INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini) @infoxkupikupifm Channel on Telegram

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

@infoxkupikupifm


Segmen berita Kupikupifm hanya di INFO X setiap hari. Ikuti INFO X dengan berita-berita politik, isu-isu semasa, sukan, berita dunia, berita yang lebih berani, benar dan banyak lagi berita di Sabah yang akan kami bawakan esklusif kepada kamurang semua!

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini) (Malay)

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini) adalah saluran Telegram yang menawarkan segmen berita eksklusif dari Kupikupifm setiap hari. Dengan mengikuti INFO X, anda akan mendapat akses kepada berita-berita politik, isu-isu semasa, sukan, berita dunia, dan berita lebih berani dan benar di Sabah. Kami berjanji untuk membawa berita-berita terkini secara eksklusif kepada anda semua. INFO X adalah tempat yang tepat untuk mereka yang ingin sentiasa berada dalam lingkaran berita terkini dan menarik. Jadi, sertai INFO X sekarang untuk mendapat informasi yang lebih xclusive, xciting dan terkini!

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

03 Nov, 13:30


Sabah FC mengutip tiga mata lagi di gelanggang sendiri selepas menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini.

Tiga jaringan Sang Badak terhasil pada babak pertama dan satu pada separuh masa kedua, manakala KDN menjaringkan gol tunggal pada babak pertama.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/liga-super-sang-badak-menang-lagi-di-likas/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

03 Nov, 13:25


Katanya, berdasarkan siasatan awal, pihak polis percaya kejadian disebabkan ketidakpuasan hati berkenaan kemalangan yang berlaku sebelum itu.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/lelaki-terbabit-kes-gaduh-ditahan-polis/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

03 Nov, 13:01


Polis menahan empat individu termasuk isteri mangsa bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki tempatan yang berlaku di sebuah simpang di Batu 3, Jalan POIC, Lahad Datu, pada 31 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.34 tengah hari.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/kes-bunuh-di-lahad-datu-empat-termasuk-isteri-mangsa-ditahan/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

03 Nov, 11:39


Polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan seorang penunggang motosikal yang dirakam memandu kenderaan melawan arus di Jalan Lok Kawi - Putatan, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya terkesan sebuah video tular berdurasi 27 saat yang di muat naik di media sosial yang memaparkan seorang individu menunggang motosikal secara melawan arus.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/polis-siasat-penunggang-motosikal-memandu-lawan-arus/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

03 Nov, 10:55


Sebuah kereta pacuan empat roda merempuh lima kenderaan di bahu jalan selepas pemandunya hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah motosikal di Jalan Leila, Kampung Combo, Sandakan pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, pemandu kenderaan pikap jenis Toyota Hilux lelaki berusia 35 tahun hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Duchess Of kent (HDOK).

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/pikap-rempuh-5-kenderaan-ketika-cuba-elak-motosikal/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

03 Nov, 10:22


Penumpang kenderaan pacuan empat roda yang terbabas dan jatuh ke dalam sungai di Batu 2, Jalan Apas, Tawau, awal pagi tadi, disahkan meninggal dunia.

Mangsa Mohd Azrul Shah Abraham, 31, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tawau, manakala pemandu masih menerima rawatan di hospital sama.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/penumpang-pikap-meninggal-dunia-ketika-dirawat/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

03 Nov, 08:40


Kerajaan negeri akan memberikan subsidi one-off sebanyak RM300 kepada pelajar Sabah yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata bantuan secara itu diberikan kepada pelajar yang menuntut di negeri ini untuk balik ke kampung masing-masing ketika musim perayaan.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/subsidi-rm300-kepada-pelajar-sabah-di-ipt-dalam-negeri/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

03 Nov, 08:36


Menggunakan tayar botak selain tiada lesen kenderaan perdagangan (GDL) antara kesalahan yang dikesan dalam Operasi Kenderaan Perdagangan yang dijalankan di Kilometer 7, Jalan Ranau - Telupid, di sini semalam.

Operasi yang bermula kira-kira jam 10 pagi itu, mengeluarkan sebanyak tujuh saman membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/tiada-gdl-tayar-botak-antara-kesalahan-pemandu-kenderaan-perdagangan/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

03 Nov, 05:12


SEORANG penunggang motosikal dilihat memandu melawan arus sebelum menyebabkan kemalangan di Jalan Lok Kawi - Putatan, hari ini.

Berdasarkan video berdurasi 23 saat dikongsikan pembaca Info X, penunggang terbabit dilihat memandu menghala ke Sabindo di lorong kanan menghala ke Putatan.

Setakat ini, belum ada maklumat punca penunggang motosikal berkenaan memandu melawan arus hingga menyebabkan kemalangan. - Info X

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

03 Nov, 02:00


Tamu Besar Kota Belud bukan saja mampu menarik kehadiran pelancong malah turut mengangkat keindahan dan keunikan kepelbagaian budaya yang ada di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata atas sebab itu kerajaan negeri akan terus menyokong dan membangunkan potensi setiap daerah di Sabah termasuk memajukan sosio ekonomi, pelancongan dan kebudayaan masyarakatnya yang unik.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/tamu-besar-tarikan-pelancong-eratkan-perpaduan-rakyat-ketua-menteri/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

03 Nov, 00:20


Dua lelaki berdepan detik cemas selepas kenderaan dinaiki mereka terjatuh ke dalam sungai di Batu 2, Jalan Apas, Tawau awal pagi tadi.

Mangsa berusia 31 tahun cedera manakala seorang lagi mangsa cedera ringan dan dengan kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Tawau.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/pemandu-penumpang-cedera-kenderaan-masuk-sungai/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

02 Nov, 13:22


Sabah FC tidak mahu hilang tiga mata yang bakal mengukuhkan lagi kedudukannya dalam carta Liga Super musim ini ketika melayan kunjungan Kelantan Darul Naim (KDN) FC di Stadium Likas, petang esok.

