Dakwah Harian @dakwahharian_islam Channel on Telegram

Dakwah Harian

@dakwahharian_islam


"Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman" [51:55]

Dakwah Harian (Malay)

Dakwah Harian adalah sebuah saluran Telegram yang bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam secara harian kepada para pengikutnya. Dengan motto 'Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman' [51:55], saluran ini menawarkan konten-konten berkualitas yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman tentang agama Islam dan membawa manfaat kepada umat Muslim. Dari ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah, hingga nasehat-nasehat kehidupan sehari-hari, Dakwah Harian memberikan inspirasi dan motivasi bagi para pengikutnya untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan berterusan dalam memperbaiki diri menuju jalan yang benar. Jika anda mencari sumber inspirasi dan motivasi dalam kehidupan sehari-hari, bergabunglah dengan Dakwah Harian sekarang juga dan rasakan manfaatnya dalam memperkaya spiritualitas anda.

Dakwah Harian

18 Jan, 12:06


https://youtu.be/S7eBsZTSG9Q

Dakwah Harian

17 Jan, 12:36


𝗗𝗼𝗮 𝗗𝗶𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮𝗻

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك

Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.

#ustazwadiannuar

Dakwah Harian

17 Jan, 03:17


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🍃💕

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🍃
💕

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🍃💕

perbanyakkan beristighfar..


🍃💕أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ...

🍃💕أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ...

🍃💕أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ..


🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Dakwah Harian

16 Jan, 01:19


*Doa Mohon kebaikan dan kemenangan sepanjang hari.*

Bacalah DOA ini di waktu pagi.

Moga Allah mudahkan urusan kita pada hari ini dan rahmati kita semua. Amin.

=====

Dakwah Harian

15 Jan, 04:31


Sahabat, lepas baca al-Quran tu peluk dan cium al-Quran...

Minta pada Allah moga kita disyafaatkan dgn al-Quran di akhirat kelak....

Jadikan al-Quran teman terdekat kita...

Sentiasa bersama ketika suka & duka...

Jgn pernah jauh dari al-Quran kerana itulah surat cinta dari Allah & mukjizat teragung Rasulullah...

Peruntukkan masa walau seketika utk membaca ayat suci al-Quran ataupun tafsir...

Sedangkan channel ini boleh dibaca...

Bacalah al-Quran walau sebaris cuma...

Hayati kalimah2 suci yg tertera..
Isilah hati & jiwa kita dgn ayat2 al-Quran kerana itulah kalimah dari Allah Robb Al Jabbar
♥️

Dakwah Harian

11 Jan, 02:30


"Belajar Fardu Ain di Mana-mana dan Bila-bila Masa" - Kelas e-Learning Asas Fardu Ain Bersama Ustaz Wadi Annuar

Jujur tanya diri, sejauh mana kita telah kuasai ilmu fardu ain?

Rukun iman dan rukun Islam? "Alhamdulillah, lepas." 😁
Rukun solat? "Hmm...boleh la sikit-sikit." 🤔
Sifat-sifat Allah? Jamak qasar? Sifat mazmumah? "Err...." 😶

Fardu ain bukan perkara kecil. Ilmu ini wajib kita ketahui supaya lengkap kehidupan kita dengan tauhid (akidah), fiqah (syariat) dan tasawuf (akhlak).

Zaman sekarang banyak isme yang mengelirukan, fahaman yang mencelarukan dan kelakuan yang mesti dijauhkan.

Oleh itu, kami tawarkan pakej langganan e-Learning Asas Fardu Ain supaya tuan puan dapat pelajari asas-asas fardu ain di mana saja dan pada bila-bila masa secara online di aplikasi mudah alih.

Mudah, santai dan ikut masa sendiri 😊

📲 Apa yang best?
Video pendek, straight to the point.
Ustaz Wadi Annuar explain dengan bahasa yang mudah faham.
Dapat hadiah buku terbaru Ustaz Wadi Annuar, Asas-asas Fardu Ain secara percuma
Semua boleh join – remaja, dewasa atau warga emas.

⚠️ Tapi ingat…
Kalau kita tak belajar sekarang, apa nasib diri dan anak cucu nanti? 😥 Ingat, salah satu tanda Allah sayangkan kita, Dia akan lorongkan kita ke jalan untuk mendapatkan kefahaman agama.

Daripada Muawiyah bin Abu Sufyan r.a., Rasulullah SAW bersabda:

‎مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

Maksudnya: “Siapa yang Allah kehendaki kebaikan kepadanya, maka Allah akan memberinya kefahaman di dalam agama.”
[HR Muslim, No. hadis 1037]

Mudah-mudahan ilmu ini dapat menjadikan kita mukmin yang dipandang oleh Allah SWT dengan penuh ihsan dan rahmat, insyaAllah 🤲🏻

Dakwah Harian

11 Jan, 02:30


Yang berminat boleh masuk untuk dapatkan info lanjut dan makluman berkaitan kelas e-Learning Asas Fardhu Ain Bersama Ustaz Wadi Annuar

https://t.me/+_UpNBZrn3Ak0ZDVl

Dakwah Harian

09 Jan, 22:37


"Pada hari Jumaat, ada satu waktu dimana apabila berdoa, doa tidak akan ditolak. Kata ulama' waktu itu mungkin selepas subuh, sebelum khutbah, antara dua khutbah, selepas khutbah dan selepas asar."

[Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid]

Kenapa Tuhan rahsiakan satu waktu pada hari jumaat yang doanya mustajab daripada kita ?

Kerana Tuhan mahu kita sentiasa berdoa kepadaNya tanpa rasa jemu dan berputus asa.

Wallahua'lam 🌹

Dakwah Harian

08 Jan, 07:33


Doa Mohon Ampun & Rahmat

Bismillahirrahmanirrahim,

رَّبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat.

(Surah al-Mu'minun ayat 118)

Jom 'share' doa ini untuk amalan bersama:

https://www.facebook.com/share/p/JFqvuW7xQh7zWRcQ/

Dakwah Harian

07 Jan, 23:17


Keutamaan Bulan Rejab.

#ustazwadiannuar

Dakwah Harian

06 Jan, 23:27


007 of 365 🗓 SELASA 💕 07 REJAB 1446H 07 JANUARI 2025

~ 53 hari menuju RAMADHAN 1446H

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

KEBERKATAN HIDUP

Jenis-Jenis keberkatan:

1. Keberkatan dalam hidup.


Hidup seseorang yang berkat akan mampu melakukan dan menghasilkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang yang hidupnya lebih lama.

Sebagai contoh: shahabat Rasulullah Sa’ad bin Mu’adz masuk Islam di usia 30 tahun dan meninggal pada usia 36 tahun. Akan tetapi ketika beliau meninggal ‘Arsy sampai bergoncang dalam rangka menyambut kedatangan rohnya. Padahal ia hidup hanya 6 tahun dalam pangkuan Islam.

2. Keberkatan pada waktu (Kemampuan dalam menggunakannya).

Contohnya:
Ada orang yang tidur selama 10 jam, bangun tidur tetap dalam kondisi malas dan tak bersemangat. Seperti orang yang belum tidur. Di sisi lain ada orang yang tidur hanya 4 jam, tetapi dia bangun dalam keadaan semangat, hati tenang dan senang hal ini disebabkan keberkatan waktu tidur.

3. Keberkatan pada rezeki.

Rezeki yang berkat itu dapat mencukupi meskipun sedikit. Ramai orang yang gajinya banyak, tetapi banyak hutang yang harus di bayar dan kehidupannya tetap susah.

Tetapi ada ramai orang yang berpendapatan sedikit, tetapi cukup untuk menghidupi keluarganya. Apa yang diperlukannya dapat dicapai. Hidupnya aman, damai dan bahagia.

4. Keberkatan pada ilmu.

Ilmu dan pengetahuan yang berkat akan membawa perubahan yang positif pada pemiliknya, dari segi amal ibadahnya serta budi pekertinya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

5. Keberkatan pada rumah.

Rumah yang berkat, akan membuat penghuninya merasa aman dan damai tinggal di dalamnya. Rumah yang dapat menjadikan penghuninya perasaan bahagia ketika berada dalam rumah.

6. Keberkatan pada keluarga.

Keluarga yang berkat adalah keluarga yang dapat membantu kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Keluarga yang sakinah mawadah wa rahmah.

7. Keberkatan dalam persahabatan/pergaulan.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang membuat kita lebih rajin dalam beramal kebaikan serta saling melengkapi.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu memberi motivasi ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.

8. Keberkatan pada pekerjaan.

Pekerjaan yang berkat adalah pekerjaan yang dilakukan dengan cara yang baik dan penuh dengan semangat.

Pekerjaan yang berkat juga akan dilakukan oleh seseorang dengan penuh tanggung jawab dan amanah dengan tidak meninggalkan ibadah kepada Allah SWT dan melakukan amalan kebaikan yang lainnya.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
48K625

Dakwah Harian

06 Jan, 04:25


Buku ini banyak memetik ayat kitab Injil. Kalau terpengaruh, boleh murtad. Cara halus sebar kristian. Hati²

Dakwah Harian

05 Jan, 22:08


Assalamualaikum 💐

Dakwah Harian

04 Jan, 22:57


Kalau nak rezeki murah, kena selalu jaga hubungan baik dengan orang, sambungkan silaturahim.

#ustazwadiannuar

Dakwah Harian

04 Jan, 06:57


https://www.facebook.com/share/r/1C1APWjEFD/

Dakwah Harian

01 Jan, 05:25


Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan amalan-amalan lain, yang diambil dari beberapa kitab dan kutaib, yang disusun untuk dimanfaatkan oleh diri Al-Faqir dan semua saudaraku seagama. Sesungguhnya amalan-amalan ini seharusnya tidak ditinggalkan oleh Muslim Mukmin dalam ubudiyyah dan perjalanannya kepada Allah SWT sepanjang bulan Rejab yang penuh barokah dan mulia ini. Kepada para masyaikh dan pembaca yang melihat kesalahan dan kekurangan yang ada padanya, mohon untuk membetulkannya dan memberitahukannya kepada Al-Faqir dan diucapkan Jazakumullahu khairal jaza’.

