Nota Emas | Hilmi Ya'kub @notaemashy Channel on Telegram

Nota Emas | Hilmi Ya'kub

@notaemashy


Tips emas dan bebas kewangan yang praktikal. Saya adalah Triple Star Founder Master Dealer Public Gold.

Wasap saya http://wasap.my/60109610838/daritelegram

Nota Emas | Hilmi Ya'kub (Malay)

Nota Emas | Hilmi Ya'kub adalah saluran Telegram yang mengkhususkan diri dalam memberikan tips emas dan bebas kewangan yang praktikal. Pengurus saluran ini, Hilmi Ya'kub, merupakan Triple Star Founder Master Dealer Public Gold yang berpengalaman dalam industri emas. Dengan saluran ini, anda akan mendapat akses kepada pelbagai tips dan panduan mengenai pelaburan emas serta strategi kewangan yang berkesan.

Jadi, jika anda sedang mencari cara untuk melabur dalam emas atau mencari nasihat kewangan yang berguna, Nota Emas | Hilmi Ya'kub adalah saluran yang sesuai untuk anda! Jangan lepaskan peluang untuk memperkaya pengetahuan anda dalam bidang ini. Sertai saluran ini sekarang dan raih kejayaan kewangan anda! Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Hilmi Ya'kub melalui pautan WhatsApp di http://wasap.my/60109610838/daritelegram

Nota Emas | Hilmi Ya'kub

06 Nov, 11:52


Miskin di usia muda adalah pengalaman. Tapi miskin di usia tua adalah penjara kehidupan.

Rakan-rakan sebaya saya yang beberapa tahun lagi akan cecah usia 40 tahun, sempat lagi nak baiki kewangan supaya kita tak dibelenggu masalah kewangan umur 40-an.

Kalau tak pasti di mana point untuk bermula, mulakan dulu simpanan emas secara konsisten. Ikut kemampuan, kumpul gram emas setiap bulan kat akaun GAP Public Gold.

Nampak tindakan simple, tapi insyaAllah ramai sudah orang yang dapat manfaat kewangan sihat selepas simpan emas. InsyaAllah.

Nak tahu lebih lanjut, boleh baca-baca kat sini https://mypublicgold.com/hilmiyakub

Hilmi Ya’kub

Nota Emas | Hilmi Ya'kub

04 Nov, 02:25


“Simpan emas RM100 je sebulan, bila nak kaya?”.

Jangan nampak remeh kepada kuasa konsisten. Walaupun mungkin nampak kecil tapi impak dia sangat besar kepada kewangan peribadi kita.

RM100 setiap bulan kita simpan dalam akaun GAP ini akan berguna bila kita sangat memerlukan.

RM100 setiap bulan ini akan jadi 100 gram, 250 gram dan seterusnya 1000 gram emas.

Tahniah kepada yang konsisten menabung emas setiap bulan dalam akaun GAP Public Gold.

Https://mypublicgold.com/hilmiyakub

Hilmi Ya’kub
#1kilogram1keluarga

Nota Emas | Hilmi Ya'kub

29 Oct, 06:51


Tak pernah satu bulan yang berlalu tanpa saya tidak menambah gram emas saya. Sejak tahun 2016. Saya topup emas dalam Akaun GAP, saya buat bayaran EPP. Ada kala saya buat order outright purchase.

Sebelum saya ajar orang menabung emas, saya sendiri adalah penyimpan emas tegar sampai hari ini.

Banyak keajaiban berlaku bila kita konsisten menabung emas. Sikit demi sikit nilai diri kita bertambah baik. Nilai simpanan kita bertambah. Harga diri kita bertambah. Self-esteem bertambah.

Tak mengemis dengan sesiapa bila terdesak.

Awal-awal saya simpan emas dulu, saya pelik ada orang boleh beli 1 dinar 1 bulan. Harga masa itu dalam RM700.

Saya cuba paksa buat sendiri. Adjust belanja yang tak perlu, kurangkan komitmen. Eh, boleh rupanya. Alhamdulillah

Terbaru saya buat order 20 gram bayaran EPP 10X start bulan Ogos yang lepas, harga RM7,692. Selepas 3 bulan nilai dia dah jadi RM8,371.

Klik sini untuk bermula simpan emas. https://mypublicgold.com/hilmiyakub/cara-bermula

Hilmi Ya’kub

Nota Emas | Hilmi Ya'kub

11 Oct, 12:06


Tarikh yang sama tapi beza 4 tahun, harga emas mencatatkan kenaikan hampir 40%.

Naik dalam RM100 untuk 1 gram.
Kalau kita ada 10 gram, untung RM1,000.
Kalau kita ada 100 gram, untung RM10,000.
Kalau kita ada 1000 gram, untung RM100,000.

