HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA @doa_selawat Channel on Telegram

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

@doa_selawat


Sri Al Banjari As Saifiah
.

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR, NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram rasmi kami, HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR, NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA, yang dikenali sebagai @doa_selawat. Saluran ini dikendalikan oleh Sri Al Banjari As Saifiah, yang merupakan pusat untuk berkongsi bacaan selawat, zikir, nasihat, peringatan, dan doa dalam kehidupan seharian. Dengan berbagai koleksi doa dan zikir yang bermanfaat, saluran ini bertujuan untuk memberikan inspirasi dan kekuatan kepada para pengikutnya. Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan keberkatan melalui bacaan selawat, zikir, dan doa boleh menyertai saluran ini. Berilah diri anda peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dan meraih keberkatan dalam setiap detik kehidupan anda melalui perkongsian yang bermakna di saluran kami. Sertai kami sekarang dan jadilah sebahagian daripada komuniti yang bersemangat dalam menguatkan hubungan spiritual dengan Yang Maha Esa.

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

02 Jan, 09:56


KESAN ZIKIR PADA OTAK

1) Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

2) Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang ita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

3) Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

4) Apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

5) Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

6) Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

7) Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan.

8) Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

9) Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

10) Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.

11) Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.

Masya Allah

Wallahua’alam
Lahaulawalaquwwataillabillah.

#drazurashares
#cnp

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

02 Jan, 00:11


Selamat Tahun Baru 2025! Semoga tahun ini membawa keberkatan, kebahagiaan, dan kejayaan kepada kita semua. Semoga iman kita semakin kukuh dan setiap langkah hidup dipenuhi dengan rahmat Allah. Doa yang terbaik untuk kita semua dalam setiap aspek kehidupan. Ameen.

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

18 Dec, 03:45


[ Amal baca Ayat Kursi Tujuh kali ]

1) Apabila kita baca ayat Kursi, sudah kita tiup pada hadapan kita serta kata " Hai Allah, menjadi olehmu hadapan aku ini kota yang teguh".

2) Apabila kita baca Ayat Kursi, sudah kita tiup pada belakang kita serta kita kata " Hai Allah, menjadi olehmu belakang aku ini kota yang teguh".

3) Apabila kita baca ayat Kursi, sudah kita tiup pada pihak kanan kita serta kata "Hai Allah, menjadi olehmu pihak kanan aku ini kota yang teguh".

4) Apabila kita baca ayat Kursi, sudah kita tiup pada pihak kiri kita serta kata " Hai Allah, menjadi olehmu pihak kiri aku ini kota yang teguh".

5) Apabila kita baca ayat Kursi, sudah kita tiup pada pihak bawah kita serta kita kata "Hai Allah, menjadi pihak bawak aku ini kota yang teguh".

6) Apabila kita baca ayat Kursi, sudah kita tiup pada pihak atas kita serta kata "Hai Allah, menjadi olehmu pihak atas aku ini kota yang teguh".

7) Apabila sudah, maka kita syuhud.
Dimula daripada muka kita naik kepala, dan perut kepada bahu kita sampai kepada kaki dengan dua belah tangan kita serta kata waktu itu " Hai Tuhanku, menjadikan Ayat Kursi ini daging darah aku sekalian.

in sha Allah lepas daripada seteru, Mudah-mudahan Allah Ta'ala tak beri nampak akan kita ini. Hak ini pun sudah mujarrab dah, dan sudah orang buat beramal dah.

*Kitab Bekalan Orang Tua.

والله أعلم بالصواب

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

16 Dec, 23:55


Penghulu segala istighfar :

Daripada Syaddad bin Aus RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. [Riwayat al-Bukhari (6306)]



Di dalam Fath al-Bari, Imam Ibn Hajar menaqalkan perkataan Ibn Jamrah yang mengatakan bahawa di dalam hadith ini, Nabi SAW telah menghimpunkan seni makna-makna serta lafaz-lafaz yang indah dan dengan itu melayakkan ia digelar sebagai penghulu segala istighfar.

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

16 Dec, 12:48


DOA MENUTUP MATA JIN AGAR
Tidak Melihat Aurat Kita

Bismillaahilladzi la ilaaha illaahuwa, artinya dengan nama Allah yang tidak ada Ilah (Tuhan) selain Dia (Allah).

Inilah doa yang harus dibaca oleh kita terutama wanita, istri dan anak perempuan, agar para jin dan setan tidak melihat aurat kita. Doa ini dijelaskan oleh ustadz Haikal bin Husen Alamry yang sumbernya dari kitab yang ditulis Alhabib Ahmad bin Hasan Al Atos, seorang wali besar di Masjidil Haram yang sudah meninggal ratusan tahun lalu.

Dikatakan bahwa doa ini harus dihafal oleh istri dan anak-anak perempuan. Jangan kasih lihat aurat kita. Dengan doa ini, makhluk sebangsa jin tidak akan melihat aurat kita. Mereka kalah dengan dzikir ini, mereka tidak akan melihat aurat kita (fur).

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

15 Dec, 09:28


Pengajian Tauhid (Bagi Mubtadi / Pemula)
Link Rakaman live Kitab Asas Al-I’tiqod (khatam)
Bersama Ustaz Fisol bin Fazil

Sesi 1
https://www.facebook.com/109885297859342/videos/3930070667089989/

sesi 2
https://www.facebook.com/109885297859342/videos/170858878125803/

Sesi 3
https://www.facebook.com/109885297859342/videos/340946660781160/

Sesi 4
https://www.facebook.com/109885297859342/videos/930006837738153/

Sesi 5
https://www.facebook.com/109885297859342/videos/2833077413674587/

Sesi 6
https://fb.watch/55_oZY5Vls/

Sesi 7
https://fb.watch/59VEBWVKNi/

Sesi 8
https://fb.watch/5fuUKNBbEK/

Sesi 9
https://fb.watch/5jiBlIZBAG/

Sesi 10
https://fb.watch/5GXGpd3a0i/

Sesi 11
https://fb.watch/5Ir2tqcQmB/

Sesi 12
https://fb.watch/5L50Md7N8Z/

Sesi 13
https://fb.watch/5ZhyWwZev8/

Sesi 14
https://fb.watch/5ZhA_5j6Ue/

(Khatam❤️)

-admin-

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

04 Dec, 02:29


*(Tasbih, Tahmid, Tahlil, Takbir)*

Baca ‘subhanallah’ 100 kali pagi dan petang itu seperti pahala 100 kali haji.

Baca ‘alhamdulillah’ 100 kali pagi dan petang itu seperti perang sabil berkuda 100 kali.

Baca ‘Laa ilaaha illa Allah’ 100 kali pagi dan petang itu seperti merdeka 100 sahaya dan sayugia ditambah dengan tahlil khusus ahmadiah, supaya bertambah kelebihan dari yang sedemikian itu dan berganda-gandanya.

Baca ‘Allahu akbar’ 100 kali pagi dan petang itu tiada seorang terlebih banyak pahala pada hari itu melainkan orang yang membaca seumpamanya itu menambah ia atasnya. (hadis hasan).

Baca ‘Subhanallahil 'azhiimi wabihamdih’ 100 kali pagi dan petang itu diampunkan akan dosa jikalau ada ia seumpama buih air laut sekalipun. (hadis shahih)

*Pagi itu kata Rodad (ulama):* Daripada fajar hingga waktu dhuha dan baki waktu dhuha itu pada hukum pagi juga dan petang itu kemudian daripada sembahyang asar hingga lalu sepertiga malam atau separuhnya.

Kata Ibn Hajar: Pagi itu beberapa masa oleh siang dan petang itu beberapa masa oleh malam.
(Harus diketahui waktu pagi itu adalah selepas subuh hingga jam 12 tengahari dan waktu petang itu selepas asar sehingga jam 12 malam)

[Kitab Risalah Al Aqoid Wal Fawaid, TG Haji Daud, Bukit Abal.]

# Semuanya terkandung dalam Wirid 700

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

03 Dec, 00:09


IJAZAH AMALAN KUBU HAUQOLAH ( لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم )

Amalan untuk menghilangkan kesusahan, kerisauan, kemurungan, kesedihan dan kegelisahan hati. Serta mendapatkan pertolongan, pembukaan, kebahagiaan dan keselamatan hidup dunia dan Akhirat.

Amalan ini saya terima dari guru saya, syekh Muhammad Zan الله يرحمه

Amalan ini dibaca selepas subuh dan asar, bagi guru-guru boleh juga dibaca setiap kali hendak memulakan kelas atau majlis bersama jemaah.

Kita sedia maklum, hari ini ramai ummat Rasulullah صلى الله عليه وسلم di uji dengan pelbagai ujian.

Para guru bimbinglah ummat ini kepada Allah dengan jalan beramal.

Ummat ini perlu dibimbing dalam segala hal.

Keletihan para guru dalam membimbing umat ini amat kami hargai, moga Allah membalas dengan sebaik-baik pembalasan.

Sebelum membaca amalan ini, hendaklah hadiahkan surah al-Fatihah kepada:

1. Rasulullah صلى الله عليه وسلم , ahli keluarga dan para sahabatnya رضي الله عنهم
2. Syekh Muhammad Zan
3. Ustaz Idrus al-Kaf

Selamat beramal kerana Allah. Moga di beri istiqamah dalam kebaikan.

Abu Dzar Omar
2 Dec 2024 / 2 Jamadil Awal 1446H

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

03 Dec, 00:07


Bacalah doa ini semasa hujan lebat dan banjir

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

27 Nov, 02:42


Terjemahan Doa:

1. Ya Allah, lapangkanlah dada kami dengan Al-Quran.

2. Ya Allah, terangilah kubur kami dengan Al-Quran.

3. Ya Allah, jadikanlah Al-Quran sebagai pemberi syafaat untuk kami.

4. Ya Allah, perbaikilah keadaan zahir kami dengan Al-Quran.

5. Ya Allah, sucikanlah hati kami dengan Al-Quran.

6. Ya Allah, hilangkanlah dosa-dosa kami dengan Al-Quran.

7. Ya Allah, ampunilah kesalahan kami dengan Al-Quran.

8. Ya Allah, jadikanlah kami daripada golongan Ahli Al-Quran.

9. Ya Allah, jadikanlah kami akrab dengan Al-Quran.

10. Ya Allah, berikanlah ketenangan kepada kami dengan Al-Quran dan hindarilah kami daripada rasa takut di kubur.

Doa ini memohon rahmat dan keberkatan daripada Allah melalui Al-Quran untuk kehidupan di dunia, kematian, dan akhirat.

Dr hjmiey UKM

Kredit : Ustaz Wan HiLmie

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

27 Nov, 00:31


(Doa ini selalu dibaca oleh Allah yarham atuk saya Ustaz Ghazali Hasbullah)

▪️Wahai Tuhan yang melaksanakan segala hajat

▪️Wahai Tuhan yang menerima segala permintaan

▪️Lemah kami, kuatkanlah

▪️Lalai kami, ingatkanlah

▪️Jahil kami, pandaikanlah

▪️Kotor hati kami, bersihkanlah

▪️Gelap hati kami, terangkanlah

▪️Keras hati kami, lembutkanlah

▪️'Ujub riya' kami, ikhlaskanlah

▪️Takabbur zalim kami, tawadhu'kanlah

▪️Salah kami, maafkanlah

▪️Dosa kami, ampunkanlah

▪️Kejahatan kami, taubatkanlah

▪️Susah kami, angkatkanlah

▪️Sempit kami, lapangkanlah

▪️Sakit kami, sembuhkanlah

▪️Uzur kami, sihatkanlah

▪️Segala urusan kami, permudahkanlah

▪️Segala masalah kami, selesaikanlah

▪️Kami tiada kaya, hanya Engkau yang Maha Kaya

▪️Kami tiada kuat, hanya Engkau yang Maha Kuasa

▪️Kami tiada pandai, hanya Engkau yang Maha Bijaksana

▪️Kami adalah hamba-Mu yang lemah

▪️Kami adalah hamba-Mu yang terlalu banyak salah

▪️Jadikanlah kami hamba-Mu yang taat

▪️Jadikanlah kami hamba-Mu yang Solih

▪️Jadikanlah kami hamba-Mu yang bertaqwa

▪️Jadikanlah kami hamba-Mu yang bertaubat

▪️Jadikanlah kami hamba-Mu yang rajin beribadah

▪️Peliharakan kami dari syirik

▪️Peliharakan kami dari murtad

▪️Peliharakan kami dari mengikut kafir

▪️Peliharakan kami dari dosa maksiat

▪️Peliharakan kami dari dunia hingga akhirat

Doa ini sangat indah dibaca pada waktu Tahajjud.

