Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

@duniapalestin


Saluran Informasi Palestin

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ (Indonesian)

Dunia Palestin adalah saluran Telegram yang bertujuan untuk menyediakan informasi terkini seputar Palestina. Dalam saluran ini, Anda dapat menemukan berita, artikel, dan update mengenai situasi politik, sosial, budaya, dan ekonomi di Palestina. Jika Anda tertarik untuk memperluas pengetahuan Anda tentang isu-isu yang berkaitan dengan Palestina, maka saluran Dunia Palestin adalah tempat yang tepat untuk Anda bergabung. Bergabunglah sekarang untuk tetap up to date dengan semua hal terkini yang terjadi di tanah Palestina. Mari kita bersama-sama mendukung keadilan dan perdamaian di wilayah tersebut!

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Oct, 14:56


Gaza ialah Auschwitz hari ini.

Ironinya menjadi apa yang pernah mereka benci.

Zionisme adalah Nazisme.

Zionis adalah Nazi hari ini.

Negara Zionis Israel ialah negara Nazi hari ini.

Israel tidak berbeza dengan negara Nazi. Pada suatu masa dahulu, Nazi telah memaksa orang Yahudi keluar dari rumah mereka, dan kini Israel melakukan apa yang dilakukan oleh Nazi dan memaksa ratusan ribu rakyat Palestin meninggalkan rumah mereka.

Sumber: Torah Judaism
t.me/duniapalestin

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Oct, 14:52


Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin syahid dalam dua serangan berasingan pengganas Israel di utara Gaza.

Sumber: Anadolu Agency
t.me/duniapalestin

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Oct, 14:45


Sebuah kereta kebal Zionis โ€œMerkavaโ€ telah dimusnahkan dengan alat letupan kuat di Tal Al-Zaatar, timur kem Jabalia, di utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam
t.me/duniapalestin

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Oct, 14:31


Wahai rakyat Tebing Barat yang dijajah, sampaikan suara kamu kepada dunia dan bangkitlah demi menyokong Gaza serta menghentikan pembunuhan beramai-ramai.

Sumber: SerajSat
t.me/duniapalestin

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Oct, 14:27


Menteri Luar Iran Abbas Araghchi:

Walau apa pun serangan Israel yang dijangkakan, tindak balas kami adalah sama. Iran tidak mahu perang di rantau ini tetapi bersedia untuk semua senario.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Oct, 14:16


Tentera penjajah mengakui lebih daripada 5043 pegawai dan tentera Zionis telah cedera termasuk 748 yang mengalami kecederaan parah sejak permulaan perang.

Sumber: SerajSat
t.me/duniapalestin

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Oct, 13:11


Setahun selepas pemindahan oleh penduduk haram Israel.

Persatuan 121 dan Projek 710 telah melakukan tinjauan ke atas penduduk haram Israel ini yang telah berpindah dari penempatan di sempadan Gaza dan sempadan Lubnan.

Mereka mendapati separuh daripada penduduk haram Israel yang telah dipindahkan ini tidak mahu kembali semula ke penempatan tetap mereka di sempadan Gaza dan Utara Israel.

Dilaporkan juga 70% penduduk Utara Israel direkodkan telah keluar dari Utara Israel

Sumber: Saluran Israel N12
t.me/duniapalestin

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Oct, 12:37


Jumlah kematian akibat serangan berterusan Israel ke atas Lubnan sejak 8 Oktober 2023 telah meningkat kepada 2,483 orang dan lebih 11,600 cedera.

Sumber: Anadolu Agency
t.me/duniapalestin

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Oct, 12:34


Kematian pemimpin Hamas Yahya Sinwar minggu lalu harus dilihat sebagai peluang untuk 'melancarkan fasa rundingan baharu bagi gencatan senjata di Gaza,' kata Presiden Perancis Emmanuel Macron semasa panggilan telefon dengan Benjamin Netanyahu.

Sumber: Anadolu Agency
t.me/duniapalestin

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Oct, 12:19


TERKINI | Abu Ubaidah: Serangan ke atas kediaman Netanyahu adalah mesej kepada para pemimpin penjajah yang zalim bahawa mereka tidak akan terlepas dari hukuman yang adil.

Sumber: Briged Al-Qassam
t.me/duniapalestin

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Oct, 10:42


Lebih ramai keluarga Palestin dipindahkan secara paksa dari rumah mereka ketika tentera pengganas Israel mengetatkan kepungan di kem Jabalia, utara Gaza.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Oct, 10:35


FIKIR-FIKIRKAN - TAUFAN AL-AQSA: MENANG ATAU KALAH?

Dengarkan ulasan dari Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) mengenai perkembangan pasca Setahun Taufan Al-Aqsa dan kesyahidan pemimpin Hamas, Al-Syahid Yahya Al-Sinwar dalam Podcast Fikir-Fikirkan.

Tonton penuh di sini:
https://youtu.be/2g3pBJ0fOVo

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Oct, 10:29


Briged Al-Qassam menyasarkan jentolak tentera D9 dengan bom darat di Jalan Al-Saftawi, utara Bandar Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam
t.me/duniapalestin

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Oct, 10:28


Setiausaha Negara AS telah mendarat di "Israel" untuk mengadakan rundingan dengan pegawai Israel, di tengah-tengah pertempuran sengit antara tentera pengganas Israel dan kumpulan Hizbullah di Lubnan.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Oct, 09:07


Jeneral Giora Eiland, Bekas Ketua Majlis Keselamatan Negara Israel, menulis di Yedioth Ahronoth:

โญ•๏ธ Perjanjian boleh dicapai dengan Gaza dengan syarat Israel mengiktiraf realiti sebenar, iaitu kawalan Hamas ke atas Gaza.

โญ•๏ธ Israel berurusan dengan Hamas sebagai keselamatan yang bertanggungjawab ke atas Semenanjung Gaza, dan Israel harus menganggap Hamas bertanggungjawab untuk sebarang penyusupan, tetapi ia enggan menanganinya sebagai bertanggungjawab untuk isu sivil.

Sumber: Hasan Asleh
t.me/duniapalestin

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Oct, 09:02


Pencipta Rancangan "Jeneral", Bekas jeneral dalam Tentera Pengganas Isra, Giora Eiland, menyeru untuk menamatkan perang di Gaza melalui perjanjian pertukaran.

Eiland berkata dalam artikel yang diterbitkan oleh akhbar Yedioth Ahronoth:

โ€œJika kita meneruskan perang di Semenanjung Gaza selama setengah tahun atau setahun, perkara itu tidak akan mengubah realiti di Gaza.

Hanya dua perkara yang akan berlaku:

1) semua tawanan akan mati, dan

2) lebih ramai askar akan terbunuh.

Realiti di Gaza tidak akan berubah.โ€

Sumber: Shehab News Agency
t.me/duniapalestin

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Oct, 08:48


Seorang paramedik terbunuh akibat serangan udara Israel ketika dalam perjalanan untuk memberikan bantuan kepada mangsa yang cedera di Gaza.

Menurut laporan pihak berkuasa tempatan, paramedik tersebut sedang menuju ke kawasan yang menjadi sasaran serangan untuk membantu menyelamatkan nyawa penduduk awam.

Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/palestin/2640/

๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
t.me/duniapalestin

Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Oct, 08:47


Dijemput semua pembaca setia untuk menyertai saluran telegram rasmi kedua Dunia Palestin sebagai sandaran (backup) kepada telegram ini:

t.me/duniapalestinnet