Dengan tiga tonggak utamanya dijangka tidak dapat diturunkan akibat kecederaan, pasti agak sukar buat Sang Badak, namun misi mengutip tiga mata di gelanggang sendiri tetap menjadi sasaran penting.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/liga-super-tiga-mata-penting-untuk-sabah-di-stadium-likas/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

02 Nov, 07:23


Ramai golongan berpendapatan rendah di negeri ini, termasuk penjawat awam didakwa terjebak dalam kegiatan 'judi telefon' atau judi dalam talian.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/pkr-sabah-minta-pihak-berkuasa-ambil-tindakan-judi-telefon/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

31 Oct, 13:44


ANGGOTA bomba dan penyelamat meredah kawasan hutan berbukit dalam operasi menyelamatkan seorang lelaki yang cedera dihempap pokok dalam insiden di kebunnya, di Kampung Togudon, Penampang.

Meskipun berdepan kesukaran akibat laluan berbukit dan semak, lapan anggota bomba bersama penduduk kampung yang terbabit dalam operasi itu tetap berusaha memikul mangsa untuk dihantar ke hospital. - Info X

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

31 Oct, 10:56


Lapan anggota bomba terpaksa meredah hutan dan sungai sejauh lebih lima kilometer untuk menyelamatkan seorang lelaki yang cedera selepas dihempap pokok dalam kejadian di Kampung Togudon, Penampang, hari ini.

Mangsa berusia 46 tahun cedera di bahagian kepala dan tangan akibat dihempap pokok ketika menjalankan aktiviti memotong pokok di kebunnya.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/bomba-redah-hutan-sungai-5-km-selamatkan-lelaki-dihempap-pokok/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

31 Oct, 08:31


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.29 petang.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/bomba-selamatkan-kanak-kanak-terkunci-dalam-kereta-4/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

31 Oct, 00:21


🪔SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI🪔

Semoga cahaya perayaan ini membawa kemakmuran & kebahagiaan dalam hidup kita semua.

Salam mesra dari kami Info X

#InfoX
#XclusiveXcitingTerkini
#deepavali2024

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

30 Oct, 23:50


Seorang pekerja ladang warga Filipina maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Simpang Ladang seberang, Jalan Lahad Datu - Tungku, di sini semalam.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/pekerja-ladang-maut-kemalangan/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

30 Oct, 13:52


Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabas lalu melanggar tiang elektrik dalam kemalangan di Kilometer 18, Jalan Lahad Datu - Tungku, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa warga tempatan berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/lelaki-maut-kereta-terbabas-langgar-lampu-elektrik/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

30 Oct, 13:36


𝗠𝗲𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 '𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗹𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻' 𝗱𝗶 𝗹𝗮𝗻𝗱𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗞𝗞𝗜𝗔

Sekumpulan tujuh ekor memerang dikesan melintasi kawasan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berdasarkan satu video tular di media sosial, hari ini.

Kelibat mamalia itu dipercayai dirakam petugas lapangan terbang yang menjalankan pemantauan di sekitar landasan.

Memerang terbabit dipercayai adalah kumpulan sama yang dilaporkan menyerang pengunjung Perdana Park Tanjung Aru pada awal September lalu, yang terletak tidak jauh dari KKIA. - Info X

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

30 Oct, 12:39


Perjalanan pulang enam sekeluarga berakhir dengan tragedi apabila dua daripadanya maut selepas kereta dinaiki terbabas dan terbalik di Batu 32, Bukit Tarap, Kinabatangan, petang tadi.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/dua-beradik-maut-empat-cedera-selepas-kereta-dinaiki-terbabas/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

30 Oct, 07:20


Dua anggota agensi penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki meminta rasuah RM5,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas seorang pemandu yang melakukan kesalahan lalu lintas, semalam.

Kedua-dua anggota penguat kuasa itu meminta wang suapan daripada pengadu supaya tidak dikenakan tindakan dan saman dalam sekatan jalan raya di Sandakan.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/minta-rasuah-rm5000-dua-anggota-penguat-kuasa-ditahan-sprm/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

30 Oct, 06:31


Kerajaan negeri menyampaikan insentif RM2.19 juta kepada atlet Sabah yang berjaya memenangi pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI dan Para SUKMA XXI di Sarawak baru-baru ini.

Turut mendapat ganjaran ialah pelari negara, Eddy Bernard yang mendapat pingat gangsa dalam acara 100m pada sukan Paralimpik Paris 2024, dengan menerima insentif sebanyak RM50,000.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/atlet-sukma-sabah-terima-insentif-rm2-19-juta/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

30 Oct, 06:11


Seorang lelaki warga emas ditemui maut dalam keadaan terbaring di lantai tandas yang terkunci di sebuah hotel di Tuaran, awal pagi tadi.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/warga-emas-ditemui-maut-dalam-tandas-hotel-terkunci/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

30 Oct, 05:45


Pakatan Harapan (PH) Sabah perlu diberi autonomi untuk menentukan rakan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick, berkata PH Sabah juga perlu menentukan sendiri bentuk kerjasama dengan mana-mana parti yang sesuai dengan perkembangan politik semasa.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/prn17-ph-sabah-mahu-autonomi-tentukan-rakan-kerjasama/

INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)

30 Oct, 05:31


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga China ke negara asal, semalam.

Program pemindahan tahanan PATI itu dijalankan menggunakan pengangkutan udara terus ke Guangzhou melalui Lapangan Terbang Tawau.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/24-pati-warga-china-dihantar-pulang/