Bumbung Ehsan Official @bumbungehsanofficial Channel on Telegram

Bumbung Ehsan Official

@bumbungehsanofficial


Assalamualaikum. Alhamdulillah, semua penerima di dalam group ini adalah hasil sumbangan anda selama ini.

Besar pahala buat kalian yang membantu permudahkan kehidupan insan lain di jalan Allah ๐Ÿคฒ

Jemput follow Twitter kami: @bumbungehsan

Bumbung Ehsan Official (Malay)

Bumbung Ehsan Official adalah saluran Telegram rasmi untuk komuniti yang prihatin dan ingin memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Dengan motto 'Assalamualaikum. Alhamdulillah, semua penerima di dalam group ini adalah hasil sumbangan anda selama ini', saluran ini memupuk semangat kebajikan dan kepedulian di kalangan ahli-ahlinya. Setiap sumbangan yang diterima membantu memudahkan kehidupan insan lain di jalan Allah. Dengan itu, pahala besar menanti bagi mereka yang turut serta dalam usaha ini. Keahlian dalam saluran ini bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga membawa keberkatan dan kegembiraan kepada para penyumbang. Selain daripada memberi sumbangan, ahli-ahli saluran ini juga dijemput untuk mengikuti Twitter rasmi @bumbungehsan untuk berita dan perkongsian yang lebih terkini. Bergabunglah dengan Bumbung Ehsan Official sekarang dan bersama-sama kita menyebarkan kasih sayang dan kebaikan di sekeliling kita.

Bumbung Ehsan Official

04 Feb, 12:47


Bagi sesiapa yang nak sedekah ke rumah anak yatim seterusnya, jemput klik link dibawah ya..

Kami akan update lokasi penghantaran bantuan makanan di X & juga di Telegram kami ๐Ÿค

Sedekah makanan rumah anak yatim :
Klik ๐Ÿ‘‰ Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Bumbung Ehsan Official

04 Feb, 12:46


Penghantaran telah berjaya ke Rumah Anak Yatim Bakti Nur Ain.

Alhamdulillah sampai juga kami di sini, setelah 2 minggu proses kempen mengumpul dana untuk rumah anak yatim ini. Bila lihat wajah adik-adik rasa lega, hilang penat lelah mencari sokongan buat mereka ๐Ÿฅน

Semoga segala yg kita sedekahkan ini diterima Allah & diampuni segala dosa kita, serta dipermudahkan segala urusan kita hendaknya. Amin ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Bumbung Ehsan Official

31 Jan, 03:33


Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Minggu lepas kutipan sedekah amat berkurang. Tak tahu dimana khilafnya, terpaksa kami tunda penghantar ke Rumah Anak Yatim Bakti Nur Ain pada Ahad lepas.

Semoga Jumaat mulia ini dapat kita tambahkan barangan kepada adik-adik disini. Sikit atau banyak kami akan teruskan juga penghantaran pada Ahad ni

Sedekah makanan :
๐Ÿ‘‰ Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Bumbung Ehsan Official

27 Jan, 05:06


Salam Israk Mikraj 1446H โ˜ช๏ธ

Sempena peristiwa agung ini, mari kita merenung kebesaran Allah SWT dan terus mendekatkan diri kepada-Nya.

Bumbung Ehsan Official

24 Jan, 05:15


Bismillahirrahim.

Untuk rumah ke-2 tahun 2025 ini, kami berhasrat untuk membuka bantuan makanan kepada Rumah Anak Yatim Bakti Nur Ain. Ayuh sumbang makanan โœจ

Rumah ini dihuni lebih 20 anak yatim & anak asnaf yang berlindung disini.

Keadaan kewangan mereka yang agak tidak stabil ketika ini mendorong mereka untuk mencari bantuan dan support dari orang ramai untuk kelangsungan dan kesejahteraan hidup mereka disini.

Jadi harini bantu mereka war-warkan rumah perlindungan ini supaya ramai orang dapat membuat sedekah makanan.

Bagi yang ingin sedekah makanan dekat sini, boleh pergi ke link bawah ni ya. Semoga setiap rezeki yang dikongsi menjadi asbab kebahagiaan anda di dunia dan akhirat.

Klik Untuk Menyumbang Makanan :
๐Ÿ‘‰ Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Bumbung Ehsan Official

20 Jan, 12:20


Bagi sesiapa yang nak sedekah ke rumah anak yatim seterusnya, jemput klik link dibawah ya..

Kami akan update lokasi penghantaran bantuan makanan di X & juga di Telegram kami ๐Ÿค

Sedekah makanan rumah anak yatim :
Klik ๐Ÿ‘‰ Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Bumbung Ehsan Official

20 Jan, 12:20


Alhamdulillah permulaan yang baik bagi tahun 2025 ni.

Penghantaran bantuan makanan ke umah pertama tahun ini telah berjaya โœ…

Lokasi : Rumah Anak Yatim & Asnaf Mesra Assalam

Semoga adik-adik disini dapat bergembira & rasa disayangi walaupun dalam ketiadaan ibu bapa mereka. Terima kasih juga buat semua kerana mempercayai kami dalam usaha kami membela keluarga susah & anak-anak yatim sehingga kini !

Biar kita hidup bersederhana di dunia, yang penting kita hidup senang & tenang diakhirat kelak ๐Ÿ˜Š

Bumbung Ehsan Official

07 Jan, 12:45


Bagi sesiapa yang nak sedekah ke rumah anak yatim seterusnya, boleh menyumbang di link yang sama ya..

Segala sumbangan yang terkumpul selepas dari ini, akan kami salurkan ke rumah anak yatim seterusnya ๐Ÿค

Sedekah makanan :
๐Ÿ‘‰ Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Bumbung Ehsan Official

07 Jan, 12:42


Penghantaran ke Rumah Anak Yatim Bakti Nur Syaheera โœ…

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah telah berjaya disampaikan bantuan orang ramai kepada anak-anak yatim disini.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu agar kurniakan lah kepada semua penderma makanan ini keselamatan, kesihatan tubuh badan, limpahan ilmu, keberkahan rezeki, taubat sebelum datangnya maut, rahmat pada saat datangnya maut, dan keampunan segala dosa-dosa yang lalu. Aamin Ya Rabb ๐Ÿคฒ

Bumbung Ehsan Official

03 Jan, 03:42


Update Semasa : Pihak kami extend penghantaran untuk kutipan bantuan makanan ke rumah ni sehingga cukup bantuan.

Jika ada yang dah pernah bersedekah disini, jemputlah tambah lagi supaya bekalan mereka mencukupi sehingga ada bantuan lain tiba. Ayuh sedekah Jumaat di bulan Rejab yang mulia ini ๐Ÿค

Belanja Makan Anak Yatim Di Bulan Rejab :
KLIK ๐Ÿ‘‰ Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Bumbung Ehsan Official

27 Dec, 04:53


Tempat Yang Perlukan Bantuan Kita ๐Ÿค

Lokasi : Rumah Anak Yatim Bakti Nur Syaheera.

Selama kita berada di dunia ni, selagi itu lah bermaksud Allah buka peluang untuk kita mengumpul amalan.

Kami ingin mengajak anda semua untuk bantu sedekah makanan ke rumah anak yatim ke-3 bulan ni. Rumah jagaan ni sering bergelut masalah kewangan, kerana perlukan kos yang tinggi untuk tampung perbelanjaan bulanan adik-adik disini..

Rumah ni juga antara rumah anak yatim yang kurang mendapat perhatian dari pihak luar. Jadi mohon ramai-ramai RT tweet ni, dan jemput belanja mereka makan ya ๐Ÿ˜Š

Semoga asbab kita permudahkan urusan adik2 ni & penjaga rumah, Allah permudahkan urusan kita didunia dan akhirat kelak. Aamin Ya Rabb ๐Ÿคฒ

Sedekah Makanan Anak Yatim :
Klik ๐Ÿ‘‰ Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Bumbung Ehsan Official

26 Dec, 06:13


Bagi sesiapa yang nak sedekah ke rumah anak yatim seterusnya, jemput klik link dibawah ya..

Sedekah makanan :
๐Ÿ‘‰ Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Bumbung Ehsan Official

26 Dec, 06:12


Penghantaran ke Pusat Jagaan Kanak Kanak Yatim & Miskin Muhammad Al Fateh โœ…

Atas ihsan semua, dapat kita berkongsi rezeki dgn adik2 disini. Macam tak percaya, setiap bulan kita berjaya bantu 3 ke 4 rumah anak-anak yatim & asnaf!

Inshallah kita akan teruskan agar anak kesayangan Nabi SAW ini sentiasa terasa disayangi walau tanpa ketiadaan ibu bapa mereka โค๏ธ

Bumbung Ehsan Official

20 Dec, 12:34


Ada siapa yang nak belanja makanan kat rumah yang tengah kekurangan ni?

Ini rumah kedua pada bulan ni! Ada lebih 20 anak yatim & anak asnaf berlindung di Pusat Jagaan Kanak Kanak Yatim & Miskin Muhammad Al Fateh ni.. Semuanya bawah umur 17 tahun.

Pemilik rumah ni sangat rajin buka kelas mengajar Al-Quran, sebagai usaha untuk menampung anak-anak yang tak ada tempat berlindung ni. Tapi semua ni masih tak cukup untuk tampung kos bulanan anak yatim disini..

