MyAqsa Defenders

@myaqsadefenders


MyAqsa Defenders (MyAD) merupakan gabungan NGO anak muda bersatu untuk memperjuangkan Palestin

MyAqsa Defenders

22 Oct, 09:51


Orang sakit, cedera, dan kebanyakan ahli keluarga tidak tahu ke mana hendak pergi, kerana sebentar tadi, tentera zionis Israel mengancam untuk pengosongan Hospital Kamal Adwan dan menuntut pemindahan segera

Mereka turut mengancam kawasan Beit Lahia, yang merupakan tempat tinggal terakhir bagi lebih 150,000 rakyat Gaza

Wartawan: Anas Al-Sharif.

#TerkiniGaza #TaufanAlAqsa #IsraelCuak #IsraelBacul

MyAqsa Defenders

22 Oct, 09:38


Pasukan Briged Al-Qassam berjaya menyasarkan pengangkut tentera Zionis dan penembak tepat askar di sekitar kawasan Khazandar, utara kejiranan Sheikh Radwan di Kota Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam

#TerkiniGaza #TaufanAlAqsa #IsraelCuak #IsraelBacul

MyAqsa Defenders

22 Oct, 09:29


UNRWA melaporkan bahawa "Kakitangan kami di utara Gaza tidak dapat mencari makanan atau rawatan perubatan selepas tiga minggu pengeboman berterusan Israel."

Sumber: Quds News Network

#TerkiniGaza #TaufanAlAqsa #IsraelCuak #IsraelBacul

MyAqsa Defenders

22 Oct, 09:24


Sebentar tadi, serangan udara Israel menyasarkan kampung Kafr Joz di Gabenor Nabatieh, selatan Lubnan.

Sumber: Quds News Network

#TerkiniGaza #TaufanAlAqsa #IsraelCuak #IsraelBacul

MyAqsa Defenders

22 Oct, 08:55


Keadaan terkini di utara Gaza di tengah-tengah pengepungan tentera zionis Israel yang berterusan.

Sumber: Quds News Network

#TerkiniGaza #TaufanAlAqsa #IsraelCuak #IsraelBacul

MyAqsa Defenders

22 Oct, 08:42


Seorang kanak-kanak Israel memakai baju-T yang mengatakan 'Gaza adalah sebahagian daripada tanah Israel' pada persidangan yang menggesa penempatan semula Semenanjung Gaza yang dilanda perang

Sumber: Quds News Network

#TerkiniGaza #TaufanAlAqsa #IsraelCuak #IsraelBacul

MyAqsa Defenders

22 Oct, 08:31


Pasukan Zionis Israel telah memusnahkan sepenuhnya tiga bangunan kediaman dan sebuah vila dalam pengeboman Kafr Jouz, yang terletak di daerah Nabatieh di selatan Lubnan.

Sumber: Quds News Network

#TerkiniGaza #TaufanAlAqsa #IsraelCuak #IsraelBacul

MyAqsa Defenders

22 Oct, 08:23


Allahu akbar... Lebih banyak keluarga dipindahkan secara paksa dari rumah mereka di tengah-tengah sekatan berterusan Israel ke atas Jabalia, utara Gaza.

Sumber: Quds News Network

#TerkiniGaza #TaufanAlAqsa #IsraelCuak #IsraelBacul

MyAqsa Defenders

22 Oct, 08:14


Pengarah Hospital Indonesia di utara Gaza:

โญ•๏ธ Berpuluh-puluh mangsa dan orang yang cedera berada di jalanan, dan tiada siapa yang boleh menghubungi atau menyelamatkan mereka.

โญ•๏ธ Rejim Zionis Israel menghalang Pasukan Red Cross Antarabangsa daripada menyediakan makanan dan air kepada pasukan perubatan dan pesakit.

โญ•๏ธ Rejim Zionis Israel sedang mengepung hospital, di mana berpuluh-puluh pesakit berada dalam keadaan di antara hidup dan mati.

โญ•๏ธZionis telah menghalang bahan api dan bekalan perubatan daripada memasuki hospital dan telah memutuskan bekalan elektrik.

Sumber: Quds News Network

#TerkiniGaza #TaufanAlAqsa #IsraelCuak #IsraelBacul

MyAqsa Defenders

22 Oct, 08:07


Drone tentera Israel yang dilengkapi dengan pembesar suara menuntut semua yang berada berhampiran Hospital Kamal Adwan dan Sekolah Khalifa Bin Zayed di Beit Lahia untuk berpindah segera ke selatan Gaza melalui Jalan Salah al-Din.

Sumber: Quds News Network

#TerkiniGaza #TaufanAlAqsa #IsraelCuak #IsraelBacul

MyAqsa Defenders

22 Oct, 07:58


Berpuluh-puluh keluarga Lubnan terpaksa meninggalkan rumah mereka di pinggir selatan Beirut kerana ancaman berterusan daripada zionis Israel dan serangan udara Israel tanpa henti yang menyasarkan kawasan itu.

Sumber: Quds News Network

#TerkiniGaza #TaufanAlAqsa #IsraelCuak #IsraelBacul

MyAqsa Defenders

22 Oct, 07:46


Wartawan Palestin, Mohammed Abu Salama menggambarkan keadaan tidak berperikemanusiaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin yang terpaksa meninggalkan rumah mereka dengan diacukan senjata oleh zionis Israel, selepas lebih 16 hari pengepungan teruk di kem pelarian Jabalia di utara Gaza.

Sumber: Quds News Network

#TerkiniGaza #TaufanAlAqsa #IsraelCuak #IsraelBacul

MyAqsa Defenders

22 Oct, 04:56


670 rakyat Palestin dibunuh dalam 17 Hari - #TerkiniGaza | Hari ke-380 Taufan Al-Aqsa ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ๐Ÿ•Š

Penduduk Palestin di utara Gaza menggambarkan keadaan dahsyat dan tidak selamat untuk terus berada disana kerana quadcopter sentiasa memenuhi langit, bunyi dron , mesingan dan peluru berpandu di atas kepala. Malah pembesar suara turut digunakan untuk menghalau semua yang berada di Hospital

Mesej zionis jelas: "Keluar atau hadapi kematian tertentu."

Sejak beberapa hari yang lalu, setiap serangan zionis Israel di Kem Jabalia dan Beit Lahia sering mencecah lebih 70 orang syahid akibat serangan bom dahsyat ke atas kediaman orang awam. Terbaharu adalah serangan ke atas Beit Lahia yang membunuh seramai 87 orang.

Selama 17 hari ini juga, rakyat Palestin di Utara Gaza tidak diberikan bantuan makanan dan minuman. Dilaporkan oleh Pejabat Kesihatan di kawasan tersebut, terdapat keluarga yang syahid akibat kebuluran di rumah mereka. Allahu Akbar....

Ketika ini, 400,000 rakyat Palestin di kawasan tersebut di halau dan dibunuh dalam perjalanan mereka ke zon selamat.

Sumber : Al Jazeera & Shehab News

#TerkiniGaza #TaufanAlAqsa #IsraelCuak #IsraelBacul

MyAqsa Defenders

22 Oct, 03:11


Seorang kanak-kanak cedera dalam serangan pesawat zionis di Bandar Gaza

Sumber: Shehab News

#TerkiniGaza #TaufanAlAqsa #IsraelCuak #IsraelBacul

MyAqsa Defenders

22 Oct, 03:04


Bunyi bom dan tembakan artileri berterusan dari kenderaan tentera zionis di kem Jabalia dan kawasan Al-Saftawi di utara Semenanjung Gaza

Sumber: Shehab News

#TerkiniGaza #TaufanAlAqsa #IsraelCuak #IsraelBacul

19,948

subscribers

19,807

photos

9,255

videos