--> Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2025 bagi mengikuti pengajian di peringkat:
>>> Sarjana (Penyelidikan); atau
>>> Doktor Falsafah (Ph.D)
dalam bidang:
a) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),
b) Ekonomi,
c) Undang-Undang,
d) Kewangan Islam' atau
e) Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)
>>> secara sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan; atau universiti terkemuka dunia.
--> Pemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui https://bmipenajaan.jpa.gov.my mulai 3 Februari 2025 sehingga 28 Februari 2025.
--> Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah dihantar dan diterima oleh pihak JPA SEBELUM atau PADA 7 Mac 2025 sama ada secara serahan tangan atau pos.
--> Sebarang pertanyaan lanjut mengenai penawaran ini, sila layari portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my atau hubungi talian 03โ8885 3569 / 3438 atau e-mel ke [email protected].