NutritionistKKMRasmi @nutritionistkkmrasmi Channel on Telegram

NutritionistKKMRasmi

@nutritionistkkmrasmi


NutritionistKKMRasmi (English)

Are you looking to improve your health and well-being through proper nutrition? Look no further than the NutritionistKKMRasmi Telegram channel! This channel is managed by the renowned nutritionist KKMRasmi, who has years of experience in helping individuals achieve their health goals through personalized nutrition plans. With a focus on promoting a healthy lifestyle and balanced diet, NutritionistKKMRasmi provides valuable tips, recipes, and advice on how to make healthier food choices. Whether you are looking to lose weight, improve your energy levels, or simply eat better, this channel has something for everyone. Join now and start your journey towards a healthier you with NutritionistKKMRasmi!

NutritionistKKMRasmi

03 Jan, 10:42


Calling All Nutritionist!

Sudahkah anda mendaftar sebagai Ahli Pemakanan? Anda mempunyai persoalan berkenaan pendaftaran? Sertai kami di Sesi Taklimat Pendaftaran Profesion Ahli Pemakanan ini!

Untuk Makluman, profesion Ahli Pemakanan atau Nutritionist dikawal selia di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu (AHP) Akta 774 dan di bawah akta ini, hanya Ahli Pemakanan Berdaftar yang dibenarkan untuk mengamalkan di Malaysia.

NutritionistKKMRasmi

02 Jan, 12:02


Capai Saranan Sayur dan Buah

Tahun baru mesti lah azam baru kan!! Jadi jom kita berazam untuk capai saranan pengambilan sayur dan buah setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 3 sajian sayur dan 2 sajian buah setiap hari.

Ingat, segala perubahan bermula daripada 1 langkah yang kecil. Semoga tahun baru ini menjadi titik tolak perubahan untuk anda lebihkan pengambilan sayur 3 saiz hidangan dan 2 saiz hidangan buah setiap hari.

#AzamBaru2025
#CapaiSarananSayurBuah
#JagaPemakananHarian
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

01 Jan, 12:12


Azam 2025: Berat Badan Ideal, Hidup Lebih Sihat!

Jadikan tahun baru yang bakal tiba lebih bermakna dengan memulakan langkah kecil ke arah kesihatan yang lebih baik.

Tip mudah:
1. Amalkan Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh
2. Kurangkan makanan & minuman tinggi gula. Utamakan air kosong
3. Elakkan makanan terproses, tinggi garam & lemak
4. Lebihkan sayur-sayuran & buah-buahan. Ambil 2 sajian buah dan sekurang-kurangnya 3 sajian sayur setiap hari
5. Tingkatkan aktiviti fizikal setiap hari

Mulakan hari ini, demi kesihatan diri dan keluarga. Anda mampu mengubahnya!

#Azam2025
#GayaHidupSihat
#BeratBadanIdeal
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

01 Jan, 05:32


Tahun baru, peluang baru. Jom sama-sama capai impian dan buat perubahan positif! Apa azam anda untuk tahun 2025 ni?

Tahun baharu adalah waktu yang sangat sesuai untuk anda membuat perubahan gaya hidup kepada lebih sihat sekaligus meninggalkan tabiat buruk.

Jom semak semula amalan kita, adakah sudah cukup untuk menjadikan kita sebagai individu yang lebih "SIHAT"? Jika tidak, ubahlah kepada amalan dan tabiat yang lebih sihat demi kesejahteraan hidup di masa akan datang.

#SelamatTahunBaru
#ChecklistPemakananSihat
#AzamBaru2025
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

01 Jan, 00:36


Selamat tinggal 2024.. Selamat datang 2025!

Jom mulakan 2025 dengan mengamalkan gaya hidup lebih sihat โ€“ pemakanan seimbang, dapatkan berat badan ideal, aktiviti fizikal dan kesihatan mental yang positif.

Kedatangan Tahun Baru juga bersempena dengan kedatangan bulan Rejab, jadi ambillah peluang untuk โ€˜RESETโ€™ semula amalan pemakanan sihat dan berpuasa secara berkala untuk kesihatan yang lebih baik.

Masa untuk jadi versi terbaik diri kita!

#SelamatTahunBaru
#AzamBaru2025
#TahunBaruPeluangBaru
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

31 Dec, 11:06


TERIMA KASIH 2024 DAN SELAMAT DATANG 2025!

Terima kasih atas sokongan yang anda berikan terhadap info-info yang dikongsikan oleh NutritionistKKM sepanjang tahun ini. Kami kongsikan TOP 10 posting NutritionistKKM yang diminati ramai pada tahun 2024.

Teruskan memberi sokongan anda kepada kami dan nantikan lebih banyak info-info pemakanan terbaik dan berguna untuk rakyat Malaysia pada tahun 2025.

Jom! Jadikan Amalan Pemakanan Sihat Sebagai Satu Gaya Hidup Berterusan.

#SelamatTinggal2024
#SelamatDatang2025
#TopPostingNutritionistKKM
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

31 Dec, 02:26


Kuah yang berlemak/ berminyak/ manis akan menyebabkan pertambahan kalori yang tidak diperlukan. Oleh itu, pengambilan kuah berlemak/ berminyak secara berlebihan (sehingga banjir) secara kerap boleh mengakibatkan kenaikan berat badan dan seterusnya meningkatkan risiko obesiti.

Jadi, hadkan pengambilan kuah banjir yang berlemak/ berminyak dan tukar kepada kuah yang ditumis atau sup sebagai alternatif yang lebih sihat.

#KurangkanKuahBanjir
#MakanSecaraSederhana
#KawalGaram
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

28 Dec, 05:28


๐Ÿ“‹ PENTINGNYA BACA LABEL MAKANAN ๐Ÿ“‹

Tahukah anda bahawa membaca label makanan adalah langkah pertama untuk membuat pilihan yang lebih sihat? Dengan membaca maklumat pada label, anda boleh mendapat maklumat berkaitan kandungan kalori, gula dan nutrien lain dalam produk tersebut.

Jom, ambil masa sejenak sebelum membeli dan semak label makanan. Kesihatan kita, tanggungjawab kita!

#AmbilMasaBacaLabelMakanan
#BerwaspadaAkuanFungsiMakanan
#MalaysiaSihat
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

27 Dec, 11:11


KEBAIKAN SERAT

Mengapa serat penting dalam pemakanan seharian anda?
Panduan Pemakanan Malaysia 2020 turut menggalakkan pengambilan serat sebagai sebahagian daripada menu harian kita.
Antara kepentingan atau kebaikan serat kepada tubuh badan kita adalah seperti dalam infografik.

Oleh itu, ambillah serat dalam pemakanan harian anda!

#SeratUntukKesihatan
#PencernaanSihat
#SihatTanpaObesiti
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

26 Dec, 12:14


โ€œAIR KOSONG ATAU AIR MANIS?โ€

Apakah pilihan anda ketika anda makan?

Atau anda keliru yang mana satu anda perlu pilih?

Terdapat banyak kebaikan memilih air kosong berbanding minuman manis. Antaranya ialah:
* Pilihan yang lebih sihat
* Menjimatkan kalori
* Menjimatkan duit
* Menghilangkan dahaga

Oleh itu, pilihlah air kosong sebagai minuman pilihan anda setiap kali anda makan.

#AirKosongLebihBaik
#PilihanSihat
#JimatKalori
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

26 Dec, 07:38


Bijirin penuh mengandungi serat, vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan kita. Amalan pengambilan bijirin penuh dalam pemakanan harian dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan obesiti. Ia juga membantu dalam pencernaan yang baik dan memberikan tenaga yang berterusan sepanjang hari. Jom lihat tip meningkatkan pengambilan bijirin penuh dalam makanan harian anda!

#PilihBijirinPenuh
#GayaHidupSihat
#TipMeningkatkanBijirinPenuh
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

25 Dec, 11:04


Makan mengikut saiz sajian harian yang betul bukan sahaja membantu mengawal kalori, tetapi juga memastikan kita mendapat nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan mencukupi.

Dengan membuat pilihan yang bijak, kita dapat menikmati makanan yang seimbang tanpa berlebihan.

Ingat, keseimbangan adalah kunci untuk hidup sihat dan bahagia! ๐ŸŒฟ๐Ÿฝ๏ธ

#KawalKalori
#PemakananSihat
#BelajarSaizSajian
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

25 Dec, 05:19


Sudah makan tengahari? Tiba masanya untuk menikmati hidangan makan tengahari untuk hari ini.


Tapi sebelum itu jom kita jawab kuiz #SukuSukuSeparuh dibawah ini dan jangan lupa untuk secara konsisten mengamalkannya 3 kali sehari sewaktu makan utama anda!


#PingganSihatMalaysia
#SukuSukuSeparuh
#KawalPorsiMakanan
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

25 Dec, 00:54


Anda masih boleh menikmati perayaan Krismas sambil menjaga kesihatan dengan elakkan makan berlebihan. Ambil sedikit dari pelbagai hidangan untuk merasai semua tanpa berlebihan. Banyakkan pilihan sihat di meja seperti salad segar, buah-buahan atau protein rendah lemak seperti ayam tanpa kulit atau ikan.

