Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

@mknrasmi_kkmrasmi


Sumber maklumat YANG SAH/RASMI untuk sebaran bersumberkan dari MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) @MKNRasmi dan Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) KKM @cprckkm

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

21 Oct, 10:23


Waspada Akaun-Akaun Palsu yang Menyamar Sebagai Kerabat Diraja Pahang di Pelbagai Platform Media Sosial
https://sebenarnya.my/waspada-akaun-akaun-palsu-yang-menyamar-sebagai-kerabat-diraja-pahang-di-pelbagai-platform-media-sosial/

Menurut Kesultanan Pahang: Orang ramai diminta tidak terpedaya dengan kewujudan akaun-akaun palsu yang muncul di pelbagai platform media dengan menggunakan nama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Istana Pahang menafikan kewujudan sebarang akaun media sosial peribadi milik Paduka Baginda malah segala pemberitahuan berkenaan […]

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

17 Oct, 09:59


Waspada Taktik Penipuan yang Menyamar Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif HASiL di Platform WhatsApp
https://sebenarnya.my/waspada-taktik-penipuan-yang-menyamar-sebagai-ketua-pegawai-eksekutif-hasil-di-platform-whatsapp/

Menurut Kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL): HASiL ingin menarik perhatian umum berhubung maklumat teks yang tular menerusi aplikasi Whatsapp menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutif HASiL. Justeru, ingin ditegaskan bahawa HASiL tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu. Tiada sebarang teks menerusi […]

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

16 Oct, 07:27


Kerajaan Negeri Tidak Mempunyai Kuasa Untuk Mengeluarkan Kad Pengenalan Rasmi Negara
https://sebenarnya.my/kerajaan-negeri-tidak-mempunyai-kuasa-untuk-mengeluarkan-kad-pengenalan-rasmi-negara/

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Kuasa pendaftaran negara dan kewarganegaraan adalah terletak di bawah Nombor 3(e) dan 5, Senarai I – Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Justeru, pengeluaran kad pengenalan adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan yang dikawal selia melalui:Akta Pendaftaran Negara 1959 [Akta 78] dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 […]

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

02 Oct, 14:57


Sebaran Proses Pengambilan Pekerja Oleh Pihak Ketiga Menggunakan Nama FELDA Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/sebaran-proses-pengambilan-pekerja-oleh-pihak-ketiga-menggunakan-nama-felda-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA): Terdapat satu penyebaran palsu demand letter dan iklan penipuan berkaitan pengambilan pekerja. Ianya telah dimuat naik juga di laman sosial Facebook “Gold Bengals Tour & Travel”. Pihak FELDA ingin menegaskan bahawa FELDA tidak pernah melaksanakan proses pengambilan pekerja seperti yang disebarkan tersebut. SUMBER: Facebook Rasmi FELDA X Rasmi […]

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

27 Sep, 14:25


Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Pengeluaran Akaun 1 Dan 2 KWSP
https://sebenarnya.my/waspada-taktik-penipuan-yang-menawarkan-pengeluaran-akaun-1-dan-2-kwsp/

Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): Berhati-hati dengan maklumat yang anda terima. Pastikan anda sentiasa semak di media sosial dan laman web rasmi KWSP untuk kesahihan. SUMBER: Facebook Rasmi KWSP Instagram Rasmi KWSP

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

24 Sep, 12:55


Produk Soft Candy With Jam Menggunakan Logo Halal Tidak Diiktiraf Oleh JAKIM
https://sebenarnya.my/produk-soft-candy-with-jam-menggunakan-logo-halal-tidak-diiktiraf-oleh-jakim/

Menurut kenyataan Bahagian Hab Halal (JAKIM): Untuk makluman, produk manisan Soft Candy With Jam telah menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh JAKIM. Justeru, penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini. Artikel terdahulu: SUMBER: Facebook Rasmi Hab Halal, JAKIM

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

07 Sep, 04:44


Penularan Amaran Rompakan Dua Individu Menyamar Sebagai Pegawai KDN Untuk Bancian Adalah Tidak Benar dan Ditularkan Semula
https://sebenarnya.my/penularan-amaran-rompakan-dua-individu-menyamar-sebagai-pegawai-kdn-untuk-bancian-adalah-tidak-benar-dan-ditularkan-semula/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN): KDN mendapati bahawa terdapat penularan video menerusi media sosial yang memaparkan dua orang lelaki yang mendakwa sebagai pegawai KDN lalu mengunjungi rumah orang ramai bagi melakukan kerja-kerja persediaan bancian seperti mengambil gambar, mengambil cap ibu jari, meminta maklumat peribadi dan sebagainya. Untuk makluman, semakan mendapati bahawa video yang […]

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

30 Aug, 16:28


Bantuan RM1,200 Dikreditkan Ke Dalam MyKad Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/bantuan-rm1200-dikreditkan-ke-dalam-mykad-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): MOF menegaskan bahawa pengumuman bantuan RM1,200 dikreditkan ke dalam MyKad adalah PALSU. SUMBER: Facebook Rasmi MOF X Rasmi MOF Instagram MOF

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

29 Aug, 19:04


Berita RTM Tidak Pernah Mengeluarkan Sebarang Video Berkenaan Perjudian
https://sebenarnya.my/berita-rtm-tidak-pernah-mengeluarkan-sebarang-video-berkenaan-perjudian/

SEBENARNYA: Menurut Berita RTM: Berita RTM menafikan penyebaran berita palsu berhubung video perjudian dalam talian yang menggunakan logo saluran RTM, logo Malaysia MADANI dan suara penyampai berita seperti yang tular di laman sosial. Pihak Berita RTM tidak pernah mengeluarkan apa-apa video berkenaan perjudian bagi tujuan yang tidak baik. SUMBER: Facebook Rasmi Berita RTM X Rasmi […]

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

28 Aug, 09:00


Bendera Malaysia Dikibarkan Secara Terbalik Di Sebuah Sekolah Adalah Insiden Pada Tahun 2020
https://sebenarnya.my/bendera-malaysia-dikibarkan-secara-terbalik-di-sebuah-sekolah-adalah-insiden-pada-tahun-2020/

Menurut Kenyataan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (PDRM): Pihak PDRM telah terkesan satu kes viral dalam media sosial “Facebook” yang memaparkan sebuah sekolah mengibarkan bendera Malaysia dalam keadaan terbalik. Hasil siasatan mendapati kes tersebut berlaku pada tahun 2020 di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Bukit Tambun yang di ulang siar semula oleh individu […]

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

27 Aug, 17:32


Waspada Panggilan Berunsur Penipuan Yang Menyamar Sebagai Kakitangan KKM
https://sebenarnya.my/waspada-panggilan-berunsur-penipuan-yang-menyamar-sebagai-kakitangan-kkm/

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): KKM menafikan penglibatan Pegawai Penguatkuasa Farmasi dalam panggilan telefon berkenaan dan menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan panggilan telefon berunsur penipuan (scam) sedemikian. Peringatan kepada orang awamSekiranya orang awam menerima panggilan telefon yang mencurigakan, langkah-langkah berikut boleh diambil: a) Kekal tenang.b) Jangan dedahkan sebarang maklumat peribadi kepada pemanggil […]

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

27 Aug, 17:31


Dakwaan Nama Jalan Yap Ah Loy Ditukar Ke Jalan Palestin Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-nama-jalan-yap-ah-loy-ditukar-ke-jalan-palestin-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL): Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan khabar angin yang tular di media sosial, kononnya Jalan Yap Ah Loy telah ditukar namanya kepada Jalan Palestin. Menurut Pegawai DBKL, “Tidak ada perubahan. Nama Jalan Yap Ah Loy tetap tidak berubah.” SUMBER: Astro Awani Harian Metro Sinar Harian

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

26 Aug, 12:37


Dakwaan Bahawa Terdapat Sebuah Gua Kosong di bawah Bandar Raya Kuala Lumpur adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/dakwaan-bahawa-terdapat-sebuah-gua-kosong-di-bawah-bandar-raya-kuala-lumpur-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Geologi, Universiti Malaya: Jabatan dimaklumkan bahawa telah tular satu artikel di media sosial yang menyatakan bahawa terdapat “..gua kosong yang amat besar…” di bawah bandar raya Kuala Lumpur. Artikel ini kononnya ditulis oleh seorang ahli geologi terkemuka dari Universiti Malaya yang bernama Dr. Sarah Jamal. Jabatan menegaskan bahawa tiada ahli geologi yang […]

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

26 Aug, 09:17


Waspada Pautan Palsu Berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah
https://sebenarnya.my/waspada-pautan-palsu-berkaitan-bantuan-sumbangan-tunai-rahmah/

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): Kementerian Kewangan (MOF) ingin menasihati penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR. Sebagai perlindungan daripada kes penipuan (scam), pihak MOF tidak membuat penghantaran SMS dan mesej WhatsApp meminta maklumat peribadi kepada individu. Artikel terdahulu […]

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

23 Aug, 08:53


Waspada Produk Kopi Pejuang Mengandungi Racun Berjadual Tadafil
https://sebenarnya.my/waspada-produk-kopi-pejuang-mengandungi-racun-berjadual-tadafil/

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM): Hasil tindakan penguatkuasaan terkini yang dijalankan oleh PKKM mendapati produk Kopi Pejuang dikesan mengandungi tadalafil iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk. Penggunaan tadalafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan advers serius seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke […]

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

21 Aug, 10:09


Mesej Tular Mengenai Dakwaan MPox Kini Merebak Di Singapura Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/mesej-tular-mengenai-dakwaan-mpox-kini-merebak-di-singapura-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): KKM telah mengesan laporan berita tidak benar yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan mpox kini merebak di Singapura. Imej yang ditularkan BUKAN imej kes mpox tetapi merupakan imej mangsa kecederaan peluru tabur dalam artikel berita daripada satu laman sesawang luar negara pada 17 September 2022. SUMBER: Facebook […]

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

16 Aug, 08:45


Sebaran Poster Mengenai Bantuan Kementerian Malaysia eMadani/Touch n’ Go eWallet 2024 Adalah Tidak Benar
https://sebenarnya.my/sebaran-poster-mengenai-bantuan-kementerian-malaysia-emadani-touch-n-go-ewallet-2024-adalah-tidak-benar/

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF): MOF menegaskan bahawa sebaran poster tertera Bantuan Kementerian Kewangan Malaysia eMADANI/ Touch ‘n Go eWallet 2024 telah dibuka, adalah PALSU. Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita sebegini. SUMBER: Facebook Rasmi MOF X Rasmi MOF Instagram Rasmi MOF

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

14 Aug, 11:11


Penjelasan Berhubung Pelaporan Rombakan Kabinet
https://sebenarnya.my/penjelasan-berhubung-pelaporan-rombakan-kabinet/

Menurut YAB Perdana Menteri: YAB Perdana Menteri menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya. Menjawab spekulasi tersebut, beliau sebaliknya menegaskan, beliau ‘tidak mendengar’ mengenai perkara tersebut. Beliau mengulas mengenai dakwaan sebuah portal berita yang melaporkan kemungkinan rombakan Kabinet akan berlaku sekali lagi, iaitu kurang setahun selepas rombakan terakhir kepimpinan kerajaan. Kali terakhir […]

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

13 Aug, 17:47


Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Pegawai BSN
https://sebenarnya.my/waspada-taktik-penipuan-yang-menyamar-sebagai-pegawai-bsn/

Menurut Bank Simpanan Nasional (BSN): BSN ingin mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati sekiranya menerima sebarang panggilan, mesej SMS atau emel palsu mendakwa dari pihak BSN yang meminta maklumat akaun. Pengguna diingatkan untuk: Pelanggan juga dinasihatkan untuk segera melaporkan sebarang transaksi tidak sah atau mencurigakan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melalui talian 997. Artikel terdahulu […]

Sebaran Rasmi MKN & CPRC KKM

01 Aug, 09:57


Waspada Peluang Pelaburan Yang Ditawarkan Oleh Mana-Mana Entiti Atau Syarikat Tidak Berlesen
https://sebenarnya.my/waspada-peluang-pelaburan-yang-ditawarkan-oleh-mana-mana-entiti-atau-syarikat-tidak-berlesen/

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM): Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyerbu 12 premis di sekitar Lembah Klang dalam satu tindakan penguatkuasaan terhadap sebuah syarikat serta beberapa entiti yang lain. Satu tindakan penguatkuasaan bersama pelbagai agensi penguatkuasaan telah diambil kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan termasuk kesalahan di bawah: i. Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial […]