Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

@mknrasmi


Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan.

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi) (Malay)

Selamat datang ke dalam kanal rasmi Majlis Keselamatan Negara (Rasmi) @mknrasmi! Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan. Kanal ini menyediakan akses eksklusif kepada maklumat terkini mengenai isu keselamatan negara, arahan daripada pihak berwajib, serta cadangan-cadangan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dalam masyarakat. Dengan menyertai kanal ini, anda akan dapat mengikuti perkembangan terkini dan menjadi lebih berwaspada tentang ancaman-ancaman keselamatan yang mungkin berlaku. Jom sertai Majlis Keselamatan Negara (Rasmi) @mknrasmi sekarang untuk kehidupan yang lebih selamat dan harmoni!

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

22 Oct, 01:44


https://vt.tiktok.com/ZSje7dh2L/

Pemenang Pertandingan Video Kesedaran Keselamatan Siber Peringkat ASEAN-Jepun

Tahniah diucapkan kepada wakil Malaysia, Yew Choon Yuen dari Asia Pacific University memenangi tempat pertama. Pemenang telah diumumkan ketika berlangsungnya 17th ASEAN-Japan Cyber Policy Meeting yang berlangsung pada 18 Oktober 2024 di Singapura.

Yew Choon Yuen merupakan merupakan johan dalam Pertandingan Video Kesedaran Keselamatan Siber (PVKKS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 anjuran Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) yang diadakan pada 18 Julai sehingga 16 Ogos 2024. Penyertaan melibatkan 29 orang pelajar IPTA dan IPTS di seluruh negara.

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

21 Oct, 02:38


https://vt.tiktok.com/ZSjedjQtq/

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

19 Oct, 11:53


#BELANJAWAN2025

Terima kasih YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas perhatian penyaluran peruntukan dan insentif dalam Belanjawan 2025 #MalaysiaMADANI yang akan membawa manfaat kepada keutuhan keselamatan negara.

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

18 Oct, 11:02


KENYATAAN MEDIA
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI

PENGANJURAN DIALOG DUA HALA DI ANTARA MALAYSIA DAN CHINA BERHUBUNG PENGURUSAN ISU MARITIM DI LAUT CHINA SELATAN

#MalaysiaMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

17 Oct, 10:42


🚨NOTIFIKASI AWAM 🚨

LATIH AMAL KESELAMATAN NEGARA: EKSESAIS MEGASTEALTH 2024

#MalaysiaMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

15 Oct, 12:07


PROGRAM REHABILITASI SECARA SUKARELA AHLI GISBH

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

15 Oct, 02:12


MAKLUMAT PENDAFTARAN PROGRAM REHABILITASI SUKARELA AHLI GISBH

#MalaysiaMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

14 Oct, 11:59


KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA MENGENAI PROGRAM REHABILITASI SECARA SUKARELA AHLI GLOBAL IKHWAN SERVICES AND BUSINESS HOLDING (GISBH)

#MalaysiaMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

08 Oct, 14:07


:: KENYATAAN PENAFIAN ::

::Siaran Serta Merta::

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN,JPM) tidak pernah melantik mana-mana pihak (orang perseorangan/ persatuan/ syarikat) untuk bertindak menggunakan nama MKN,JPM bagi melaksanakan kutipan wang bagi apa-apa tujuan termasuk apa-apa program yang membabitkan pelajar.

Jika mana-mana pihak didapati menyalahgunakan nama/ simbol / logo atau apa-apa jua perlambangan yang merujuk kepada organisasi MKN, JPM tanpa kebenaran tindakan perundangan akan diambil dan jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai penggunaan nama MKN, JPM yang salah serta meragukan sila laporkan kepada Bilik Situasi, Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON, MKN) di talian 03-88880319/ 03-88880410 atau menerusi e-mel kepada [email protected].

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

08 Oct, 07:46


SIARAN AKHBAR : GENAP SETAHUN KEKEJAMAN REJIM ZIONIS TERHADAP PALESTIN

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

02 Oct, 03:56


SIARAN AKHBAR : MALAYSIA MENGECAM SEKERAS-KERASNYA SERANGAN BERTERUSAN ISRAEL TERHADAP LUBNAN

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

28 Sep, 02:39


Kenyataan Media YAB Perdana Menteri berkenaan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn. Bhd.

#MalaysiaMADANI