-Ustaz Muhadir Hj Joll-

Dakwah Harian

28 Dec, 09:33


Antara peristiwa penting Bulan Rajab

Dakwah Harian

27 Dec, 20:32


IHSAN

Dalam Islam, ihsan bermaksud melakukan sesuatu dengan kesempurnaan atau keikhlasan, baik dalam hubungan dengan Allah mahupun sesama makhluk. Ihsan adalah salah satu daripada tiga asas utama dalam agama Islam, bersama dengan iman dan Islam.

Rasulullah SAW menjelaskan ihsan dalam hadis Jibril yang terkenal:

> "Ihsan ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat melihat-Nya, ketahuilah bahawa Dia melihat kamu."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Contoh Ihsan:

1. Dalam beribadah: Beribadah dengan penuh khusyuk, seolah-olah Allah sedang melihat kita.

2. Dalam muamalat (interaksi sesama manusia): Berlaku baik, jujur, dan membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan.

3. Dalam pekerjaan: Melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan amanah.

4. Dalam menjaga alam: Tidak melakukan kerosakan dan menjaga keseimbangan ekosistem.

Ihsan adalah tingkatan tertinggi dalam amal, kerana ia bukan hanya melakukan perkara yang wajib, tetapi juga melakukannya dengan niat terbaik dan cara yang paling baik.

Dakwah Harian

26 Dec, 11:57


Serangan Subuh 25/12/2024

Mohon semua sahabat seperjuangan lancarkan serangan subuh dengan menghantar video Tan Sri Musa Hassan mantan Ketua Polis Negara ini ke dalam group group whatsaap yang ada.

Semoga mereka yang melihat dan mendengar apa yang disampaikan oleh TS Musa Hassan ini sedar akan pentingnya perpaduan kita semua orang Melayu dan bersama sama dalam memastikan tanah nenek moyang kita tidak jatuh ke tangan yang salah.

Kalau bukan kita siapa lagi?
Kalau bukan sekarang bila lagi?

Lakukan Demi Agama Bangsa dan Negara.

Dakwah Harian

26 Dec, 01:01


”Rambut tebal halang air masa mandi wajib?”

Pernah tak terfikir, “Sah ke mandi wajib kalau air tak sampai ke kulit kepala?"

➡️ Rambut tebal, bersimpul atau berlapis-lapis?
➡️ Macam mana nak pastikan air kena semua bahagian?
➡️ Kena buka ikatan rambut atau tak perlu?

Jangan ambil mudah.

Kesilapan kecil boleh buat mandi wajib tak sah, dan ibadah seterusnya terjejas.

.

Jom Sertai SEMINAR SOAL JAWAB FIQH THOHARAH

📅 Tarikh: Isnin, 30 Disember 2024
Masa: 9.00 – 12.30 tengah hari
💻 Online melalui Zoom & YouTube Live

Pendaftaran PERCUMA tutup 27 Disember 2024, pukul 5.00 petang!

Klik link di bawah untuk daftar sekarang:

⬇️⬇️

https://quranproacademy.com/sst-o/

Dakwah Harian

24 Dec, 10:17


Doa mohon kekuataan iman

Dakwah Harian

24 Dec, 05:52


Dua solat yang paling susah untuk dijaga oleh orang munafik adalah solat Isya dan solat Subuh.

#ustazwadiannuar

Dakwah Harian

24 Dec, 04:06


https://vt.tiktok.com/ZS6jDhkkP/

Dakwah Harian

23 Dec, 23:26


”Adakah wudhu’ sah jika basuhan kurang daripada 3 kali?”

Ramai yang keliru tentang perkara ini.

Menurut sunnah, membasuh anggota wudhu' sebanyak tiga kali adalah yang terbaik.

Namun, adakah ini bermakna wudhu’ yang kurang daripada tiga kali basuhan tidak sah?

Ketahui jawapannya dan pastikan wudhu’ anda sah dengan mengikuti panduan yang betul.

.

Sertai Seminar Soal Jawab Fiqh Thoharah pada :

🗓️ 30 Disember 2024, Isnin
9.00 - 10.30 malam
💻 ZOOM Online & Youtube Live (Keselesaan di rumah anda)
👨🏻‍🏫 Penyampai: Ustaz Afif Nasaruddin
📌 Yuran Penyertaan : 100% PERCUMA

🎁 Bonus : Rakaman & Ebook Modul seminar

Pendaftaran tutup Jumaat, 27 Disember 2024, 5 petang

Daftar PERCUMA sekarang:

⬇️⬇️

https://quranproacademy.com/sst-o/

Dakwah Harian

20 Dec, 22:55


Membaca surat 𝗬𝗮𝘀𝗶𝗻 setelah sholat shubuh : " Allah akan mengabulkan segala hajat dunia dan akhiratmu "

Membaca surat 𝗔𝗹-𝗪𝗮𝗾𝗶𝗮𝗵 setelah sholat dhuhur : "Allah akan menjagamu dari kefakiran dunia dan akherat "

Membaca surat 𝗔𝗿-𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 setelah sholat Ashar : " Allah akan mengasihi ( merohmati ) kelemahanmu "

Membaca surat 𝗔𝗱-𝗗𝘂𝗸𝗵𝗼𝗻 setelah sholat maghrib : " 70 malaikat akan berdoa memohonkan ampun untukmu "