Abu Dzar Omar
27 Nov 2024

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

25 Oct, 09:58


*🌹Ayat Kursi 9 Wakaf, Benteng Diri🌹*

1. Baca Doa Pembuka Wirid (Fatihatul Aurad)

ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ

اَللَّهُمَّ اِنِّى اُقَدِّمُ إِلَيْكَ بَيْنَ يَدَىْ كُلِّ نَفَسٍ وَلَمْحَةٍ وَطَرْفَةٍ يَطْرِفُ بِهَا اَهْلُ السَّمَوَاتِ وَأَهْلُ الأََرْضِ، وَكُلِّ شَيْءٍ هُوَ فِىْ عِلْمِكَ كَائِنٌ أَوْ قَدْ كَانَ، اُقَدِّمُ إِلَيْكَ بَيْنَ يَدَىْ ذَلِكَ كُلِّهِ

"Ya Allah sesungguhnya aku persembahkan kepadaMu di hadapan setiap nafas dan (setiap) kerlipan dan (setiap) kerdipan, berkedip dengannya penghuni langit dan bumi dan setiap sesuatu ianya dalam ilmuMu ada, atau telah pernah ada, aku persembahkan kepadaMu di hadapan semua itu."

2. Baca ayat Kursi, selesai bacaan no.1 tiup sebelah kanan dan seterusnya seperti di bawah..

1. ﭐﻟﻠَّﻪُ ﻟَﺎٓ ﺇِﻟَـٰﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﻫُﻮَ ﭐﻟۡﺤَﻰُّ ﭐﻟۡﻘَﻴُّﻮﻡُۚ
(1) Tiup sebelah kanan

2. ﻟَﺎ ﺗَﺄۡﺧُﺬُﻩُ ۥ ﺳِﻨَﺔٌ۬ ﻭَﻟَﺎ ﻧَﻮۡﻡٌ۬ۚ
(2) Tiup sebelah kiri

3. ﻟَّﻪُ ۥ ﻣَﺎ ﻓِﻰ ﭐﻟﺴَّﻤَـٰﻮَٲﺕِ ﻭَﻣَﺎ ﻓِﻰ ﭐﻟۡﺄَﺭۡﺽِۗ
(3) Tiup ke depan

4. ﻣَﻦ ﺫَﺍ ﭐﻟَّﺬِﻯ ﻳَﺸۡﻔَﻊُ ﻋِﻨﺪَﻩُ ۥۤ ﺇِﻟَّﺎ ﺑِﺈِﺫۡﻧِﻪِۦۚ
(4) Tiup ke depan tapi bayangkan tiup ke belakang.

5. ﻳَﻌۡﻠَﻢُ ﻣَﺎ ﺑَﻴۡﻦَ ﺃَﻳۡﺪِﻳﻬِﻢۡ ﻭَﻣَﺎ ﺧَﻠۡﻔَﻬُﻢۡۖ
(5) Tiup ke bawah

6. ﻭَﻟَﺎ ﻳُﺤِﻴﻄُﻮﻥَ ﺑِﺸَﻰۡﺀٍ۬ ﻣِّﻦۡ ﻋِﻠۡﻤِﻪِۦۤ ﺇِﻟَّﺎ ﺑِﻤَﺎ ﺷَﺎٓﺀَۚ
(6) Tiup ke bawah, niat sampai ke 7 Petala Bumi

7. ﻭَﺳِﻊَ ﻛُﺮۡﺳِﻴُّﻪُ ﭐﻟﺴَّﻤَـٰﻮَٲﺕِ ﻭَﭐﻟۡﺄَﺭۡﺽَۖ
(7) Tiup ke atas

8. ﻭَﻟَﺎ ﻳَـُٔﻮﺩُﻩُ ۥ ﺣِﻔۡﻈُﻬُﻤَﺎۚ
(8) Tiup ke atas, niat sampai ke 7 Petala Langit dan Arash.

9. ﻭَﻫُﻮَ ﭐﻟۡﻌَﻠِﻰُّ ﭐﻟۡﻌَﻈِﻴﻢُ
(9) Sedut nafas, tahan sekejap, dalam tahan tu niat untuk tolak syaitan yang ada dalam diri rumah, dan keluarkan nafas kemudian sebut *Allahu Akbar*

• Baca sebelum bangun.
• Baca sebelum keluar rumah.
• Baca lepas solat.
• Baca sebelum tidur.
• Baca bila perlu.
• Selalu amalkan bila² masa.

