HALUAN Palestin

@haluanpalestin


Berita, analisa, maklumat projek bantuan & bacaan umum tentang Palestin dan tanggungjawab kita ke atasnya.

www.haluanpalestin.org
[email protected]

HALUAN Palestin

22 Oct, 14:43


Peminat bola sepak Tunisia menaikkan banner di stadium yang bertulis,

"Kayu tidak akan jatuh, Sinwar. Anak-anak Gaza akan terus berjuang!"

๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
____
Dapatkan buku Arus Politik Palestin

https://abbascentre.onpay.my/order/form/BukuPalestin/202

HALUAN Palestin

22 Oct, 14:41


Penganalisis tentera Israel, Yoav Limor, menyatakan bahawa dalam tempoh 2 bulan, Shin Bet mendedahkan bahawa 10 warga Israel telah direkrut oleh Iran untuk operasi pengintipan.

Statistik ini dianggap mengejutkan dan membimbangkan, dengan kemungkinan terdapat lebih ramai mata-mata yang belum didedahkan. Limor menyifatkan ini sebagai fenomena yang berbahaya.

Ejen-ejen yang baru didedahkan telah beroperasi selama dua tahun tanpa dikesan, menunjukkan bahawa perisikan Iran telah meningkatkan dan mengubah cara mereka dalam menjalankan operasi pengintipan, termasuk penghantaran mesej, maklumat, dan pemindahan wang untuk mengelakkan dikesan oleh Shin Bet.

HALUAN Palestin

22 Oct, 14:04


Penduduk Israel mengadakan persidangan 'persediaan untuk menetap di Gaza.'

Daniella Weiss, pengasas Nachala, sebuah organisasi penduduk Israel, berucap semasa persidangan di Be'eri, selatan Israel, pada 21 Oktober. Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, dan beberapa ahli parti Likud pimpinan Netanyahu turut berucap pada acara dua hari itu.

Ben Zion Gopstein, pengasas dan ketua Lehava, kumpulan yang tersenarai dalam senarai sekatan AS kerana terlibat dalam ancaman atau keganasan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang dijajah juga hadir.
----

Dapatkan buku Arus Politik Palestin

https://abbascentre.onpay.my/order/form/BukuPalestin/202

HALUAN Palestin

22 Oct, 14:02


Hadashot Bzeman Hebrew menyiarkan sisa-sisa kenderaan tentera di lokasi Ramia yang disasarkan oleh Hezbollah.

Allahuakbar!

HALUAN Palestin

22 Oct, 12:58


KEMASKINI


Hizbullah mengeluarkan video mereka melancarkan serangan dipercayai membunuh dan mencederakan 8 ekor IDF dan merosakkan 2 kenderaan perisai dan sebuah jentolak IDF di Selatan Lubnan

HALUAN Palestin

22 Oct, 10:34


*Kesan Tufan Ke Atas Ekonomi Rejim Iszroil*

Fitch sebagai agensi penarafan kredit memberi amaran kepada rejim Iszroil bahawa ekonomi "negara" tersebut akan berada dalam tekanan yang serius.

Serangan khas dari Yaman yang disokong Iran turut mengganggu kapal-kapal dagang. Seterusnya menyebabkan kenaikan kos penghantaran.

Ayuh dengarkan perbahasan lebih terperinci kesan tufan terhadap ekonomi rejim Iszroil.

Dengarkan perkongsian LIVE ini:

*SEMUSIM TUFAN MELANDA*
RABU | 23 OKT 2024 | 9.15 MALAM

*Panel:*
Syed Ahmad Fathi
Naib Yang DiPertua 4 Kluster Kebajikan Dan Kemanusiaan HALUAN Kedah

*link LIVE di YouTube HALUAN:*
https://youtube.com/live/ATNLT3hyspw?feature=share

HALUAN Palestin

22 Oct, 10:30


Tuan Nasaie Ismail telah mengeluarkan buku baru iaitu Arus Politik Palestin.

Buku pertama beliau ialah Hari-Hari Israel di Bumi Palestin.

Dapatkan segera selagi stok masih ada
https://abbascentre.onpay.my/order/form/BukuPalestin/202

HALUAN Palestin

22 Oct, 10:30


Briged Al-Qassam menyasarkan jentolak tentera D9 dengan bom darat di Jalan Al-Saftawi, utara Bandar Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam

HALUAN Palestin

22 Oct, 08:46


Seorang kanak-kanak Israel memakai baju-T yang mengatakan 'Gaza adalah sebahagian daripada tanah Israel' pada persidangan yang menggesa penempatan semula Semenanjung Gaza yang dilanda perang

Sumber: Quds News Network

HALUAN Palestin

22 Oct, 08:26


Allahu akbar... Lebih banyak keluarga dipindahkan secara paksa dari rumah mereka di tengah-tengah sekatan berterusan Israel ke atas Jabalia, utara Gaza.

Sumber: Quds News Network
โ€”โ€”โ€”
Infaq Palestin: tinyurl.com/Infaq-Palestin

Ikuti Media HALUAN Palestin

Telegram :  t.me/haluanpalestin
Whatsapp Channel : tinyurl.com/haluanpalestin-1
Whatsapp Community : tinyurl.com/haluanpalestin-2

HALUAN Palestin

22 Oct, 07:56


Tentera pengganas Israel mendakwa telah memusnahkan infrastruktur Hizbullah di Lubnan menggunakan 100 tan bahan letupan.

Sumber: Quds News Network