Kek dan pencuci mulut adalah sinonim dengan Krismas, tetapi lebihkan pilihan buah dan sayur. Ambil sedikit masa untuk berjalan kaki selepas makan besar. Ini membantu pencernaan dan mengelakkan rasa kembung.

#TahunBaruSihat
#KrismasDenganSederhana
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

24 Dec, 12:24


ANDA PENGGEMAR MINUMAN BERKAFEIN SEPERTI KOPI DAN TEH?

Ramai yang gemar mengambil kopi dan teh untuk kekal segar sepanjang hari. Namun, pengambilannya secara berlebihan boleh memudaratkan terutama bagi mereka yang mempunyai risiko penyakit. Ambillah secara sederhana ya! Mengurangkan kafein boleh membantu mencegah pelbagai kesan sampingan yang berbeza bagi setiap individu.

#KurangkanKafein
#PencintaKopi
#CegahNCD
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

24 Dec, 08:13


Ramai masih tidak sedar bahawa kacang mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan. Kekacang kaya dengan nutrien, terutamanya protein dan lemak poli tidak tepu.

Contoh protein tumbuhan termasuk kacang soya, kacang dal, kacang kuda, kacang merah, badam, pistachio, walnut dan biji bunga matahari.

Makanan berasaskan kacang juga boleh dijadikan pilihan snek yang lebih sihat.

#SnekSihat
#KacangUntukKesihatan
#ProteinBertenaga
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

20 Dec, 03:07


๐ŸŽ HiTS: Mudah untuk Ibu Bapa, Sihat untuk Murid! ๐Ÿฅ—

Pelbagai cabaran dihadapi oleh ibu bapa bagi memastikan anak kesayangan mereka mendapat makanan berkhasiat. Dengan Program HiTS:
๐Ÿ’ก Ibu bapa tidak perlu risau tentang pemakanan anak semasa di sekolah.
๐Ÿ’ก Hidangan berkhasiat dan seimbang yang disediakan oleh pengusaha kantin sekolah dengan menu yang dirancang oleh Nutritionist KKM.

Jom bersama-sama laksanakan HiTS di sekolah anak anda!

๐Ÿ“Œ Hubungi Jabatan Kesihatan Negeri yang terdekat untuk maklumat lanjut. Klik link ini untuk senarai alamat dan nombor telefon Jabatan Kesihatan Negeri: https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/5

#HiTS
#PemakananSihat
#IbuBapaPrihatin
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

11 Dec, 06:29


๐ŸŽ HiTS: Mudah untuk Ibu Bapa, Sihat untuk Murid! ๐Ÿฅ—

Pelbagai cabaran dihadapi oleh ibu bapa bagi memastikan anak kesayangan mereka mendapat makanan berkhasiat. Dengan Program HiTS:
๐Ÿ’ก Ibu bapa tidak perlu risau tentang pemakanan anak semasa di sekolah.
๐Ÿ’ก Hidangan berkhasiat dan seimbang yang disediakan oleh pengusaha kantin sekolah dengan menu yang dirancang oleh Nutritionist KKM.

Jom bersama-sama laksanakan HiTS di sekolah anak anda!

๐Ÿ“Œ Hubungi Jabatan Kesihatan Negeri yang terdekat untuk maklumat lanjut. Klik link ini untuk senarai alamat dan nombor telefon Jabatan Kesihatan Negeri: https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/5

#HiTS
#PemakananSihat
#IbuBapaPrihatin
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

08 Dec, 06:55


Piramid Makanan Malaysia 2020 menyarankan pengambilan sayur-sayuran sekurang-kurangnya 3 sajian sehari, manakala saranan pengambilan buah-buahan pula sebanyak 2 sajian sehari.

Saranan ini boleh dicapai dengan merancang pengambilan makanan melalui Konsep Pinggan Sihat Malaysia "Suku-Suku Separuh". Isikan separuh pinggan anda dengan sekurang-kurangnya 1 sajian sayur dan 1 sajian buah untuk setiap hidangan utama yang diambil.

#PingganSihatMalaysia
#SukuSukuSeparuh
#KesihatanBermulaDiRumah
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

07 Dec, 10:08


Melangkau waktu makan boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak dan remaja yang sedang mengalami tumbesaran yang pesat. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut dan keletihan. Selain itu, gangguan hormon boleh meningkatkan risiko obesiti akibat makan berlebihan. Akibatnya, prestasi akademik dan perkembangan kognitif turut terjejas. Oleh itu, pastikan anak-anak makan mengikut waktu untuk pertumbuhan yang sihat.