Hakikat sebenarnya, duit kita yang jatuh nilai. Gram emas tak bertambah, tapi kita terpaksa bayar lebih untuk dapat barang yang sama selepas berganti tahun.

Hilmi Ya’kub

Nak simpan emas, klik https://mypublicgold.com/hilmiyakub

Nota Emas | Hilmi Ya'kub

07 Oct, 00:52


Cara simpanan yang paling baik adalah simpan dan lupa. Kalau simpan tapi masih ingat berapa kita simpan, memang tak akan bertahan lamaaa.

Setuju dengan saya tak?

Sebab itu saya cadangkan sikit portion (10%) simpanan ditukar kepada emas, kerana kita sudah lupa ringgitnya. Ringgit sudah berjaya ditukar kepada gram emas.

Apa mau beli dengan gram emas?
Inilah hikmahnya pada emas.

Membentuk sikap menyimpan yang tinggi. Dan penyimpan emas lebih suka emas bertambah-tambah.

Hilmi Ya’kub

Nota Emas | Hilmi Ya'kub

22 Jul, 13:00


Jom live Q&A Public Gold malam ini bersama saya di FB Live 5G Associates.

https://www.facebook.com/share/v/n47Kv1dxZC6PGB1q/?mibextid=KsPBc6

Nota Emas | Hilmi Ya'kub

27 Jun, 04:32


*PRIVATE WEBINAR: MEMBINA SATU JUTA PERTAMA 🔥*

Private Webinar eksklusif untuk yang berminat nak belajar tingkatkan jumlah tabungan, selesaikan masalah hutang, dan bina harta hingga mencapai RM1 juta pertama, jemput wajibkan diri tuan puan untuk hadir ke webinar yang disampaikan oleh guru emas saya.

Tuan Mohd Zulkifli Shafie, Penulis buku bestseller “Wang Emas” dan buku “Misi Bebas Hutang” akan bagi talk berkenaan kewangan & rahsia menjadi jutawan.

Yuran pendaftaran hanya RM50 kepada 150 peserta terawal.

TAPI yang lebih menarik, *5 orang peserta pertama, akan diberikan tiket secara PERCUMA oleh introducer!*

🗓️ 28 Jun 2024 (Jumaat)
8:30 malam
📍 Platform: Zoom Meeting

Siapa berminat boleh pm saya untuk saya bagi link daftar.

http://wasap.my/60109610838/nakjoinprivatewebinar

#PrivateWebinar

Nota Emas | Hilmi Ya'kub

09 Jun, 10:58


Harga emas hari ini turun RM13 segram berbanding harga 2 hari lepas.

Waktu harga emas rendah begini, kita boleh:
Mulakan simpanan emas pertama sebagai benchmark.
Buat pemurataan harga gram emas kita pernah beli sebelum ini.

Mulakan simpanan emas dengan paling minima RM100 saja. Klik https://mypublicgold.com/hilmiyakub daftar percuma. Nanti saya guide langkah demi langkah.

Hilmi Ya’kub

Nota Emas | Hilmi Ya'kub

02 Jun, 06:39


Tempat paling mudah dan selamat untuk simpan emas adalah dengan Public Gold.

Dan dalam Public Gold, cara paling terbaik adalah menabung melalui akaun GAP Public Gold.

Ramai penyimpan emas bawah bimbingan saya, membuat simpanan paksa (forced saving) mereka melalui akaun GAP. Dan mereka manfaatkan kemudahan Autodebit GAP.

Cara nak buat Autodebit GAP mudah je. Dia tolak terus duit daripada akaun bank kita ikut berapa yang kita nak, minima RM100. Dan kita boleh pilih tarikh bila duit akan ditolak masuk dalam akaun GAP.

Ini penerangan lanjut mengenai Autodebit GAP.
https://mypublicgold.com/hilmiyakub/gap-autodebit

Hilmi Ya’kub

Nota Emas | Hilmi Ya'kub

26 May, 15:28


Simpan duit sikit sikit tapi masih sikit. Ada dua sebab dia masih sikit.

Pertama, kita simpan masa gaji hujung bulan. Sebelum gaji bulan berikutnya kita korek balik. Terpaksa guna katanya. Setiap bulan tak pernah lekat duit simpanan.

Kedua, kita simpan sikit sikit, tak sedar yang sebenarnya duit kita “dirompak” oleh perompak senyap bernama inflasi. Walaupun angka duit kita mungkin kekal, tapi kuasa beli menurun setiap tahun.

Inilah kenapa ramai orang menjadikan emas sebagai simpanan wajib setiap bulan. Faham kan?

Nak mula simpan emas, jom saya bantu. Klik https://mypublicgold.com/hilmiyakub

Hilmi Ya’kub

Nota Emas | Hilmi Ya'kub

26 May, 07:06


PRIVATE WEBINAR: MEMBINA SATU JUTA PERTAMA 🔥

Private Webinar eksklusif untuk yang berminat nak belajar tentang:
Cara nak tingkatkan jumlah tabungan.
Cara selesaikan masalah hutang.
Cara bina harta hingga mencapai RM1 juta pertama.

