BERITAmediacorp @beritamediacorp Channel on Telegram

BERITAmediacorp

@beritamediacorp


Berita. Ehwal Semasa. Nadi masyarakat Melayu/Islam

BERITAmediacorp (Malay)

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia! Adakah anda mencari sumber berita yang dapat dipercayai, relevan, dan informatif? Jika ya, selamat datang ke saluran Telegram BERITAmediacorp! Dikenali sebagai nadi masyarakat Melayu/Islam, kami komited untuk menyampaikan berita terkini berkaitan dengan ehwal semasa yang mempengaruhi komuniti kami. nnSiapakah BERITAmediacorp? Kami adalah satu saluran Telegram yang memfokuskan perhatian kepada topik-topik yang paling penting bagi masyarakat Melayu/Islam. Dari isu-isu politik hingga keagamaan, kami menyediakan liputan yang telus, objektif, dan berimbang untuk memastikan anda sentiasa berada dalam dunia yang penuh dengan maklumat yang relevan. nnApa yang boleh anda harapkan dari kami? BERITAmediacorp memastikan bahawa anda sentiasa terkini dengan perkembangan semasa yang berlaku di sekitar anda. Dengan liputan berita yang luas dan terperinci, anda pasti tidak akan ketinggalan apa-apa berita penting. Selain itu, kami juga memberikan analisis mendalam dan pendapat dari pakar untuk membantu anda memahami setiap situasi dengan lebih baik. nnJadi, jangan lepaskan peluang untuk bergabung dengan BERITAmediacorp hari ini! Sertai kami sekarang dan jadilah sebahagian daripada komuniti yang sentiasa terkini dengan segala perkembangan semasa. Bersama-sama, kita akan terus berkongsi maklumat yang bermakna dan relevan untuk kebaikan bersama. Terima kasih kerana menyokong BERITAmediacorp! Mari kita terus mengukuhkan hubungan kita melalui saluran Telegram yang penuh dengan berita bermutu.

BERITAmediacorp

05 Dec, 09:09


Untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk minat terhadap kebaya, Lembaga Warisan Negara (NHB) akan membangunkan sebuah permainan digital kebaya untuk murid darjah 4 hingga 6, serta kit sumber kebaya untuk murid darjah 1 hingga 3 tahun depan.

NHB juga akan bekerjasama dengan Sekolah Reka Bentuk dan Media Politeknik Nanyang untuk menghasilkan cenderamata bertemakan kebaya.

๐Ÿ”— https://berita.mediacorp.sg/singapura/nhb-akan-lancar-kit-sumber-cenderamata-permainan-digital-selepas-kebaya-diiktiraf-unesco-897856

BERITAmediacorp

05 Dec, 06:39


Beberapa agensi pelancongan memaklumkan bahawa ia akan meneruskan pakej pelancongan ke Korea Selatan sambil memerhatikan keadaan. Anda yang merancang ke sana dinasihat berwaspada.

๐Ÿ”— https://berita.mediacorp.sg/singapura/rakyat-sg-agensi-pelancongan-teruskan-lawatan-ke-korea-selatan-selepas-undang-undang-tentera-ditarik-balik-897746

BERITAmediacorp

04 Dec, 11:59


Perdana Menteri Lawrence Wong dinamakan Setiausaha Agung baharu Parti Tindakan Rakyat (PAP) menggantikan Menteri Kanan, Lee Hsien Loong.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) PAP juga telah menyertakan empat anggota tambahan.

Mereka adalah Desmond Choo, Lam Pin Min, Ng Chee Meng dan Sim Ann.

Berikut senarai CEC ke-38.

๐Ÿ”— https://berita.mediacorp.sg/singapura/pap-umum-jawatankuasa-eksekutif-pusat-baharu-lawrence-wong-secara-rasmi-dilantik-setiausaha-agung-897736

BERITAmediacorp

04 Dec, 11:33


Kilang wafer terbaru di Singapura bakal mewujudkan 1,200 pekerjaan berkemahiran tinggi, khusus untuk pakar dalam penyelidikan, pembangunan, dan teknologi AI seperti ahli kimia, saintis data, dan pakar teknologi.

Dibangunkan oleh Visionpower Semiconductor Manufacturing (VSMC) dengan pelaburan S$10.5 bilion, ia dijangka merancakkan lagi sektor elektronik negara

๐Ÿ”— https://berita.mediacorp.sg/singapura/kilang-pengeluaran-wafer-baharu-akan-wujudkan-1200-pekerjaan-pmet-897666

BERITAmediacorp

04 Dec, 09:00


Usahawan dari Singapura Ng Teck Lee yang terlibat dalam kes penyelewengan dana bernilai S$72 juta, akhirnya ditahan bersama isterinya, Thor Chwee Hwa, di Johor Bahru pada Selasa (3 Dis).

๐Ÿ”— https://berita.mediacorp.sg/dunia/usahawan-sg-diberkas-di-johor-bahru-selepas-19-tahun-dalam-buruan-897641

BERITAmediacorp

30 Sep, 01:43


Kereta 'diecast' jadi tarikan utama IAM SG tahun ini, tarik 12,000 peminat kereta

Seramai 12,000 peminat kereta membanjiri Singapore EXPO bagi acara International Automodified (IAM) Singapore pada hujung minggu 28 dan 29 September.

๐Ÿš—https://berita.mediacorp.sg/singapura/kereta-diecast-jadi-tarikan-utama-iam-sg-tahun-ini-tarik-12000-peminat-kereta-880756

BERITAmediacorp

30 Sep, 01:43


Simposium kesejahteraan mental bincang pentingnya beri ruang untuk individu kongsi masalah mental, hapuskan stigma

Acara anjuran A VOICE To Be Heard Limited itu juga diadakan bersempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia yang disambut setiap tahun pada 10 September.

๐Ÿคhttps://berita.mediacorp.sg/singapura/simposium-kesejahteraan-mental-bincang-pentingnya-beri-ruang-untuk-individu-kongsi-masalah-mental-hapuskan-stigma-880691

BERITAmediacorp

30 Sep, 01:42


BERITA+: Kak Fifi & Mimi: Inisiatif Rafidah Jalil isi kekurangan kandungan pembelajaran STEM bahasa Melayu

Semasa mencari kandungan pendidikan pembelajaran STEM dalam bahasa Melayu dalam bentuk digital untuk ketiga-tiga orang anaknya, Cik Rafidah Jalil menyedari adanya jurang besar dalam bahan yang tersedia.

๐Ÿ“น https://berita.mediacorp.sg/singapura/berita-kak-fifi-mimi-inisiatif-rafidah-jalil-isi-kekurangan-kandungan-pembelajaran-stem-bahasa-melayu-880686

BERITAmediacorp

30 Sep, 01:41


Cef Mel suntik daya kreatif, nafas baharu kepada restoran pernah jadi tempat kuarantin COVID-19

Restoran Jubilicious yang terletak di tingkat empat Hotel Boss kini ibarat diberi nafas baharu, bukan sahaja disebabkan perniagaan yang bertambah maju, malah menu restoran itu turut dirombak dengan sentuhan kreatif cef selebriti, Cef Mel Dean, bagi meningkatkan mutu hidangannya.

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿณhttps://berita.mediacorp.sg/gaya-hidup/cef-mel-suntik-daya-kreatif-nafas-baharu-kepada-restoran-pernah-jadi-tempat-kuarantin-covid-19-880656

BERITAmediacorp

29 Sep, 03:13


Ibu remaja autistik kongsi detik cemas anak hadapi gangguan khidmat MRT sendirian

Apa yang sepatutnya merupakan rutin harian anaknya berubah menjadi satu detik cemas bagi Cik Lydiawati.

Ini selepas beliau mendapat khabar berlakunya gangguan khidmat MRT pada Laluan Timur-Barat (EWL) pada Rabu (25 Sep) ketika anaknya yang mengalami autisme, sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah.

๐Ÿš‡https://berita.mediacorp.sg/singapura/ibu-remaja-autistik-kongsi-detik-cemas-anak-hadapi-gangguan-khidmat-mrt-sendirian-880596

BERITAmediacorp

29 Sep, 03:12


Siri forum 'Bersamamu @ the Heartlands' raih 12,000 tontonan online, tarik lebih 400 peserta fizikal

Seiringan dengan ulang tahun Bersamamu yang ke-5 tahun ini, sesi forum itu bertujuan untuk meluaskan jangkauannya dalam membimbing pasangan dalam perkahwinan mereka menerusi perbincangan bersama para kaunselor perkahwinan mahupun asatizah.

๐Ÿคhttps://berita.mediacorp.sg/singapura/siri-forum-bersamamu-heartlands-raih-12000-tontonan-online-tarik-lebih-400-peserta-fizikal-880506

BERITAmediacorp

29 Sep, 03:12


Kepercayaan antara masyarakat & pemerintah kunci kejayaan SG tangani ekstremisme

Kepercayaan serta kerjasama antara pemerintah serta masyarakat boleh bantu membanteras pengganasan dan ideologi pelampau dengan lebih berkesan lagi.

Hal itu ditekankan Menteri Kanan Teo Chee Hean dalam majlis makan tengah hari anjuran Kementerian Ehwal Dalam Negeri bagi menghargai para relawan masyarakat pada Sabtu (28 Sep).

๐Ÿคhttps://berita.mediacorp.sg/singapura/kepercayaan-antara-masyarakat-pemerintah-kunci-kejayaan-sg-tangani-ekstremisme-880536

BERITAmediacorp

29 Sep, 03:11


Lagi 10 lagu Allahyarham Zubir Said diterbitkan semula dalam projek 'Orang Singapura Bersatu'

Kompilasi kedua sebanyak 10 lagu Allahyarham yang diberi nafas baharu di bawah projek 'Orang Singapura Bersatu', dilancarkan Menteri Kedua Pendidikan, Dr Maliki Osman pada Sabtu (28 Sep).

๐ŸŽถhttps://berita.mediacorp.sg/singapura/lagi-10-lagu-allahyarham-zubir-said-diterbitkan-semula-dalam-projek-orang-singapura-bersatu-880591

BERITAmediacorp

29 Sep, 03:11


BERITA+: Cikgu Abdolah Lamat mahu popularkan kembali lagu kanak-kanak, semai cinta terhadap bahasa Melayu

Sepanjang empat dekad, Cikgu Abdolah Lamat telah menghasilkan pelbagai jenis karya yang sarat dengan unsur kebudayaan dan cinta kepada negara.

Sebagai seorang pendidik, beliau sentiasa prihatin terhadap pemahaman bahasa Melayu, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

๐ŸŽผhttps://berita.mediacorp.sg/singapura/berita-cikgu-abdolah-lamat-mahu-popularkan-kembali-lagu-kanak-kanak-semai-cinta-terhadap-bahasa-melayu-880606

BERITAmediacorp

28 Sep, 07:38


Permintaan pasang mikrocip pada kucing naik 30% jelang 1 Sep; klinik haiwan kekalkan harga prosedur

Permintaan untuk memasang mikrocip pada kucing meningkat sehingga 30 kali ganda sejak rangka kerja pengurusan kucing yang baharu diumumkan pada 11 Mei lalu.

Lima klinik haiwan yang ditinjau memberitahu BERITA Mediacorp, ramai pemilik kucing membuat janji temu untuk memasang mikrocip pada kucing-kucing mereka sebelum 1 September.

๐Ÿˆ https://berita.mediacorp.sg/singapura/permintaan-pasang-mikrocip-pada-kucing-naik-30-jelang-1-sep-klinik-haiwan-kekalkan-harga-prosedur-872871

BERITAmediacorp

28 Sep, 07:38


Penyakit palsi Bell, masalah pendengaran & pertuturan tidak halang Siti Nurbiah Daud genggam muda kelas pertama

Dalam penggal terakhir pengajiannya bagi ijazah sarjana muda berganda dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Birmingham City, Cik Siti Nurbiah Daud perlu berdepan dengan sebuah dugaan di luar jangkaannya.

Beliau disahkan doktor menghidap penyakit palsi Bell yang menyebabkan otot-otot di sebelah kanan mukanya melemah akibat masalah saraf.

๐ŸŽ“ https://berita.mediacorp.sg/singapura/penyakit-palsi-bell-tidak-halang-siti-nurbiah-daud-genggam-ijazah-sarjana-muda-kelas-pertama-880256

BERITAmediacorp

27 Sep, 01:36


analisisBERITA: Gejala buli pelajar terus berulang - Apa yang perlu anda tahu

Dengan penggunaan media sosial menjadi sebati dalam kehidupan seharian belia sekarang, pembuli boleh pada bila-bila masa sahaja beralih ke wadah online untuk terus memalukan mangsa.

Pihak sekolah harus memastikan adanya ruang selamat untuk pengadu melaporkan insiden sedemikian agar mereka tidak berasa terancam untuk membuka mulut, tegas Ahli Psikologi Klinikal, Muhammad Haikal Jamil.

๐Ÿšธ https://berita.mediacorp.sg/singapura/analisisberita-gejala-buli-pelajar-terus-berulang-apa-yang-perlu-anda-tahu-880051

BERITAmediacorp

27 Sep, 01:36


Penyanyi Nuradee dipindahkan ke wad biasa; keluarga bersiap hadapi senario terburuk

Penyanyi kumpulan Nuradee, Mohd Noor Abdullah (Nur), tidak menunjukkan banyak kemajuan dalam proses pemulihan.

โ€œNur sedar, tetapi fikirannya tidak stabil dan badannya pun tidak okay. Buah pinggangnya bermasalah, jantungnya ada isu, dan otaknya juga terjejas," kongsi Adee.

๐Ÿคฒ๐Ÿป https://berita.mediacorp.sg/hiburan/penyanyi-nuradee-dipindahkan-ke-wad-biasa-keluarga-bersiap-hadapi-senario-terburuk-880071

BERITAmediacorp

27 Sep, 01:35


Pengasas Teater Kami Limited, Atin Amat sumbang lebih 930 barang berkaitan seni kepada NLB

Pengasas Teater Kami dan penerima Pingat Budaya 2011, Cik Halimah Jaafar, atau lebih dikenali sebagai Atin Amat, telah menyumbangkan lebih 930 barangan berkaitan seni kepada Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

Antara sumbangan tersebut termasuk rakaman video, gambar, dan nota produksi dari Teater Kami Limited.

๐ŸŽญ https://berita.mediacorp.sg/singapura/pengasas-teater-kami-limited-atin-amat-sumbang-lebih-930-barang-berkaitan-seni-kepada-nlb-880011

BERITAmediacorp

27 Sep, 01:34


โ€˜Tanggungjawab kemanusiaanโ€™: Masyarakat setempat giat gerakkan usaha ikut kemampuan, meski tiada tanda derita di Gaza akan berakhir

Sebilangan rakyat Singapura masih proaktif menggerakkan usaha untuk membantu penduduk Gaza.

Pasangan Cik Maisarah dan Encik Syabil mengajak tetamu majlis persandingan membuat sumbangan kepada Love Aid SG manakala Cik Afifah Shameemah, 25 tahun, menjalankan usaha kutipan dana seperti dengan menjual kek strawberi.

๐Ÿ‘๐Ÿป https://berita.mediacorp.sg/singapura/tanggungjawab-kemanusiaan-masyarakat-setempat-giat-gerakkan-usaha-ikut-kemampuan-meski-tiada-tanda-derita-di-gaza-akan-berakhir-880021

BERITAmediacorp

26 Sep, 07:09


2 penulis muda tempatan ini wakili SG dalam Program Penulisan Mastera 2024

Amirul Hakim, 24 tahun dan Fadhli Fadzil, 25 tahun, merupakan dua penulis muda Singapura yang dipilih untuk mewakili negara dalam Program Penulisan Mastera 2024 yang diadakan di Jakarta dari 2 hingga 6 September 2024.

Program itu merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Sastera Asia Tenggara atau Mastera sejak ditubuhkan pada 1996.

๐Ÿ“– https://berita.mediacorp.sg/nadi-kampus/2-penulis-muda-tempatan-ini-wakili-sg-dalam-program-penulisan-mastera-2024-879721 

BERITAmediacorp

26 Sep, 07:08


Rangkaian Pemulihan MMO tubuhkan 3 kumpulan projek untuk tingkatkan sokongan buat pesalah, keluarga bekas banduan & belia

Rangkaian Pemulihan Pertubuhan Melayu/Islam (MMO) mengumumkan penubuhan tiga kumpulan projek untuk meningkatkan sokongan kepada pesalah, keluarga bekas banduan, dan belia.

Rancangan itu diumumkan Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim di Forum Rangkaian Pemulihan Pertubuhan Melayu/Islam pada Rabu (25 Sep).

๐Ÿค๐Ÿปhttps://berita.mediacorp.sg/singapura/rangkaian-pemulihan-mmo-tubuhkan-3-kumpulan-projek-untuk-tingkatkan-sokongan-buat-pesalah-keluarga-bekas-banduan-belia-879781 

BERITAmediacorp

25 Sep, 02:16


Penggiat seni & pengkaji sejarah makanan Melayu, Khir Johari antara 89 diiktiraf di Majlis Anugerah Penaung Warisan NHB

Anugerah anjuran Lembaga Warisan Negara (NHB) itu mengiktiraf sumbangan berharga para individu dan pertubuhan kepada muzium serta sektor warisan negara.

๐Ÿ‘https://berita.mediacorp.sg/singapura/penggiat-seni-pengkaji-sejarah-makanan-melayu-khir-johari-antara-89-diiktiraf-di-majlis-anugerah-penaung-warisan-nhb-879571

BERITAmediacorp

24 Sep, 01:44


Penyedia khidmat haiwan peliharaan ambil langkah tambahan demi keselamatan kucing Tahukah anda bahawa ada khidmat dandanan haiwan di mana penyedia membolehkan pelanggan memantau mereka menerusi TikTok Live sepanjang sesi dijalankan? Ia antara langkah keselamatan tambahan berikutan beberapa kes penganiayaan haiwan peliharaan tahun ini. https://berita.mediacorp.sg/singapura/penyedia-khidmat-haiwan-peliharaan-ambil-langkah-tambahan-demi-keselamatan-kucing-879316

BERITAmediacorp

23 Sep, 08:41


Pelaburan tanggungjawab bersama keluarga demi keselamatan kewangan & perancangan masa depan

Para pelabur di Singapura kurang mendapat pendedahan kepada peluang pelaburan Islam yang halal dan berpotensi menjana keuntungan tinggi.

Ini berpunca daripada kurangnya publisiti serta usaha pemasaran untuk produk kewangan Islam dan pengurusan aset patuh syariah di negara ini.

๐Ÿ’ฐ https://berita.mediacorp.sg/singapura/pelaburan-tanggungjawab-bersama-keluarga-demi-keselamatan-kewangan-perancangan-masa-depan-879001