#MakanIkutWaktu
#PertumbuhanSihat
#KecergasanMinda
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

06 Dec, 01:44


Tahukah anda bahawa mengunyah makanan perlahan-lahan mempunyai banyak manfaat?

Mengunyah makanan perlahan-lahan baik untuk pencernaan dan kesihatan keseluruhan. Ini memberi masa kepada tubuh untuk menghantar isyarat kenyang ke otak, mengelakkan makan berlebihan dan membantu penyerapan nutrien secara optimum. Amalan ini juga mengurangkan risiko gangguan pencernaan dan meningkatkan kepuasan makan.

#KunyahPerlahan
#PencernaanSihat
#NutrienOptimum
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

30 Nov, 03:47


Tahukah anda, kita tidak memerlukan gula tambahan dalam pemakanan harian?

Amalkan pilihan yang lebih sihat dengan mengurangkan gula dalam minuman dan makanan harian. Lebihkan pengambilan air kosong atau minuman tanpa gula berbanding minuman manis. Jom sayangi diri dengan langkah kecil yang membawa perubahan besar!

#ElakGulaBerlebihan
#MinumAirKosong
#SayangiKesihatan
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

29 Nov, 10:31


Air adalah kunci kepada prestasi fizikal yang baik dan fungsi otak yang optimum. Ia membantu mengangkut nutrien dalam darah, mengatur suhu badan dan menyingkirkan sisa buangan. Tabiat minum air kosong adalah amalan yang seharusnya dimulakan sejak dari awal usia bagi memastikan penghidratan yang mencukupi.

Berikut adalah beberapa tips meningkatkan pengambilan air kosong untuk anak anda:
โ€ข Sediakan botol air yang menarik untuk anak.
โ€ข Bawa air kosong ke pusat jagaan, sekolah atau apabila keluar.
โ€ข Hidangkan air kosong pada setiap waktu makan.
โ€ข Tambah pengambilan air jika anak tidak sihat atau mengalami dehidrasi.

Adakah anak anda cukup minum air kosong hari ini? Jom minum air kosong sekarang!

#PemakananBayiKanakKanak
#KekalHidrasi
#AirKosong
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

29 Nov, 03:59


Calling All Nutritionist!

Have you registered as a practitioner?

The Nutritionist profession is regulated under the Allied Health Profession (AHP) Act 774 and under this act, *only Registered Nutritionist* are allowed to practise in Malaysia.

If you are currently working as a Nutritionist, please register now at https://mhps.moh.gov.my/mhps/

If you have any inquiries, please reach out to the contact above.

NutritionistKKMRasmi

26 Nov, 12:04


Kajian mendapati kanak-kanak dan remaja juga terdedah kepada obesiti dan penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kanser akibat pengambilan garam berlebihan. Kesukaan kepada rasa masin dan manis meningkat seiring pertumbuhan mereka. Kanak-kanak mula menggemari rasa masin seawal usia 4 bulan, dipengaruhi oleh pendedahan kepada makanan masin. Oleh itu, penting untuk mengurangkan pendedahan garam sejak bayi. Berikut adalah langkah-langkah untuk menggalakkan anak-anak makan makanan yang kurang masin.

#KesihatanKanakKanak
#KurangkanGaram
#KesihatanBermulaSejakKecil
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

18 Nov, 04:34


Jom sertai webinar โ€œHiTS: MURID NIKMATI MAKANAN SIHAT, NEGARA DAPAT MANFAATโ€ melalui platform zoom atau YouTube live NutritionistKKM, Isnin, 18 November 2024, jam 2.30 petang ini.

Webinar ini akan berkongsikan pengalaman berjaya pihak sekolah dan kantin yang melaksanakan Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) untuk memastikan murid sekolah mendapat makanan yang berkhasiat dan seimbang di sekolah.

Link zoom: https://zoom.us/j/97096967850?pwd=7PDv2wU7O2WCiaSFJOH3GmW6YuMOWa.1

Link YouTube nutritionistkkm: https://youtube.com/@bahagianpemakanankkm?si=2dxawW-kq5xEVTsR

NutritionistKKMRasmi

16 Nov, 14:05


Hujung minggu ni, jom cuba alternatif minuman kurang gula yang sedap ni ๐Ÿ˜ Bukan je dapat kurangkan gula tambahan, tapi dapat rasa manis semulajadi dari buah-buahan yang kaya dengan serat, vitamin, mineral dan antioxidan.

