Terkini dan Sensasi Palestin

@cintagaza


TELEGRAM TERKINI DAN SENSASI PALESTIN ADALAH SATU-SATUNYA AKAUN TELEGRAM CINTA GAZA MALAYSIA. Ikuti perkembangan terkini berkaitan Palestin!

Terkini dan Sensasi Palestin (Malay)

Selamat datang ke Telegram Terkini dan Sensasi Palestin! Jika anda mencari sumber berita yang terkini dan sensasi berkaitan dengan isu Palestin, inilah tempat yang tepat untuk anda. Channel ini, yang dikenali sebagai @cintagaza, merupakan akaun Telegram Cinta Gaza Malaysia yang mendedikasikan diri untuk menyediakan maklumat terkini mengenai Palestin. Siapa sebenarnya @cintagaza? Ia adalah satu-satunya akaun Telegram yang terfokus secara khusus pada isu-isu Palestin dan memberikan gambaran yang jelas dan tepat mengenai perkembangan terkini di Palestin. Dengan mengikuti @cintagaza, anda akan mendapat akses kepada berita terbaru, rencana sensasi, dan perkongsian yang penting berkaitan dengan keadaan di Palestin. Jadi, jika anda seorang yang peka terhadap isu kemanusiaan, kesedaran global, atau sekadar ingin mengetahui perkembangan terkini di Palestin, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Telegram Terkini dan Sensasi Palestin sekarang juga. Sertai komuniti yang peduli dan berkongsi maklumat yang penting untuk kesedaran dan keadilan. Bersama-sama, kita boleh memberi suara kepada mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan. Ikuti @cintagaza hari ini dan jadilah sebahagian daripada perubahan yang positif!

Terkini dan Sensasi Palestin

22 Oct, 13:51


Visual merakamkan serangan udara Zionis yang menyasarkan sebuah bangunan tempat tinggal di pinggir selatan Beirut awal hari ini.

Sumber: Quds News Network
t.me/cintagaza

Terkini dan Sensasi Palestin

22 Oct, 09:47


Kementerian Kesihatan di Gaza

Laporan statistik harian mengenai jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel di semenanjung Gaza pada hari ke-382.

▪️ Rejim Zionis melancarkan 7 operasi pembunuhan beramai-ramai ke atas keluarga-keluarga di semenanjung Gaza. Serangan hari ini telah mengakibatkan 115 syahid manakala 487 mangsa cedera dirawat di hospital dalam tempoh 48 jam yang lalu.

▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, pasir dan jalan raya. Tekanan semakin bertambah apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa. Mereka tidak dapat sampai ke hospital sehingga kini.

▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 42,718 syuhada dan 100,282 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.

22 Oktober 2024

Terkini dan Sensasi Palestin

22 Oct, 08:19


🛑 Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr. Munir Al-Bursh dari wilayah utara Gaza:

🔸Ramai mangsa yang cedera syahid di hadapan kami dan kami tidak dapat memberikan bantuan kepada mereka.

🔸Penjajah sedang melakukan jenayah kejam di depan mata dunia dan penduduk awam sedang mati secara perlahan.

🔸Kami tidak mempunyai kain kafan untuk para syuhada, oleh itu, kami merayu kepada penduduk untuk menyumbang kepada kami kain biasa.

🔸Kami hidup dalam kekeliruan menuju maut. Tiada tempat yang selamat di utara Gaza.

Sumber: Shehab Agency
t.me/cintagaza

Terkini dan Sensasi Palestin

22 Oct, 07:43


🇵🇸 Pengarah Hospital Indonesia kepada Al Jazeera:

🔸Puluhan penduduk syahid dan cedera di jalanan namun tiada siapa dapat mengambil atau menyelamatkan mereka.

🔸Zionis menghalang organisasi Palang Merah menyediakan makanan dan air buat pasukan perubatan dan pesakit.

🔸Zionis mengepung hospital dengan puluhan pesakit berada di dalam.

🔸Pihak musuh menghalang kemasukan bahan api dan bekalan perubatan ke hospital serta memutuskan bekalan elektrik ke hospital berkenaan.

Sumber: Shehab Agency
t.me/cintagaza