Jadi kami nak ajak ramai-ramai untuk turutserta ambil bahagian dalam sedekah makanan kepada mereka. Setiap ringgit sangat memberi kesan! ๐Ÿค

Tolong sebarkan juga ya. Jemput tekan link, ada pilihan makanan dari RM3 sahaja ๐Ÿฅ˜

Belanja anak yatim makan :
KLIK ๐Ÿ‘‰ Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Bumbung Ehsan Official

29 Nov, 04:02


Assalamualaikum semua..

Dengan keadaan mereka yang sedang dalam keperluan, kami cadang untuk memanjangkan tempoh kutipan kepada seminggu lagi (minggu ini terakhir).

Ini adalah untuk mencukupkan bekalan makanan mereka untuk jangkamasa lebih panjang. Sumbangan anda pada minggu lepas telahpun kami hantar kesana, min ada upload di posting atas ni ya ๐Ÿ˜Š Bantu sebar-sebarkan ya ๐Ÿ‘๐Ÿป

Jemput tambah sedekah makanan :
๐Ÿ‘‰ Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Bumbung Ehsan Official

25 Nov, 12:43


Penghantaran ke Rumah Kebajikan Anak Yatim & Asnaf An-Naafi telah dilaksanakan โœ…

Terima kasih orang baik, semoga Allah membalas sumbangan yang anda keluarkan dengan sebaik baik balasan ๐Ÿคฒ

Tetapi oleh kerana mereka sedang dalam kesempitan dan target jumlah bantuan kami kesini juga tak tercapai, kami berhasrat ingin extend 1 minggu lagi untuk tambah sumbangan kesini. Sedikit atau banyak kami akan hantar juga bantuan Batch Ke-2 pada ahad ni.. jemput bantu ya.

Untuk tambah sedekah makanan :
๐Ÿ‘‰ Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Bumbung Ehsan Official

22 Nov, 03:08


"Cukuplah Saya Pernah Merasa Susah, Bukan Mereka.."

Rumah Kebajikan Anak Yatim & Asnaf An-Naafi menempatkan seramai 26 orang anak yatim & asnaf. Kini mereka menghadapi masalah dalam menampung kos operasi yeng menelan jumlah yang tinggi setiap bulan.

"Keadaan semakin genting, dgn kos hidup yg semakin meningkat hingga ada anak2 yatim ni sanggup berikan tabung ayam mereka untuk membantu, menangis kak cha melihat keikhlasan anak2 ni" - isteri pengasas

Tanpa dana operasi yang kukuh, keperluan harian dan sekolah anak2 yatim disini tak dapat disempurnakan dan mereka terpaksa mencatu keperluan dan makanan harian.

Oleh itu, kami ingin menjemput semua yang melihat tweet ini untuk bantu sedekah makanan, ada pilihan makanan cuma RM3 saja..

Mereka sangat memerlukan bantuan anda, anggaplah mereka seperti anak-anak atau adik-adik anda yang memerlukan sokongan anda..

Pilihan makanan untuk disedekahkan :
๐Ÿ‘‰ Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Bumbung Ehsan Official

15 Nov, 11:11


Sumbangan seikhlas hati sangat diperlukan mereka dalam masa terdekat ni

Lokasi : Rumah Jalinan Kasih Anak Yatim/Miskin Cheras

Kalau tak dapat nak bantu mereka dari segi bantuan makanan, boleh bantu dengan RT ya โœจ

Rumah ni melindungi ramai anak yatim, anak yang dipinggirkan keluarga, anak keluarga yang tidak mampu, dari seawal 3 tahun. Mereka dah beroperasi lebih 10 tahun, kini diancam untuk ditutup kerana tak mampu tanggung kos belanja bulanan.

Bantu hidupkan rumah perlindungan ni semula. Hari ahad kami akan hantar bantuan makanan kesana. Jom sedekah makanan banyak-banyak kesini. Klik saja link dibawah ya.

Pilihan makanan untuk disedekahkan :
๐Ÿ‘‰ Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Bumbung Ehsan Official

11 Nov, 05:16


Maka dengan ini kami menutup tirai untuk rumah ini.

Untuk yang ingin belanja rumah anak yatim seterusnya, boleh klik link dibawah..

Jumlah yang terkumpul minggu ni akan disalurkan kepada rumah seterusnya ๐Ÿค

Sedekah Rumah Anak Yatim & Asnaf :
๐Ÿ‘‰ Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Bumbung Ehsan Official

11 Nov, 05:15


Alhamdulillah. Setelah 2 minggu proses pengumpulan sumbangan dari orang ramai, tiba masa untuk kami agihkan barang2 bantuan makanan yang mereka sgt perlukan. Syukur Ya Allah ๐Ÿคฒ

Terima kasih buat semua yang sudi bantu mereka. Sedekah tidaklah mengurangi harta kita. Malah ia membawa banyak kebaikan dan manfaat kepada diri kita juga. Setiap kali kita bersedekah juga, malaikat akan mendoakan kita : (rujuk gambar biru)

Bumbung Ehsan Official

01 Nov, 03:58


Ini Rumah Amal Asnaf Al Barakh, satu tempat yang agak unik bagi kami. Jemput baca jika kelapangan..