Dengan memilih minuman alternatif yang sihat ini, anda boleh menikmati rasa yang bukan sahaja menyegarkan tetapi juga baik untuk penghadaman, sambil menjaga kesihatan jantung, mengawal berat badan, dan mengurangkan risiko penyakit kronik. Jom ubah pilihan minuman kita untuk kesihatan yang lebih baik โœจ๐Ÿ’ช

#AlternatifSihat
#MinumanKurangGula
#PilihanBijak
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

15 Nov, 13:36


Antara tip untuk elak makan secara berlebihan adalah dengan menggunakan pinggan yang lebih kecil. Apabila kita menggunakan pinggan yang lebih besar, kita cenderung untuk ambil makanam sehingga pinggan penuh.

Sebaliknya, jika kita menggunakan pinggan yang lebih kecil, kita dapat mengawal kuantiti hidangan yang diambil mengikut saiz pinggan tersebut. Secara psikologi, ini mempengaruhi minda kita untuk merasa cukup walaupun dengan saiz pinggan yang lebih kecil.

Kebaikannya boleh mengelakkan dari pengambilan makanan dan kalori secara berlebihan seterusnya dapat mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang.

Tapi ingat! Jangan guna pinggan kecil tapi tambah makanan berkali-kali ya ๐Ÿ˜‚

#PilihPingganKecil
#KawalHidangan
#KawalKalori
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

14 Nov, 10:24


1 daripada 6 individu di Malaysia menghidap diabetes (NHMS, 2023)

Jom cegah dari awal dengan melatih diri anda untuk kurangkan pengambilan gula setiap hari, budayakan amalan pemakanan sihat & bergerak aktif.

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

#HariDiabetesSedunia
#CegahDiabetesDariSekarang
#TeruskanGayaHidupAktif
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

11 Nov, 12:23


Berdasarkan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023, obesiti merupakan salah satu faktor utama penyebab masalah jantung dan juga strok. Kanak-kanak yang obes cenderung membesar menjadi dewasa yang obes. Langkah untuk mencegah obesiti dalam kalangan kanak-kanak bermula dari amalan pemakanan sihat di rumah.

#CegahObesiti
#KesihatanJantung
#MasyarakatSihat
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

08 Nov, 12:02


Jom kurangkan gula dalam pemakanan harian dengan tip praktikal seperti:

โ€ข Baca label makanan dan pilih produk dengan kandungan gula yang lebih rendah
โ€ข Amalkan gula semulajadi seperti buah-buahan segar
โ€ข Kurangkan secara beransur-ansur kuantiti gula yang ditambah ke dalam teh dan kopi
โ€ข Elakkan snek bergula dan pilih alternatif yang lebih sihat seperti kacang dan buah-buahan

Langkah kecil hari ini boleh bawa perubahan besar kepada kesihatan anda.

#TipKawalGula
#KesihatanUtama
#SayangiDiri
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

07 Nov, 12:12


Pengambilan minuman bergula, krimer manis dan minuman pra-campuran secara berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti dan masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung. Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang tidak sihat, peningkatan paras gula dalam darah, serta tekanan darah tinggi, kesemuanya meningkatkan risiko penyakit kronik.

#HidupSihat
#PilihTanpaGula
#ElakPenyakit
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

06 Nov, 06:32


Sedar tak? Gula tambahan dalam pemakanan harian kita boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan! Untuk kesejahteraan yang lebih baik, ingatlah:

โœจ 1 Sudu Teh Dah Cukup - Memadai untuk memberi rasa tanpa berlebihan!
โœจ Kurang Itu Lebih Baik - Mengurangkan pengambilan gula boleh membantu mengekalkan berat badan dan kesihatan jantung.
โœจ Tiada Gula adalah Pilihan Terbaik! - Bebas dari gula tambahan adalah kunci kepada gaya hidup yang lebih sihat dan berpanjangan!

Jadi, mari kita mulakan langkah kecil ke arah perubahan besar!

#KurangkanGula
#1SuduTehDahCukup
#TiadaTerbaik
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

05 Nov, 07:33


โ˜•๏ธ Minuman Lebih Sihat, Pilihan Bijak! ๐Ÿฅ›

Tahu tak? Anda masih boleh menikmati minuman kegemaran dengan pilihan yang lebih sihat!โœจ

Apa kata cuba gantikan krimer manis dengan susu rendah lemak atau susu skim dalam minuman anda! Pilihan yang lebih baik untuk kesihatan dan tenaga seharian ๐Ÿฆพ

#PilihSusuRendahLemak
#PilihSusuSkim
#KesihatanAdalahKekayaan
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

04 Nov, 03:55


Ketika anda memesan minuman, ingatlah untuk memilih dengan bijak!