Membaca surat 𝗔𝗹-𝗠𝘂𝗹𝗸 (𝗧𝗮𝗯𝗮𝗿𝗼𝗸) setelah sholat Isya' : " Allah akan menjagamu dari siksa kubur "

Semoga Allah Ya Rohim Ya Salaam rezekikan kita dgn amalan yg diterima-Nya. InsyaaAllah ❤️

Dakwah Harian

20 Dec, 03:22


Jom Pagi Ini Baca Surah Al Kahfi 101-110

T.ME/DakwahHarian_Islam
#ShereSekiranyaBermanfaat
#DakwahHarian

Dakwah Harian

20 Dec, 03:21


Jom Pagi Ini Baca Surah Al Kahfi Ayat 1-10

T.ME/DakwahHarian_Islam
#ShereSekiranyaBermanfaat
#DakwahHarian

Dakwah Harian

19 Dec, 07:06


Antara kelebihan Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita.

💐

Dakwah Harian

03 Dec, 10:13


Jalan para habaib..❤️

Dakwah Harian

01 Dec, 05:03


https://vt.tiktok.com/ZSjppybnv/

Dakwah Harian

30 Nov, 05:36


_Istana Dajjal (Kingdom Palace) di Bukit Taybah, 12.5 km dari Madinah_

ﺑِﺴْـــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْﻢ

أللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد

۞ اَللهُمَّـ صَلِ عَلَی سَيْدِنَا مُحَمَّد وَعَلَی اَلِ سَيْدِنَا مُحَمَّد ﷺ ۞

*ISTANA DAJJAL DI JABAL (BUKIT) TAYBAH*

Inilah Istana Dajjal telah siap dibina di Jabal Taybah, 12.5 km dari Kota Madinah.

Menurut Alim Ulama Mesir, *"Dajjal will appear from this place which is out of Haram range in Madina."*

Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

"Dajjal (Penipu pada Akhir Zaman), Dajjal akan datang, memanjat dan menetap di atas Jabal Taybah, melihat ke arah Madinah dan bertanya kepada para pengikutnya;

''Adakah anda melihat Istana Putih itu? Itulah Masjid Muhammad.''

Kemudian Dajjal akan cuba mendekati Kota Madinah dan mencari jalan di setiap sudut tetapi Malaikat menghalangnya dengan pedang dan Dajjal akan sampai ke tanah lapang Al Jurf dan membuat Kem (Camp).

Madinah akan bergegar sebanyak 3 kali dan akan ada orang munafik lelaki atau wanita keluar untuk menyertai Dajjal, ini adalah Hari Pembersihan."

(Hadis Sahih Shawahid oleh Sheikh Mustafa al 'Adawi dalam Sahih al Musnad, Hadis al Fitan
(Jilid: 1991, m/s: 496)

Dari Anas bin Malik r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:

Bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam bersabda:

"Semua negeri akan dimasuki oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah.

Semua jalan masuk dikawal oleh Para Malaikat yang berbaris-baris, kemudian Dajjal itu turunlah di suatu tanah yang berpasir di luar Madinah, lalu Kota Madinah akan bergoncanglah sebanyak 3 kali, dan dari  goncangan-goncangan itu Allah Subhanahu wa Ta'ala akan mengeluarkan setiap orang-orang Kafir dan Munafik menemui Dajjal.''

(HR. Bukhari no. 1881 dan Muslim no. 2943)

*DAJJAL MENYERUPAI NABI PALSU*

Dajjal akan merupa diri sebagai Nabi Isa a.s.,

Wajah sebenarnya akan terdedah ketika dia bertentang mata dengan Nabi Isa a.s di Pintu Bab Ludd (Kota Lod atau Lydda di Tel Aviv) nanti.

Jika Dajjal menjelmakan dirinya bermata satu, maka sia-sialah pengembaraannya selama beribu-ribu tahun.

Bukankah Nabi kita berpesan bahawa Dajjal akan mendakwa dirinya Nabi pada awal kemunculannya

Dan kemudian mendakwa dirinya Tuhan

Kenapa ada yang mengikutnya ketika Dajjal sejauh itu tega mengaku dirinya Tuhan

Karena itu sebaik sahaja Nabi palsu ini bertembung dengan Nabi Isa a.s., maka cairlah topeng yang menutupi wajah sebenarnya kelak.

Siapakah yang sedang dinanti oleh Umat Islam di Akhir Zaman ini jika bukan Nabi Isa a.s.

Maka disitulah Dajjal mempunyai peluang dan manfaat besar untuk memperdaya sekelian umat manusia.

Jika Dajjal itu merupa diri sebagai orang lain, mana mungkin dia mampu mengumpulkan puluhan ribu manusia menyertainya

*FITNAH DAJJAL*

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata ;

“Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu”

Orang itu akan berkata: “Tentu”

Maka Syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya.

Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama.

Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia badannya dibelah dua.

Setelah itu dia katakan kepada orang ramai;

“Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan ku hidupkan dia semula.

Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula.

Kata Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam lagi;

“Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh.

Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

Dakwah Harian

30 Nov, 05:36


“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan.

Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

*KESIMPULAN*

Adakah kita telah siap sedia berhadapan dengan al Masih ad Dajjal

Segala kelengkapan untuk Dajjal telah dipersiapkan oleh Pengikutnya (Freemason) dan terbukti berdasarkan Hadis-Hadis berkaitan.

