Ajarkan pasangan untuk bersedia bersendirian,
Ajarkan diri untuk..
Tidak meletakkan suami sepenuhnya di hati,
Kerana kita bukan pemilik dia yang hakiki,
Tidak menempatkan anak-anak sebagai yang kita paling sayang, Kerana kita tidak berpeluang menjaga dia sepanjang hayat,
Jika Allah berkehendak untuk mengambil salah seorang dari yang kita sayang,
Tiada amaran,
Tiada petanda,
Tiada petunjuk,
Dia mengambil semula apa yang dipinjamkan kepada kita.
Tepat pada masanya.
Maka perbaikilah niat setiap hari untuk menjaga amanah dengan baik tetapi bukan merasa memiliki,
Redha dan melepaskan adalah satu bentuk pengabdian dan tanda terima kasih kepadaNya yang luar biasa.
Suami dan anak2 adalah peluang besar untuk kita berkhidmat dan menyulusuri jalan ke syurga, itu hakiki yang dicari.
Jangan terasa lelah jika tidak diendah,
Jangan terasa pedih jika tidak dikasih,
Kerana yang boleh memberi hadiah dan pengiktirafan hanyalah Dia yang memiliki sekalian alam, bukan manusia sekeliling.
Teruskan berkhidmat
Teruskan buat yang terbaik untuk suami dan anak-anak❤️
Salam Nisfu Syaaban di Penghulu Hari Jumaat
.
#rejuvenatemarriage
#bondaumirahtaib