โ€œTeh Ais Kurang Manis ikat tepi!โ€
โ€œBang, nak Teh O Kosong!โ€
โ€œTeh Tarik Kurang Manis ya!โ€

Tetapi ingat, AIR KOSONG adalah pilihan TERBAIK! ๐Ÿ’ง
Air kosong bukan hanya menyegarkan, tetapi juga menyokong kesihatan kita!

Jom kurangkan gula dan pilih pilihan yang lebih sihat!

#BuatPilihanBijak
#JanganMaluPesanAirKosong
#AirKosongTerbaik
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

02 Nov, 11:48


Trend makanan viral sering menawarkan saiz sajian besar serta kandungan gula dan garam yang tinggi, yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan. Makanan ini boleh meningkatkan risiko obesiti, diabetes jenis 2, dan penyakit jantung. Pilihlah makanan yang lebih sihat, pantau saiz sajian, dan kurangkan pengambilan gula serta garam untuk mengekalkan pemakanan seimbang. Buat pilihan bijak demi kesihatan yang optimum! Hadkan pengambilan Makanan Viral, elak lebih baik.

#KurangkanGulaGaram
#ElakkanObesiti
#SeimbangDanSihat
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

01 Nov, 09:57


Jom minum 2 gelas susu sehari!

Tahukah anda bahawa minum susu setiap hari boleh bantu menguatkan rangka tulang, menyokong fungsi otot dan saraf, serta mengurangkan risiko osteoporosis?

Dengan hanya 2 gelas susu sehari, anda boleh menikmati manfaat kesihatan yang hebat! Jadi, mulakan hari anda dengan kebaikan susu.

#KebaikanSusu
#SumberKalsium
#KesihatanTulang
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

31 Oct, 03:33


Tip Makan Sihat Deepavali

- Hadkan makanan manis seperti laddoo
- Pilih idli yang rendah kalori daripada poori ๐Ÿฝ๏ธ
- Nikmati buah-buahan segar sebagai pencuci mulut ๐ŸŽ
- Utamakan minum air kosong serta elakkan minuman berkarbonat dan kordial๐Ÿฅค

Selamat Menyambut Deepavali dengan kesihatan yang sejahtera!

#TipMakanSihat
#DeepavaliSihat
#SelamatHariDeepavali
#MOHMakanSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

31 Oct, 01:21


โœจ Selamat Menyambut Hari Deepavali! โœจ

Dalam kemeriahan menyambut Deepavali, jangan lupa untuk menikmati hidangan yang sihat bersama orang tersayang. ๐Ÿ’›

Pilihlah makanan yang seimbang dan berkhasiat agar kekal sihat sepanjang perayaan ini. ๐ŸŽ‰๐Ÿฅ—

#SelamatHariDeepavali
#Deepavali2024
#KeluargaSihat
#MOHMakanSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

29 Oct, 06:12


โœจ Menu Harian 1800 Kalori! โœจ

Tahukah anda? Keperluan kalori harian berbeza bagi setiap individu! Menu 1800 kalori ini adalah panduan yang ideal untuk lelaki dan wanita dewasa. Ia menyediakan nutrien seimbang yang diperlukan untuk menyokong gaya hidup aktif anda.

Mengimbangi pengambilan kalori mengikut jantina, umur, dan tahap aktiviti fizikal adalah kunci untuk kekal sihat dan bertenaga. Mari kita jadikan pilihan makanan sihat sebagai gaya hidup!

Sertai kami dalam perjalanan ini dan saksikan perubahan positif dalam kehidupan anda! ๐ŸŒŸ

#Menu1800KaloriSehari
#NutrienSeimbang
#GayaHidupAktif
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

28 Oct, 04:00


Garam boleh tingkatkan risiko hipertensi. Tahukah anda? Kicap dan sos juga mengandungi tinggi garam. Jom kurangkan makanan masin dan tinggi garam. Jaga kesihatan, jaga jantung!

#KurangkanGaram
#SihatTanpaGaram
#SedapTakSemestinyaMasin
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

27 Oct, 03:19


Hai, masak apa tu? ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿณ

Hujung minggu ni jom kekal sihat dengan konsep Suku-Suku Separuh bersama keluarga! Isikan pinggan dengan pilihan berkhasiatโ€”suku karbo, suku protein, separuh sayur dan buah! Hidangan sihat, badan pun gembira ๐Ÿฅ•๐Ÿ…๐ŸŠ๐Ÿ†๐Ÿฅฆ๐Ÿš

#WeekendSihat
#SukuSukuSeparuh
#KeluargaSihat
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

24 Oct, 03:33


Jangan lupa makan 2 sajian buah setiap hari. Pelbagaikan warna dan pilihan buah - rendah kalori, tinggi serat, kaya vitamin dan mineral, baik untuk penghadaman, dan tingkatkan tenaga. Sedap dan sihat!

