Seorang wanita berusia 25 tahun dikatakan kemaruk menjalinkan hubungan dengan lelaki berusia 45 tahun yang mengaku bekerja sebagai pegawai polis. Bermula dengan perkenalan menerusi Facebook selama 2 bulan, akhirnya kedua-duanya terbuai dengan nafsu sehingga ke tahap melakukan perbuatan ranjang.
Abang polis pujuk untuk bercerai dengan suami sah.
Sepanjang percintaan itu berlangsung, polis tersebut meyakinkan si perempuan untuk bercerai dengan suaminya. Katanya jika sudah berpisah, dia berjanji untuk menikahi wanita tersebut sekaligus menjalani hidup bersama. Termakan pujuk rayu si Abam Polis, wanita itu benar-benar meminta cerai dengan suami sah.
Habis madu sepah
dibuang….Skandal 'lesap' lepas tidur bersama.
Malangnya setelah 'ditiduri', polis itu tiba-tiba menghilangkan diri, tidak menjawab panggilan dan _menyekat segala media sosial atas atasan bertugas luar negeri. Wanita berkenaan yang sedar dirinya dipergunakan nekad melaporkan penipuan it kepada polis. Siapa sangka, hasil pemeriksaan mendapati lelaki tersebut adalah polis palsu.