Zamir Mohyedin

@zamirmohyedin


Zamir Mohyedin

22 Oct, 13:57


Antelop saiga, satu-satunya spesis dalam genusnya sendiri. Muncul sekitar 100,000 tahun lalu. Merupakan keluarga jauh bagi spesis-spesis gazel. Hidungnya unik, digunakan untuk menapis pasir dan memanaskan udara sejuk yang masuk ke dalam hidung ketika musim sejuk.

Populasi antelop saiga telah menurun secara mendadak dalam tempoh beberapa dekad ini disebabkan oleh peningkatan perburuan. Tahun 2015 menyaksikan sejenis spesies bakteria telah menghapuskan 200,000 antelop saiga. Pada tahun 2016-2017 turut menyaksikan kematian spesis ini yang banyak, juga disebabkan oleh wabak penyakit.

Populasi mereka mencapai 1.25 juta pada tahun 1970-an. Kini dianggarkan hanya tinggal 50,000 ekor sahaja.

Zamir Mohyedin

15 Oct, 09:56


Adakah teori evolusi benar?
Adakah manusia berevolusi dari beruk?
Apakah bukti evolusi?
Adakah Darwin seorang ateis?
Apa yang pemikir-pemikir Islam bahas tentang evolusi?

Dan banyak lagi persoalan yang mungkin ramai tertanya.

Dalam tempoh 2 jam, kita akan bahas isu seputar evolusi. Itu tempoh yang saya rasa cukup panjang. Biasa 1 jam saja. Saya akan buka juga sesi soal jawab nanti.

Bagi yang berkelapangan jom hadir.

Tarikh: 19 Oktober (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: The Patriots Malaysia, Taman Sri Rampai, KL (Google Map saja terus jumpa).

Jangan benci pada perkara yang kita tak faham. Nilai lepas kita dengar dan renung. Insya-Allah bermanfaat.

Zamir Mohyedin

14 Oct, 09:43


Siapa yang follow tentang teknologi, startup, dan science mesti kenal Elon Musk. Semua maklum beliau mula melibatkan diri dalam pembinaan roket selepas beliau menjual saham beliau di Paypal.

Ramai menentang cadangan beliau bina kapal angkasa yang boleh mendarat dengan sendiri dan telah gagal 3kali percubaan. Percubaan ke-4 beliau berjaya buktikan pada dunia, idea beliau adalah "real"

Dan Elon Musk dan Space X menggemparkan dunia lagi sekali dengan pendaratan roketnya di tapak pelancaran yang hanya disambut tangan besi gergasi.

Baca artikel di sini : https://kosmoskita.com/sains-teknologi/spacex-cipta-sejarah-lagi-sekali/

Zamir Mohyedin

13 Oct, 12:00


Pernah dulu viral tentang gambar matahari yang ada tompok hitam yang sangat besar.

Dikatakan luasnya tompok hitam ni boleh muat 60 buah planet bumi.

Dan menariknya tempat tompok hitam yang anda lihat di permukaan matahari dikatakan mempunyai suhu paling sejuk berbanding permukaan yang lain.

Sejuk tu bukanlah macam aircond. Masih beribu-ribu celcius.

Baca artikel penuh di sini
https://kosmoskita.com/angkasa-kita/gangguan-coronal-hole-terhadap-bumi/

Zamir Mohyedin

11 Oct, 10:49


Ini gambar Taufan Milton dari angkasa lepas. Punya besar taufan ini, kalau sampai Malaysia, boleh meliputi seluruh Semenanjung Malaysia. Kelajuan angin nak cecah hampir 300 km/j.

1. Kejadian taufan, secara umumnya, bermula di kawasan laut yang hangat. Kawasan ini berada di khatulistiwa (equator).

2. Kehangatan kawasan air laut ini membolehkan proses penyejatan (air bertukar jadi wap) terjadi. Wap yang terbentuk akan naik ke atas, kemudian ia jadi sejuk, bertukar jadi air semula. Lalu, terbentuklah awan.

