Nadir Al-Nuri

@nadiralnuri


Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Nadir Al-Nuri (Malay)

Nadir Al-Nuri ialah sebuah saluran Telegram yang memaparkan kehidupan seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Palestin. Pengguna saluran ini boleh menghayati pengalaman harian di Gaza melalui kongsinya. Dari makanan tempatan hingga budaya setempat, Nadir Al-Nuri membuka ruang untuk para pengikutnya mengenali lebih dekat kehidupan di Palestin. Saluran ini adalah tempat yang sempurna untuk memahami cabaran dan keindahan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia di negara asing tersebut. Jika anda ingin mendapat pandangan yang jujur dan autentik tentang kehidupan di Gaza, sertai saluran Nadir Al-Nuri hari ini! Jangan lepaskan peluang unik ini untuk melihat dunia melalui mata seorang rakyat Malaysia di tanah Palestin.

Nadir Al-Nuri

22 Oct, 10:25


Aduh! Macam mana nak mengaku budak kacuk ni, muka Melayu 100%. Terkejut Baba tengah ikut strategic workshop tiba-tiba dapat gambar mek ni.

Nak kena letak foundation banyak sikit bila nak bergambar ni, keluar rumah pun kena pakai sunscreen, baru nampak Arab sikit.

Nanti nak ajar Haura' amalkan doa ini,

اللَّهُمَّ أَحْسَنْتَ خَلْقِي فَأَحْسِنْ خُلُقِي

"Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah rupaku maka perindahlah pula akhlakku.

Ameen.

Nadir Al-Nuri

22 Oct, 04:10


Nampak macam sedih dan seram, mereka dipaksa berpindah dalam keadaan sedemikian rupa, seolah berada di Padang Mahsyar, tak peduli orang lain dah, hanya dipaksa menyelamatkan diri sendiri.

Tetapi hakikatnya mereka beruntung kerana di Padang Mahsyar sebenar nanti, laluan mereka terbentang indah dan pintu syurga dibuka luas untuk menerima kehadiran mereka.

Semoga Allah kumpulkan kita dengan mereka di akhirat kelak kerana di sana, orang Islam akan dikumpulkan dengan siapa yang mereka kasihi di dunia المرء مع من أحب

Teruskanlah berkasih-sayang untuk mereka.

Nadir Al-Nuri

22 Oct, 04:04


The American Wall Street Journal: Perunding Arab menawarkan Yahya Sinwar peluang untuk meninggalkan Gaza sebagai pertukaran untuk membenarkan Mesir merundingkan pembebasan tawanan bagi pihak Hamas, tetapi dia menolak dan dengan tegas memberitahu mereka:

"Saya tidak terkepung, saya berada di bumi Palestin."

Nadir Al-Nuri

22 Oct, 04:04


Pada tahun 1945, selepas bom atom Amerika dijatuhkan di Nagasaki, Jepun, seorang budak lelaki dilihat mendukung adik lelakinya untuk dikebumikan dan gambar itu menjadi gambar bersejarah.

Malah apabila budak lelaki Jepun itu diminta meninggalkan abangnya, dia menjawab: "Dia tidak berat! Dia adik saya!"

Hari ini, kejadian itu berulang apabila seorang anak Gaza kecil, berkaki ayam, dan jelas keletihan mendukung adik perempuannya yang cedera di bahunya, berjalan selama lebih sejam melalui jalan-jalan di Semenanjung Gaza.

Pada tahun lalu, tentera zionis, yang dibiayai oleh AS, telah menggugurkan setara dengan 7 bom nuklear di Semenanjung Gaza.

Nadir Al-Nuri

21 Oct, 14:03


Dalam gelisah dan resah merasakan bahawa kita tak mampu melakukan apa-apa untuk menghentikan pembunuhan saudara-saudara kita di sana, gambar-gambar seperti ini dihantar pasukan CGM di G, berkongsi sedikit bahagia dan lega mereka melihat sumbangan kalian semua sampai kepada yang selayaknya.

Saudara-saudara, anak-anak kita di sana ini sedang menunggu giliran mengambil hadiah selimut tebal dan tilam, agar mampu berdepan musim sejuk yang hampir mencengkam.

Apa yang kalian rasa bila kami kongsi gambar-gambar macam ni ya, kalian seronok tak? Kalau seronok saya nak kerapkan lagi berkongsi. Sharekan supaya lebih ramai nampak kegembiraan mereka boleh?

Sahabat semua, tak lama lagi kami akan lancarkan inisiatif supaya kalian juga boleh menjadi hero membantu umat, berminat?

Nadir Al-Nuri

21 Oct, 10:14


Menarik bila mendengar kronologi Al-Jazeera tentang saat-saat akhir YS.

