Refleksi Nadia Bakar @channelnadiabakar Channel on Telegram

Refleksi Nadia Bakar

@channelnadiabakar


Tenang & tumbuh bersama al-Quran. β™₯️

Refleksi Nadia Bakar (Indonesian)

Refleksi Nadia Bakar adalah sebuah kanal Telegram yang didedikasikan untuk memperkuat hubungan spiritual dengan al-Quran. Dengan motto 'Tenang & tumbuh bersama al-Quran', kanal ini merupakan tempat bagi para pengikutnya untuk merenungkan ayat-ayat suci serta memperdalam pemahaman terhadap ajaran Islam. Siapa sebenarnya Nadia Bakar? Dia adalah seorang wanita yang memiliki kecintaan yang mendalam terhadap agamanya dan ingin berbagi kebijaksanaan serta inspirasi kepada orang-orang di sekitarnya. Melalui kanal Telegram ini, Nadia Bakar berbagi refleksi-refleksi pribadi yang terinspirasi dari al-Quran. Dengan bergabung di kanal Refleksi Nadia Bakar, Anda akan mendapatkan akses eksklusif ke pemikiran-pemikiran mendalam Nadia Bakar, serta kesempatan untuk berdiskusi dan berbagi pandangan dengan komunitas yang sama-sama mencari kedamaian dan pertumbuhan spiritual melalui al-Quran. Jika Anda mencari ruang untuk merefleksikan diri, mendapatkan inspirasi dari ayat-ayat suci, dan menyatukan hati dan pikiran dengan ajaran Islam, maka kanal Refleksi Nadia Bakar adalah tempat yang tepat untuk Anda.

Refleksi Nadia Bakar

23 Oct, 02:26


Syukur dan sebak melihat nota-nota Puan Nor Halmi Ahmad (peserta bengkel nota Batch 13) yang bermanfaat.

Allahumma baariklaha! πŸ’–

https://www.facebook.com/share/wF4A2yu9z1pFrN6x/?mibextid=WC7FNe

Refleksi Nadia Bakar

22 Oct, 01:18


Saya bertemu doa ini ketika berada di titik terendah dalam hidup 4 tahun lepas.

Setiap kali lepas solat, baca.
Asal teringat, baca.
Bila rasa serabut, baca.

Sungguh-sungguh mohon supaya Allah SWT bimbing setiap masa dan saya mula faham bukan semua perkara boleh dikawal. Walaupun masalah belum selesai pada waktu tu tapi emosi masih terkawal.

Rupa-rupanya inilah doa yang disunatkan untuk baca dalam zikir pagi dan petang sepertimana yang diwasiatkan oleh baginda ο·Ί kepada puterinya. πŸ’–

P/S : Semoga membantu sahabat-sahabat yang memerlukan.

Refleksi Nadia Bakar

18 Oct, 03:27


Salam Jumaat semua 😊

Sedikit catatan daripada IG Live bersama Ustaz Muzuza tempohari.

Dari bebintang juga saya belajar sesuatu.
– Teruslah memberi manfaat walaupun dari kejauhan.

Semoga Allah SWT terus membimbing kita. πŸ₯Ή

Refleksi Nadia Bakar

17 Oct, 00:06


Daripada tadabbur Surah al-'Asr. πŸ₯Ή

Refleksi Nadia Bakar

16 Oct, 02:57


Semoga kita terus kuat untuk melakukan amal-amal yang baik. πŸ’

Refleksi Nadia Bakar

11 Oct, 10:52


Antara cara untuk membina empati dan menjauhi hasad dengki terhadap orang lain ialah dengan melazimi doa untuk orang lain secara rahsia. Hatta orang yang kita tidak kenal sekalipun.✨

Contohnya kita ternampak orang yang menunggang motosikal dalam hujan.

Terus sebut,

"Ya Rabb, lindungilah keselamatan orang ni. Permudahkanlah setiap urusannya."

Bila biasa buat macam ni, lama-lama kita akan lebih mudah berlembut hati dan mengasihani orang sekeliling.

Cubalah! πŸ’–

Refleksi Nadia Bakar

11 Oct, 10:32


Jom doa sebanyak-banyaknya untuk orang lain dan diri kita sendiri. πŸ’

Refleksi Nadia Bakar

06 Oct, 03:08


Link daftar di sini : https://ezy.la/bengkelnota20

Jumpa Sabtu depan! 😊

Refleksi Nadia Bakar

03 Oct, 02:50


Assalamualaikum semua.

Pendaftaran untuk Batch 20 kini dibuka. Istimewa untuk Waiting List terlebih dahulu sebelum kita buka di media sosial lain.☺️

Info Bengkel :

πŸ”˜ Hari Sabtu (12 Oktober 2024)
πŸ”˜ Jam 9:30am-12:00pm
πŸ”˜ Ada rakaman (akses seumur hidup)
πŸ”˜ Freebies istimewa untuk peserta

** Terhad untuk 50 orang wanita sahaja.

Persediaan bengkel :

1) Laptop/tab/ipad/phone
2) Aplikasi Canva
3) Aplikasi Zoom

Boleh pilih salah satu pakej ya.