#BuahSetiapHari
#GayaHidupSihat
#SihatDanSedap
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

23 Oct, 12:36


Hai semua! Dah makan ke tu? Jom jaga kalori kita sama-sama. Makan ikut keperluan, bukan ikut nafsu. Lagi best, kongsi kalori dengan kawan-kawan!

#KawalKalori
#KongsiKalori
#PilihSaizHidanganKecil
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

23 Oct, 07:51


Minum manis-manis tu best tapi hanya tingkatkan jumlah kalori yang tak perlu! Jom kurangkan gula, krimer, dan susu pekat manis dalam minuman kita. Badan sihat, hati pun senang!

#KurangkanGula
#MinumSihat
#TipsSihat
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

15 Oct, 07:04


โ€œBimbang anak anda mengambil makanan tidak berkhasiat di sekolah??โ€
โ€œAnda tidak cukup masa menyediakan bekal makanan sihat untuk dibawa ke sekolah??โ€
Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) merupakan program yang menyediakan hidangan berkhasiat dan seimbang daripada sumber karbohidrat, protein, sayur dan buah di sekolah. Anak anda akan disediakan satu menu berkhasiat setiap hari dengan kitaran menu antara 4 minggu. Menu-menu ini dirancang oleh ahli pemakanan/nutritionist berdaftar dengan mengambil kira keperluan tenaga dan nutrien kanak-kanak.
"Apa kebaikan HiTS kepada anak saya?"
1) Hidangan HiTS telah siap terhidang dalam bekas tertutup di atas meja. Jadi anak anda tidak perlu lagi membazir masa beratur untuk membeli makanan.
2) Program HiTS dilaksanakan dalam bentuk prabayar. Jadi anda tidak perlu lagi memberikan wang saku kepada anak anda.
3) Menu HiTS merupakan menu yg berkhasiat dan seimbang. Ini dapat membantu anak anda untuk lebih fokus dalam kelas dan meningkatkan prestasi akademik.
Jadi tunggu apa lagi? Jom sertai HiTS. Hubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut!
Klik link ini untuk senarai alamat dan nombor telefon Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah: https://www.moh.gov.my/index.../database_stores/store_view/5
#HidanganBerkhasiatDiSekolah
#pemakanankanakkanak
#pemakanansihat
#pemakananseimbang

NutritionistKKMRasmi

25 Sep, 03:00


Jom saksikan FB Live NutritionistKKM pada hari Rabu, 25 September 2024, pukul 3.00 petang bagi Kelas Online 1000 Hari Pertama Kehidupan yang bertajuk Mengapa Gigi Anak Kecil Saya Cepat Rosak bersama Dr. Mustaffa Jaapar dari Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia.

#1000haripertamakehidupan
#cegahbantut
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

18 Sep, 14:30


Jom saksikan FB Live NutritionistKKM pada hari Khamis, 19 September 2024, pukul 3.00 petang bagi Kelas Online 1000 Hari Pertama Kehidupan yang bertajuk Pencegahan Penyakit Berjangkit Awal Kanak-kanak bersama Dr Qudsiah Suliman, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia.

#1000haripertamakehidupan
#cegahbantut
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

11 Sep, 12:40


Jom saksikan FB Live NutritionistKKM pada hari Khamis, 12 September 2024, pukul 3.00 petang bagi Kelas Online 1000 Hari Pertama Kehidupan yang bertajuk Penjagaan Kesihatan Semasa Berpantang bersama Matron Hasniza dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia.

#1000haripertamakehidupan
#cegahbantut
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

04 Sep, 09:15


Jom saksikan FB Live NutritionistKKM pada hari Khamis, 5 September 2024, pukul 3.00 petang bagi Kelas Online 1000 Hari Pertama Kehidupan yang bertajuk Makanan Pelengkap Anak bersama Nutritionist Shahir daripada Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

#1000haripertamakehidupan
#cegahbantut
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

30 Aug, 09:15


Trend yang boleh dilihat pada carta pertumbuhan panjang/tinggi-untuk-umur๐Ÿ“‰
๐Ÿ”ถLengkuk pertumbuhan menaik yang bermaksud anak anda membesar dengan baik mengikut umur.
๐Ÿ”ถLengkuk pertumbuhan mendatar yang bermaksud panjang atau tinggi anak anda tidak bertambah dan tiada perubahan yang berlaku.
๐Ÿ”ถLengkuk pertumbuhan menurun yang bermaksud anak anda berkemungkinan mempunyai risiko masalah malpemakanan.
๐Ÿ”ถLengkuk pertumbuhan naik semula yang bermaksud panjang atau tinggi anak anda telah mula meningkat semula dan mereka mula pulih.