Semua ini tak mustahil dengan ilmu yang bakal disampaikan oleh Tuan Mohd Zulkifli Shafie malam esok.

Tuan Mohd Zulkifli Shafie merupakan Penulis dua buah buku bestseller:
Wang Emas Bertahan Ketika Gawat
Misi Bebas Hutang akan bagi Private Webinar berkenaan kewangan & rahsia menjadi jutawan.

Sesiapa berminat, boleh wasap saya. Saya ada lagi 5 tiket percuma. Siapa cepat dia dapat.

Klik http://wasap.my/60109610838/privatewebinar

Hilmi Ya’kub

Nota Emas | Hilmi Ya'kub

24 May, 08:17


Sempena hari gaji, harga emas turun macam faham-faham orang nak simpan emas hari ini.

Sesiapa nak mula simpan emas, hari ini paling sesuai. Ada duit dan harga rendah.
Boleh mula dengan RM100 dapat 0.2597 gram atau 1 gram terus RM385. Jom.

Klik link https://mypublicgold.com/hilmiyakub/cara-bermula untuk bemula.

Hilmi Ya’kub

Nota Emas | Hilmi Ya'kub

22 May, 13:41


“Saya sudah ada banyak simpanan duit. Tak perlu lagi simpan emas”.

Mungkin ada sesetengah orang menilai emas hanyalah simpanan picisan. Tiada nilai unggul.

Mari saya perbetulkan kefahaman mengenai emas. Emas adalah insuran kekayaan.

Kalau semua harta kita dah ada, tapi belum ada simpanan emas, kita tiada insuran kekayaan. Kalau apa-apa berlaku kepada bencana kewangan, kekayaan kita hilang sepenuhnya.

Emas umpama pelampung keselamatan bagi bot besar. Andai karam bot, ada pelampung keselamatan yang para anak kapal boleh bergantung.

Emas umpama pemain sayap kanan atas padang. Kalau bola hampir terlepas nak masuk gawang pihak lawan, ada sayap kanan boleh back-up.

Inilah fungsi emas. Kita tak nampak keperluannya pada masa ini. Tapi bila sampai masanya, emas sangat membantu kita dalam kewangan.

Jadi kalau kita masih kata ‘aku tak perlu simpan emas’, kita serahkan nasib kewangan kita dalam kancah yang tidak selamat.

Semoga bermanfaat.
Https://mypublicgold.com/hilmiyakub

Hilmi Ya’kub

Nota Emas | Hilmi Ya'kub

22 May, 13:41


Beberapa tahun lepas kita tengok emas boleh beli di mesin ATM kat Dubai, wow sangat teruja dan semua orang kagum dengan Dubai sebab boleh ada sebuah mesin yang boleh keluarkan emas.

Macam beli air gedegang.

Lalu masa kami pergi PGLS Dubai tahun 2020 yang lepas, tercari-cari kat mana mesin ATM emas ni berada. Dah trip dealer Public Gold, mesti cari lubuk emas. 😬Katanya ada di Burj Al-Arab, hotel taraf 7 star.

Kebetulan kami menginap kat situ 1 malam, rezeki boleh tengok. Pegang pun jadilah tak boleh beli emas pun.

Tanya-tanya orang, dan buat carian di internet, rupanya ada dua saja di Dubai. Malangnya kedua-dua tempat kami tak jumpa. Bukan berada dalam Burj Al-Arab. Huhu.

Hari ini, di Malaysia, mesin ATM emas milik Public Gold sudah ada di 26 lokasi seluruh Malaysia. Ya tuan puan. Dua puluh enam buah merata seluruh semenanjung Malaysia.

Rakyat Malaysia patut berbangga akan wujudnya mesin ATM ini. Dalam masa terdekat, Public Gold akan cukupkan 200 buah mesin ATM emas. Selepas itu 1,000 buah pula.

Saya tanya PIC ATM Public Gold, Ms Denise minggu lepas, semua lapangan terbang dah fully booked. Dalam waiting list untuk kelulusan tapak. Saya nak apply di Airport Kota Bharu dah ditolak. Aduh.

Di kebanyakan Mydin besar pun sudah dalam waiting list. Tunggu kelulusan tapak saja.

Lokasi Mesin ATM Public Gold sehingga hari ini https://publicgold.com.my/index.php?route=information/information&information_id=branch

Dua hari lepas, Pengasas Public Gold buat kerjasama dengan negara Kazakhstan untuk bekalkan mesin ATM emas di negara Republik itu dengan pelaburan RM20 juta.

https://www.dagangnews.com/article/public-gold-sasar-melabur-rm20-juta-sediakan-atm-emas-di-kazakhstan-37412

Ini bukan cerita main-main. Public Gold akan jadi pemain industri emas seluruh dunia.

