Berita Harian Singapura @bhsingapura Channel on Telegram

Berita Harian Singapura

@bhsingapura


https://www.beritaharian.sg

Berita Harian Singapura (Malay)

Selamat datang ke Saluran Telegram 'Berita Harian Singapura'! Saluran ini menyediakan berita terkini dan berkualiti mengenai perkembangan terkini di Singapura. Jangan terlepas dari berita politik, ekonomi, sukan, dan rencana terkini yang mempengaruhi masyarakat Singapura. Kami berkomitmen untuk memberikan maklumat yang tepat dan berkualiti kepada pembaca setia kami. Siapa kami? Kami adalah satu pasukan wartawan profesional yang berdedikasi untuk menyampaikan berita-berita terhangat dari seluruh pelusuk Singapura. Channel 'Berita Harian Singapura' adalah sumber maklumat yang paling dipercayai oleh masyarakat Singapura. Apa yang kami tawarkan? Kami menawarkan akses kepada berita-berita terkini yang mempengaruhi Singapura. Dari isu-isu politik hangat hingga ulasan sukan terkini, kami memiliki segala-galanya. Dengan saluran Telegram kami, anda boleh mendapat akses kepada berita-berita terbaru di hujung jari anda. Tidak ketinggalan, kami juga menyediakan liputan eksklusif mengenai budaya, makanan, dan acara di Singapura. Jadi, jika anda ingin terus mengikuti perkembangan terkini di negara ini, 'Berita Harian Singapura' adalah saluran yang tepat untuk anda. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapat akses kepada berita terkini Singapura. Sertai kami di saluran Telegram 'Berita Harian Singapura' hari ini dan dapatkan berita-berita terhangat setiap hari. Kunjungi tapak web kami di https://www.beritaharian.sg untuk maklumat lanjut. Terima kasih kerana menyokong kami!

Berita Harian Singapura

18 Feb, 14:35


Lebih banyak sokongan bagi keluarga berisiko, golongan kurang upaya, dan warga emas. Belanjawan 2025 lebih inklusif bagi semua.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

18 Feb, 13:55


Adakah Belanjawan kali ini untuk semua warga Singapura? Anggota Parlimen (AP) GRC Choa Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim memberi pendapatnya!

Baca di sini ๐Ÿ—ž๏ธ

Berita Harian Singapura

18 Feb, 13:48


Bagi ramai pekerja pertengahan kerjaya, kursus sambilan adalah satu-satunya pilihan untuk meningkatkan kemahiran. Apa antara bantuan bagi mereka dalam Belanjawan 2025?

Baca di sini ๐Ÿ’ฐ

Berita Harian Singapura

18 Feb, 13:13


Belanjawan 2025: Keluarga lebih besar, lebih banyak bantuan? Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar kata ini lah masanya untuk ada lebih ramai anak ๐Ÿ˜‰

Baca di sini ๐Ÿ 

Berita Harian Singapura

18 Feb, 10:21


Sekilas sokongan bagi warga Singapura yang diumumkan semasa Belanjawan 2025.

Baca di sini ๐Ÿ’ฐ

Berita Harian Singapura

18 Feb, 09:29


BELANJAWAN 2025:
Bagi menggalak lebih ramai majikan mengambil bekas pesalah bekerja, pemerintah akan melanjutkan Kredit Peningkatan Pekerjaan (UEC) kepada tiga tahun lagi sehingga akhir 2028. Kredit itu, yang turut memberikan pengimbangan gaji sehingga 20% pendapatan, dihadkan pada $600 setiap pekerja bagi sembilan bulan pertama, telah menyokong sekitar 700 majikan dalam mengambil 1,500 bekas pesalah pada 2024. (Foto CMG)

Berita Harian Singapura

18 Feb, 09:26


BELANJAWAN 2025: Majikan yang menggajikan golongan pekerja lanjut usia 60 tahun ke atas akan terus menerima sokongan tambahan.
(Foto ST)

Berita Harian Singapura

18 Feb, 09:24


Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong membentangkan beberapa sokongan kewangan serta strategi yang beri tumpuan terhadap masa depan dalam Belanjawan 2025 yang bertemakan Maju Bersama demi Masa Hapdapan Lebih Cerah. Antara lain, beliau mengumumkan pakej SG60, sempena ulang tahun Singapura yang ke-60. Dengar ucapannya dalam bahasa Melayu.