Akan tetapi harus diingat bahawa *Dajjal tidak akan datang kepada setiap orang manusia dan di setiap penjuru muka bumi ini dengan memperlihatkan dirinya yang buta sebelah mata (luaran) untuk membuktikan dan juga menyesatkan manusia tetapi cukup sekadar menciptakan satu sistem kehidupan yang mana manusia diperhambakan dalam pelbagai aspek duniawi yang sibuk, penuh nikmat, keselesaan, tidak bertuhan dan jauh dari pegangan mahu pun petunjuk Al-Quran dan as Sunnah agar umat Islam sentiasa lalai dan menjauhkan diri dari beriman dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sehinggakan dalam diam ia membutakan 'mata hati' di dalam diri kita, inilah sebahagian fitnah al Masih ad Dajjal*.

Adakah kita sedar apa yang sedang berlaku

Masih lalai atau masih tidak percaya

Asyik dengan kesibukan hidup dunia

Al Quran dan (Hadith) telah menceritakan segalanya bagi mereka yang mahu membuka mata hati.
 
Ya Allah Lindungi diriku keluarga dan semua yg membaca dari Fitnah Dajjal.

أللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد

۞ اَللهُمَّـ صَلِ عَلَی سَيْدِنَا مُحَمَّد وَعَلَی اَلِ سَيْدِنَا مُحَمَّد ﷺ ۞

Dakwah Harian

29 Nov, 04:30


🌹🌹📖🌹🌹

ﺑِﺴْـــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْﻢ
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

*🌷EMBUN PAGI 🌷*


Tidak ada kehidupan yang sempurna, karena sedih dan bahagia akan selalu hadir
menyapanya ,
Maka jadikanlah sabar dan syukur sebagai penyempurna rasa yang ada .

Teruslah melangkah, ingatlah selalu bahwa Allah tidak akan pernah mengambil
apa pun darimu tanpa rencana untuk menggantinya ,
Dengan sesuatu yang jauh lebih baik lagi .

Maka bersabarlah, jika sampai detik ini Allah masih memberi ujian bertubi- tubi
Jangan kau putuskan sabarmu, karena sesungguhnya Allah sedang menguatkanmu

Hiduplah apa adanya, tidak merendah walau tak punya dan tidak malu walau kekurangan,
Sebab orang yang menghargai apa yang ia miliki lebih baik dari pada orang yang
memaksakan diri demi sebuah pujian.

Belajar cukup, bila air yang sedikit bisa menyelamatkanmu dari haus , tak perlu meminta air lebih banyak yang mungkin akan membuatmu tenggelam .
Maka selalulah belajar cukup dengan apa yang kamu miliki

Hakikat hidup tidak perlu serakah akan harta , tiada keserakahan yang tidak
menuai malapetaka, harta tidak berguna bila kematian imbalanya
Tidaklah satu kejadian hadir dalam hidup kita, melainkan ada pelajaran yang ingin Allah sampaikan.

Maka bukan tentang seberapa berat masalahnya, tapi tentang seberapa bijak kita dalam menyikapinya. Bukan tentang seberapa pelik ujiannya, tapi tentang apa hikmah dibaliknya.

Jangan meminta Allah menghilangkan masalahnya, namun mintalah agar hati kita senantiasa dikuatkan untuk menghadapinya.


🍓🍋🍓🍋🍓🍋🍓🍋🍓🍋🍓🍋🍓
*Salam Jumaat yang barakah*
🍓🍋🍓🍋🍓🍋🍓🍋🍓🍋🍓🍋🍓

Dakwah Harian

29 Nov, 02:43


Jom Pagi Ini Baca Surah Al Kahfi 101-110

T.ME/DakwahHarian_Islam
#ShereSekiranyaBermanfaat
#DakwahHarian

Dakwah Harian

29 Nov, 02:43


Jom Pagi Ini Baca Surah Al Kahfi Ayat 1-10

T.ME/DakwahHarian_Islam
#ShereSekiranyaBermanfaat
#DakwahHarian

Dakwah Harian

29 Nov, 02:43


MARI KITA SEBARKAN ILMU
Sila share info bermanfaat di semua platfrom digital anda

Atau boleh jemput rakan-rakan anda dan lain lain ke Channel Dakwah Harian

https://t.me/DakwahHarian_Islam

Dakwah Harian

24 Nov, 10:51


Dalam berjenaka jangan sampai berbohong, apatah lagi menisbahkan sesuatu yang tidak sopan kepada Nabi ﷺ dan keluarganya. Sabda Nabi ﷺ:

‎“Celakalah buat seseorang yang menceritakan suatu cerita dengan tujuan untuk membuatkan sesuatu kaum itu ketawa maka dia berdusta. Celakalah buatnya, celakalah buatnya.” (HR Abu Daud)

#ustazwadiannuar

Dakwah Harian

23 Nov, 17:27


AWAS! Kufur Dengan Perkataan Atau Ucapan

Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah, ayat 65-66 mengingatkan kita tentang bahaya mengolok-olok agama, ayat-ayat Allah SWT, atau RasulNya. Tindakan ini bukan sekadar main-main kerana ianya boleh membawa kita kepada kufur, menghapuskan keimanan yang kita bina.