Jangan ambil mudah dengan masalah bantut..bawa anak ke klinik kesihatan bagi pemeriksaan secara berkala seperti yang telah ditetapkan dalam buku biru/ buku pink anak anda.

#statuspertumbuhananak
#1000haripertamakehidupan
#cegahbantut
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

30 Aug, 09:15


ADAKAH ANAK ANDA BANTUT?

Tahukah anda bahawa anak anda berisiko mengalami masalah tumbesaran sekiranya tidak dipantau dari awal lagi? Salah satu cara mengenalpasti masalah bantut adalah dengan memplot ketinggian anak mengikut umur pada carta pertumbuhan bayi dan kanak-kanak๐Ÿค”

Memplot carta pertumbuhan anak anda bukan sahaja penting bagi mengetahui status pertumbuhan anak anda malah dapat memastikan anak mencapai tumbesaran yang normal mengikut umur. Terdapat beberapa kategori dalam carta pertumbuhan ini iaitu terlalu tinggi, panjang normal dan bantut (๐ŸŸก terbantut, ๐Ÿ”ด terbantut teruk).

NutritionistKKMRasmi

29 Aug, 09:30


TIP MENAIKKAN SELERA MAKAN ANAK

Anak anda susah nak makan? Jom cuba tip untuk menaikkan selera makan anak. Biarkan anak anda mencuba dan mengeksplorasi pelbagai jenis makanan.

#pemakanankanakkanak
#1000haripertamakehidupan
#cegahbantut
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

28 Aug, 09:45


Jom saksikan FB Live NutritionistKKM pada hari Khamis, 29 Ogos 2024, pukul 3.00 petang bagi Kelas Online 1000 Hari Pertama Kehidupan yang bertajuk Penjagaan Kesihatan Bayi Baru Lahir bersama Matron Sharina dan Matron Zanita dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia.

#1000haripertamakehidupan
#cegahbantut
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

28 Aug, 09:00


BAYI SAYA DAH BOLEH MAKAN, TAPI NAK BAGI MAKAN APA?

Makanan pelengkap yang diberikan kepada bayi perlulah mengandungi pelbagai jenis kumpulan makanan bagi membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi. Pastikan bayi anda diberi makanan yang seimbang dan mencukupi untuk memenuhi keperluan tenaga. Walau bagaimanapun susu ibu masih perlu diberi dan menjadi sebahagian daripada pemakanan bayi.

Perlu diingat, jumlah dan tekstur makanan adalah mengikut perubahan umur bayi. Jangan lupa pelbagaikan sumber makanan untuk memperkenalkan anak dengan pelbagai rasa, tekstur dan jenis makanan. Semoga bermanfaat untuk semua ibubapa di luar sana.

#makananpelengkap
#pemakananbayi
#1000haripertamakehidupan
#cegahbantut
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

27 Aug, 08:20


KELEBIHAN PENYUSUAN SUSU IBU

Susukan anak anda dengan susu ibu kerana susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Semua ibu digalakkan untuk menyusukan anak dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskan penyusuan sehingga anak mencapai umur 2 tahun.

Penyusuan susu ibu dapat mengeratkan hubungan bayi dan ibu serta memberi banyak kebaikan kepada ibu dan bayi. Jom kita lihat pelbagai kelebihan penyusuan susu ibu.

#penyusuansusuibu
#susuibuterbaik
#1000haripertamakehidupan
#cegahbantut
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM

NutritionistKKMRasmi

26 Aug, 09:40


KENAIKAN BERAT BADAN IBU HAMIL

Hai wanita di luar sana, tahukah anda betapa pentingnya untuk anda mempunyai peningkatan berat badan semasa hamil yang lebih spesifik berdasarkan kategori BMI anda sebelum hamil?

Peningkatan berat badan yang optima dapat mengurangkan risiko komplikasi kehamilan dan mencegah risiko pelbagai penyakit tidak berjangkit akibat peningkatan berat badan yang tidak memuaskan.

#pemakananibuhamil
#1000haripertamakehidupan
#cegahbantut
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM