INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM @infofkmuitm Channel on Telegram

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

@infofkmuitm


PKM Student Cloud ☁: https://goo.gl/iK2aXC

Follow us on
IG SMF : http://tiny.cc/vr7mkz

Hotline ☎:
πŸ“žMPP Adha - http://www.wasap.my/60199670661/
πŸ“žMPP Dalila - http://www.wasap.my/60175737691/

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM (Malay)

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM adalah saluran Telegram rasmi yang menyediakan maklumat terkini mengenai Pusat Kembangan Maklumat (PKM) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Saluran ini membolehkan pelajar, kakitangan, dan orang ramai mendapatkan akses kepada berita, program, dan aktiviti yang dijalankan oleh PKM UiTM Shah Alam. Dengan menyertai saluran ini, anda akan dapat mengikuti perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan penyelidikan di mana PKM memainkan peranan penting dalam memastikan komuniti UiTM sentiasa mendapat maklumat yang berkualiti dan relevan. Jadi, jom sertai saluran INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM sekarang untuk menjadi yang pertama mengetahui berita terkini dan terkemuka dari PKM UiTM Shah Alam!

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

27 Nov, 09:14


RABU | 27 NOVEMBER 2024

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[PEMAKLUMAN TARIKH AKHIR PEMBAYARAN YURAN]

Merujuk perkara di atas, suka untuk diingatkan kepada seluruh pelajar UiTM untuk membuat pembayaran yuran dan bil anda mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Tarikh akhir pembayaran semua yuran dan bil bagi semester Oktober 2024 - Februari 2025 adalah pada 29 November 2024 (Jumaat).

Oleh itu, diharapkan para pelajar cakna terhadap pemakluman ini bagi mengelakkan sebarang permasalahan. Pembayaran yuran boleh dilakukan di laman sesawang iStudent Portal menerusi pautan berikut:

πŸ”— https://istudent.uitm.edu.my/index_isp.htm

Sekian, terima kasih.

β€œAspirasi Mahasiswa, Naratif Perubahan”

Yang menjalankan amanah,

CARETAKER
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KOLEJ PENGAJIAN KEJURUTERAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SESI 2023/2024


#UiTMDihatiku
#22Cakna
#MPPEraBaharu

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

07 Nov, 10:33


KHAMIS | 7 NOVEMBER 2024

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[KAEDAH PELAKSANAAN KULIAH DI KOLEJ PENGAJIAN KEJURUTERAAN, UiTM SHAH ALAM BERSEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN KE-100]

Merujuk kepada perkara di atas, dilampirkan bersama adalah pemakluman rasmi daripada Dekan Akademik dan Antarabangsa (Prof. Ir. Ts. Dr. Hj. Solehuddin Shuib) berkenaan pelaksanaan kuliah di Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Shah Alam bersempena Istiadat Konvokesyen ke-100.

Oleh hal yang demikian, diminta semua pelajar Kolej Pengajian Kejuruteraan untuk cakna dengan pemakluman yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

β€œAspirasi Mahasiswa, Naratif Perubahan”

Yang menjalankan amanah,

CARETAKER
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KOLEJ PENGAJIAN KEJURUTERAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
SESI 2023/2024


#UiTMDiHatiku
#22Cakna
#MPPEraBaharu

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

11 Oct, 08:02


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

PERMOHONAN PELAJAR BAGI:

πŸ“PENGGUGURAN / PENAMBAHAN SUBJEK LUAR TEMPOH
πŸ“CUTI KHAS, PENANGGUHAN & MENARIK DIRI
πŸ“MINI TRANSKRIP
πŸ“PENGESAHAN SEDANG / TAMAT BELAJAR
πŸ“PENGEMASKINIAN KEPUTUSAN MUET
πŸ“SURAT PERMOHONAN MENJALANKAN KAJIAN LUAR
πŸ“SURAT PERMOHONAN PENGECUALIAN KULIAH


Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Shah Alam

Pelajar boleh membuat permohonan dengan mengisi borang. Borang boleh didapati pada pautan berikut:-

https://sites.google.com/uitm.edu.my/hea-engineeringuitm/permohonan-pelajar?authuser=0

Semua borang yang lengkap diisikan perlu dikemukakan ke Unit Pentadbiran & Rekod, Pejabat Hal Ehwal Akademik, Aras 8, Menara 1, Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Shah Alam.

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan Permohonan tersebut, boleh rujuk staf dibawah:-

Permohonan Pengguguran / Penambahan Subjek Luar Tempoh
Encik Muhamad Irsaffuddin Ismail: 03-55435268 - Whatsapps
(Kejuruteraan Awam, Elektrik, Kimia, Mekanikal)


Permohonan Cuti Khas, Penangguhan & Menarik Diri
Encik Mohd Azlin Bin Jalil: 03-55435080 - Whatsapps
(Kejuruteraan Awam, Elektrik, Kimia, Mekanikal)


Permohonan Mini Transkrip
Encik Muhamad Irsaffuddin Ismail: 03-55435268 - Whatsapps
(Kejuruteraan Awam, Elektrik, Kimia, Mekanikal)


Surat Pengesahan Sedang Belajar/Tamat
Cik Khairunisa Azuan: 03-55435677 -Whatsapps
(Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Mekanikal)


Surat Pengesahan Sedang Belajar/Tamat
Puan Nor Nazifah Abd Jamil : 03-55435363 - Whatsapps
(Kejuruteraan Awam & Kejuruteraan Elektrik)


Permohonan Pengemaskinian Keputusan MUET
Cik Khairunisa Azuan: 03-55435677 -Whatsapps
(Kejuruteraan Awam, Elektrik, Kimia, Mekanikal)


Surat Permohonan Menjalankan Kajian Luar
Puan Ayu Dalina Rahim:
03-55445694
-Whatsapps


Surat Permohonan Pengecualian Kuliah
Puan Khodijah Zairun Abidin:
03-55445446
-Whatsapps


** Nombor pejabat tersebut boleh dihubungi dengan aplikasi whatapps.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENTADBIRAN & REKOD
Aras 8, Menara 1
Pejabat Hal Ehwal Akademik
Kolej Pengajian Kejuruteraan
UiTM Shah Alam.

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

08 Oct, 02:20


πŸ“’ HARI BERTEMU PELANGGAN PUSAT KOKURIKULUM TELAH TIBA! πŸ“’

Ayuh semua warga UiTM Shah Alam! Jom kita raikan bersama dan berikan sokongan padu kepada HARI BERTEMU PELANGGAN PUSAT KOKURIKULUM yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Oktober 2024 bertempat di Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam.🌟

Inilah masanya untuk kita bertukar idea, mendapat info terkini, dan menyemarakkan lagi semangat kokurikulum UiTM. Jangan lepaskan peluang untuk menyokong inisiatif ini dan memperkasakan aktiviti kita bersama! ✨πŸ’ͺ

#HariBertemuPelanggan #PusatKokurikulum #UiTMShahAlam #SokongKokurikulum

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

08 Oct, 02:20


πŸ“’ TAKLIMAT KOKURIKULUM DATANG LAGI! πŸ“’

Ayuh semua pelajar semester 1 hingga 3 UiTM Shah Alam! Jom kita raikan bersama dan berikan sokongan padu kepada TAKLIMAT KOKURIKULUM yang akan berlangsung pada 12 Oktober 2024 bertempat di Padang Kawad UiTM Shah Alam. 🌟

Inilah masanya untuk anda bertemu dengan jurulatih masing-masing. Demonstrasi daripada badan beruniform turut diadakan. Kehadiran anda adalah wajib βœ¨πŸ‘

#TaklimatKokurikulum #PusatKokurikulum #Haripertamakelasko #SokongKokurikulum

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

07 Oct, 09:23


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dimaklumkan bersama ini disertakan pautan Maklumat Pensyarah yang mengajar kursus MPU, Servicing dan Elektif di ACIS untuk dipanjangkan kepada semua pelajar yang terlibat.

PAUTAN :
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1XURUo-kON_kg-odGPEkZgicmNhbLrQXa/edit?usp=sharing&ouid=107594287876534425370&rtpof=true&sd=true

terima kasih.