Kami tak pernah hantar kesini sebelum ni. Tapi dapat tahu dari kenalan kami yang rumah ni selalu tak cukup bekalan makanan penting untuk hidangan harian..

Anak-anak disini sangat unik kerana dari bermacam latar belakang : anak yatim piatu, keluarga cerai berai, keluarga asnaf, keluarga bermasalah, anak gelandangan, serta anak yg mak ayah dalam perintah penjara.

Setelah kenalpasti masalah mereka, kami rasa sumbangan mmg amat diperlukan segera. Kami cadang untuk menghantar bantuan makanan pada hujung minggu ni. Tapi bekalan kami pun dah tak banyak, apa yang ada saja.

Jadi sesiapa yang nak turut sumbang makanan amat dialu alukan, demi kelangsungan pusat jagaan percuma ini. Semoga Allah saja dapat membalas jasa baik kalian.. Jazakallah.

Pilihan makanan untuk disedekahkan :
๐Ÿ‘‰ Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Bumbung Ehsan Official

28 Oct, 11:34


Penghantaran bantuan ke Pusat Jagaan Amal Asyura, di Sungai Buloh โœ…

Alhamdulillah sumbangan anda telah kami sampaikanโ€ฆ Walaupun tak banyak sumbangan dapat seperti sebelum ni, mereka tetap gembira ๐Ÿ˜Š

Btw mereka rajin ya, siap buat sendiri makanan untuk dijual di kedai-kedai. Mereka usaha mana yang boleh..

Semoga anak-anak yatim dan asnaf disini terus mendapat perhatian dari luar serta sentiasa dalam pelindungan Allah SWT. Amin Ya Rabb

Teruskan bantu rumah2 anak yatim yang kesempitan, kami akan agihkan sedekah anda semasa memberi bantuan nanti ๐Ÿ‘

Klik : Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Bumbung Ehsan Official

25 Oct, 00:41


Sedekah Rumah Anak Yatim Ke-4 Oktober! โ˜ช๏ธ (Giliran Pusat Jagaan Amal Asyura)

Agak ramai adik2 yang berlindung dekat sini, paling kecil baru 2 tahun. Semuanya dari latar belakang anak yatim ataupun keluarga susah.

Mereka baru telefon tempoh hari untuk mohon bantuan, kata penjaga sana beras dah tinggal minimum. Tak sampai seminggu. Ayam juga dah habis langsung. Allahu

Sempena kami nak hantar bantuan hujung minggu ni, jom turutserta beri sedekah makanan yang banyak dekat adik2 disini. Kami akan belikan apa yang anda sedekah, dan hantar kesini.

Baki bantuan kami nak bagi ni dah pun tak banyak, eloklah kita sama2 perbanyakkan bantuan makanan kesini. Semoga mereka bergembira dan semoga Allah permudahkan segala urusan kita ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Klik sini untuk sedekah makanan :
KLIK ๐Ÿ‘‰ Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Last hantar bantuan kesini 5 bulan lepas tak silap min. Lama dah. Semoga kita dapat mengurangkan beban adik2 disini..

Bumbung Ehsan Official

25 Oct, 00:10


Salam jumaat semua.

Mari bermuhasabah diri dihari mulia ini dan saling mengingati amal kebaikan didunia yang sementara ini ๐Ÿคฒ

Jika ada yang ingin bantu rumah anak yatim yang sedang kesempitan, boleh klik di link dibawah. Semoga dipermudahkan urusan.

Jemput Sedekah Jumaat
๐Ÿ‘‰๐Ÿปhttp://Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Bumbung Ehsan Official

22 Oct, 14:30


Untuk yang ingin belanja rumah anak yatim seterusnya, boleh klik link dibawah ya.

Jumlah yang terkumpul minggu ni akan disalurkan kepada rumah seterusnya ๐Ÿค

Sedekah Rumah Anak Yatim & Asnaf :
๐Ÿ‘‰ Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Bumbung Ehsan Official

22 Oct, 14:29


Alhamdulillah, telah terlaksana bantuan kepada Rumah Anak Yatim Baitun Nurrawdah โœ…

Dikala mereka sedang semakin kehabiasan bahan untuk memasak, Allah gerakkan ramai hambaNya yang berhati mulia untuk tampil membantu.

Ketahui lah sedekah tak pernah merugikan kita. Malah kebaikan akan berbalik pada kita semula didunia dan akhirat.

Terima kasih diucapkan pada semua..