Jangan sekali-kali kita memperlekehkan agama dengan gurauan atau sindiran, walaupun sekadar senda gurau kerana setiap perkataan membawa tanggungjawab, dan iman adalah amanah yang perlu dijaga sebaiknya.

Marilah bersama-sama kita menjaga lidah agar sentiasa terpelihara daripada ucapan yang membawa kepada dosa besar.

Dakwah Harian

18 Nov, 22:34


Bertawakkal Kepada Allah

"Dan Allah akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah akan melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi segala sesuatu."
(QS. At-Talaq : 3)

Kt:dr
💐

Dakwah Harian

16 Nov, 06:06


“Ya Allah, berikanlah kecukupan kepadaku dengan yang Engkau halalkan,sehingga tidak memerlukan yang Engkau haramkan. Berikanlah aku kecukupan dengan kurniaMu,sehingga tidak memerlukan selain Engkau.”❤️

Dakwah Harian

15 Nov, 22:30


💡*Mak Abah Bercerita Apa Hari Ini [MakABAH] Episod*🔟

😀Jom ceritakan kepada anak-anak tentang *Hadith 3 Pemuda Dalam Gua*

🌷Ingat hadith 3 pemuda dalam gua?"

🌷Aku ceritakan bagaimana ada persamaan dalam ketiga-tiga kisah mereka. Dalam setiap situasi, ada pihak yang mengharap belas ihsan mereka. Mereka berkuasa untuk memberi kebaikan, atau membiarkan saja.

🌷Kalau ummi kerja fikir itu saja, sampai situ jelah.. Tapi kalau kita ambil semangat dari hadith ini, kerja yang ihsan dan berbuat baik kepada mereka yang mengharapkan, yang dalam keadaan lemah, itu kan amal soleh yang boleh dijadikan tawassul!"

Jom baca lanjut bagaimana Dr Aliyyah bercerita & berbual dengan anak-anaknya tentang Hadith 3 pemuda dalam gua di https://bit.ly/Hadithtigapemudadalamgua

Dakwah Harian

13 Nov, 07:43


Hati yang bersih adalah hati yang sentiasa bersyukur dan bersangka baik dengan semua orang😊

Jom doa sama-sama,

"Ya Allah kayakan hati kami dengan hati yang bersih, iman yang tinggi dan akhlak yang baik. Serta jadikan kami Jutawan dunia akhirat yang bertaqwa"

Aminnn💐

Dakwah Harian

11 Nov, 07:38


*Muhasabah diri dan buka hati*

"Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan solat malam, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur."

“Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak bepuasa dengan tatapan menghinakan."

“Jika Allah memudahkan bagimu pintu utk berjihad, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan."

“Jika Allah mudahkan pintu rezeki bagimu, maka janganlah memandang orang-orang yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yg mengejek dan mencela. Kerana itu adalah titipan Allah yang kelak akan dipertanggungjawabkan."

“Jika Allah mudahkan pemahaman agama bagimu, janganlah meremehkan orang lain yg belum faham agama dengan pandangan hina."

“Jika Allah mudahkan ilmu bagimu, janganlah sombong dan bangga diri kerananya. Sebab Allah lah yang memberimu pemahaman itu."

Dan boleh jadi orang yang tidak mengerjakan qiyamul lail, puasa (sunnah), tidak berjihad dan sepertinya lebih dekat kepada Allah darimu.

Sesungguhnya jika engkau terlena tidur semalaman dan pagi harinya menyesal...lebih baik bagimu daripada qiyamul lail semalaman namun pagi harinya engkau "merasa" takjub dan bangga dengan amalmu. Sebab tidak layak seorang merasa bangga dengan amalnya, kerana sesungguhnya dia tidak tahu amal yang mana yang Allah akan terima?

Moga amal-amal kita yang terlaksana tidak menjadikan diri kita orang yang sombong di sisiNya. Insha Allah.

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah

Dakwah Harian

10 Nov, 22:47


Punca rezeki susah nak masuk adalah disebabkan dosa

Jadi, buatlah perkara yang menghapuskan dosa.

-Istighfar
-Solat Sunat Taubat
-Selawat
-Sedekah( Yang paling terbaik ialah ibubapa)
-Zakat

t.me/Rahsia2Quran

Dakwah Harian

10 Nov, 15:39


https://youtu.be/ifGIMi82aFE?feature=shared

Dakwah Harian

09 Nov, 14:57


https://vt.tiktok.com/ZSjAeQsj1/

Dakwah Harian

07 Nov, 09:50


Saida Affouneh, the writer, who lives in Nablus currently sent this - half the book she tried to send a few days ago and which was circulated was blocked but as she works in IT she has found a way to forward the whole book and has requested it be shared widely in its original full version. Please read and circulate if you think it should be read more widely.
Thank you.
Flip from left to right please.
https://online.flipbuilder.com/zpoaf/svoz/mobile/index.html

Dakwah Harian

06 Nov, 10:51


AZAN

Mengapa azan harus dikumandangkan kuat ? Pakai speaker pula .. Apa tidak mengganggu yang lain termasuk non-Muslim ?