3. Proses ini berterusan sehingga terbentuknya tiang awan yang besar. Awan ini dipanggil sebagi awan kumulonimbus.

4. Apabila banyak wap naik ke atas, kawasan permukaan laut akan jadi kawasan bertekanan rendah. Benda ini menyebabkan udara dan angin di sekelilingnya akan ditarik di kawasan tekanan rendah ini.

5. Disebabkan kesan coriolis putaran Bumi, angin yang ditarik ini akan berpusar sekali dengan awan kumulonimbus tadi, lalu terbentuklah ribut. Disebabkan kesan coriolis ini, taufan lazimnya tak berlaku di khatulistiwa.

6. Bila angin ini cukup laju, bolehlah jadi taufan. Saiz taufan boleh mencecah sampai 2,000 km punya diameter. Kalau nak bayang, dua kali ganda Bornea punya saiz.

7. Kejadian taufan membawa kepada bencana lain seperti tornado, hujan lebat dan banjir.

Lebih 3 juta buah rumah terputus bekalan elektrik. 17 orang dah terkorban.

Zamir Mohyedin

10 Oct, 01:24


Kalau ada yang tak perasan, beberapa hari lepas Hadiah Nobel bagi 2024 dah diumumkan. Hadiah Nobel merupakan hadiah paling berprestij dalam dunia akademik.

Bagi Hadiah Nobel Perubatan 2024 dimenangi oleh Victor Ambros dan Gary Ruvkun kerana penemuan mikro-RNA yang berperanan dalam penyenyapan gen (gene silencing).

Saya nak cerita, beberapa hari lepas Nature terbitkan sebuah artikel macam mana nak menang Hadiah Nobel. Antara isi penting dalam artikel itu ialah; nak menang Hadiah Nobel, kena berguru ataupun buat kerja di makmal orang yang menang Hadiah Nobel.

Penyelia kedoktoran (Ph.D) kepada Victor Ambros ialah David Baltimor yang pernah menang Hadiah Nobel Perubatan pada tahun 1975. Gray Ruvkun pula pernah buat pasca-kedoktoran (post-doctoral) di bawah Walter Gilbert dan Howard Horvitz yang kedua-duanya pemenang Hadiah Nobel.

Benda ini bukan terpencil. Sejak Hadiah Nobel diyayaskan pada awal kurun ke-20, ramai pemenang Hadiah Nobel merupakan sebahagian keluarga akademik yang menang Hadiah Nobel.

Masa tahun 1904, John William Strutt menang Hadiah Nobel Fizik. Anak muridnya yang menang Nobel cuma seorang iaitu J. J. Thomson (ya, yang popular dengan penemuan elektron). Tapi Thomson melahirkan 11 pemenang Hadiah Nobel. Salah seorangnya adalah anak dia.

Kemudian, 11 orang ini melahirkan lebih ramai saintis yang menang Hadiah Nobel sehinggakan keturunan akademik John Strutt telah melahirkan 228 pemenang Hadiah Nobel dari jalur dia secara secara terus (direct descendant).

Dalam lebih kurang 700 lebih pemenang Hadiah Nobel, cuma 32 orang individu sahaja yang bukan sebahagian daripada rangkaian keluarga akademik Nobel yang besar ini.

Penjelasan daripada statistik ini sebenarnya kalau nak jadi penyelidik yang cemerlang, kena berguru dengan penyelidik yang cemerlang juga (mentorship). Selain daripada itu termasuklah persekitaran, budaya penyelidikan, peralatan canggih yang tersedia dan dana yang dilaburkan dalam penyelidikan.

Bab peralatan yg canggih dan budaya penyelidikan yang baik ini memang keistimewaan (privilege) yang tak semua negara ada. Negara-negara maju saja yang ada akses benda macam ini. Sebab itu ramai pemenang Hadiah Nobel datang dari negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat.