YS bersama 2 lagi mujahidin sedang berlegar di kawasan Tal As-Sultan di Rafah. Kawasan Tal As-Sultan adalah kawasan panas sejak awal genosid – ia menjadi pentas peperangan di antara tuan tanah dan penjajah berkali-kali selain menjadi sasaran berterusan bedilan roket dan mortar.

Entah apa yang sedang dilakukan YS bersama komander Tal As-Sultan, Abu Yusuf. Barangkali mereka sedang berpusing dari lokasi kubu mujahidin ke lokasi lain, meninjau keadaan para pemuda dan meniup semangat ke dalam diri mereka.

Tiba-tiba mereka bertemu dengan kumpulan Zionis - pertempuran hebat berlaku dan ketiga-tiga mujahidin terpaksa berpecah. YS mengengsot masuk ke sebuah rumah, duduk di sofa dalam keadaan cedera parah, memikirkan tindakan seterusnya.

Dron penjajah datang meninjau melihat keadaan sang mujahidin yang belum dikenali identitinya. Kayu dilemparkan YS sebagai langkah akhir menyatakan amarah kepada penjajah yang telah begitu lama menjarah tanah airnya, bumi barakah.

Dron terbang keluar, maklumat disampaikan kepada pusat kawalan, kereta kebal digerakkan ke lokasi dan bedilannya memusnahkan rumah tempat YS berlindung.

Beliau syahid dan anjing-anjing penjajah mencari jenazahnya sebelum dikenal-pasti siapakah pemilik tubuh tersebut.

Subhanallah.

Macam dalam filem tetapi ia benar-benar berlaku.

Paling menakjubkan ia mematahkan segala tuduhan penjajah tentang pimpinan mujahidin.

Mereka tidak menyorok di dalam terowong malah berada di barisan paling hadapan.

Mereka tidak menggunakan rakyat sebagai benteng berlindung tetapi mereka berada di tempat kosong yang jauh dari penduduk.

Mereka tidak hidup senang tetapi tangkas berjuang, melihat pejuang di benteng-benteng pertahanan dan meniupkan semangat supaya mereka sanggup terkorban di jalan berduri yang panjang.

Beberapa hari selepasnya, tuan rumah tempat YS berlindung, berkongsi video rumahnya sebelum perang, dan dengan penuh bangga menyatakan bahawa rumahnya tempat sang singa terkorban.

Beruntunglah engkau duhai Sinwar, sepanjang hidup berjuang, mati menjadi inspirasi dan legasi untuk generasi pembebas akan datang.

Semoga kami menurut langkahmu kelak, ameen Ya Rab.

Nadir Al-Nuri

20 Oct, 01:19


Satu tahun genosid di Gaza. Genosid yang disaksikan oleh semua rakyat dunia!

Sepanjang satu tahun genosid ini, pelbagai kejadian yang tidak berperikemanusiaan telah berlaku.

Kami ingin menjemput kalian untuk menonton siri Podcast Khas sempena Satu Tahun Taufan al-Aqsa bersama Tuan Nadir al-Nuri

Jangan lupa komen apa pandangan dan harapan kalian terhadap peristiwa Satu Tahun Taufan al-Aqsa.

Tonton di sini.
Dengar Spotify di sini.

Nadir Al-Nuri

19 Oct, 14:16


Sedekad Di Penjara Terbesar Dunia; Seinci Dari Kematian berbaki 70 buah saja lagi.

Dapatkan segera di https://ezy.la/bukucgm

Nadir Al-Nuri

19 Oct, 07:25


Yahya Sinwar Yang Sempat Aku Kenali

Di Gaza di luar waktu perang, apabila ada pemuda yang mati syahid maka pertamanya jenazah as-syahid akan diarak ribuan manusia untuk disolatkan kemudian dikebumikan.

Keduanya akan dibuka majlis 'aza iaitu takziah untuk jiran dan rakan, jauh dan dekat hadir berjumpa keluarga as-syahid memberikan mereka kata semangat dan doa.

Beberapa hari selepas itu akan diadakan pula majlis ta'bin di mana as-syahid diingati dan kisah perjuangannya ditayangkan dan diceritakan kepada penduduk. Ketika itulah banyak rahsia pemuda akan terbongkar, misalnya dia pelaksana operasi sekian sekian atau mengetuai unit sekian dalam pasukan mujahidin.

Kisah seperti ini saya kongsikan dalam buku kedua Sedekad Di Penjara Terbesar Dunia, Seinci Dari Kematian tentang adik ipar saya sendiri, as-syahid Abdullah Al-Minawi pemuda Al-Q.ssam yang terkorban pada perang 2014. Ada 70 unit saja lagi untuk kalian rebut di https://ezy.la/bukucgm, dapatkan kombo lagi untung.

Satu hari saya hadir ke majlis takziah ini untuk seorang as-syahid di Gaza. Memang itu rutin saya, kalau terdengar sahaja tentang syuhada' saya akan hadir membawa nama Malaysia, memberi mereka semangat sambil menumpang berkat insan-insan pilihan Allah ini.