Kenapa Kazakhstan? Ini kebijaksanaan Founder Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng memainkan peranan beliau sebagai Duta Republik Kazakhstan di Malaysia.

Ini kejayaan Public Gold selepas 16 tahun bina nama dalam industri. Bukan masa yang singkat. Saya sendiri bersama Public Gold dah masuk tahun ke-8.

Separuh kematangan Public Gold. Masih belajar dan terus belajar. InsyaAllah.

Nak belajar lanjut, boleh ke https://mypublicgold.com/hilmiyakub

Hilmi Ya’kub

Nota Emas | Hilmi Ya'kub

22 May, 13:40


Seorang pelanggan saya terkena scam dengan tawaran keuntungan RM86 ribu.

Pelaburan pertama RM250, kedua RM2,400. Untuk dapat keuntungan RM86 ribu tu kena buat bayaran ketiga dulu, RM3 ribu baru dapat pulangan yang dijanjikan.

Beliau rasa kena scam nak masuk bayaran ketiga. Dia wasap saya tanya bila rasa tak kena.

Kita kena ingat satu perkara, pelaburan yang ‘too good to be true’ adalah scam sebelum dia dibuktikan sebaliknya.

Menurut Mentor Wang Tn Azizi Ali, di Malaysia, pelaburan yang memberikan pulangan lebih 15% setahun, ia adalah ciri-ciri scam.

Sayangilah setiap sen duit kita. Duit kita boleh habis akibat 3 sebab:
Boros belanja
Bagi hutang kat orang yang tak dibayar
Kena scam skim cepat kaya

Bahaya bila duit banyak ada dalam tangan.

Nafsu belanja kita akan bertambah bila angka banyak dalam bank.
Rasa tamak nak kaya cepat semakin meningkat.
Nak buat baik bagi hutang kat orang dengan harapan orang bayar dalam masa terdekat.

Ikat duit kita dengan emas. InsyaAllah selamat. Emas menyebabkan kita rasa tak berduit. Emas menyebabkan kita hargai setiap sen duit kita.

Hilmi Ya’kub

Nota Emas | Hilmi Ya'kub

22 May, 13:40


Nak simpan emas tapi harga emas selalu naik je. En Hilmi ada tips tak untuk konsisten? Nampak orang konsisten menabung emas, macam best jer.

Senang saja tips dia. Kita tetapkan berapa bajet setiap bulan nak simpan emas. Contohnya nak tukar kepada emas RM100 sebulan.

RM100 ni kita beli emas dalam akaun GAP Public Gold. Gram kita dapat masa beli tu berubah ikut harga harian semasa.

Contohnya hari ini harga 1 gram RM397. Kalau RM100 kita dapat 0.2519 gram.

Bulan depan kita tambah lagi RM100 dapat lagi dalam 0.2xxx gram lagi. Gram kita dapat ikut harga pada hari itu.

Walaupun harga berubah, tapi duit kita keluarkan tetap sama je. RM100 setiap bulan.

Kelebihan akaun GAP:
Tiada komitmen setiap bulan
Boleh topup serendah RM100 sekali tambah
Boleh tukar kepada goldbar serendah 1 gram
Paling penting, tiada caj upah simpan jika nak simpan dalam akaun GAP

Kalau nak lebih konsisten, buat Autodebit setiap bulan. Sistem tolong topup kan untuk kita. Kita hanya kena pastikan duit ada dalam akaun bank je.

Boleh baca lanjut mengenai autodebit GAP di https://mypublicgold.com/hilmiyakub/gap-autodebit

Hilmi Ya’kub

Nota Emas | Hilmi Ya'kub

22 Apr, 06:24


Ciri-ciri penyimpan emas yang berjaya:

Dia adalah penyimpan emas, bukan pelabur emas.

Dia fokus kepada pertambahan gram emas, bukan harga.

Dia tetapkan bajet setiap bulan untuk simpan emas. Kalau RM100, setiap bulan dia tambah dalam akaun GAP. Kalau terlepas, dia rasa sangat bersalah.

Dia buat autodebit GAP setiap bulan. Tak perlu tambah sendiri, sistem yang buatkan.

Harga naik atau turun, gram emas dia tak pernah tak bertambah setiap bulan.

Paling penting, dia adalah pelanggan Public Gold. Tak simpan emas daripada syarikat lain walaupun ada peluang.

Kalau jumpa mereka, khabarkan yang beliau akan bersyukur dua tiga tahun lagi selepas senarai di atas ada dalam diri mereka. InsyaAllah.

Nak jadi seperti dia, klik https://mypublicgold.com/hilmiyakub

Hilmi Ya’kub