Dalam satu kenyataan lain, Menteri Minyak Iraq, Hayan Abdul Ghani menyatakan kontrak ini dimeterai bagi menambah kuantiti pengeluaran gas sedia ada bagi membekalkan kuasa di mesin jana kuasa seluruh negara.
Walaupun begitu, terdapat seorang ahli parlimen yang tidak bersetuju dengan kontrak ini kerana menurut Ali Al-Mashkour sepatutnya kontrak ini diberikan kepada Syarikat Coke dari Korea yang dilihat lebih berpengalaman dan lebih bereputasi berbanding Syarikat Ukrazm Resources.
Sumber https://bit.ly/3w6kaBC