Baca di sini ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿผ

Berita Harian Singapura

18 Feb, 09:24


BELANJAWAN 2025: Di bawah skim Baucar Iklim yang dipertingkat, setiap isi rumah akan mendapat baucar bernilai $400, termasuk rumah privet, yang boleh digunakan untuk membeli peralatan rumah yang menjimatkan tenaga dan air. Baucar ini boleh digunakan sehingga Disember 2027.
(Foto CMG)

Berita Harian Singapura

18 Feb, 08:53


BELAJAWAN 2025: Sempena SG60, warga Singapura berusia 21-59 tahun akan menerima baucar $600 manakala warga berusia 60 tahun ke atas bakal menerima $800. Baucar tersebut boleh digunakan di semua peruncit yang menerima baucar CDC.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

18 Feb, 08:41


BELANJAWAN 2025: Antara sokongan yang diberikan termasuk tambahan $5,000 dalam Geran Langkah Pertama Akaun Pembangunan Anak (CDA) untuk anak ketiga. Ini selain tokokan $5,000 ke dalam akaun MediSave ibu bagi setiap anak ketiga dan seterusnya yang dilahirkan pada atau setelah 18 Feb.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

18 Feb, 08:39


BELANJAWAN 2025: Di bawah Inisiatif Pengkomputeran Perusahaan, ia akan menyokong perusahaan dalam perjalanan transformasi mereka dengan memanfaatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI), bersesuaian dengan keperluan mereka selain dapat disepadukan dalam proses dan sistem perniagaan mereka.
(Foto MOF)

Berita Harian Singapura

18 Feb, 08:10


BELANJAWAN 2025: Setiap kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah pada 2025 akan menerima $500 dalam bentuk kredit LifeSG yang boleh digunakan antaranya untuk membeli barangan keperluan.

Berita Harian Singapura

18 Feb, 07:40


BELANJAWAN 2025: Semua isi rumah warga Singapura akan dapat baucar CDC tambahan sebanyak $800 secara keseluruhan, pada Mei 2025 dan Jan 2026.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

17 Feb, 13:31


Perdana Menteri Lawrence Wong akan menyampaikan Belanjawan 2025 pada Selasa, 18 Feb. Apa yang boleh dijangkakan?

Ikuti laporan penuh di www.beritaharian.sg

Berita Harian Singapura

27 Jan, 10:38


Ssss! Tahun Baru Cina kali ini, pengunjung di Mandai Wildlife Reserve berpeluang bertemu dengan ular-ular ikonik seperti โ€˜king cobraโ€™, โ€˜green anacondaโ€™, โ€˜cave racerโ€™ dan banyak lagi sempena Tahun Ular!

Baca di sini ๐Ÿ

Berita Harian Singapura

26 Jan, 03:59


Bagaimana Cik Khairunnisa, ibu yang masih menysukan bayinya, bawa pulang 4kg susu badannya ketika terbang solo? Beliau berkongsi pengalamannya, di mana beliau dibantu kakitangan hotel serta kakitangan syarikat penerbangan.

Baca di sini ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

Berita Harian Singapura

24 Jan, 18:59


Ingin melancong, walaupun ke negara jiran sahaja? Jangan lupa dapatkan insurans perjalanan! Ianya lebih penting daripada yang dijangkakan.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

24 Jan, 09:14


Inisiatif Biasiswa Palestin (PSI) yang dimulakan oleh warga Singapura membuka peluang kepada pelajar Palestin untuk belajar di universiti-universiti tempatan di Singapura. Dengan sasaran dana $400,000, inisiatif ini menyokong pendidikan, membina keupayaan dan memberikan harapan kepada generasi muda.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

23 Jan, 12:19


Untuk kegiatan โ€˜me timeโ€™,  ibu dua anak, Cik Siti Shahydah Lista, 40 tahun, akan โ€˜tinggalkanโ€™ anak-anaknya yang sedang tidur di rumah ditemani ibu atau suaminya untuk bermain papan lungsur atau โ€˜surfskateโ€™ di Taman East Coast. 

Baca di sini ๐Ÿ›น

Berita Harian Singapura

23 Jan, 09:12


Pembentukan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) pada 22 Januari memulakan proses pilihan raya untuk Singapura. Jadi bilakah pilihan raya umum (GE) dijangka berlangsung, dan apakah perubahan sempadan yang boleh dijangkakan?

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

20 Jan, 06:45


Ingin bawa bekal untuk anak-anak tapi tak tahu nak mula dari mana? Jom ikuti tips Nordian Razali untuk sediakan bekal yang sihat dan menarik!

Baca di sini ๐Ÿฅช

Berita Harian Singapura

16 Jan, 13:51


Gencatan senjata antara Israel dengan Hamas diumumkan pada 16 Januari. Ini membolehkan Singapura menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza menjelang Ramadan.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

14 Jan, 05:22


Tahukah anda bahawa Singapura mempunyai bank otak? Ia juga merupakan bank otak pertama di Asia Tenggara! Apa fungsinya dan berapa banyak otak bank ini ada? 

Baca di sini๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

10 Jan, 22:59


Penderma boleh memberi sumbangan kepada Projek Peningkatan Masjid Darul Makmur dengan sumbangan kepada Dana Wakaf yang diperlukan ataupun sumbangan Infak Khas yang sedang dijalankan pihak masjid. (Foto MASJID DARUL MAKMUR)

Baca di sini ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

Berita Harian Singapura

10 Jan, 22:41


Banjir dilaporkan berlaku di beberapa bahagian di Arab Saudi terutamanya di Makkah, Jeddah, selain di Madinah sepanjang minggu ini berikutan hujan lebat yang bermula pada 6 Januari. (Foto AFP)

Baca di sini ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

Berita Harian Singapura

10 Jan, 16:06


Polis sedang meneliti kemungkinan kes seorang lelaki ditembak mati di luar sebuah restoran di Taman Setia Indah, Johor Bahru, pada 8 Januari lalu adalah perbuatan kumpulan penjenayah atau kongsi gelap. (Foto tangkap layar NSTP)

Baca di sini ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

Berita Harian Singapura

10 Jan, 15:07


Hidap penyakit genetik yang menjejas daya penglihatannya sejak sekitar dua tahun lalu, pelajar Sekolah Menengah Fuchun ini berjaya meraih tiga kepujian dalam keputusan peperiksaan GCE peringkat โ€˜Oโ€™ yang diterima pada 10 Januari.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

10 Jan, 13:29


Pelajar menerima keputusan GCE โ€˜Oโ€™ petang 10 Januari. Ikuti laporan bergambar BH. (Foto oleh BH, CMG & ST)

Baca di sini ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

Berita Harian Singapura

10 Jan, 12:46


Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata kebakaran hutan yang melanda Los Angeles sekarang adalah yang terburuk dalam sejarah California, lantas berikar menyalurkan dana dan sumber persekutuan tambahan untuk membantu negeri itu. (Foto AFP)

Baca di sini ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

Berita Harian Singapura

10 Jan, 11:33


Penduduk di tujuh kawasan di Johor perlu berwaspada dengan kemungkinan menghadapi banjir selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya (merah) bermula 10 hingga 12 Januari ini. (Foto fail KOSMO)

Baca di sini ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

Berita Harian Singapura

10 Jan, 10:25


Walau dibelenggu kesedihan, Muhammad Syazwan Mansor bertekad meneruskan minatnya dalam bahasa Melayu, demi mengenang jasa dan sokongan arwah ayahnya itu. (Foto BH oleh Nur Diyana Taha)

Baca di sini ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

Berita Harian Singapura

10 Jan, 10:17


Presiden Dewan Perniagaan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Abu Bakar Mohd Nor, berkata butiran lanjut tentang insentif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) masih diperlukan untuk melihat bagaimana perniagaan Melayu Singapura boleh meraih manfaat daripada kerjasama itu. (Foto BH oleh ANWAR SALEH)

Baca di sini ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

Berita Harian Singapura

09 Jan, 12:38


Nak buat apa di Melaka/Port Dickson? Penyunting akhbar BH Hakim Norman senaraikan 5 tempat dan aktiviti menarik untuk seisi keluarga! 

Baca di sini ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

Berita Harian Singapura

09 Jan, 10:14


Kaum dan agama merupakan ciri-ciri yang dilindungi di bawah Rang Undang-Undang Keadilan di Tempat Kerja, namun undang-undang itu bukanlah mengenai sama ada sesebuah firma itu harus atau tidak membenarkan lelaki Muslim mengerjakan solat Jumaat, atau menerima amalan dan permohonan mana-mana agama, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng di Parlimen pada 8 Januari.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

08 Jan, 11:34


Apakah langkah yang boleh diambil individu untuk mengurangkan risiko nombor IC disalah guna? Menteri Pembangunan Digital dan Penerangan, Josephine Teo mengulas di Parlimen pada 8 Januari.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

02 Jan, 10:16


Hari pertama kembali ke sekolah bagi sesetengah pelajar di Singapura pada 2 Januari, bagaimana pengalaman anda?
(Foto-foto oleh ST dan MOE)

Berita Harian Singapura

31 Dec, 11:57


Iman Fandi kongsi harapannya untuk 2025! Saksikan persembahannya dalam acara sambutan tahun baru โ€˜LETS CELEBRATE 2025โ€™ di Hab Sukan Singapura.

Berita Harian Singapura

29 Dec, 15:35


Piala AFF Mitsubishi Electric: Sโ€™pura tersingkir, tewas 1-3 kepada Vietnam dalam separuh akhir kedua.
Tonton live di TikTok sekarang: https://vt.tiktok.com/ZS6kWMEJa/

Berita Harian Singapura

29 Dec, 14:08


Tonton TikTok Live BH langsung dari stadium di Vietnam di mana perlawanan antara Singapura dengan Vietnam sedang berlangsung: https://vt.tiktok.com/ZS6ksXQte/

Berita Harian Singapura

26 Dec, 12:51


Dua pegawai SAF, juruterbang Super Puma AS332, Leftenan Kolonel Frank Yap dan komander pasukan perubatan semasa tsunami Aceh pada 2004, Dr Edwin Low, berkongsi pengalaman berinteraksi dengan mangsa-mangsa tsunami semasa misi bantuan.

Baca di sini ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

Berita Harian Singapura

26 Dec, 10:21


Air mata dan doa iringi 20 tahun tragedi tsunami.
Pada 26 Disember - genap 20 tahun tragedi itu - Berita Harian menyingkap bagaimana masyarakat di seluruh Asia memperingati bencana yang meragut lebih 220,000 nyawa di 14 negara, termasuk Indonesia, Sri Lanka, India, dan Thailand.

Baca di sini

Berita Harian Singapura

06 Dec, 11:02


Kebaya, pakaian tradisional wanita Asia Tenggara kini dimasukkan secara rasmi dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Dunia, hasil pencalonan bersama Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Thailand. Penggiat fesyen dan pemilik butik kebaya, Cik Ratianah Tahir, kongsi harapan untuk menaikkan taraf kebaya di mata dunia.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

06 Dec, 08:06


Anggota Parlimen Korea Selatan menggesa pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol selepas beliau mengisytiharkan undang-undang tentera tetapi membatalkannya beberapa jam kemudian.

Apa yang mungkin berlaku selepas ini?

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

06 Dec, 03:04


Pencalonan bagi Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) hasil usaha sama Sโ€™pura, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand disifat angkat darjat pakaian tradisi.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

05 Dec, 11:06


Apa kaitan kesejahteraan mental ibu yang sedang mengandung dengan kesihatan mental anak? Peranan penting masyarakat menyokong individu yang berdepan dengan masalah kesihatan mental ini dibincangkan dalam siri Dialog Masyarakat BH.

Tonton video penuh di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

03 Dec, 14:01


Merancang beriadah di laut ketika musim monsun ini?

Ikuti panduan ini demi keselamatan anda. ๐Ÿ›Ÿ

Berita Harian Singapura

27 Nov, 03:02


"Wet rice", "long sand"- siapa pandai teka kawasan di Singapura ini dalam bahasa Melayu? Cik Beirit Karlsen ke Encik Melvin Choo? Maklum lah, walauapun bukan Melayu, kedua-dua mereka memang fasih berbahasa Melayu jadi persaingan cukup sengit.

Dengar podcast NoTapis di sini ๐ŸŽง

Berita Harian Singapura

25 Nov, 10:57


Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, mengumumkan Projek Wolbachia yang akan diperluaskan semasa majlis perasmian Bengkel Denggi Antarabangsa Singapura Kelapan di Hotel Jen Tanglin pada 25 November.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

24 Nov, 14:15


PM Wong menyampaikan ucapannya di persidangan PAP pada 24 November, apakah reaksi pemimpin Melayu kita?

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

24 Nov, 11:32


"Singapura telah melaksanakan peralihan kepimpinan politik tahap tertinggi dengan teratur untuk tiga kali berturut-turut. Tetapi kita tidak boleh mengandaikan peralihan akan kekal sedemikian."Ujar Encik Lee Hsien Loong dalam ucapannya di Persidangan Parti Tindakan Rakyat pada 24 November.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

24 Nov, 09:21


Pemilihan CEC ke-38 PAP telah diumumkan di Persidangan PAP di Singapore Expo pada 24 November, dengan 12 anggota dipilih dan dua lagi dilantik ke badan itu.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

24 Nov, 06:08


Tunai haji dengan tidak menunggu giliran kuota, sesetengah jemaah Singapura yang lakukan demikian sebelum ini tanpa visa haji yang sah lalui pengalaman seperti โ€˜pelarianโ€™ di Tanah Suci, luah rasa kesal. Muis ingatkan orang ramai akan risiko besar guna permit tidak sah untuk tunai rukun Islam kelima itu.

Baca di sini ๐Ÿ•‹

Berita Harian Singapura

24 Nov, 05:00


Ada juga yang terkejut bila dengar Encik Melvin Choo, 35 tahun, fasih berbahasa Melayu. Tapi apa yang buat beliau nak belajar bahasa Melayu?

Dengar podcast NoTapis di sini ๐ŸŽง

Berita Harian Singapura

22 Nov, 10:00


Warga Denmark Cik Berit Karlsen tak tahu sepatah pun perkataan bahasa Melayu semasa beliau tiba di Singapura pada 1987. Selepas jatuh cinta terus fasih berbahasa Melayu?

Dengar podcast NoTapis di sini ๐ŸŽง

Berita Harian Singapura

22 Nov, 03:01


Izz Nuha Mohamad Izad, 12, kehilangan ibu akibat barah pankreas pada usia 8 tahun. Meski terjejas dek kehilangan itu, beliau kini bertekad menjadi contoh kepada adik-beradik dalam usaha mencapai impiannya.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

20 Nov, 14:35


โ€œKalau saya boleh, awak pun boleh!โ€ Kata-kata penuh inspirasi dari adik Mohammad Ridhwan Mohammad Fadli mengingatkan kita bahawa tiada yang mustahil dengan usaha dan kerja keras.

Ridhwan merupakan antara 40,894 pelajar Darjah 6 yang telah menduduki PSLE pada 2024 dan menerima keputusan pada 20 November.

Baca di sini ๐Ÿ“š

Berita Harian Singapura

20 Nov, 11:51


Kejohanan futsal antara masjid anjuran Rumah Anak Yatim Darul Ihsan di bawah MTFA - Piala Darul Ihsan 2024- telah diadakan pada 19 November di Kick Off! Kovan. Acara ini dihadiri sekitar 200 individu, termasuk 23 pasukan dari masjid, madrasah dan rumah kebajikan. Pasukan dari Masjid Al-Falah dinobat juara pada akhir acara itu.

Baca di sini โšฝ๏ธ

Berita Harian Singapura

19 Nov, 14:00


Satu-satunya pameran Harry Potter Visions of Magic ๐Ÿช„ di Asia bermula pada 22 November di Singapura! Wartawan video BH, Ameerah Sallehuddin, intai-intai apa yang ada di pameran itu ๐Ÿง™

Baca di sini

Berita Harian Singapura

19 Nov, 03:46


Faraid dan perancangan harta mungkin nampak sama, tapi sebenarnya berbeza! Penting untuk kita rancang harta kita supaya dapat bantu orang yang kita sayang!

Sama-sama kita, tak kira usia, kejar pahala yang berkekalan!๐Ÿคฉ

Dah tonton 4 video tentang wakaf kami? Jom kongsi apa yang anda belajar! ๐Ÿคฉ๐Ÿ‘‡

Berita Harian Singapura

17 Nov, 05:01


Ramai yang suka tengok wartawan BH Shiqin jalani ujian tidur sebelum ini. Jadi apa hasil ujian itu? Shiqin ada masalah tidur tak?

Baca di sini ๐Ÿ’ค

Berita Harian Singapura

17 Nov, 03:01


Siang atau malam tidak ada perbezaan besar buat Encik Abdul Rahim Osman, 67, yang buta dan tinggal sendirian di flat sewa satu bilik. Seperti Encik Rahim, jirannya Cik Heng Eng Sim, 73, juga hidup berdikari dan sendirian di flat sewanya itu. Ia dijangkakan sekitar 122,000 warga tua berusia 65 tahun ke atas akan tinggal bersendirian menjelang 2030.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

15 Nov, 10:41


Awas maklumat palsu yang tersebar di WhatsApp mengenai simpanan CPF!

Berita Harian Singapura

15 Nov, 06:10


Unit Perhubungan Masyarakat (CRU) khusus yang dibentuk itu mempunyai pelbagai kuasa menyiasat dan penguatkuasaan untuk campur tangan dalam pertikaian jiran, termasuk mempunyai kuasa mengeluarkan nasihat, amaran dan perintah bagi mengurangkan pertikaian.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

14 Nov, 13:25


Aik tidur dengan banyak-banyak wayar ini dah kenapa? Jom ikuti wartawan BH Shiqin Ramadan untuk jalani โ€˜sleep studyโ€™!

Berita Harian Singapura

14 Nov, 13:13


Pemergian Allahyarham Allaโ€™udin Mohamed, yang juga pengerusi Masjid Khalid, meninggalkan legasi penuh kebaikan dan kemurahan hati.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

14 Nov, 10:37


Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, pemerintah akan terus melakukan lebih banyak lagi untuk menyokong penjaja, kata Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Koh Poh Koon. Apa antara bantuan yang telah diberikan kepada golongan penjaja sejauh ini?

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

14 Nov, 10:22


Sertai Webinar pertama Berita Harian! Pendaftaran adalah percuma untuk pemegang akaun SPH Media (Pelanggan & Pengguna Berdaftar BH). Daftar sekarang di sini!

Berita Harian Singapura

14 Nov, 08:33


Warga Singapura yang layak akan menerima bayaran tunai serta tokokan MediSave dan CPF pada Disember.
Baca di sini

Berita Harian Singapura

08 Nov, 12:59


Lelaki yang mengalami kecederaan di tangan dan perutnya akibat ditembak itu akan didakwa di mahkamah dengan tuduhan cubaan membunuh.
๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://bh.sg/pasirrisparkshoot

Berita Harian Singapura

07 Nov, 05:48


Ibu tiga anak, Cik Fadhilah Mohd Salihin, mengembara ke luar negara setiap tahun bersama rakan-rakan untuk 'me-time', dengan sokongan penuh suami dan keluarga. Dengan destinasi pilihan di Asia seperti Hong Kong dan Korea Selatan, Cik Fadhilah berkata 'Mom-cation' bermanfaat dari segi kesejahteraan mental untuk golongan ibu sepertinya.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

06 Nov, 13:37


Singapura akan terus sokong Indonesia, pupuk kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang, menurut Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Baca di sini ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ ๐Ÿค ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ

Berita Harian Singapura

05 Nov, 12:44


Encik Donald Trump dan Cik Kamala Harris menunjukkan keyakinan untuk meraih kemenangan pada hari terakhir kempen ketika perlumbaan antara kedua-dua calon Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat itu menuju ke garisan penamat.

Baca di sini ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ

Berita Harian Singapura

04 Nov, 12:10


Kalau nampak bangunan usang dan tapak lama yang terbiar, adakah anda akan menjauhinya? Bagi wanita Singapura ini pula, beliau seronok menerokanya.

Baca di sini ๐Ÿ—บ

Berita Harian Singapura

01 Nov, 14:46


Selepas tiga bulan ditutup, pasar dan pusat makanan Geylang Serai yang berwajah baru dibanjiri pengunjung pada hari pertama ia dibuka semula pada 1 November.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

01 Nov, 13:57


Singapura telah sampaikan lima pakej bantuan kemanusiaan berjumlah $18 juta secara keseluruhan buat Gaza sejak 7 Oktober 2023, dengan yang kelima dan terkini berjumlah $700,000 disampaikan kepada Unicef pada 1 November 2024.

Baca di sini

Berita Harian Singapura

01 Nov, 10:44


Semua jemaah yang terpilih tunaikan haji pada 2025 akan dimaklumkan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan e-mel mulai 5 November.

Baca di sini

Berita Harian Singapura

31 Oct, 04:03


Bukan jaga cucu saja, datuk ini bijak memikirkan pelbagai kegiatan dan projek DIY yang beliau kendalikan bersama cucunya.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

30 Oct, 13:01


E-akhbar Berita Harian dipertingkat, ada ciri baru bagi pembaca di laman web.

Baca di sini ๐Ÿ—ž๏ธ

Berita Harian Singapura

30 Oct, 09:07


Psst, ibu-ibu! Pernah rasa serba salah apabila nak pergi bercuti tanpa keluarga? Jurulatih keibubapaan, Cik Jacinth Liew, kongsi panduan untuk tangani perasaan itu.

Baca di sini ๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ฆโ€๐Ÿ‘ฆ

Berita Harian Singapura

24 Oct, 12:09


Hanya 10 saat untuk melepasi imigresen di Lapangan Terbang Changi tanpa pasport sebagai sebahagian usaha baru, berbanding 25 saat untuk melepasi imigresen sebelum ini.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

22 Oct, 07:54


Bercakap kepada BH, Cik Sariya berkata meskipun ayahnya masih kecil ketika itu, beliau berharap ada kemungkinan orang-orang kampung ketika itu yang mungkin kenal dengan datuk atau neneknya yang tinggal di kawasan itu.

Baca di sini ๐Ÿ‘ˆ

Berita Harian Singapura

22 Oct, 05:56


Polis berkata mereka menerima panggilan meminta bantuan pada 5 petang mengenai kejadian di Clementi Avenue 4 itu dan suspek telah ditahan di tempat kejadian.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

17 Oct, 11:26


Sebelum anak-anak masuk Darjah 1, apa yang mereka perlu tahu? Pasangan ini berkongsi beberapa tips untuk ibu bapa mempersiapkan anak-anak terlebih dulu!

Baca di sini!

Berita Harian Singapura

16 Oct, 13:34


Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata di Parlimen pada 16 Oktober bahawa pemerintah akan terus menyepadukan elemen penerapan warisan ke dalam rancangan pembangunan dan meneroka cara untuk memperingati identiti masyarakat dan sesebuah kawasan.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

16 Oct, 09:47


Kira-kira 650 banduan telah meraih manfaat daripada ceramah berjudul Mencari Petunjuk dan Kekuatan dalam Iman yang disampaikan Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan di Kompleks Penjara Changi pada 2 Oktober 2024.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

15 Oct, 11:59


Ia merupakan satu penghormatan apabila golongan majoriti diberi peluang berkhidmat dan melindungi golongan minoriti, kata mantan Datuk Bandar Rotterdam, Belanda, Encik Ahmed Aboutaleb.

Encik Ahmed merupakan salah satu panelis yang memberikan pembentangannya kepada lebih 600 hadirin di Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Gemilang (ICCOS) di Pusat Konvensyen dan Ekspo Marina Bay Sands baru-baru ini.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

15 Oct, 02:01


Penglibatan Ustazah Amalina Abdul Nasir dalam usaha membantu belia dan masyarakat telah diiktiraf semasa majlis penyampaian anugerah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 14 Oktober.
Beliau telah menerima Anugerah Belia Harapan yang mengiktiraf belia yang menyumbang terhadap pembangunan bidang sosio-agama di sini.

Berita Harian Singapura

14 Oct, 15:12


Empat dekad menyumbang kepada masyarakat, mantan presiden LBKM, diiktiraf dengan Anugerah Jasa Cemerlang oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 14 Oktober.

Baca di sini

Berita Harian Singapura

14 Oct, 02:30


Skim Bantuan Pencari Kerja sediakan bantuan kewangan sementara bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, namun sebenarnya apa lagi yang diperlukan golongan pekerja yang terjejas ini?
Ikuti perbincangan Dialog Masyarakat Berita Harian ini.

Baca:
https://bh.sg/dialogmasyarakat3

Berita Harian Singapura

13 Oct, 04:42


Sempena ulang tahun kelima gerakan M Kuasa Tiga (Mยณ), Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad bentangkan โ€˜kad laporanโ€™ yang melaporkan pencapaian dan kemajuan gerakan itu sepanjang lima tahun lalu. Apakah pula perancangan Mยณ selepas ini?

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

13 Oct, 01:30


Nak belajar kemahiran dalam bidang baru tapi macam mana nak mula dan nak pilih kursus apa? Selain perlindungan yang diberikan kepada pekerja platform, bagaimana lagi pemerintah dapat menyokong golongan pekerja ini?
Ikuti perbincangan Dialog Masyarakat Berita Harian ini.

Baca:
https://bh.sg/dialogmasyarakat3

Berita Harian Singapura

12 Oct, 14:12


Apa yang kita perlukan untuk kembangkan 'jenama' diri dan mempertingkat kemahiran untuk kekal relevan dalam dunia pekerjaan yang pesat berubah?
Ikuti perbincangan Dialog Masyarakat Berita Harian ini.

Baca:
https://bh.sg/dialogmasyarakat3

Berita Harian Singapura

11 Oct, 13:20


Sebenarnya banyak 'khazanah' yang boleh ditemui di perairan Singapura dengan kepelbagaian kehidupan marin yang terdapat di sini. Agak-agak anda ada duyung tak?

Baca di sini๐Ÿฌ๐Ÿ ๐Ÿฆˆ

Berita Harian Singapura

10 Oct, 12:25


Dalam serbuan di Lorong 29 Geylang, 33 wanita ditahan atas kesalahan bekerja tanpa pas kerja sah dan dipercayai terlibat dalam kegiatan maksiat.

Baca di sini ๐Ÿ”—

Berita Harian Singapura

10 Oct, 12:12


Tugas besarkan anak memang tidak mudah sambil berkerjaya. Apatah lagi bila ada 5 orang anak! Pasangan ini kongsi 5 pendekatan mereka.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://bh.sg/5anak

Berita Harian Singapura

09 Oct, 12:46


Sempena ulang tahun ke-20 Projek Reben Kuning, satu konsert akan diadakan di The Star Performing Arts Centre pada 17 Oktober.

Ikuti persiapan bagi konsert itu, termasuk bagi persembahan oleh dua banduan bersama artis setempat.

Berita Harian Singapura

09 Oct, 07:17


Apa definasi 'pekerjaan yang baik'? Peranan pekerja dalam memastikan kemahiran mereka dapat terus kekal relevan dalam persekitaran ekonomi sekarang merupakan antara topik yang dibincangkan dalam Dialog Masyarakat Berita Harian baru-baru ini.

Baca di sini

Berita Harian Singapura

09 Oct, 00:40


Dr Lee Wei Ling, anak perempuan kepada perdana menteri pengasas Encik Lee Kuan Yew, telah meninggal dunia pada usia 69 tahun.
๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://bh.sg/leeweiling

Berita Harian Singapura

06 Oct, 07:12


Produk sambal Sufie Rashid โ€˜Sambel Binikuโ€™ - memang betul ikut resipi sambal isteri Sufie ke?

Ikuti pengalaman Sufie Rashid bina perniagaannya di Malaysia semasa pandemik Covid-19 dalam laporan khas Berita Harian.

Berita Harian Singapura

06 Oct, 06:18


Kenapa Cef Bob pilih nama 9Yards untuk kafenya di Negeri Sembilan?
Cef Bob kongsi pengalamannya teroka peluang niaga di Malaysia dalam laporan khas Berita Harian.

Ikuti Laporan khas Berita Harian di sini.

Berita Harian Singapura

06 Oct, 05:39


Trend warga Singapura bercuti ke safari di luar negara meningkatโ€ฆ apa tarikannya? ๐Ÿ˜๐Ÿฆ’๐Ÿฆ“๐Ÿฆ›๐Ÿ†๐ŸฆŒ

Baca di sini