Adalah teman saya, yang kebetulan non-Muslim .. bertanya kepada saya .. “ Kenapa kalau azan harus dibunyikan kuat-kuat dengan speaker pula ? ”

Saya yang bukan ahli agama kemudian berpikir sejenak mencari jawapan yang mudah dicerna dengan menjawab seperti ini ..

“ Bro azan itu adalah panggilan solat .. namanya panggilan tidak mungkin dengan cara yang sama seperti berbicara atau berbisik-bisik ”

Teman saya membalas: " Tapi kan orang-orang sekitar tidak semuanya muslim ?”

Saya jawab lagi : “ Benar bro .. jika kita sekarang sedang berada di lapangan terbang .. kita akan dengar announcement memberikan panggilan untuk boarding ?

Apakah kamu juga tidak bertanyakan kepada mereka mengapa membuat panggilan boarding untuk pesawat² lain dengan kuat padahal bukan panggilan untuk pesawatnya ? ”

Dia tersenyum namun membalas lagi : “Tapi bukankah semua orang sudah tahu dengan kemudahan dan teknologi moden dapat memberitahu mengenai waktu dan solat apa .. tanpa harus melaungkan azan ? "

Saya kemudian menjawab : “ Ya setiap penumpang juga sudah tahu jadual penerbangannya sejak membuat tempahan tiket lagi .. memegang tiket dan kemudian check-in .. sudah tercetak jadual berlepas di boarding pass .. sudah masuk ruang tunggu .. tapi pihak Penerbangan masih membuat panggilan boarding bukan ?

Dan ada satu hal lagi mengapa azan harus dikumandangkan .. itu bukan hanya sebagai penanda sudah masuk waktu solat tapi benar-benar panggilan solat .. kerana kami harus menyegerakan solat ..

" Sama juga seperti semua penumpang harus segera masuk pesawat setelah panggilan boarding .. walaupun masih ada waktu untuk naik pesawat sampai pintu pesawat dtutup "

Kali ini senyumnya bertambah lebar... lalu dia segera memeluk saya sambil menepuk-nepuk bahu saya dan berkata “Superb .. I got it bro “

Noted ! Thanks bro 😁

Masih banyak orang tidak rela ketinggalan pesawat dibanding ketinggalan solat .. Bahkan lebih rela menunggu pesawat yang belum datang dibandingkan menunggu azan datang ..

Ayuh mari kita share agar mereka bukan sahaja dapat memahami kenapa perlunya azan dilaungkan tetapi juga agar terbuka pintu hatinya .. Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin Ya'Rabbal'Alaamiin 😇

Hayya 'Alash Solah = Ayuh Solat ..

Hayya 'Alal Falah = Ayuh menuju kejayaan ..

Solat adalah jalan kejayaan dunia akhirat ..

Wassalam perkongsian

#Islam_Itu_Indah 😇

Dakwah Harian

05 Nov, 22:30


Terima kasih Ya Allah 🥹

Dakwah Harian

04 Nov, 15:18


🌟📚 Perhatian semua pencinta ilmu Al-Quran! 📚🌟

5 Hari Lagi Seminar Asas Makhraj Huruf (Bahagian Lidah) Akan Berlangsung

Nak mula perbaiki sebutan huruf dengan lebih baik?

Jom sertai seminar secara online dan percuma Quran Pro Academy ini 😊

Apa yang menarik?

Dalam seminar nanti Ustaz Wan akan membimbing anda cara sebutan dan makhraj kesemua huruf bahagian lidah dengan lebih tepat.

.

Bila & bagaimana seminar ini diadakan?

📅 9 November 2024, Sabtu
🕒 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
📍 Online Zoom & Youtube Live (Keselesaan di rumah anda)
👨🏻‍🏫 Penyampai: Ustaz Wan

Jangan lepaskan peluang ini!

Penyertaan adalah PERCUMA dan boleh ajak rakan-rakan yang lain.

Klik link di bawah untuk mendaftar sebelum Rabu, 6 November 2024 - 5 petang :

⬇️⬇️

https://quranproacademy.com/amh_o/

Dakwah Harian

04 Nov, 01:47


Moga dikurniakan kita rezeki yang halal lagi berkat. Aamin 🤲🏻

Dakwah Harian

04 Nov, 01:46


MARI KITA SEBARKAN ILMU
Sila share info bermanfaat di semua platfrom digital anda

Atau boleh jemput rakan-rakan anda dan lain-lain ke Channel Dakwah Harian

https://t.me/DakwahHarian_Islam

Dakwah Harian

03 Nov, 23:26


3x pagi & petang

Dakwah Harian

03 Nov, 09:13


https://www.facebook.com/share/r/18EVQ8PKuP/

Dakwah Harian

31 Oct, 07:48


https://vt.tiktok.com/ZSj2DcKPF/

Dakwah Harian

31 Oct, 01:20


https://youtu.be/ip3-EztCoXo?feature=shared

Dakwah Harian

29 Oct, 06:54


Kita boleh minta sahabat kita tolong doakan kita. Itu tandanya tawaduk. Rasulullah pernah meminta supaya Saidina Umar tolong mendoakan baginda sewaktu Umar r.a mengerjakan umrah di Mekah. Betapa tawadduknya Rasulullah. Padahal tinggi darjat Rasulullah berbanding Umar r.a.