JK JADUAL WAKTU, ACIS

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

07 Oct, 09:21


ISNIN | 7 OKTOBER 2024

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku,
Salam Future Engineers.

BACAAN YASIN SEMPENA PEMBUKAAN AWAL SEMESTER SESI OKT 2024 - FEBRUARI 2025

Merujuk perkara diatas, Sekretariat Mahasiswa Kolej Pengajian Kejuruteraan (SMKPK) Jabatan Kerohanian, Kesukarelawanan Dan Kenegaraan akan mengadakan program Bacaan Yasin sempena PEMBUKAAN Semester Baharu Sesi Oktober 2024 - Februari 2025.

Program bacaan yasin yang bakal dijalankan bertujuan bagi memohon pertolongan dan keberkatan dari Allah S.W.T supaya para pelajar dapat memulakan Semester baharu ini dengan lebih baik dan cemerlang di samping meraikan kehadiran pelajar-pelajar baharu ke UiTM. Justeru itu, majlis akan berlangsung mengikut tetapan berikut:

πŸ—“ Tarikh : 8 Oktober 2024 (Selasa)
⏰ Masa : 3:00 petang - 4:00 petang
πŸ“Œ Medium : YouTube Live
πŸ”— Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=FJ4LJLsB5C8

Menjemput seluruh warga KPK dan pelajar-pelajar baharu untuk menyertai dan memeriahkan lagi majlis ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila tekan pautan di bawah untuk berhubung terus dengan pihak kami:
1.SMKP Aiman: https://wa.me/60197204691
2.SMKP Hanim: https://wa.me/60138360824


Sekian, terima kasih.

”Inspirasi Teraju, Pemacu Revolusi"

Yang menjalankan amanah,

JABATAN KEROHANIAN, KENEGARAAN DAN KESUKARELAWANAN
Sekretariat Mahasiswa
Kolej Pengajian Kejuruteraan
UiTM Shah Alam
Sesi 23/24

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#TeamKPK
#4EnginesStriveTogether

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

04 Oct, 14:18


Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

πŸ“Œ Berikut disertakan pautan (link) yang mempunyai maklumat lengkap bagi semua kelas Bahasa Ketiga bagi UiTM Shah Alam & UiTM Cawangan Selangor. Mohon kerjasama semua Wakil Fakulti untuk memajukan maklumat ini kepada fakulti seliaan masing-masing supaya dapat dikongsikan dengan semua pelajar.

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1XdX5Ncf7HYi1BU9WTCf1cVgR0w6_zikj552GO49F1_U/edit?usp=sharing

Segala kerjasama Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

MALAYSIA MADANI

Yang menjalankan amanah,
SAIDAH ISMAIL
Koordinator Pengurusan
Jabatan Bahasa Asia & Eropah
Akademi Pengajian Bahasa

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

04 Oct, 02:50


JUMAAT | 04 OKTOBER 2024

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku,
Salam Future Engineers.

[PEMAKLUMAN MENGENAI GROUP WHATSAPP BATCH DAN GROUP INFO TELEGRAM BAGI PELAJAR BAHARU SEMESTER 1 DAN SEMESTER 3 PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL SESI OKT 2024 - MAC 2025]

Merujuk perkara diatas, Sekretariat Mahasiswa Kolej Pengajian Kejuruteraan (SMKPK) telah pun mewujudkan Group Whatsapp Batch bagi pelajar Sesi Oktober 2024 - Mac 2025 sebagai medium komunikasi dan hebahan info-info penting terutamanya berkaitan dengan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Group Info Telegram juga diwujudkan untuk memastikan kesemua pelajar baharu dapat memperoleh info-info terkini.