Tak lama kemudian, sebuah rombongan besar hadir dan di hadapan sekali kelihatan Yahya Sinwar mengepalainya. Saya berdiri bersama pemuda lain, menunggu ketibaannya dan tangan dihulur untuk bersalaman, tetapi tangan saya tak bersambut.

Terkial-kial saya dibuatnya, tertanya kenapa beliau tak bersalaman walaupun 'bodyguardnya' sudah berbisik menyebutkan siapa saya.

Saya pulang ke rumah dan menulis tentang kejadian itu dalam Bahasa Arab di facebook, menyatakan sedikit kekecewaan tentang apa yang berlaku. Jangan main-main, di Gaza pun saya gunakan kuasa viral.

Esoknya saya dihubungi oleh pejabat Sinwar, dijemput ke sana untuk bertemu dengannya. Seram juga nak berjumpa dengan orang no. 1 Hms yang terkenal dengan garangnya, entah-entah akan dimarah sebab benda kecil pun boleh koyak.

Tetapi apabila ke pejabatnya, dukacita saya hanya disambut oleh jurucakap Hamas yang mewakili Sinwar, kata beliau Syeikh Yahya terpaksa menghadiri mesyuarat kecemasan mengejut tetapi menyampaikan salamnya. Saya diberi plaque dengan tertulis nama Yahya Sinwar sebagai tanda penghargaan atas segala kerja yang dibuat di Gaza. Saya masih tak berapa berpuas hati kerana tidak dapat berjumpa sendiri dengan susuk Yahya.

Fast forward beberapa tahun ke hadapan, kami mendapat berita tentang kematian ayah kepada Yahya Sinwar. Majlis takziah dibuat di dewan besar di Khan Yunus dan saya bersama ribuan penduduk menghadirinya. Saya tidaklah terlalu rapat dengan Yahya tetapi agak rapat dengan adiknya, Profesor Zakariyya Sinwar, profesor sejarah dan pakar tentang Zionis di Universiti Islam G yang selalu bekerjasama dengan CGM menghasilkan kajian dan menghadiri konferens.

Dalam majlis tersebut, tidak ada yang bersalaman kerana masih di dalam suasana Covid-19. Saya lalu dihadapan barisan ahli keluarga besar yang menyambut tetamu.

Ketika itu, Yahya Sinwar ternampak saya, lantas beliau mengangkat tangannya dan diletakkan di dada kemudian di atas kepala, simbol ala ra'si atau tanda hormat dan tabik, pastinya sebagai penghargaan atas segala yang Malaysia lakukan untuk Palestin.

Saat itu, segala 'hutang' Sinwar terbayar. Terima kasih, kerana menjadi inspirasi kami semua. Terima kasih, kerana menghargai penat lelah kami untuk perjuangan kita, perjuangan Palestin. Selamat berehat, duhai pemimpin para syuhada'.

Nadir Al-Nuri

18 Oct, 19:10


Tentera penjajah Israel memutuskan sepenuhnya jaringan komunikasi dan internet di utara Gaza dalam keadaan kepungan yang ketat dan pengeboman berterusan di kawasan itu.

Tindakan pihak musuh telah menjadikan wilayah utara Gaza terasing dari seluruh semenanjung dan menjadikannya seperti sebuah ghetto.

*ghetto = kawasan bandar yg didiami oleh sesuatu etnik atau kumpulan sosial minoriti, biasanya hidup dalam keadaan miskin, perumahan yangg sesak dan daif, terasing dan sebagainya ~ bukan sahaja dikaitkan dengan kualiti tempat kediaman yang merosot dan usang, tetapi juga dgn ciri-ciri kaum yang menghuninya. (PRPM)

Sumber: Quds News Network

Nadir Al-Nuri

18 Oct, 15:01


🛑 Antara intipati ucapan Dr Khalil Al-Hayya di Al Jazeera:

▫️Yahya Sinwar adalah kesinambungan kepada kafilah para syuhada yang agung, mengikut jejak langkah Sheikh Ahmad Yassin.

▫️Darah para syuhada akan terus menyinari jalan dan menjadi pendorong kekuatan dan keteguhan kami.

▫️HAMAS akan terus maju sehingga tertegaknya negara Palestin di seluruh tanah Palestin dan Baitul Maqdis sebagai ibu negara.

▫️Kesyahidan Yahya Sinwar dan pemimpin lain yang mendahului beliau akan menguatkan lagi gerakan kami.

▫️ Tawanan penjajah tidak akan kembali melainkan dengan penghentian serangan ke atas Gaza, pengunduran penuh serta pembebasan tawanan kami dari penjara.

▫️ Sinwar syahid dalam keadaan berhadapan musuh, tidak berundur, berada di barisan hadapan pertempuran dan bergerak di antara lokasi-lokasi pertempuran.

Sumber: Al Jazeera
t.me/cintagaza