oct, 09:07


Apakah sebabnya DSN diperlakukan sebegini? Seolah-olah....

Sedih memikirkan apa yang dihadapinya.

Najib Razak

28 Oct, 14:07


Kami semua menunggu kepulangan ke sisi.

(🎥 BN Pahang)

Najib Razak

24 Oct, 10:07


Permohonan Maaf oleh Najib Razak kepada rakyat Malaysia.

Najib Razak

24 Oct, 09:06


KENYATAAN DATO' SRI NAJIB RAZAK

1. Sepanjang saya menjalani hukuman penjara selama 26 bulan dan susulan pelbagai perkembangan terkini yang signifikan berkaitan dengan 1MDB, saya terpanggil untuk membuat kenyataan berikut:

2. Pertama sekali, setiap hari saya berasa amat terluka mengetahui bahawa segala kecurangan dalam 1MDB berlaku semasa di bawah pengawasan saya sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

3. Perbicaraan mahkamah baru-baru ini dan sabitan kes terhadap eksekutif PetroSaudi di mahkamah Switzerland dan artikel terkini yang diterbitkan oleh The Edge yang berdasarkan kepada analisa mereka terhadap kes tersebut serta e-mel dalaman PetroSaudi, sekali lagi membuktikan bahawa saya bukanlah dalang dan tidak bersubahat dengan Jho Low untuk menyeleweng dana 1MDB.

4. Rumusan daripada artikel yang diterbitkan oleh The Edge telah menyatakan bahawa PetroSaudi dan Jho Low bersubahat untuk memperdayakan saya. Saya tidak sedar bahawa PetroSaudi telah mengalihkan dana 1MDB dan saya tidak langsung mengetahui bahawa saya telah menerima wang daripada dana yang telah dihantar oleh 1MDB kepada PetroSaudi.

5. Walaupun sukar bagi sesetengah pihak untuk memahami, saya telah dinasihati dan dengan jujur mempercayai pada masa itu bahawa dana yang saya terima adalah merupakan sumbangan politik daripada Kerajaan Arab Saudi. Sepertimana yang telah ditetapkan dalam prosiding mahkamah, memang terdapat dua sumbangan besar yang disahkan pada tahun 2010 diterima daripada Kerajaan Arab Saudi. Sumbangan tersebut tidak pernah menjadi subjek dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil.

6. Apabila berlakunya kebimbangan dan pelbagai pihak mula mempersoalkan apa yang berlaku di 1MDB, saya sepatutnya mengambil tindakan yang berbeza. Saya telah mengarahkan pelbagai siasatan dijalankan namun saya cenderung untuk mempercayai penjelasan oleh lembaga pengarah dan pihak pengurusan 1MDB. Apabila saya mula curiga tentang apa yang sebenarnya berlaku di 1MDB, kebimbangan utama saya adalah kepada usaha memulihkan kedudukan kewangannya dan risiko yang ditimbulkannya terhadap hubungan diplomatik dan dua hala di peringkat tertinggi.

7. Saya telah pun dihukum dari segi politik walaupun dengan jelas saya bukanlah dalang kepada segala penyelewengan dalaman 1MDB dan tidak pernah sekalipun bersubahat dengan Jho Low. Justeru, saya tidak sepatutnya menjadi mangsa dari segi undang-undang. Saya masih lagi terkejut dengan mendalam apabila mengetahui kini kepincangan, perbuatan yang tidak bermoral dan pelanggaran undang-undang yang telah berlaku di 1MDB.

8. Saya amat kesal dengan apa yang telah berlaku di SRC dan 1MDB. Namun dipertanggungjawabkan secara undang-undang untuk perkara yang saya tidak mulakan atau mengetahui secara sedar, adalah tidak adil kepada saya dan saya berharap serta berdoa agar proses keadilan akan memihak kepada saya dan membuktikan saya tidak bersalah.

Najib Razak

24 Oct, 03:51


YB Dato' Nizar Najib, anak sulung DSN akan mengadakan sidang media hari ini bersama peguam DSN pada jam 4 petang di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Najib Razak

21 Oct, 04:27


10 tahun telah berlalu.

DSN dalam biliknya di Kementerian Kewangan buat persiapan Bajet 2015.

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Najib Razak

20 Oct, 07:33


Siapa ingat lagi kepada projek PR1MA bawah Najib Razak?

Najib Razak

11 Oct, 07:51


Najib Razak sentiasa membantu para nelayan di seluruh negara.

Najib Razak

01 Oct, 08:34


Siapa pernah rasa nikmat BR1M bawah Najib Razak?

Najib Razak

24 Sep, 08:11


Mereka hanya ada 2 pilihan - Najib Razak

Najib Razak

17 Sep, 06:48


Sebak lihat apa yang dilaluinya 🥺😢

Ya Allah berikanlah kekuatan kepada dia

Ya Allah ringankan lah ujian dia

HambaMu merayu berdoa 🤲🏽

Najib Razak

16 Sep, 02:51


12 Rabiulawal tarikh penting buat umat Islam sempena kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Salam Maulidur Rasul.

Sama-sama kita perbanyak selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga sunnahnya sentiasa menjadi panduan dan marilah kita terus mencontohi akhlak dan perlakuan Baginda setiap masa.

(Gambar DSN menghadiri Sambutan Maulidur Rasul 1438H/2016M di Masjid Putra)