NASIHAT² KEHIDUPAN

@quotephotovideo


Nasihat² KEHIDUPAN via
QUOTE PHOTO VIDEO 😎

Nasihat yang baik adalah nasihat yang mampu menyejukkan bagi setiap orang yang mendengarnya.

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesunguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang2 mukmin

5 Februari 2017

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 14:32


Walaupun tiada siapa yang menyayangi, Allah tetap ada di hatimu.

💛 Walaupun tiada siapa yang menyintaimu, Allah tetap ada mengasihimu.

💚 Walaupun tiada siapa menjadi penolong, Allah tetap ada melindungi mu.

💙 Walaupun tiada siapa yang merindui, Allah tetap ada menantimu.

💖 Walau tiada siapa yang sudi menyapamu, Allah tetap ada memerhatikanmu.

💜 Walau tiada siapa akan menemanimu, Allah tetap ada bersamamu.

@quotephotovideo ⛵️⛵️⛵️

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 14:30


Selagi mendirikan solat terasa beban,
Selagi itulah hidup akan terasa satu bebanan.

Hijrahkanlah solat kita.
Insha-Allah akan hijrahlah seluruh hidup kita.

Hayati makna dalam setiap bacaan, gerak laku, dan rasa hati di dalamnya.

Jagalah solat , Allah pasti akan jaga kita!

@quotephotovideo 🕌🕌🕌

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 14:29


Jarang orang menyesal kerana bersikap tenang, tapi ramai orang menyesal kerana bersikap tergesa-gesa.

Jarang orang menyesal kerana diam, tapi ramai orang menyesal kerana banyak bercakap.

Jarang orang menyesal kerana berbaik sangka, tapi ramai orang menyesal kerana berburuk sangka.

Jarang orang menyesal kerana jujur, tapi ramai orang yang menyesal kerana tidak jujur dan khianat.

Jarang orang menyesal kerana jujur mengatakan tidak tahu, tapi ramai orang yang menyesal kerana merasa serba tahu padahal tidak tahu pun.

Jarang orang menyesal kerana sabar, tapi ramai orang menyesal kerana marah dan cepat emosi.

Jarang orang menyesal kerana memaafkan, tapi ramai orang yang menyesal kerana menaruh dendam.

Jarang orang menyesal kerana bersikap rendah hati, tapi ramai orang menyesal kerana sombong.

Jarang orang menyesal kerana bersikap lemah lembut, tapi ramai orang menyesal kerana bersikap keras dan kasar.

Jarang orang menyesal kerana bersedekah, tapi ramai orang menyesal kerana hartanya yang dikumpul tapi tidak digunakan.

@quotephotovideo 🍓🍓🍓

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 13:36


Hati yang tenang itu ialah hati yang dijaga drpd perkara sia²...

Mata yang cantik itu adalah mata yang dijaga drpd melihat perkara² mungkar...

Wajah yang indah itu ialah wajah yang sntiasa dibasahi wuduk dan air mata keinsafan...

Jiwa yang lembut itu ialah jiwa yang tiada dua di dlm jiwanya, hanya ALLAH...

Kata² yang baik itu adalah kata² yang keluar drpd hati yang suci, Tulus dan ikhlas hanya krn ILAHI...

Indahnya Hidup Memberi 🍃
Sebarkan Jika Bermanfaat 🥀

🍄 Doa Agar Terhindar dari Cobaan Berat

Jangan Lupa Tahajud

🌈 Keutamaan Berwudhu Sebelum Tidur

🍀 10 Perintah Allah yang Harus Kita Ingat

🫰 Meminta diwaktu Tahajud

❤️ Muhasabah Diri

💝 Tips Bangun Subuh

🎇 Hukum Tabur Tuai

✏️ Ayat Seribu Dinar

💎 Nabi Putra Abdullah

😴 Selamat Malam. Good Night. Sweet Dreams. Take Care of Yourself.

