Ustaz Wadi Annuar Official

@ustazwadiannuar_official


https://linktr.ee/UstazWadiAnnuar

๐Ÿ“‹ Bagi sesiapa yang berhajat untuk sama-sama membantu MediaUWA dalam kos pengurusan dan operasi bolehlah salurkan ke akaun:

MEDIA UWA SOLUTION
Maybank: 5520 5983 4949

Ustaz Wadi Annuar Official (Malay)

Ustaz Wadi Annuar Official merupakan saluran Telegram rasmi yang dikendalikan oleh Ustaz Wadi Annuar. Saluran ini bertujuan untuk menyampaikan ceramah agama, tazkirah, dan panduan kehidupan yang bermanfaat kepada para pelanggan. Dengan kandungan yang berkualiti dan ilmiah, Ustaz Wadi Annuar Official menjadi destinasi utama bagi individu yang ingin mendalami pengetahuan agama Islam serta mencari inspirasi dari ajaran agama. Para pelanggan juga akan mendapat akses kepada bahan bacaan, rakaman ceramah, dan kelas agama yang disampaikan secara eksklusif oleh Ustaz Wadi Annuar. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk memperkaya diri dengan ilmu agama yang bermanfaat. Sertai Ustaz Wadi Annuar Official sekarang dan sertai komuniti yang prihatin dengan perkembangan ilmu agama di kalangan masyarakat. Untuk maklumat lanjut, layari pautan: https://linktr.ee/UstazWadiAnnuar

Ustaz Wadi Annuar Official

22 Oct, 10:55


Maka, jika disandarkan kepada Allah SWT, maka seolah-olah ada anggota badan tangan bagi-Nya meskipun disebut anggota tangan-Nya tidak sama dengan makhluk. Disebabkan itu, Ahli Sunnah wal Jamaah bertindak pantas mempertahankan akidah Islam menerusi dua kaedah iaitu kaedah tafwid dan kaedah takwil.

Berdasarkan kaedah tafwid yang dipilih oleh majoriti salaf soleh, yad tidak dimaksudkan dengan tangan, sebaliknya diserahkan maksudnya kepada Allah SWT dan kekalkan lafaz asalnya iaitu yad. Mereka melarang melakukan terjemahan secara harfiyyah atau literal bagi sifat mutashabihat. Manakala, menerusi kaedah takwil, yad difahami dengan makna qudrah iaitu berkuasa seperti yang dipilih oleh majoriti khalaf. Mereka terpaksa memilih maksud atau terjemahan ini disebabkan darurat. Jika tiada darurat, mereka akan kembali semula kepada kaedah tafwid tadi. Perlu difahami bahawa sama ada darurat atau tidak, salaf dan khalaf tidak akan memilih terjemahan literal iaitu tangan.

Apatah lagi Allah SWT jelas melarang fokus kepada ayat-ayat mutashabihat seperti firman-Nya dalam ayat 7 surah Ali 'Imran. Cuba bayangkan, jika kanak-kanak hafal Sifat 20 versi mutashabihat, sudah pasti mereka akan keliru. Silibus Sifat 20 yang muhkamat ini merupakan benteng kukuh dalam akidah untuk menghadapi golongan menyeleweng, bidaah, ateis dan seumpamanya secara sistematik.

Penulis adalah Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Ramai yang masih keliru tentang isu ini. Mudah-mudahan dengan penerangan ini, kita semua lebih faham.

https://www.facebook.com/100063805051570/posts/1078514264285399/

Ustaz Wadi Annuar Official

22 Oct, 10:55


KENAPA BELAJAR SIFAT 20?

Oleh: Dr Mohd Hasrul bin Shuhari

Allah SWT memiliki nama-nama dan sifat-sifat yang sempurna dan bilangannya adalah banyak. Namun, kenapa umat Islam belajar 20 sifat Allah SWT sahaja?

๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š, sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah SWT tiada batasannya. Jumlah 20 sifat tersebut bukanlah bermaksud sifat Allah SWT hanya terhad kepada bilangan 20 sahaja. Ini kerana, dalam kitab Umm al-Barahin yang menjadi antara rujukan utama bagi huraian Sifat 20 ini didapati Imam al-Sanusi berkata: "Maka, sebahagian daripada apa yang wajib bagi Tuhan kita adalah 20 Sifat."

Ayat asal 'sebahagian' menunjukkan sifat-sifat wajib bagi Allah SWT melebihi 20 sifat. Jadi, sejak awal lagi ulama tidak mengehadkan bilangan 20 sahaja. Menurut Sheikh al-Buti, Allah menyifatkan diri-Nya dengan sifat yang banyak tetapi perincian semua sifat tersebut terkandung dalam 20 sifat utama ('ishrin sifah ra'isiyyah). Ini memudahkan orang awam untuk mengenali Allah SWT menerusi beberapa sifat terpilih berbanding mengenali-Nya menerusi semua sifat-sifat yang terkandung dalam al-Quran dan hadis yang jumlahnya sangat banyak.

๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ, 20 sifat tersebut adalah syarat ketuhanan yang mesti dimiliki bagi sesiapa yang dianggap Tuhan. Jika Dia adalah Tuhan, secara akal yang sejahteranya, Dia mesti ada sifat 20 ini. Mustahil Dia mendakwa diri-Nya Tuhan jika Dia tiada sifat Qudrah (berkuasa), 'Ilm (mengetahui) dan seumpamanya. Jika Dia ada 20 sifat ini, maka layaklah ia menjadi Tuhan namun tiada yang layak melainkan Allah SWT. Iktibar daripada kisah Nabi Ibrahim AS mencabar Raja Namrud untuk menggunakan 'iradah' (kehendak) dan 'qudrahnya' (kuasa) bagi mengubah terbit matahari dari barat ke timur, namun ia tidak mampu, menunjukkan ia tiada sifat kehendak dan kuasa secara mutlak.

๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฎ, al-Asma' al-Husna yang berjumlah 99 atau lebih semuanya dapat dikaitkan dengan Sifat 20 contohnya al-Muhyi, al-Mumit, al-Qadir, al-Muqtadir, al-Qawiyy dan al-Matin boleh dikaitkan dengan sifat al-Qudrah yakni Tuhan Yang Maha Berkuasa. Menurut Sheikh Sa'id Fudah seperti yang dipetik oleh Ustaz Hidayat, kita tidak faham nama al-Musawwir (Maha Membentuk) melainkan setelah dijelaskan bahawa Allah mencipta al-suwar (bentuk-bentuk) yang berkaitan sifat al-Qudrah juga. Begitu juga dengan sifat-sifat Allah yang lain seperti reda dan murka yang merupakan sifat perbuatan boleh dikaitkan dengan sifat kehendak (al-Iradah) bagi Allah. Maka, al-Asma' al-Husna dapat difahami dengan mudah jika seseorang itu memahami Sifat 20.

๐—ž๐—ฒ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜, apabila seseorang itu ingin mengenali seseorang, antara perkara yang penting adalah sifat orang tersebut berbanding namanya. Ini kerana, kadang-kadang namanya Hasan (baik) tetapi sifatnya buruk. Justeru, fokus kepada sifat adalah lebih mudah untuk mengenali hakikat sesuatu perkara. Namun, fokus kepada nama-nama Allah SWT bukan bermaksud tidak penting, tetapi ia sebagaimana dijelaskan sebelum ini, nama-nama yang banyak itu boleh dikaitkan dengan 20 sifat Allah SWT tadi seperti yang dijelaskan pada nombor tiga. Setelah pelajari sifat 20, ia membantu untuk fahami nama-nama Allah SWT pula.

๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฎ, 20 sifat ini telah mengandungi dalil al-Quran, hadis dan akal yang sejahtera. Ia berdasarkan dalil-dalil muhkamat (induk/jelas) yang qat'i thubut (sabitnya pasti) dan qat'i al-dilalah (maknanya jelas) menjadi dasar akidah yang kukuh yang bukan daripada kategori mutashabihat (samar-samar/tidak jelas) yang berasaskan dalil zanni al-dilalah (maknanya tidak jelas).

Disebabkan itulah dalam silibus pengajian Sifat 20, tidak disenaraikan sifat-sifat mutashabihat seperti yad (tangan), istawa (duduk macam raja), nasiya (lupa), marid (sakit) dan seumpamanya. Ini kerana, meskipun ia disebut dalam al-Quran dan hadis tetapi ia bukanlah qat'i al-dilalah bahkan boleh menyebabkan umat Islam salah faham. Salah faham itu boleh berlaku jika mereka memahaminya secara makna zahir bagi lafaz tersebut.

Contohnya yad dalam bahasa Melayu bermaksud tangan, bagi orang awam akan terus faham ia adalah anggota badan yang dikenali sebagai tangan.

Ustaz Wadi Annuar Official

21 Oct, 01:03


RUU MUFTI WILAYAH | Menolak Agenda Pencetus Polemik

https://youtu.be/bKMRUn1HVLk?si=4e3p_sy3AAwu6FNM

Ustaz Wadi Annuar Official

19 Oct, 14:37


Posting ucapan takziah YS diremove oleh FB.

Ikuti akaun X rasmi Ustaz Wadi Annuar :

https://x.com/ustazwadiannuar?s=21

Ustaz Wadi Annuar Official

19 Oct, 04:06


Untuk makluman semua, posting poster takziah untuk YS di Facebook dan Instagram UWA dipadam. Boleh ikuti akaun rasmi UWA di laman X :

https://x.com/ustazwadiannuar/status/1847488717780636082?s=46

Ustaz Wadi Annuar Official

19 Oct, 04:04


UCAPAN TAKZIAH

‎ุฅู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุฅู†ุง ุฅู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู†. ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑ ู„ู‡ ูˆุงุฑุญู…ู‡ ูˆุนุงูู‡ ูˆุงุนู ุนู†ู‡.

‎Ustaz Wadi Annuar mengucapkan takziah kepada keluarga al-Syahid YS.

‎Al-Syahid ada seorang tokoh yang berani dan tegas. Kehilangannya sukar diganti dalam perjuangan, namun semangatnya akan terus menyala dalam hati mereka yang memperjuangkan kebebasan dan keadilan.

Semoga semua amal perbuatannya diterima sebagai amal soleh dan Allah mengampuni segala dosanya.

‎โฆ #ustazwadiannuar

Ustaz Wadi Annuar Official

17 Oct, 10:20


Ketidakfahaman orang awam tentang istilah al-Ashaโ€™irah dan al-Maturidiyyah tidak menafikan fakta majoriti umat Islam berada di atas akidah ini.

Bahkan, ketidakfahaman orang awam terhadap perincian akidah al-Ashaโ€™irah dan al-Maturidiyyah tidak memberi apa-apa kesan kerana mereka tidak diwajibkan dan tidak dituntut untuk mengetahuinya.

Apa yang diambil kira dalam perbahasan ini ialah pandangan para mujtahid dan ulama muktabar dan majoriti mereka berada di atas akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang diwakili oleh al-Ashaโ€™irah dan al-Maturidiyyah.

Inilah maksud majoriti umat Islam berada di atas akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang diwakili al-Ashaโ€™irah dan al-Maturidiyyah.

Baca sini:

https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/6007-al-afkar-149-akidah-ahlu-sunnah-wal-jamaah-al-ashairah-dan-al-maturidiah-pegangan-majoriti-ummat-2

Ustaz Wadi Annuar Official

15 Oct, 03:58


Takziah diucapkan kepada mereka yang diuji dengan musibah banjir dan pelbagai musibah lain pada ketika ini. Dalam masa yang sama, kita sedekahkan al-fatihah kepada semua saudara yang telah meninggalkan kita.
.
Baginda ๏ทบ bersabda: โ€œSesiapa yang mengucapkan doa ini ketika ditimpa musibah, Allah pasti akan menggantikan buatnya sesuatu yang lebih baik.โ€
.
Doa yang diajarkan oleh Rasulullah ๏ทบ ini:
.
ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽุŒ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฃู’ุฌูุฑู’ู†ููŠ ูููŠ ู…ูุตููŠุจูŽุชููŠ ูˆูŽุฃูŽุฎู’ู„ููู’ ู„ููŠ ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง

โ€œSesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berikanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik darinyaโ€.

.
Hadis Riwayat Muslim

#ustazwadiannuar

Ustaz Wadi Annuar Official

13 Oct, 23:46


RUU Mufti pastikan punca bidang kuasa lebih teratur

Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024) yang bakal dibentang pada sidang Parlimen akan datang bertujuan memastikan punca bidang kuasa mufti lebih teratur serta jelas tanpa ada pertikaian berhubung tindakan yang dilakukan oleh mereka.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menegaskan, RUU itu bagi membolehkan jawatan mufti mempunyai lebih ketertiban dan keteraturan daripada segi Perlembagaan serta undang-undang negara, namun tidak akan memperluas atau meningkatkan kuasa mufti.

"Saya juga telah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naโ€™im Mokhtar bahawa hampir semua fasal dan perkara yang terkandung dalam rang undang-undang itu hampir sama seperti Enakmen Fatwa Negeri Sabah berhubung mufti di negeri itu yang diluluskan pada 2004.

"Bermaksud Sabah sudah memiliki undang-undang serupa selama lebih 20 tahun. Sabah tak ada berubah daripada segi amalan ataupun kebebasan beragama, bagi yang bukan Islam kita lihat acara ataupun pesta dan keraian seperti Pesta Kaamatan masih dijalankan," katanya dipetik selepas menghadiri Program Kesihatan Lembah Pantai pada Sabtu.

Kenyataan itu bagi menjawab dakwaan 14 kumpulan yang berpangkalan di Sarawak dan Sabah yang mendakwa rang undang-undang itu melanggar Perjanjian Malaysia 1963 selain akan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam dalam sekelip mata.

"Jadi bagi mereka yang mengeluarkan tuduhan seperti ini, saya sarankan teliti balik sejarah (undang-undang ini di) Sabah yang sudah dibuat 20 tahun lalu, tiada sebarang kesan negatif.

"Sehubungan itu, jangan pandang serong dan perlu celik undang-undang. Kita mahu agama Islam bagi yang muslim bukan hanya untuk dihormati tetapi (juga) mahu dari segi undang-undang (ia) teratur," kata Fahmi yang juga jurucakap kepada kerajaan.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Mohd Naโ€™im Mokhtar menegaskan, RUU tersebut hanya mengikat orang Islam serta terhad di bawah bidang kuasa negeri.

Penggubalan adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman bagi undang-undang diri orang Islam, seterusnya menjamin hak-hak keadilan kepada umat Islam di Malaysia.

Diharapkan ia dapat dilaksanakan agar dapat memperkukuh sistem perundangan Islam tanpa menimbulkan kekeliruan.

https://www.facebook.com/100063805051570/posts/1071850101618482/

Ustaz Wadi Annuar Official

12 Oct, 12:09


Assalamualaikum, jom sama-sama share live UWA ini. Niat untuk sebarkan dakwah, moga dapat kebaikan untuk semua.

Langkah 1 : Tekan Link ๐Ÿ”— ini :
https://www.facebook.com/share/v/s3RvB3BMzgrbRkvM/?mibextid=WC7FNe

Langkah 2 : Tekan butang โ€˜shareโ€™ dan taip ;

@followers #sahabatdakwah

Ustaz Wadi Annuar Official

12 Oct, 11:57


https://vt.tiktok.com/ZS2TpADWp/

Live Now ๐Ÿ›‘ Sambutan Maulidur Rasul Daerah Semporna - Ustaz Wadi Annuar

Ustaz Wadi Annuar Official

12 Oct, 08:45


Baca, Fahami dan Sebarkan.

Ustaz Wadi Annuar Official

12 Oct, 08:44


RESOLUSI KONVENSYEN PERPADUAN UMAT ISLAM

1. Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berlandaskan mazhab Asyairah dan Maturidiah adalah tonggak utama dalam memelihara kesucian Islam daripada ancaman pemikiran yang sesat. Oleh itu, usaha mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ini harus melampaui batasan sentimen politik kepartian, masalah peribadi di kalangan pendakwah, serta perbezaan pandangan dalam hal-hal cabang (furuโ€™).

2. Perbezaan pandangan di kalangan asatizah Ahli Sunnah Wal Jamaah, sama ada dalam cabang akidah, fiqh, atau tasawuf, mestilah diuruskan dengan penuh hikmah dan adab. Ini penting untuk mengelakkan perpecahan dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang boleh mencetuskan fitnah besar dan melemahkan ikatan persaudaraan sesama mereka.

3. Agensi-agensi agama Persekutuan seperti JAKIM, JAWI, TV Hijrah, IKIM, YADIM, dan lain-lain perlu berperanan dengan penuh komitmen dan menjiwai keputusan-keputusan yang telah diputuskan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang disahkan oleh Majlis Raja-Raja. Ini adalah penting untuk memastikan tiada perpecahan berlaku dalam kalangan umat Islam di Malaysia, kerana agensi-agensi agama ini memainkan peranan yang signifikan dalam memberikan penerangan mengenai agama Islam.

4. RUU Mufti Wilayah perlu diluluskan secepat mungkin di Parlimen memandangkan negeri Kedah telah lebih awal meluluskan Enakmen Mufti Dan Fatwa Negeri Kedah 2008. Bahkan, isi kandungan RUU Mufti tidak jauh beza dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003, Warta Kerajaan Sabah 2017, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 2020 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Melaka Pindaan 2022. Wilayah Persekutuan tidak harus ketinggalan dalam usaha memartabatkan Islam melalui RUU Mufti Wilayah Persekutuan.

5. RUU Mufti Wilayah tidaklah merendahkan kedudukan YDPA kerana fasal 4(1) menyebutkan "Mufti hendaklah membantu dan menasihati YDPA berkenaan semua perkara hukum syarak...". Keadaan ini sememangnya telah dipraktik di seluruh negeri dalam Malaysia sejak dahulu. Tambahan lagi, Kertas Cadangan RUU Mufti telah mendapat perkenan YDPA pada 12 Mac 2024, hal ini bermaksud RUU Mufti ini telah dipertimbang oleh YDPA sebelum diperkenankan. Dakwaan bahawa RUU Mufti jika diluluskan akan memberikan kuasa mutlak kepada Mufti adalah tidak berasas sama sekali.

6. RUU Mufti juga tidak menganggu-gugat urusan orang bukan Islam, jauh sekali untuk mengikat negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak. Bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Mufti Wilayah dalam RUU Mufti ini hanya terhad kepada urus tadbir fatwa, falak, penentuan arah dan lain-lain yang hanya berkait dengan amalan orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan sahaja.

7. RUU Mufti bukanlah suatu perkara baharu dalam negara kita. Ia adalah penambahbaikkan kepada akta sedia ada. Pengamalan sedia ada sebelum ini telah terbukti tidak menganggu golongan bukan Islam atau hak negeri Sabah dan negeri Sarawak. Justeru, tiada yang perlu dirisaukan golongan bukan Islam atau orang Islam di negeri-negeri lain.

8. Agensi agama di peringkat persekutuan dan negeri-negeri seperti JAKIM, JAIN, Jabatan Mufti mestilah dipelihara kesuciannya. Sebarang usaha untuk merendah dan memperolok-olokkan agenda agama mestilah diambil tindakan segera agar ia tidak merebak lebih parah.

9. Kerajaan perlu memandang serius perpecahan dalam kalangan ilmuan Islam yang sering menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat. Kerajaan perlu berpandukan kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan MKI bagi memastikan tindakan para ilmuan Islam berlandaskan kebenaran.

Disediakan oleh:
Sekretariat Konvensyen Perpaduan Umat Islam

Dibacakan oleh:
Dr. Syed Shahridzan Ben Agil (SUA Islami Malaysia)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1070407908429368&id=100063805051570&mibextid=WC7FNe

Ustaz Wadi Annuar Official

11 Oct, 23:45


Nafkah. Perkara yang perlu diambil tahu oleh kedua-dua pihak (suami dan isteri).

Ustaz Wadi Annuar Official

11 Oct, 07:26


Ustaz Wadi Annuar akan hadir esok (12 Oktober 2024) ke Konvensyen Perpaduan Umat Islam, bersama puluhan alim ulama dan tuan-tuan guru yang dihormati.

Mari bersama kita mengukuhkan perpaduan dan mempertahan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaโ€™ah untuk kestabilan ummah dan negara.

https://www.facebook.com/share/v/KDGnR4vWYKapX1KA/?mibextid=WC7FNe

Ustaz Wadi Annuar Official

10 Oct, 13:07


https://vt.tiktok.com/ZS23MPDPA/

๐Ÿ›‘๐—Ÿ๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐—๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฌ/๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฟ๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—จ๐—ช๐—”!

Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk menikmati harga promo TERENDAH dan peluang memenangi cabutan bertuah eksklusif! ๐ŸŽ

Jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan pendrive berkualiti pada harga runtuh. Cepat, sebelum masa tamat! โฐ

#PendriveUWA #JualanMega1010 #PromosiTerhad

Ustaz Wadi Annuar Official

10 Oct, 04:26


๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฆ๐—ข๐—ก๐—š (๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—˜๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š) ๐——๐—œ ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—”๐—› ๐—š๐—Ÿ๐—ข๐—•๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐——๐—ก. ๐—•๐—›๐——.

Berita baik kepada mereka yang ingin menjadi salah seorang warga Dakwah Global Sdn. Bhd. Kami kini mencari seorang ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐ž๐ญ ๐Œ๐š๐ซ๐ค๐ž๐ญ๐ข๐ง๐  secara full-time. Keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai pengalaman dan juga mahir dalam reka bentuk grafik.
.
Hantarkan surat permohonan dan resume terkini anda ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ 15 Oktober 2024 (Selasa) , ke alamat emel ; [email protected] atau serahkan di pejabat kami :
.
Dakwah Global Sdn. Bhd.
Lot 5552, Kampung Che Bema, Sungai Layar Hujung, 08000 Sungai Petani, Kedah
.
Sebarang pertanyaan anda boleh Whatsapp Admin Dakwah Global di talian http://www.wasap.my/60122521565
Sekian. Terima Kasih.
.
#jawatan #jawatankosong #ustazwadiannuar #internetmarketing

Ustaz Wadi Annuar Official

09 Oct, 13:18


Assalamualaikum, jom sama-sama share live UWA ini. Niat untuk sebarkan dakwah, moga dapat kebaikan untuk semua.

Langkah 1 : Tekan Link ๐Ÿ”— ini :
https://www.facebook.com/share/v/yw8yzMJFcpP12K9K/?mibextid=WC7FNe

Langkah 2 : Tekan butang โ€˜shareโ€™ dan taip ;

@followers #sahabatdakwah