Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia @beritakemanusiaan Channel on Telegram

Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia

@beritakemanusiaan


Group ini dibuat bertujuan berkongsi isu semasa dan perkembangan saudara kita yang memerlukan perhatian kita.

Isu Kemanusiaan Semasa by AlKhair Malaysia (Malay)

Isu Kemanusiaan Semasa by AlKhair Malaysia adalah sebuah channel Telegram yang bertujuan untuk berkongsi isu semasa dan perkembangan saudara kita yang memerlukan perhatian kita. Channel ini dikelola oleh AlKhair Malaysia, sebuah organisasi kemanusiaan yang berkomitmen untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Di dalam channel ini, pengguna dapat mendapatkan informasi terkini mengenai isu-isu kemanusiaan yang sedang berlaku di sekitar kita. Dari bencana alam hingga keperluan masyarakat yang kurang bernasib baik, Isu Kemanusiaan Semasa memberikan platform untuk kita semua bersama-sama memberi perhatian dan bantuan kepada saudara-saudara kita dalam masa yang sukar. Bergabunglah dengan channel ini dan jadilah sebahagian dari usaha AlKhair Malaysia dalam membawa perubahan positif kepada masyarakat yang memerlukan. Mari bersama-sama menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada sesama. Sertai Isu Kemanusiaan Semasa by AlKhair Malaysia sekarang dan jadilah suara bagi mereka yang tidak berupaya bersuara.

Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia

23 Nov, 21:21


"Jom Jadi Sebahagian Perubahan Bersama Kafalah Alkhair"

Assalamualaikum ahli Keluarga Alkhair semua…

Pernahkah kita terfikir, di saat kita menikmati keselesaan hidup, ada insan lain yang setiap hari diuji dengan kekurangan?

Mungkin ada seorang ibu yang berdoa agar anak-anaknya tidur tanpa rasa lapar. Mungkin ada seorang anak kecil yang hanya mampu memandang dari jauh, mengimpikan pendidikan yang tak mampu dicapai.

Di sinilah peluang kita untuk menjadi jawapan kepada doa mereka.

Melalui Kafalah Alkhair, tuan puan boleh membawa perubahan nyata.

🌟 Mengapa tuan puan perlu sertai?

Konsisten membantu tanpa perlu risau terlupa.

Setiap sen yang disumbangkan sumbangkan mencipta peluang baru untuk mereka yang memerlukan.

Menjadi sebahagian dari gelombang kebaikan yang berterusan.

πŸ’‘ Pilih untuk menyumbang dengan mudah:

Infaq Mingguan (Jumaat): ezy.la/djs
Infaq Bulanan: ezy.la/67c

Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia

23 Nov, 21:19


Assalamualaikum & salam Subuh!

Ramai anak-anak yang dahagakan ilmu, tetapi kekangan kewangan menjadi penghalang. Anda boleh menjadi harapan mereka!

Jom, bersama kita bangunkan generasi berilmu demi masa depan yang lebih cerah.
 
Klik https://ezy.la/5pe
 
β€˜Kebaikan Penuhi Harapan’
Pertubuhan Al-Khair Malaysia

Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia

23 Nov, 15:29


Seorang ahli arkeologi nasionalis Zionis yang juga seorang ikon pendatang haram yang terkemuka telah dibunuh oleh Hizbullah ketika berada di selatan Lubnan bersama pasukan tentera yang lain. Sebelum ini dia mendakwa kehadirannya adalah kononnya untuk mengkaji sebuah kubu purba.

Zeev Erlich, 71 tahun, kehilangan nyawa bersama seorang tentera Zionis dari Briged Golani dalam pertempuran bersenjata dengan pejuang Hizbullah pada hari Rabu.

Erlich, yang dikenali sebagai seorang tokoh penting dalam gerakan penempatan haram, telah menetap selama beberapa dekad di sebuah penempatan haram di Tebing Barat yang diduduki. Di sana, beliau menjalankan pelbagai penyelidikan arkeologi yang meluas.

Sumber: S4M
https://t.me/beritakemanusiaan

Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia

23 Nov, 15:26


Seorang kanak-kanak terbunuh setiap 30 minit di Gaza.

17,400 seorang kanak-kanak syahid di G sejak Oktober 2023, daripadanya:

β€’ 710 bayi yang umurnya kurang dari setahun.

β€’ 1793 kanak-kanak umurnya antara 1 ke 3 tahun.

β€’ 1205 kanak-kanak umurnya antara 4 ke 5 tahun.

β€’ 4205 kanak-kanak umurnya antara 6 ke 12 tahun.

β€’ 3442 kanak-kanak umurnya antara 13 ke 17 tahun.

Sumber: Kementerian Kesihatan Gaza
https://t.me/beritakemanusiaan

Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia

23 Nov, 15:25


Sejak awal malam semalam, dan berterusan sehingga tengah malam, Hizbullah melancarkan serangan balas berskala besar ke atas IDF di selatan Khiam di Sektor Timur

Pertempuran yang amat dahsyat telah dilaporkan sepanjang petang dan ke malam, dengan sumber Israel menyifatkan keadaan itu sebagai 'huru-hara dan tegang', dan ramai yang terkorban.

Sumber: S4M
https://t.me/beritakemanusiaan

Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia

23 Nov, 15:23


Jurucakap Al-Qassam, Abu Ubaidah:

Setelah komunikasi yang terputus selama beberapa minggu dengan para pejuang yang ditugaskan melindungi tawanan musuh kembali bersambung, dilaporkan bahawa seorang tahanan wanita musuh telah terbunuh di kawasan utara Semenanjung Gaza yang sedang menghadapi serangan Zionis. Sementara itu, nyawa seorang lagi tahanan wanita yang bersamanya masih dalam bahaya.

Penjenayah perang Netanyahu bersama kerajaannya dan para pemimpin tenteranya menanggung tanggungjawab sepenuhnya terhadap nyawa tahanan mereka. Mereka jugalah yang terus berkeras menyebabkan penderitaan dan kematian tahanan-tahanan tersebut.

Musuh perlu bersiap sedia menghadapi dilema kehilangan mayat tahanan mereka yang terbunuh akibat kemusnahan yang meluas dan kesyahidan para pejuang yang menjaga tahanan mereka.

Sumber: Briged Al-Qassam
https://t.me/beritakemanusiaan

Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia

23 Nov, 14:36


Saat serangan Zionis mengenai Masjid Al-Faruq di Nuseirat, tengah-tengah Semenanjung Gaza.

Sumber: Shehab
https://t.me/beritakemanusiaan

Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia

23 Nov, 14:08


Briged Al-Qassam: Rakaman serangan ke atas sebuah rumah yang dijadikan tempat persembunyian pasukan Zionis berhampiran persimpangan Safatawi, barat Jabalia, utara Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam
https://t.me/beritakemanusiaan

Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia

23 Nov, 12:45


Maysara Abu Al-Awf (10 bulan) dilahirkan dan jatuh syahid dalam genosid yang berterusan di Gaza.

Maysara tidak sempat mengenal erti kehidupan atau menikmati keindahannya. Dia bersama bapanya, Fadi Abu Al-Awf, menjadi sasaran serangan tentera Zionis yang membedil sebuah rumah tempat mereka berlindung setelah melarikan diri dari kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza πŸ’”

Sumber: Shehab
https://t.me/beritakemanusiaan

Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia

23 Nov, 06:31


Pertempuran sengit dilancarkan oleh Mujahidin di Palestin menentang tentera penjajah, menyebabkan musuh mengalami kerugian besar di utara Semenanjung Gaza akibat peperangan selama lebih dari setahun.

Alhamdulillah! 🀲🏼

Sumber: Shehab
https://t.me/beritakemanusiaan

Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia

23 Nov, 06:07


Penyokong genosid mengibarkan bendera Israel dengan tujuan untuk provokatif semasa seorang kanak-kanak Palestin berusia 13 tahun memberi ucapan mewakili kanak-kanak yang telah dibunuh oleh penjajah Israel di Gaza, dalam sebuah acara di Middletown, New York πŸ€¦πŸΌβ€β™‚οΈ

Sumber: Times of Gaza
https://t.me/beritakemanusiaan

Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia

23 Nov, 06:05


Walaupun ramai rakyat Palestin di Gaza menganggap waran tangkap terhadap Netanyahu dan Gallant sebagai simbolik semata-mata, harapan samar terhadap keadilan masih tersemat dalam hati mereka.

Anas al-Ramlawi, 30, menerima berita itu di tengah-tengah bunyi pengeboman di Gaza City.

β€œAgak ironi apabila saya membaca tentang waran tangkap itu sambil mendengar letupan besar akibat serangan tentera Israel yang meruntuhkan sebuah bangunan kediaman di Jabalia, hanya beberapa kilometer dari rumah saya,” kata Ramlawi kepada Middle East Eye.

Ini merupakan kali pertama mahkamah berpangkalan di Hague mengeluarkan waran tangkap terhadap pegawai kanan yang mempunyai kaitan dengan kuasa Barat. Langkah ini dilihat oleh rakyat Palestin di Gaza – yang hidup di bawah sekatan Israel sejak 2007 – sebagai β€œpemecahan pengasingan selepas lebih setahun genosid”.

Sumber: MEE
https://t.me/beritakemanusiaan

Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia

22 Nov, 21:42


"Jom Jadi Sebahagian Perubahan Bersama Kafalah Alkhair"

Assalamualaikum ahli Keluarga Alkhair semua…

Pernahkah kita terfikir, di saat kita menikmati keselesaan hidup, ada insan lain yang setiap hari diuji dengan kekurangan?

Mungkin ada seorang ibu yang berdoa agar anak-anaknya tidur tanpa rasa lapar. Mungkin ada seorang anak kecil yang hanya mampu memandang dari jauh, mengimpikan pendidikan yang tak mampu dicapai.

Di sinilah peluang kita untuk menjadi jawapan kepada doa mereka.

Melalui Kafalah Alkhair, tuan puan boleh membawa perubahan nyata.

🌟 Mengapa tuan puan perlu sertai?

Konsisten membantu tanpa perlu risau terlupa.

Setiap sen yang disumbangkan sumbangkan mencipta peluang baru untuk mereka yang memerlukan.

Menjadi sebahagian dari gelombang kebaikan yang berterusan.

πŸ’‘ Pilih untuk menyumbang dengan mudah:

Infaq Mingguan (Jumaat): ezy.la/djs
Infaq Bulanan: ezy.la/67c

Tuan puan, jom bersama kami menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Bermula dengan satu langkah kecil anda hari ini!

Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia

22 Nov, 21:41


Setiap hari kita merancang kehidupan dan kejayaan hidup kita. Namun jangan lupa rancang kesenangan & kebahagiaan kehidupan kita selepas meninggal kelak.
 
Bersedekah antara plan perancangan terbaik untuk meraih kesenangan akhirat. Jom bersedekah seawal pagi agar kejayaan dunia dan akhirat menjadi milik kita.
 
Klik https://ezy.la/bcl
 
β€˜Kebaikan Penuhi Harapan’
Pertubuhan Al-Khair Malaysia

Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia

22 Nov, 10:02


Malam yang mengerikan di Gaza apabila tentera penjajah Israel melancarkan pembunuhan beramai-ramai di seluruh wilayah itu.

Di Beit Lahia, serangan udara menyasarkan sebuah blok kediaman berhampiran Hospital Kamal Adwan, mengorbankan 66 orang, mencederakan 100 yang lain, dan menyebabkan ramai masih hilang.

Di kawasan al-Sheikh Radwan di Gaza City, serangan udara ke atas rumah keluarga Al-Arouqi meragut nyawa 22 orang, termasuk 10 kanak-kanak.

Sumber: QNN
https://t.me/beritakemanusiaan

Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia

22 Nov, 09:03


Saluran Ibrani 12: Dua tentera Israel ditahan atas tuduhan mencuri senjata dari pangkalan tentera di selatan Israel serta memperdagangkan bahan letupan dan bom tangan πŸ€¦πŸΌβ€β™‚οΈ

Sumber: AJE
https://t.me/beritakemanusiaan

Isu Kemanusiaan Semasa by Alkhair Malaysia

22 Nov, 08:39


"Khemah sejuk macam peti sejuk. Tak ada orang Islam atau kafir yang mampu tidur dalam keadaan macam ni. Tak ada selimut untuk selubung hangatkan anak-anak kami."

Begitulah luahan saudara kita di sana.

Ya rob, kau berilah kekuatan kepada mereka dalam mengharungi hari-hari yang sukar ini.

https://t.me/beritakemanusiaan

1,994

subscribers

5,768

photos

4,068

videos