       •━━━❦✻✿🍀🍀✿✻❦━━━•⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣

ﺑِﺴْـــــــــــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

       ○ Surah al-Ikhlas ○ Ayatul Kursi
○ Surah Al-Kausar

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ  وَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ

سبحان اللهالحمدلله🌷الله اكبرلا اله الا الله‎🌻لاحول ولا قوة الا بالله🌹

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

           •┈┈•••○○❁🌻💠🌻❁○○•••┈┈•

          ♨️ Jom baca Surah AL-MULK

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

@quotephotovideo 💖🎈🍀

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 13:19


💕 Jom KITA JOIN CHANNEL² DIBAWAH

👉 @Seindahsakuraofficial
🍄 "Allah Di Hati Syurga Menanti"

👉 @airmatahijrahku
🍄 Tetaplah istiqomah utk berhijrah

👉 @thedakwahjourney
🍄 It's all about dakwah

👉 @tasbihallah
🍄 don't be sad

👉 @quotephotovideo
🍄 NASIHAT² KEHIDUPAN

https://t.me/Seindahsakuraofficial

💞 Group Discussion @quotephotovideochat

😎 SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...💖

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 11:32


Video Quran

Surah Ar-Rahman
Qari Sulaiman Al Shabibi

@quotephotovideo 🔈🔉🔊

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 10:26


“Rezeki Allah Tak Pernah Tersalah Alamat”

Setiap rezeki yang ditentukan oleh Allah akan tiba tepat pada waktunya, tanpa kurang dan tanpa lebih.

Dalam kehidupan, kita sering merasa gelisah apabila sesuatu yang diharapkan belum kunjung tiba.

Namun, Allah SWT telah berfirman:

وَفِي السَّمَاءِ رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ

"Dan di langit terdapat rezekimu dan apa yang dijanjikan kepadamu."
(Surah Adh-Dhariyat, 51:22)

Ayat ini menjadi peringatan buat kita bahawa setiap rezeki sudah dijamin oleh Allah dan tiada yang mampu menghalangnya.

Bahkan, Rasulullah SAW bersabda:

"Seandainya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki. Pagi-pagi ia keluar dalam keadaan lapar dan pulang dalam keadaan kenyang."
(Hadis Riwayat Tirmidzi, No. 2344, sahih)

Rezeki bukan hanya dalam bentuk harta, tetapi juga dalam kesihatan, ilmu, dan ketenangan hati.

Dalam usaha mencari rezeki, kita dituntut untuk tidak melupakan tawakal kepada Allah.

Usaha perlu disertakan dengan keyakinan bahawa Allah akan mengurniakan yang terbaik buat hamba-Nya.

Doa Mohon Rezeki yang Berkat

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ


"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal sehingga aku terhindar daripada yang haram, dan perkayakanlah aku dengan anugerah-Mu sehingga aku tidak memerlukan selain-Mu."
(Hadis Riwayat Tirmidzi, No. 3563, sahih)

Semoga kita semua sentiasa yakin bahawa rezeki dari Allah akan sampai tepat pada waktunya.

InsyaAllah, dengan usaha dan tawakal, segala urusan kita akan dipermudahkan.

@quotephotovideo 🌿🌿🌿

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 08:50


Menjadi bermanfaat itu baik.
Tapi dimanfaatkan hingga menghancurkan dirimu sendiri itu jahat.

Memberi batasan terhadap orang lain bukanlah tindakan egois, melainkan bentuk cinta pada diri sendiri dan orang lain.

Ketika kita menetapkan batas, kita sedang menjaga kesehatan mental dan emosional kita agar tetap seimbang.

Ini bukan berarti menolak orang lain, tetapi memastikan bahwa hubungan kita berlangsung dengan saling menghargai dan menghormati.

Batasan menciptakan ruang bagi kita untuk tetap produktif dan fokus, tanpa terbebani ekspektasi yang tidak sesuai atau energi negatif yang datang dari luar.

Ini adalah cara untuk memelihara diri kita agar tetap kuat, karena ketika kita terlalu banyak memberi tanpa memperhatikan kesejahteraan pribadi, kita akhirnya yang lelah sendiri.

Memberi batasan juga adalah bentuk pendidikan kepada orang lain tentang cara kita ingin diperlakukan.

Ini membangun hubungan yang lebih sehat, di mana kedua belah pihak dapat bertumbuh tanpa merasa tertekan atau terintimidasi.

Dengan batasan, kita menunjukkan bahwa kita menghargai waktu, energi, dan keseimbangan hidup kita.

Ini adalah tindakan yang penuh kesadaran untuk menjalani hidup yang lebih damai dan bermakna, di mana kita bisa hadir sepenuhnya untuk diri sendiri dan orang-orang yang benar-benar penting dalam hidup kita.

Pikiran yang sama hanya akan menciptakan nasib yang sama

Maka untuk mengubah nasib Anda, ubahlah pikiran Anda!

@quotephotovideo ♨️♨️♨️

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 08:48


10K QPV SUPER PROMOTE

JOM JOIN...

@quotephotovideo
💕 NASIHAT² KEHIDUPAN

@Sentaplaatuu
💕 XsentapKew ?

@hatikumenangis
💕 Tangisan adalah kekuatan

@bicarabulanofficial
💕 Tenang - kamu mampu!!

@kitabdoa
💕 HIMPUNAN DOA

https://t.me/quotephotovideo

💞 Group Discussion @quotephotovideochat

SEMOGA BERMANFAAT
TERIMAKASIH! ♨️

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 08:17


BAHAYA KEMEWAHAN

Riwayat Termizi, Nabi saw bersabda bhw umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan & kelapangan dlm kehidupan.

Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus2, Rumah2 mereka tersergam indah, dgn bermacam2 perhiasan.

Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat.
Jika semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat.

Nabi Muhammad saw sabda "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”,lebih memungkinkan kita beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt, sepertimana yang berlaku di hari ini.

Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi

Kehidupan kita jauh lebih mewah dpd para sahabat, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan.

Kekayaan/ kemewahan yg ada, menyibukkan & menghalang kita dari berbuat ibadah.

Kita sibuk menghimpun/tambah harta dan sibuk menjaganya

Rasulullah saw pernah bersabda "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia menemui kematian"

Wallahua'lam

@quotephotovideo 🍂🍂🍂

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 07:06


"Saat Dunia Menjauh, Allah Tetap Dekat: Sujudlah dengan Penuh Harap"

وَمَا كُنَّا عَنِ الْخَلْقِ غَافِلِينَ

"Dan Kami tidak pernah lalai terhadap makhluk Kami." (Al-Mu'minun: 17)

Ketika hati terasa berat dan air mata mula mengalir, sujudlah kepada Allah, kerana hanya Dia yang memahami deritamu tanpa perlu kau lafazkan.

Di saat manusia mungkin tidak peduli atau tidak mampu memahami, Allah sentiasa dekat dan sedia mendengar.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya, Allah itu Maha Lembut dan menyukai kelembutan dalam segala urusan." (Riwayat Muslim, 2593)

Dalam sujud, bukan sekadar dahi menyentuh tanah, tetapi jiwa tunduk sepenuhnya kepada Sang Pencipta.

Sujudlah dengan penuh rasa rendah hati dan luahkan segala kegelisahan.

Allah tidak pernah mengecewakan hamba yang bersungguh-sungguh memohon kepada-Nya.

Amalkan doa ini, yang menjadi sumber kekuatan ketika ujian datang:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِكَ تَهْدِي بِهَا قَلْبِي، وَتَجْمَعُ بِهَا شَمْلِي، وَتَلُمُّ بِهَا شَعَثِي، وَتَرُدُّ بِهَا غَائِبِي، وَتَرْفَعُ بِهَا شَاهِدِي، وَتُزَكِّي بِهَا عَمَلِي، وَتُلْهِمُنِي بِهَا رُشْدِي، وَتَرُدُّ بِهَا أُلْفَتِي، وَتَعْصِمُنِي بِهَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ

"Ya Allah, aku memohon rahmat dari-Mu yang akan menenangkan hatiku, mengumpulkan segala kegelisahanku, dan mengangkat segala urusanku dengan penuh kebaikan."

Percayalah, setiap sujud yang dilakukan dengan ikhlas adalah langkah menuju rahmat dan pertolongan-Nya.

Allah tidak pernah jauh dari hamba-Nya, hanya kitalah yang sering lupa mencari-Nya.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 06:05


Pesanan untuk diri sendiri dan semua🌹

Tanam lah dalam diri kita rasa kasih kepada manusia kerana Allah...

Kenapa kena tanam rasa kasih?

Bila ada rasa kasih dalam hati kita, jika kita melihat dia lebih, maka tidak akan timbul dalam hati kita rasa benci, rasa dengki, rasa nak hasut semua orang benci dia, benci apa ii sahaja yang berkenaan dengan orang tersebut...

Sebelum kita nak dengki dengan seseorang...perlu kita tilik...semua nya dari Allah semua nya milik Allah bukan milik kita atau milik dia..

Lalu...
Mengapa perlu kita cemburu?mengapa perlu kita dengki?mengapa perlu menghasut orang lain untuk turut benci walhal seseorang tersebut melakukan perkara yang baik di sisi agama..

Kerana apa? kerana gelapnya hati kita, kerana kita memandang semua ni bukan dari Allah, kerana hitamnya hati kita penuh nya sifat mazmumah dalam hati kita....

Banyakkan istighfar, banyakkan bersolawat banyakkan merendah diri🌹

@quotephotovideo 🍂🍂🍂

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 03:53


HIDUP Ini INDAH Jika Kita PANDAI Mensikapinya

Manusia akhirnya kan kesal jika sering diminta....

Allah justeru marah jika hambanya jarang meminta....

Manusia sering marah jika ada orang lain datang minta maaf dan mengakui kesalahan

Allah justeru gembira jika ada hamba-Nya akui kesalahan dan mohon ampunan

Manusia kan lupakan segala kebaikan kita karena akhir sikap kita yang buruk...

Allah akan lupakan segala keburukan kita karena akhir sikap kita yang memohon ampunan.

Bersandar kepada manusia melahirkan keluh kesah

Bersandar kepada Allah, lahirkan ibadah.....

Berharaplah kepada manusia seperlunya,

Berharaplah kepada Allah sebesar-besarnya...

@quotephotovideo 🌾🌾🌾

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 03:37


♨️ COME JOIN AND ENJOY ♨️

💥 @quotephotovideo
Nasihat² KEHIDUPAN

💥 @CerpenByMe
Penulisan satu kepuasan

💥 @hatikuhatimu
KEMBARA KASIH, MUSAFIR CINTA

💥 @ilovequrann
Perkongsian quran, hadis & kalam ulama

💥 @otakbercakap
Random QUOTES

https://t.me/quotephotovideo

💞 Group Discussion @quotephotovideochat

SEMOGA BERMANFAAT
TERIMAKASIH! ♨️

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 03:26


BERKATA SEORANG PAKCIK TUA.

Seorang pakcik tua ditanya, apakah yang beliau pelajari dari usianya yang telah berlalu?

Beliau menjawab:

Aku belajar...
Bahawa dunia ini adalah pinjaman yang akan dipulangkan..

Aku belajar...
Bahawa orang yg dizalimi lambat laun akan mendapat haknya..

Aku belajar...
Bahawa anak panah malam (doa & tahajjud) tidak pernah tersasar..

Aku belajar..
Bahawa kehidupan ini akan tamat pada bila-bila masa walaupun ketika leka..

Aku belajar..
Bahawa kata² yg baik, wajah yang ceria dan sifat pemurah adalah punca akhlak yang mulia..

Aku belajar..
Bahawa orang yang paling kaya di dunia adalah yang memiliki kesihatan dan keamanan..

Aku belajar..
Bahawa usia akan habis tetapi urusan dunia tidak akan habis..

Aku belajar..
Siapa yang mahu kata-katanya didengari, maka perlu bersedia mendengar dari orang lain..

Aku belajar..
Bahawa bermusafir dengan orang lain adalah pengukur paling tepat keaslian manusia..

Aku belajar..
Orang yang sering berkata : (akulah, akulah) sebenarnya kosong dari dalam..

Aku belajar..
Bahawa emas akan kekal emas, manakala besi akan berubah dan berkarat..

Aku belajar..
Bahawa semua manusia yang telah mati, mempunyai agenda dan perancangan yg tidak sempat dilaksanakan..

Aku belajar..
Kita sering mengemas katil dan menyejukkan ruang bilik untuk menikmati 'mati kecil'..

Sudahkah kita mengemas amalan kita dan menyejukkan kubur kita dengan ketaatan untuk menikmati 'mati besar'?

Berkata seorang soleh ;

"Aku hairan manusia yang sering memikirkan tentang makanan yang boleh mendatangkan penyakit, tetapi tidak pernah memikirkan tentang dosa yang boleh menghumbannya ke dalam api neraka."

@quotephotovideo 🐝🐝🐝

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 03:16


Istidraj: Nikmat yang Menjerumus ke Lembah Binasa

MasyaAllah, segala puji bagi Allah yang Maha Pemberi dan Maha Pengambil.

Ada nikmat yang diberikan Allah bukan sebagai tanda kasih, tetapi sebagai ujian terselubung—itulah yang dinamakan istidraj.

Ia adalah pemberian nikmat kepada seseorang dalam keadaan mereka terus tenggelam dalam dosa dan maksiat tanpa disedari.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis sahih riwayat Ahmad:

"Apabila kamu melihat Allah memberikan nikmat dunia kepada seorang hamba atas maksiat yang dilakukannya, maka ketahuilah bahawa itu adalah istidraj."

Orang yang berada dalam istidraj berasa seolah-olah kejayaan mereka adalah bukti penerimaan dan keredaan Allah.

Mereka terus kaya, naik pangkat, dan hidup mewah meskipun tenggelam dalam maksiat.

Namun, ini hanyalah satu perangkap ilahi.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-An’am, ayat 44:

"Maka tatkala mereka melupakan apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami bukakan bagi mereka pintu-pintu segala sesuatu, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa."

Sungguh, kesudahan istidraj amat mengerikan.

Allah boleh menarik nyawa pada bila-bila masa, tanpa peluang untuk bertaubat.

Mati dalam su'ul khatimah adalah seburuk-buruk penutup kehidupan.

Berdoalah agar kita terhindar dari istidraj dan sentiasa diberi hidayah untuk kembali kepada-Nya:

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِيمَهَا، وَخَيْرَ أَيَّامِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ فِيهِ

"Ya Allah, jadikanlah amalan terbaik kami sebagai penutup kehidupan kami, dan hari terbaik kami adalah hari ketika kami bertemu dengan-Mu."

MasyaAllah, semoga kita sentiasa dalam rahmat dan keredaan-Nya.

@quotephotovideo 🍄‍🟫🍄‍🟫🍄‍🟫

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 02:23


"Nikmat Kesihatan dan Keselamatan: Anugerah yang Sering Diabaikan"

MasyaAllah, setiap hari kita menikmati nikmat kesihatan dan keselamatan yang sering kali terlepas daripada perhatian kita.

Dua nikmat ini begitu berharga sehingga Rasulullah SAW bersabda:

“Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya: nikmat sihat dan waktu lapang.”
Riwayat al-Bukhari (6412)

Kita selalu menganggap diri kita dan orang yang kita sayangi akan selamat dan sihat hingga ke penghujung hari.

Namun, hakikatnya, ajal boleh datang tanpa sebarang amaran.

Dalam sekelip mata, segala yang kita miliki boleh berubah.

Doa memohon keselamatan dan kesihatan sering dianjurkan dalam Islam.

Salah satu doa yang diajar Rasulullah SAW berbunyi:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ

"Allahumma inni as’aluka al-‘afiyah."


(Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keselamatan dan kesejahteraan.)

Hidup ini singkat, dan sering kali kita lupa untuk menghargai setiap detik yang masih ada.

Kita perlu memperlakukan diri sendiri dan orang di sekeliling kita dengan lembut serta berusaha bersungguh-sungguh untuk taat kepada Allah SWT.

Semoga Allah melimpahkan kesihatan dan keselamatan kepada kita semua serta memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dalam ibadah.

MasyaAllah, semoga setiap nikmat yang masih kita kecapi tidak terbiar begitu sahaja.

@quotephotovideo 🍂🍂🍂

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 01:07


Selasa, 19 Rabiul Akhir  1446H ~

QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

♨️ Al-Quranul Karim

📖 Ayat² AL-QURAN • 02

     📗 Surah Al-Fatihah
     🎧 Surah Al-Mulk

📀 Video QURAN

🎬 Murottal Al-Quran

📿 Koleksi Selawat

🎯 Tahajud & Subuh

🔊 Halwa TELINGA & KALBU

💎 Mutiara Hikmah

🎨 Koleksi Photo & Video

🤲 Koleksi Zikir & Doa

•••••••••✿❃❃•⭑•❃❃✿•••••••••

M U H   S A F   R A W   R A K
J A W   J A K    R E J    S Y B
R A M   S Y W   Z K H   Z H J

R A B I U L A K H I R 1446H

Is   Se   Ra   Kh   Ju   Sa   Ah
                              01   02   03
04  05   06   07   08   09   10
11  12   13   14   15   16   17
18  19   20   21   22   23   24
25  26   27   28   29   30

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

① Selamat Pagi ☀️  ~ Good Morning 💕

     ○ Awali Hari Dengan Bismillah
     ○ Pesan Untuk Hari Ini
     ○ Hasbunallah Wani'mal Wakil
     ○ Bersyukurlah
     ○ 3 Hal
     ○ Today
     ○ Keep your heart in love….
     ○ Love Your Life
     ○ Fill your cup with positive energy….
     ○ Smile more...

② 9 Penyebab Dosa kecil boleh jadi Dosa Besar

③ Selasa 22 Oktober

④ Keindahan Alam

⑤ Paham Masalah Agama, Tanda Kebaikan

⑥ Ciri orang yang sudah mengenal dirinya sendiri

⑦ Rezeki Itu Adalah Ujian

⑧ Morning Motivation

⑨ Tidak Berkurang Harta Yang Disedekah

⑩ Sujud Menghapuskan Dosa

⑪ Makin Lama makin malas buat Ibadah

⑫ 3 Amalan

⑬ The Power of Istighfar

⑭ Cara Mengetahui Sifat Asli Manusia

⑮ Amalan Pelancar Rezeki

🤲 BerDOAlah 📿 Zikir 🎬 VideoClip

     ○ Adab Berdoa
     ○ Doa Ibu Bapa
     ○ Doa Hari Ini
     ○ Doa Terhindar dari Ujian Berat
     ○ Sayyidul Istighfar
     ○ Zikir Penenang Hati
     ○ Doa Lepas Baca al-Quran
     ○ Zikir Penarik Rezeki
     ○ Dua Kalimat
     ○ Doa Qunut Witir
     ○ Doa Khatam Quran
     ○ Jom Zikir
     ○ Jom Selawat

┅═•❃✽✿❁️♡🌸♡❁☘️✿✽❃•═┅

Salam  ZOHOR, ASAR & MAGHRIB

👑 Asmaul Husna 📿 Al-Matsurat

🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama

Hidup itu singkat, maka nikmatilah
Akhirat itu panjang, maka persiapkanlah


@quotephotovideo 💝💐🙂

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 00:33


JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️  TARIKH ISLAM ☪️
🌙  19 RABIUL AKHIR 1446H
🗓  22 OKTOBER 2024
📌  SELASA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖

NASIHAT² KEHIDUPAN

22 Oct, 00:22


4. Allah tidak akan sia-siakan amalan mereka dan membayar dengan ganjaran yang termahal dan termulia.

وَٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَلَن یُضِلَّ أَعۡمَـٰلَهُمۡ * سَیَهۡدِیهِمۡ وَیُصۡلِحُ بَالَهُمۡ * وَیُدۡخِلُهُمُ ٱلۡجَنَّةَ عَرَّفَهَا لَهُمۡ

Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan ugamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat). Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka" [Surah Muḥammad 4-6]

Pengorbanan yang sudah dibuktikan oleh para pejuang di bumi Palestin tiada khilaf padanya melainkan ia syahid yang mulia di tingkatan darjat tertinggi disisi Allah swt. Berbahagialah wahai ibu-ibuku, bapa-bapaku, saudara-saudaraku, anak-anak kecilku dan seluruh pejuang di bumi Palestin dengan janji benar syurga yang tertinggi daripada Allah swt yang Maha Pengasih. Aamiiin

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