Pejabat MARA London & Ireland dengan sukacitanya menjemput semua pelajar tajaan MARA, khususnya di sekitar Warwick & Birmingham, untuk menyertai program ini.
๐ Tarikh: 1 Februari 2025 (Sabtu)
๐ฐ Masa: 10:30 pagi - 1:00 petang
๐ Lokasi: Warwick Zeeman Building (Room MS03), CV4 7EZ
๐ Makan Tengahari disediakan
๐ Sahkan Kehadiran Anda
Para pelajar dijemput untuk hadir dan mengesahkan kehadiran melalui pautan berikut: https://forms.office.com/r/U6zpLC2pwS selewat-lewatnya pada 29 Januari 2025 (Rabu) pada jam 12:00 tengahari.
๐ Perkongsian bersama MERCY Humanitarian UK (MHUK) kali ini akan membincangkan topik seni mengurus tekanan bagi membantu pelajar mengatasi cabaran emosi dan mental sepanjang pengajian, serta memupuk kesejahteraan diri untuk mencapai kecemerlangan akademik.
๐Juga, Bicara Santai bersama Pegawai MARA London akan diadakan untuk berbincang mengenai topik isu akademik, garis panduan permohonan MARA, serta ruang Q&A terbuka untuk sebarang persoalan.
๐Jangan lepaskan peluang juga untuk mendengar Amanat Khas daripada Pengarah MARA London yang baharu, yang pastinya akan memberikan inspirasi dan panduan berguna kepada semua pelajar.
โ๏ธMenjadi tanggungjawab pelajar tajaan MARA untuk menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh MARA. Penyertaan ini bertujuan untuk memastikan pelajar memperoleh manfaat maksimum daripada program yang disediakan serta mendapatkan informasi yang tepat daripada pegawai MARA mengenai isu-isu berkaitan penajaan.โ๏ธ
Jumpa anda di sana! ๐