Pautan Group Whatsapp Batch:

SEMESTER 1
Semester 1 Mekanikal [CEEM222]: https://chat.whatsapp.com/Gef8ULfV63UBrzpKnDc8rm

Semester 1 Mekatronik [CEEM242]: https://chat.whatsapp.com/IdxXUqOawbH3yRWKH96ZOb

SEMESTER 3
Semester 3 Mekanikal [CEEM222]: https://chat.whatsapp.com/Fw5o22kEg1E1OmSFhuMr03

Pautan Group Info Telegram:

Telegram Hal Ehwal Pelajar Kolej Pengajian Kejuruteraan: https://t.me/infohepkpkuitm

Telegram Info Rasmi Pengajian Kejuruteraan Mekanikal: https://t.me/infofkmuitm

Kesemua pelajar baharu diwajibkan untuk menyertai Group Whatsapp Batch mengikut semester dan Group Telegram Hal Ehwal Pelajar Kolej Pengajian Kejuruteraan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dan persoalan, sila tekan pautan di bawah untuk berhubung terus dengan pihak kami:

1. SMKP Afiqah:
http://www.wasap.my/60126482904/
2. SMKP Elyana:
http://www.wasap.my/60104002810/

Sekian, terima kasih.

β€œInspirasi Teraju, Pemacu Revolusi”

Yang menjalankan amanah,

JABATAN PROFESIONAL DAN PENGANTARABANGSAAN
Sekretariat Mahasiswa Kolej Pengajian Kejuruteraan
UiTM Shah Alam 
Sesi 2023/2024

#UiTMDiHatiku
#KitaUiTM
#TeamKPK 
#4EnginesStriveTogether

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

29 Sep, 12:52


AHAD | 29 SEPTEMBER 2024

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

PERMOHONAN MEMASUKI KELAS YANG PENUH BAGI PROGRAM EM220/CEEM220/CEEM222

Merujuk perkara di atas, pelajar kejuruteraan mekanikal yang ingin membuat permohonan memasuki kelas yang penuh bagi program EM220/CEEM220/CEEM222 boleh mengisi pautan google form di bawah.

Pautan google form:
https://forms.gle/HSrYDwhB34twTBax8

Oleh itu, diharapkan semua pelajar kejuruteraan mekanikal cakna akan pemakluman ini.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KOLEJ PENGAJIAN KEJURUTERAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM
SESI 2023/2024


#UiTMDihatiku
#22Cakna
#MPPEraBaharu

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

04 Sep, 05:55


Assalamualaikum, pemakluman ini baru sahaja diterima daripada pihak PETRONAS melalui HEP INDUK. Para pelajar yang memperolehi CGPA 3.5 ke atas boleh memohon BIASISWA PETRONAS dengan menghantar permohonan melalui Scan QR yang telah disediakan selewat-lewatnya pada 06 September 2024.

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

30 Aug, 03:34


KEPADA SEMUA PELAJAR
KOLEJ PENGAJIAN KEJURUTERAAN
UiTM SHAH ALAM

PERMOHONAN RAYUAN SEMAK SEMULA (RSS), RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN (RMP) DAN PEPERIKSAAN KHAS SESI 20242

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pengumuman keputusan Peperiksaan Akhir Julai 2024 telah diumumkan pada hari ini, 30 Ogos 2024. Oleh itu bagi permohonan RSS, RMP dan Peperiksaan Khas, bolehlah menghubungi Pegawai di bawah melalui panggilan telefon/whatsapp berkenaan perkara di bawah:

RAYUAN SEMAK SEMULA/RSS

πŸ“Œ Puan Siti Najwa Muhamad Zamri di talian 03-5543 5164 / wasap.my/60355435164/RSS
πŸ“Œ Puan Hazwani Rusli di talian 03-55435107 / wasap.my/60355435107/RSS
πŸ“Œ Puan Nurul Arina Abdul Hamid di talian 03-55435163 / wasap.my/60355435163/RSS

mohon pastikan permohonan rss hanya sekali bagi setiap kod kursus. Permohonan lebih daripada sekali untuk kod kursus yang sama, pelajar perlu membayar bil semakan RSS berdasarkan permohonan tersebut.

RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN/RMP

πŸ“Œ Encik Amirahudin Jamaludin di talian 03-55436034 / wasap.my/60355436034/RMP
πŸ“Œ Puan Halimah Ariffin @ Hashim di talian 03-55435191 / wasap.my/60355435191/RMP
πŸ“Œ Encik Mohd Helmi Mohd Mustamil di talian 03-55435162 / wasap.my/60355435162/RMP

Pelajar yang gagal dan diberhentikan dengan status akademik D1 dan D2 tidak layak membuat rayuan (RMP).

PEPERIKSAAN KHAS (BAGI GRADUATING STUDENT SAHAJA) / ISU-ISU AKADEMIK YANG BERKAITAN DENGAN PEPERIKSAAN

πŸ“Œ Puan Salina Mohd Salleh di talian 03-55435176 / wasap.my/60355435176/SUPP_ISU.AKADEMIK

Sekian, terima kasih.

PEJABAT HAL EHWAL AKADEMIK (PEPERIKSAAN & OPERASI)
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Kolej Pengajian Kejuruteraan
-30 Ogos 2024-

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

27 Aug, 06:54


SELASA | 27 OGOS 2024

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[PROMOSI BILIK OYO HOTEL SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-99]

Merujuk perkara di atas, OYO Hotel menawarkan Promosi Harga Bilik OYO Hotel sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-99 yang bakal tiba.

Promosi ini khusus buat para graduan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-99 dengan menawarkan penjimatan harga bilik sehingga 60% diskaun.

πŸ—“οΈ Tarikh: 2 September 2024 sehingga 17 Oktober 2024

πŸ“Œ Gunakan kod kupon "OYOXUITM" semasa membuat tempahan.

Tempahan bilik boleh dilakukan di pautan berikut:
πŸ”— https://www.oyorooms.com

atau hubungi:

πŸ“ž Encik Za'ba (Pengurus Kanan Tempahan) di talian: wa.link/3w99ei

Sekian, terima kasih.

β€œAspirasi Mahasiswa, Naratif Perubahan”

Yang menjalankan amanah,

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SESI 2023/2024

#UiTMDiHatiku
#22Cakna
#MPPEraBaharu

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

13 Aug, 08:00


SELASA | 13 OGOS 2024

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[PEMAKLUMAN TARIKH AKHIR BAYARAN YURAN SELAIN YURAN PENGAJIAN]

Merujuk perkara di atas, suka untuk diingatkan kepada seluruh pelajar UiTM untuk membuat pembayaran yuran dan bil anda mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Tarikh akhir pembayaran semua yuran dan bil bagi semester Mac-Ogos 2024 adalah seperti berikut pada 26 Ogos 2024 (Isnin).

Oleh itu, diharapkan para pelajar cakna terhadap pemakluman ini bagi mengelakkan sebarang permasalahan. Pembayaran yuran boleh dilakukan di laman sesawang iStudent Portal menerusi pautan berikut:

πŸ”— https://istudent.uitm.edu.my/index_isp.htm

Sekian, terima kasih.

"Aspirasi Mahasiswa, Naratif Perubahan"

Yang menjalankan amanah,

EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SESI 2023/2024

#UiTMDihatiku
#22Cakna
#MPPEraBaharu

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

17 Jul, 05:02


RABU | 17 JULAI 2024

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[AMARAN: TINDAKAN MENIRU DI DALAM PEPERIKSAAN]

Ditegaskan bahawa tindakan meniru dalam peperiksaan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Sehingga hari ini, masih terdapat kejadian di mana pelajar ditangkap meniru dengan menulis nota atau formula di bahagian belakang slip peperiksaan, dan perbuatan yang seumpamanya.

Adalah diingatkan bahawa tindakan meniru/membawa nota akan ditangani dengan tegas. Pelajar yang terbukti bersalah akan dikenakan tindakan disiplin yang sewajarnya, termasuk digantung pengajian selama satu semester atau dibuang dari UiTM.

Diharapkan setiap pelajar mengambil maklum akan amaran ini dan memilih untuk mengikuti prinsip kejujuran serta integriti dalam setiap aspek kehidupan sebagai pelajar.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KOLEJ PENGAJIAN KEJURUTERAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
SESI 2023/2024


#UiTMDihatiku
#22Cakna
#MPPEraBaharu

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

16 Jul, 09:39


AHAD | 16 JULAI 2024

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtehra,
Salam UiTM Di Hatiku.

[PEMAKLUMAN TEMPOH LANJUTAN PROSES STUDENT'S FEEDBACK ONLINE (SuFO) UiTM]

Merujuk perkara di atas, Student's Feedback Online (SuFO) bagi semester Mac-Ogos 2024 telah dilanjutkan kepada tarikh yang berikut:

πŸ“† Tempoh Lanjutan: Sehingga 26 Julai 2024

Sehubungan itu, proses SuFO boleh dilengkapkan menerusi laman sesawang UFuture UiTM menerusi pautan yang berikut:

πŸ”— https://ufuture.uitm.edu.my/login

Oleh itu, para pelajar WAJIB untuk melengkapkan SuFO mengikut tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan keputusan penilaian akhir anda disekat.

Sekian, terima kasih.

”Aspirasi Mahasiswa, Naratif Perubahan”

Yang menjalankan amanah,

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KOLEJ PENGAJIAN KEJURUTERAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
SESI 2023/2024

#UiTMDiHatiku
#22Cakna
#MPPEraBaharu

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

14 Jul, 07:44


Assalamualaikum semua.

Hari ini (14 Julai) merupakan hari terakhir dalam pengisian SuFo. Jadi, kepada pelajar yang masih belum mengisi, anda dikehendaki untuk mengisi SuFo dengan kadar yang segera agar dapat melihat result final exam anda nanti. Diminta kepada semua untuk cakna dengan pemakluman ini.

Terima kasih.

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

14 Jul, 07:43


AHAD | 09 JUN 2024

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtehra,
Salam UiTM Di Hatiku.

[TEMPOH PROSES STUDENT'S FEEDBACK ONLINE (SuFO) UiTM]

Merujuk perkara di atas, suka untuk diingatkan kepada para pelajar untuk melengkapkan Student's Feedback Online (SuFO) bagi semester Mac-Ogos 2024 mengikut ketetapan berikut:

πŸ“Œ Tempoh Proses: 10 Jun hingga 14 Julai 2024

Sehubungan itu, proses SuFO boleh dilengkapkan menerusi laman sesawang UFuture UiTM menerusi pautan yang berikut:

πŸ”— https://ufuture.uitm.edu.my/login

Oleh itu, para pelajar WAJIB untuk melengkapkan SuFO mengikut tempoh yang telah ditetapkan untuk mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian:

MPP Aryana:
https://wa.me/601164566205
SMPP Ai Ril:
https://wa.me/60107023395

Sekian, terima kasih.

”Aspirasi Mahasiswa, Naratif Perubahan”

Yang menjalankan amanah,

EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
SESI 2023/2024

#UiTMDiHatiku
#22Cakna
#MPPEraBaharu

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

11 Jul, 07:53


Disebabkan pelajar PKM ada paper final MEC521 pada 15 Julai pagi, APB telah tukarkan masa bagi sesi 10.30 pagi ke sesi 2.00 petang.

Mohon panjangkan maklumat ini kepada semua pelajar PKM yang mengambil EET699 (Writing).

45 pelajar terlibat dengan perubahan slot masa ini. E-mail juga telah dihantar kepada pelajar yang terlibat.

Terima kasih.

INFO RASMI PKM UiTM SHAH ALAM

11 Jul, 07:50


EET699 - WRITING (15 JULAI 2024)

PERHATIAN: PELAJAR PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL SAHAJA


Bagi kod kursus EET699 (Writing) yang dijadualkan pada 15 Julai 2024 (Isnin), kesemua pelajar dari Pengajian Kejuruteraan Mekanikal akan mengambil ujian ini pada SESI 3 (2.00 pm). Mohon semak semula nama dan sesi EET699 (Writing) tersebut di pautan berikut:

πŸ“https://tinyurl.com/EET69920242KPK

Mohon cakna dengan makluman ini. Terima kasih.


PEJABAT AKADEMIK (PEPERIKSAAN DAN OPERASI)
Kolej Pengajian Kejuruteraan
UiTM Shah Alam
-11 Julai 2024-