Seluruh warga PEMATRA dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Saiful Dzulkefly Zan atas pelantikan sebagai Penolong Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina bagi tempoh 1 Februari 2025 hingga 31 Januari 2028.
Kami yakin dengan kepimpinan serta pengalaman Dr. Mohd Saiful, fakulti akan terus maju dalam memperkasa kebajikan pelajar, memperkukuh hubungan dengan alumni, serta memacu pembangunan sahsiah dan akademik mahasiswa. Semoga amanah ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan kecemerlangan.
Sekali lagi, tahniah dan selamat maju jaya!
Sekian, terima kasih.
"KESATUAN. KARISMA. KREATIF. BERAKHLAK"
Ikhlas daripada,
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA (PEMATRA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025
#pematra2u