INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Channel @ikjbmc Channel on Telegram

INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Channel

@ikjbmc


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen

INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Channel (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Channel! Saluran ini membawa kepada anda maklumat terkini mengenai kemalangan, jenayah, dan bencana di Malaysia. Dengan mengikuti saluran ini, anda akan dapat mengakses berita terkini dan maklumat penting yang berkaitan dengan keselamatan dan keadaan semasa di negara kita

Siapa sebenarnya kami? Kami adalah satu saluran yang diuruskan oleh individu yang komited untuk memberikan maklumat yang tepat dan berguna kepada masyarakat Malaysia. Kami memahami kepentingan untuk sentiasa berada dalam keadaan yang berwaspada terhadap kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku di sekeliling kita

Apa yang akan anda dapatkan dari saluran ini? Anda akan dapat menyemak berita mengenai kemalangan jalan raya, kejadian jenayah yang berlaku di sekitar kawasan anda, serta maklumat tentang bencana alam yang perlu diambil perhatian. Saluran ini adalah satu sumber maklumat yang penting untuk membantu anda menyediakan diri dalam situasi-situasi genting

Kami ingin menegaskan bahawa pihak admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diberikan oleh pembaca. Oleh itu, kami mengalu-alukan perbincangan yang sihat dan berhemah di kalangan ahli saluran. Komen yang berbentuk provokasi atau tidak sesuai dengan etika akan diambil tindakan yang sewajarnya

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai saluran INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Channel ini dan terus mendapatkan maklumat terkini yang sangat penting untuk keselamatan anda dan keluarga. Pastikan anda sentiasa berwaspada dan berpengetahuan dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mungkin terjadi di sekitar kita.

INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Channel

21 Nov, 04:49


Kemalangan maut pagi tadi di jalan parit panjang, Ayer Baloi, Pontian.

Sumber
Group whatsapps

#BabyMariaz
#infokemalanganjenayahbencana
@ikjbteam

INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Channel

21 Nov, 04:48


Kemalangan parit karjo.jalan ayer hitam ke batu pahat.mangsa penunggang motorsikal maut.

Sumber
Group whatsapps

#BabyMariaz
#infokemalanganjenayahbencana
@ikjbteam

INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Channel

21 Nov, 03:23


Mohon bantuan sahabatยฒ di kawasan KL atau luar KL untuk menyebarkan status ini dalam usaha yang masih GAGAL DIKESAN.

BUTIR-BUTIR ORANG HILANG:-

NAMA: SITI RIFA SAHARA BINTI TOHA
JANTINA: PEREMPUAN
WARGANEGARA: MALAYSIA
KETURUNAN: MELAYU
AGAMA: ISLAM
TARIKH HILANG: 18/11/2024
UMUR MASA HILANG: 41
LOKASI TERAKHIR : PERUMAHAN SRI LANGKAWI 2 GOMBAK

Sehingga status ini ditulis 20/11/2024, jam 8.00pm.
SITI RIFA SAHARA masih GAGAL DIKESAN.

Jika sesiapa yang terjumpa atau terlihat sila hubungi no ini : -
012-3729108 FAIZ (abang) atau balai polis berdekatan.
Moga pertolongan sahabatยฒ dapat membantu keluarga kami dalam mengesan di mana SITI RIFA SAHARA berada.
.
Terima kasih atas bantuan semua.

#infokemalanganjenayahbencana

INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Channel

20 Nov, 14:35


Makan modai!
Myvi buat apa hari ini..

#infokemalanganjenayahbencana

INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Channel

20 Nov, 13:43


โ€˜Roadtaxโ€™ lesen fizikal kembali tahun depan, ada bayaran tambahan โ€“ MOT

Oleh KOSMO!
20 November 2024, 6:24 pm

KUALA LUMPUR โ€“ Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menawarkan pilihan kepada orang ramai sekiranya mereka ingin mendapatkan cukai jalan dan lesen memandu secara fizikal seperti sebelum ini.

Menterinya, Anthony Loke berkata, tawaran tersebut akan dilaksanakan bermula tahun depan menerusi satu inisiatif baharu, namun ia akan melibatkan satu kadar bayaran.

Ini kerana kata beliau, ada segelintir pihak mahukan cukai jalan dan lesen memandu dikeluarkan secara fizikal biarpun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan pendigitalan.

โ€œMasih ada lagi rungutan orang ramai bahawa mereka ingin melihat atau mencetak lesen atau cukai jalan. Memang kita akan tambah baik.

โ€œAwal tahun depan kita akan umumkan satu inisiatif kepada mana-mana pihak atau orang ramai yang ingin mencetak lesen mereka secara fizikal mereka. Mungkin kena bayar pencetakan itu,โ€ katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang bertanyakan keberkesanan pendigitalan memberikan penjimatan apabila kurangnya pencetakan.

Dalam pada itu, Loke memberitahu aplikasi Mobile MyJPJ sudah dimuat turun 13.7 juta pengguna sejak dilancarkan tahun lalu.

โ€œDari segi transaksi orang yang memperbaharui cukai jalan atau lesen mereka pula mencecah lebih 1 juta transaksi manakala jumlah kutipan MyJPJ ini pula setakat 31 Oktober pula mencatat hampir RM121 juta,โ€ ujarnya. โ€“ KOSMO! ONLINE

#Kosmo
#infokemalanganjenayahbencana

INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Channel

20 Nov, 12:57


Seorang maut, 5 cedera dalam kemalangan lori kontena dan kereta

20 November 2024, 7:37pm

MUAR: Seorang mangsa maut dan lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori kontena dengan sebuah kereta dekat Bukit Gambir, dekat sini.

Nahas dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang tadi di laluan lebuh raya antara Bukit Gambir ke Pagoh.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menerusi visual yang tular di media sosial, mangsa termasuk beberapa kanak-kanak cedera di lokasi kejadian.

Kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah treler yang terbabas hingga menyebabkan kemalangan kereta terbabit.

Nahas menyebabkan kesesakan akibat laluan tengah lebuh raya terhalang treler.

Artikel โžก๏ธ Buletin Tv3

#BuletinTV3
#infokemalanganjenayahbencana

INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Channel

20 Nov, 12:54


info tak lengkap
๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”

#infokemalanganjenayahbencana

8,425

subscribers

33,548

photos

8,438

videos