πŸ’™ BASIC
Sesuai untuk yang mahir Canva dan mahu belajar sendiri.

πŸ’› PREMIUM
Sesuai untuk yang mahu dapatkan bimbingan daripada A-Z.

P/S : Yuran Early Bird sehingga 6 Oktober 2024.✨

Daftar di link ini :

https://ezy.la/bengkelnota20

Insya-Allah, jumpa dalam bengkel nanti! πŸ€—

Refleksi Nadia Bakar

30 Sep, 02:41


Ayat-ayat Tuhan tidak pernah gagal memujuk hati orang-orang yang beriman.πŸ’–

Refleksi Nadia Bakar

28 Sep, 02:33


Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang sangat menyesal kerana tersalah pilih kawan. 😰

Surah al-Furqan : Ayat 27-29

Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata:

"Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?

"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!

"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)".

Daripada satu ayat ini juga kita boleh muhasabah diri.

Kita sendiri pun mesti jadi kawan yang baik dan bertakwa supaya lurus cara pandang kita dalam mencari kawan dan bukan kita punca kepada kesesatan orang lain.

Saya sangat percaya, perubahan bermula dengan diri kita sendiri. πŸ’–

Refleksi Nadia Bakar

28 Sep, 02:33


Pagi ini bertemu dengan ayat yang memberi peringatan. Saya kongsikan dengan kawan-kawan.

Dalam hidup kita, ada tiga jenis kawan :

1️⃣ Ada kawan seperti makanan. Kita memerlukan mereka kerana mereka adalah sebahagian daripada hidup kita dan kita selesa dengan mereka. Tapi perhubungan yang sederhana lebih baik.

2️⃣ Ada kawan seperti ubat. Rasa pahit dengan kejujuran mereka. Tapi peganglah mereka untuk kebaikan kita.

3️⃣ Ada kawan seperti penyakit. Bersama mereka hanya membuatkan kita semakin sakit dan lemah rohani.

Refleksi Nadia Bakar

26 Sep, 02:53


β€œAku lebih baik daripada dia.”

Jangan pernah merasa diri lebih baik daripada orang lain walaupun orang tersebut kelihatan hina di mata khalayak ramai kerana hanya Allah SWT yang mempunyai hak untuk menentukan siapa yang lebih baik di antara semua hamba-Nya.

Pernah tak ada pengalaman saat hati kecil kita merasa lebih baik daripada seseorang kerana kesilapan atau dosa yang dia lakukan, tiba-tiba pada suatu ketika yang lain kita pun buat dosa yang sama?

Sungguh Allah SWT boleh menegur kita melalui pelbagai cara untuk menyucikan hati dan meluruskan pandangan kita terhadap orang lain.

Mungkin apabila kita juga buat dosa yang sama, kita semakin mengerti situasi orang yang menghadapinya dan kita lebih bersifat rahmah terhadap orang yang sedang melalui ujian sebegitu.

Daripada kata-kata yang diucapkan oleh Iblis dan Firaun ini, moga-moga menjadi pengajaran buat kita.

Jangan pernah merasa diri lebih baik dan lebih mulia daripada orang lain. Mereka sedang diuji dan kita yang melihat juga turut diuji.

Semua orang mahu hidup aman-aman saja dalam kebaikan. Tapi tidak semua orang ada ilmu dan kefahaman yang sama. Bersyukurlah jika kita faham halal, haram dan diberikan kekuatan untuk mentaati perintah Tuhan.

Jika tidak mampu membantu, kirimkanlah doa buat mereka. Siapa tahu dengan doa yang datang dari hati yang ikhlas akan membantu mereka untuk berubah jauh lebih baik pada masa akan datang?

Sedar atau tidak, hidup kita baik-baik saja pada hari ini pun boleh jadi disebabkan oleh doa-doa orang yang mahukan kebaikan untuk kita. Sekurang-kurangnya mungkin doa itu daripada ibu ayah kita sendiri.

Wallahua'lam.

Lepas ni, kalau hati kita mula berbisik untuk 'judge' atau hina orang lain, ingatlah apa yang pernah dilakukan oleh iblis dan firaun. Kedua-duanya dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.

Astaghfirullahi wa atubu ilaih.

Refleksi Nadia Bakar

26 Sep, 02:52


Refleksi daripada Surah al-Zukhruf : Ayat 50.

Ketika bertemu dengan dialog Firaun ini, teringat pada dialog yang sama pernah diucapkan oleh Iblis laknatullah ketika di syurga dahulu kerana enggan menurut perintah Allah SWT untuk sujud kepada Nabi Adam a.s.

Apa yang kita boleh belajar daripada dua ayat ini?

Refleksi Nadia Bakar

22 Sep, 03:17


Alhamdulillah.

Bila dah siap sijil-sijil untuk peserta bengkel nota yang komited selesaikan task, mula lah datang rasa sebak, terharu, gembira dan bersyukur untuk mereka.πŸ₯Ή

Mereka adalah wanita-wanita
dengan semangat juang yang tinggi untuk menabur manfaat melalui catatan nota tadabbur.

Semoga Allah SWT reda atas segala usaha.πŸ₯Ή