Zamir Mohyedin

04 Oct, 06:45


Salam semua. Mungkin ada yang lebih selesa dalam dark mode, korang boleh tukar kepada dark mode di website www.kosmoskita.com untuk baca artikel saya.

Zamir Mohyedin

04 Oct, 02:38


Maaf semua, semalam tak ramai dapat baca artikel saya berkaitan evolusi manusia modern yang semakin lemah dan mudah sakit. Kami dah setup semula artikel-artikel supaya mesra di mana-mana device.

Jemput baca artikel latest saya.

https://kosmoskita.com/antropologi-evolusi/manusia-sekarang-makin-lemah-dan-mudah-sakit/

Zamir Mohyedin

01 Oct, 04:33


Penat seharian bekerja. Rehat santai dulu.

Ramai orang pertikaikan kenapa manusia tidak ke bulan lagi dan ramai ingat Neil Amstrong saja yang pernah pergi ke bulan.

Apa projek seterusnya? Dengar khabar, 2025 ada misi untuk ke bulan semula. 4 orang angkasawan dah ready.

Baca artikel saya di sini

https://kosmoskita.com/angkasa-kita/manusia-ke-bulan-benar-atau-mitos/

Zamir Mohyedin

30 Sep, 22:43


Salam subuh semua. Semoga semuanya sihat-sihat.

Setiap hari kita nampak matahari dan daripada subjek sains sekolah rendah kita tahu dah matahari adalah bintang dan bumi mengelilingi matahari.

Kalau tengok dalam gambar buku teks, susunan planet mengelilingi matahari seolah matahari tidak bergerak.

Ada yang menyatakan sebenarnya matahari juga bergerak mengorbit.

Jadi, mana satu sebenarnya ni? Baca artikel saya di sini.

https://kosmoskita.com/angkasa-kita/matahari-bergerak-atau-tidak/

Zamir Mohyedin

29 Sep, 02:48


Kita biasa dengar kalau para astronomi cerita tentang penemuan terbaru, mereka akan gunakan unit jarak yang berbeza. Tak sama seperti kita biasa pakai iaitu kilometer.

Jika di angkasa yang luas, jarak kilometer boleh jadi billion, trillion. Jadi, mereka akan gunakan "Tahun Cahaya". Tapi, macam mana sebenarnya nak kira jarak "tahun cahaya" ni.

Baca artikel saya tentang angkasa di bawah ni :

https://kosmoskita.com/angkasa-kita/tahun-cahaya-macam-mana-kira/

Zamir Mohyedin

28 Sep, 03:39


Real Life Aquaman.

Korang percaya tak ada manusia yang boleh tahan nafas yang lama dalam air. Ini yang dinamakan manusia berevolusi dengan persekitaran. Kisah orang Bajau Laut dalam artikel ni.

https://kosmoskita.com/pelik-tapi-benar/real-life-aquaman/

Zamir Mohyedin

27 Sep, 12:26


Ada rupanya tempat paling sunyi atas muka bumi ni. Tempat tu adalah "Point Nemo".

Korang baca full artikel saya yang lain di sini :

https://kosmoskita.com/pelik-tapi-benar/titik-nemo-tempat-paling-sunyi-di-atas-bumi/

Zamir Mohyedin

26 Sep, 02:48


Pada 29 September nanti, Bumi bakal memiliki bulan yang kedua. Sebelum ada apa-apa konspirasi, saya nak kongsikan beberapa perkara;

1. Bulan kedua ini takkan berikan impak pada apa-apa fenomena di Bumi, terutamanya air pasang surut kerana gravitinya terlalu kecil.

2. Kalau dah muncul Bulan kedua ini, kita susah nak nampak sebab saiznya sangat kecil. Lebih kurang 10 meter. Pakai teleskop biasa pun susah nak nampak. Kena pakai teleskop canggih.

3. Bulan kedua ini tidak akan kekal macam Bulan sedia ada. Ia cuma mengorbit Bumi selama 2 bulan sahaja iaitu hingga 25 November 2024.

4. Dijangkakan Bulan kedua ini takkan jatuh ke Bumi. Selepas dua bulan, ia akan tertanggal daripada graviti Bumi dan berlalu pergi. Kalau jatuh ke Bumi pun, ia akan hangus terbakar di atmosfera.

Zamir Mohyedin

24 Sep, 08:30


Kalau anda ke angkasa tanpa sebarang bentuk perlindungan seperti sut angkasa, anda akan mula pengsan selepas 15 saat.
Vakum (tiada tekanan udara) di angkasa akan menyebabkan gas-gas dalam tubuh anda akan keluar termasuk oksigen. Anda akan berasa sesak nafas.

Kita dapat bernafas di Bumi, selain daripada kandungan oksigen yang banyak, tekanan udara juga penting. Tekanan udara yang lebih tinggi daripada tekanan dalam tubuh membuatkan udara dari luar senang masuk ke dalam tubuh badan.

Di angkasa pula, sudahnya tiada oksigen, tekanan udara hampir tiada langsung. Ketiadaan oksigen dalam tubuh membuatkan sistem dalam tubuh tidak dapat berfungsi.

Selain itu, vakum juga menyebabkan cecair mudah tersejat. Cecair dalam tubuh kita akan kering serta merta.
Sinaran kosmik atau mana² sinaran daripada bintang-bintang merupakan sinaran terion yang boleh mengakibatkan sel-sel dalam tubuh tidak stabil — DNA rosak, kulit rosak, dan berlaku keradangan.

Suhu yang amat sejuk di angkasa iaitu sekitar -270 °C (3 K) akan membekukan tubuh. Kita akan mati dulu sebelum tubuh kita membeku.

Angkasa ialah tempat paling cepat untuk mati. Sekarang faham kan macam mana rupa dalam movie dengan ilmiah sains bila dikaitkan. 😃

Zamir Mohyedin

21 Sep, 07:58


Kedua gambar ini tak berkait tapi berkongsi tema yang sama. Gambar kiri dari Pengeboman Nagasaki dan Grave of Fireflies dari Pengeboman Kobe. Kedua-duanya dari Perang Dunia Kedua.

Gambar di sebelah kiri ini sebenarnya misteri. Tak tahu cerita di sebaliknya. Semasa jurugambar ambil gambar ini di kawasan rumah abu mayat, dia ingat adik budak lelaki itu tengah tidur. Rupanya bila diangkut, dia dah mati. Mungkin disebabkan oleh kesan pengeboman nuklear.

Budak lelaki itu berikan mayat adiknya untuk dibakar. Dia senyap dalam 10 minit dan berlalu pergi. Pernah ada usaha untuk mengenalpasti identiti budak lelaki tersebut tetapi gagal.

Grave of Fireflies pula berdasarkan pengalaman penulis asal, Akiyuki Nosaka ketika Pengeboman Kobe. Adik angkat perempuannya, Keiko mati sebab kelaparan ketika pengeboman tersebut. Ayah angkatnya mati ketika perang. Dia juga pernah mencuri makanan. Ya, sama macam animasi.

Nosaka akui dia sebenarnya tak sebaik Seita seperti yang dia karang dalam novel. Dia pernah dapat makanan sedap dan nak bagi pada adik dia, tapi dia tetap makan makanan itu, selepas itu menyesal. Zaman perang kan, makanan semua nampak sedap.

Nosaka salahkan dirinya akibat kematian adiknya. Dia tulis novel Grave of Fireflies untuk minta maaf kepada adiknya dan mengajar dirinya untuk menerima tragedi tersebut

Grave of Fireflies ialah cerita wajib tonton. Sebenarnya baru layan tadi walaupun dah lama keluar. Pengakhirannya memang menyedihkan. Itulah pengakhiran mana-mana perang pun. Pihak mana menang atau kalah, yang sengsaranya ialah rakyat yang tak terlibat.