Juga boleh niat untuk tolak jin syaitan yang ganggu dalam rumah atau satu² kawasan. InsyaAllah.

# Yang mengijazahkan Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

17 Oct, 23:08


Cara Mudah Hafal Makna Bacaan Dalam Solat.

Tahu makna setiap bacaan, InsyaAllah solat lebih kusyuk.. Semoga Bermanfaat ❤️

#IlhamMedia

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

15 Oct, 08:28


-Kelebihan Surah Al-Waqiah-

عن ابن مسعودِ رضي الله عنه قال, قال رسول الله ﷺ مَنْ قرأَ سورةَ الْواقعةِ في كلِّ ليلةٍ لم تصبهُ فاقةٌ أبدًا وكان ابنُ مسعودٍ يأمرُ بنَاتهِ يَقرأْنَ بها كُلَّ ليلةٍ

Artinya: Dari saidina Abdullah bin Mas'ud r.a meriwayatakan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, tidak akan ditimpa keatasnya kesusahan untuk selama-lamanya. Saidina Abdullah bin Mas'ud r.a selalu menyuruh anak-anak perempuannya membaca surah ini pada setiap malam". (H.R Baihaqi)

Dalam Riwayat lain: Surah Al-Waqiah adalah surah Al-Ghina (Kekayaan), Bacalah dan ajarkan kepada anak-anak kamu."

Riwayat yang lain ada tambahan: Ajarkan kepada isteri-isteri kamu.

Saidatina 'Aisyah juga telah menekankan kepentingan pembacaan surah Al-waqiah.

Bacalah Surah Al-Waqiah untuk mendapatkan keredhaan Allah serta Kekayaan Hati.

Sumber: Kitab Fadhilat Amal

Surah ini sangat istimewa dan ada kaedah khusus untuk beramal dengannya.

Di Akhir zaman ini, wajibkan diri untuk beramal dengan surah ini.

Yakinlah dengan hadis Nabi صلى الله عليه
وسلم

Abu Dzar Omar
15 okt 2024

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

29 Sep, 22:49


Jadual kehidupan harian yang disusun oleh Ustaz Ismail Kamus..

Semoga bermanfaat ♥️

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

29 Sep, 22:47


Setiap kali selepas solat fardhu bacalah 2 ayat terakhir Surah At-Taubah (9:128-129) sebanyak 7 kali inshaAllah :

1] Yang lemah menjadi kuat
2] Yang hina menjadi mulia
3] Yang berhutang dapat diselesaikan
4] Menghindar dari berdukacita
5] Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya

[ Bacalah dengan yakin kerana Allah swt ]

Semoga beroleh rahmat dan ganjaran yang setimpal dari ALLAH SWT kepada penulis asal.

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

23 Sep, 09:26


Jangan Biarkan Syaitan Menguasai Hati. Mohonlah Perlindungan Allah SWT

“Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal (berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.)” [Surah al-Nahl, 16:99]

Hidup kita penuh cabaran, namun ingatlah, dengan iman yang teguh dan tawakal, syaitan takkan mampu mendekati kita.

Mari sama-sama kita amalkan membaca Doa Perlindungan dari Gangguan Syaitan yang terdapat di dalam surah al-Mukminun ayat 97-98 yang bermaksud :

“Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan syaitan-syaitan, Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.”

Tip Harian: Ucapkan doa ini setiap hari, terutama sebelum tidur dan ketika hati mulai resah. Jadikan zikir dan doa perisai utama kita!

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

20 Sep, 00:36


𝐃𝐎𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐊𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐈𝐍 𝐑𝐈𝐁𝐔𝐓

Daripada Aisyah R.A berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW bila melihat angin
akan berdoa :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَخَيْرِ مَا فِيهَا وَخَيْرِ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ

Maksudnya: “Ya Allah, aku mohon kepada-Mu kebaikan angin ini, kebaikan yang terdapat padanya dan kebaikan yang dikirimkan melaluinya. Serta aku berlindung kepada-Mu dari keburukannya, keburukan yang terdapat padanya dan keburukan yang dikirimkan melaluinya.”

Riwayat al-Tirmidhi (3449)