Doa kepada sahabat dalam diam itu tandanya kasih-sayang tanpa balasan. Disaat akhir doa itu, para malaikat mengaminkan doa kita dan berdoa supaya apa yang didoakan sama kepada yang mendoakan. Contohnya: Ya Allah, bahagiakan sahabatku. Maka malaikat mengaminkan doa tersebut lantas berdoa pada Allah agar orang yang berdoa tadi juga bahagia.

Kita mendoakam sahabat kita tapi para malaikat mendoakan kita. Allahuakbar.

===============
Ustazah asma harun

Dakwah Harian

26 Oct, 01:16


https://www.facebook.com/share/r/vL4zAwtcjDLnmuek/

Dakwah Harian

25 Oct, 13:47


https://t.me/habibalialhamid?livestream

Dakwah Harian

25 Oct, 02:37


Allah Maha Baik. Bersangka baik pada Allah.

Penglihatan,pemahaman dan ilmu manusia sangat terbatas. Jika kita tahu utk ape Allah uji. Pasti kita tunduk malu & taat pada Allah.

Jom kita baca doa agar Allah tutup aib kita di dunia dan akhirat.

=================

🌹 Dapatkan Pendrive Mihrab Quran (100 Kuliah & Ceramah Ustazah Norhafizah Musa )
👇👇👇
https://ezy.la/PendriveQuran
https://ezy.la/PendriveQuran

Atau whatssap https://www.wasap.my/60145097966/PMQ

Dakwah Harian

24 Oct, 13:12


Haizan farah Hamzah is inviting you to a scheduled Zoom meeting.

Topic: Kuliah Hadis 40
Time: Oct 24, 2024 09:00 PM Kuala Lumpur

Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/81044217455?pwd=uQiASZwvMwKDyAFDScEabYQE7upaf7.1

Meeting ID: 810 4421 7455
Passcode: 386002

Dakwah Harian

19 Oct, 23:15


Awali hari dengan mengingati Allah.
يَا حَيُّ يَا قَيُّوم

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

Cnp💐

Dakwah Harian

19 Oct, 10:56


*Bacaan kalimah ‘mustaqim’ dalam Al-Fatihah kita betul ke?*

Kesilapan dalam menyebut huruf ق dalam kalimah ‘mustaqim’ ayat 6, antara kesilapan yang paling kerap berlaku ketika baca Al-Fatihah seperti dalam video ini.

Tetapi ramai yang tak sedar betapa pentingnya perbezaan ini dalam bacaan Al-Quran.

Walaupun nampak seperti perbezaan kecil, namun kesilapan ini boleh mengubah makna ayat.

Hati-hati ya..

Lebih serius boleh beri kesan kepada kesempurnaan bacaan kita.

.

Sertai *Seminar Mantap Tajwid Fatihah* bersama Ustaz Aliff :

Cara menyebut huruf yang betul
Bezakan bacaan yang salah dan bacaan yang betul
Perbaiki kesalahan dalam sebutan huruf & hukum tajwid

.

*Info Seminar Mantap Tajwid Fatihah*

🗓️ 26 Oktober 2024, Sabtu
8.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari
💻 ZOOM Online & Youtube Live (Keselesaan di rumah anda)

Daftar *PERCUMA* sekarang sebelum 23 Oktober 2024, 5 petang.

Klik link di bawah

⬇️⬇️

https://quranproacademy.com/smtf/

Dakwah Harian

19 Oct, 01:07


❤️Assalamualaikum,
Kita ingin menghantar 500,000,000 selawat dan salam kepada Rasulullah SAW, ahli keluarganya dan para sahabat baginda..
❤️Tanda Kasih Kita Kpd Rasulullah SAW..
❤️Marilah kita sama2 membacanya dan hantarkan kpd rakan2..
❤️Tak lama pun, lebih kurang 50 saat sahaja..
JOM MULA…

1. ALLAHUMMA SALLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA ‘ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

اللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

2. ALLAHUMMA SALLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA ‘ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

3. ALLAHUMMA SALLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA ‘ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

4. ALLAHUMMA SALLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA ‘ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

5. ALLAHUMMA SALLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA ‘ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

6. ALLAHUMMA SALLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA ‘ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

7. ALLAHUMMA SALLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA ‘ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

8. ALLAHUMMA SALLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA ‘ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

9. ALLAHUMMA SALLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA ‘ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

10. ALLAHUMMA SALLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA ‘ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

►Selepas membacanya sebanyak 10 kali, hantar kepada rakan rakan yang lain.. Dalam beberapa minit, berjuta orang akan membaca dan berselawat.. Kita tak akan rugi apa-apa pun.. Biarkan ianya sentiasa berjalan..! In shaa Allah, Wassalam.

Dakwah Harian

15 Oct, 13:46


https://www.facebook.com/share/r/d3wiqnUxaV77kb37/

Dakwah Harian

15 Oct, 11:55


https://www.facebook.com/share/v/By6FtEQmKzRbBBSu/

Dakwah Harian

14 Oct, 13:56


https://vt.tiktok.com/ZS2KhdSLK/

Dakwah Harian

14 Oct, 09:57


https://www.instagram.com/p/DBB7iLcyQDe/?igsh=NHRvazE0cHRndGdj

Dakwah Harian

13 Oct, 13:05


https://www.facebook.com/share/r/sjBMCRdgcazeHCgi/