FOKUS+

@fokusplus


www.fokus.my

FOKUS+

21 Oct, 08:17


Dong Zong mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam usaha mendapat pengikitirafan untuk Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan mengekalkan bahasa Cina sebagai bahasa utama kurikulum SJKC.

Menurut Fadhlina, pertemuan yang diadakan kelmarin membincangkan mengenai penempatan semula guru, penyelarasan kurikulum Bahasa Melayu untuk SJKC/T, kekurangan guru, perpindahan sekolah dan isu guru ganti.

Baca Berita Penuh:
https://fokus.my/pertemuan-dong-zong-dan-fadhlina-bincang-isu-penyelarasan-kurikulum-bahasa-melayu-di-sekolah-jenis-kebangsaan-cina-sjkc/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

———
t.me/FOKUSplus

FOKUS+

18 Oct, 04:50


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa meneroka potensi kerjasama dengan Huawei untuk pembangunan bandar pintar di Putrajaya, Labuan, dan Kuala Lumpur yang bakal menggunakan infrastruktur awan Huawei.

Katanya, “semasa lawatan ke Huawei Enterprise Business Von Neumann Exhibition Hall, saya ditunjukkan bagaimana teknologi Huawei digunakan dalam pelbagai industri di seluruh dunia termasuk bandar pintar, pusat data awan, perkhidmatan awam, lapangan terbang pintar, inovasi bandar, perlombongan dan juga penyelesaian untuk sektor minyak dan gas.”

Baca Berita Penuh:

https://fokus.my/kerajaan-rancang-pembangunan-bandar-pintar-dengan-huawei-langkah-inovasi-teknologi-namun-berisiko-kepada-keselamatan-data-awam/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

———
t.me/FOKUSplus

FOKUS+

17 Oct, 09:05


Penggubalan Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 telah menerima penentangan dari pelbagai pihak terutama daripada kumpulan liberal dan kristian serta kumpulan dari Sabah dan Sarawak.

Antara dakwaan yang timbul adalah Rang Undang-Undang (RUU) Mufti yang dicadangkan ini bertujuan untuk memperluas kuasa mufti di Wilayah Persekutuan dan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam dalam sekelip mata.

Baca Berita Penuh:

https://fokus.my/ruu-mufti-dibaca-kali-ke-3-terima-tentangan-kumpulan-liberal-kristian/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

———
t.me/FOKUSplus

FOKUS+

15 Oct, 09:17


Sebanyak 153 pesawat Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China dikesan beroperasi di sekitar Taiwan pada 14 dan 15 Oktober 2024, dengan 111 daripadanya memasuki zon identifikasi pertahanan udara (ADIZ) pulau tersebut. Jumlah ini mencatat rekod baharu bagi penerbangan pesawat PLA di kawasan itu dalam sehari, melebihi rekod sebelumnya sebanyak 103 pesawat pada 17 September 2023.

Baca Artikel Penuh:
https://fokus.my/153-pesawat-pla-china-dikesan-beroperasi-di-sekitar-taiwan-jumlah-tertinggi-pernah-direkod/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

———
t.me/FOKUSplus

FOKUS+

14 Oct, 04:18


Taman Perindustrian Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Johor bakal dipenuhi syarikat China yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan pengaruh China di dalam industri TBB Malaysia.

Baca Artikel Penuh:
https://fokus.my/lima-syarikat-china-penuhi-taman-tenaga-boleh-baharu-tbb-johor-tingkatkan-pengaruh-china-dalam-industri-tbb-negara/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

———
t.me/FOKUSplus

FOKUS+

14 Oct, 03:52


Penarikan subsidi bekalan telur ayam yang bakal dibuat oleh kerajaan dikatakan untuk dimanfaatkan bagi pembangunan sektor agromakanan lain yang lebih mendesak.

Baca Artikel Penuh:
https://fokus.my/kerajaan-bakal-tamatkan-subsidi-telur-ayam-sebahagian-daripada-langkah-rasionalisasi-subsidi/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

———
t.me/FOKUSplus

FOKUS+

11 Oct, 09:48


Sempena ulang tahun Taufan Al-Aqsa, IRIS Institute telah melancarkan e-buku baharu berjudul “Negara Berdaulat: Kuasa Nasional Asas Pembebasan Palestin”.

E-buku ini menyajikan kerangka fikir yang komprehensif berdasarkan kajian ilmiah serta analisis realiti semasa, bertujuan merangka langkah strategik ke arah pembebasan Palestin dan Al-Aqsa.

Penulisan ini menekankan bahawa asas utama untuk mencapai pembebasan Palestin adalah pembangunan negara-negara umat Islam yang berdaulat dan kuat.

Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/dunia/2384/

𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗔𝗡𝗔𝗟𝗜𝗦𝗜𝗦 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗣𝗔𝗦𝗖𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗔𝗤𝗦𝗔
Daftar di sini: bit.ly/duniapalestin014

FOKUS+

09 Oct, 08:53


Kedatangan kapal Tentera Laut China (PLA) ke Pulau Pinang kali kedua sejak 2017 memberi petanda kelainan apabila lawatan 150 anggota daripada Armada Tentera Laut China 83 ke Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) Chung Ling mengandungi aktiviti bersifat kebudayaan dan patriotik China.

Baca Artikel Penuh:

https://fokus.my/tentera-laut-china-lawat-sekolah-persendirian-cina-promosi-kebudayaan-dan-semangat-patriotik-china/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

———
t.me/FOKUSplus

FOKUS+

09 Oct, 08:41


Dalam tempoh setahun perang Taufan Al-Aqsa, bantuan ketenteraan Amerika Syarikat kepada Israel mencapai tahap tertinggi, dengan majoriti transaksi memberi manfaat kepada firma persenjataan AS.

Laporan Brown University menyatakan bahawa Amerika Syarikat membelanjakan sekurang-kurangnya USD22.76 bilion untuk operasi ketenteraan di Timur Tengah, dengan USD17.9 bilion daripada jumlah tersebut sebagai bantuan ketenteraan kepada Israel, dan baki USD4.86 bilion digunakan untuk memerangi Houthi di Laut Merah.

Baca Artikel Penuh:

https://fokus.my/amerika-syarikat-belanja-usd17-9-bilion-untuk-bantuan-ketenteraan-kepada-israel-sejak-7-oktober-2023-syarikat-senjata-as-raih-keuntungan/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

———
t.me/FOKUSplus

FOKUS+

08 Oct, 06:05


7 OKTOBER: TAUFAN AL AQSA DAN NARATIF KEMENANGAN
Oleh: Asyraf Farique, COO IRIS Institute

Pada 7 Oktober, dunia menyaksikan satu peristiwa bersejarah yang kini dikenali sebagai Taufan Al Aqsa. Setahun setelah kejadian tersebut, ia terbukti telah membawa perubahan besar dalam landskap geopolitik global. Walaupun tempohnya tidak lebih daripada seminggu, impak peristiwa ini masih dirasai hingga ke hari ini, dengan ramai ahli akademik dari Timur dan Barat mengakui bahawa dunia tidak lagi sama seperti sebelumnya.

Artikel Penuh:
https://fokus.my/7-oktober-taufan-al-aqsa-dan-naratif-kemenangan/

——-
Dapatkan E-buku terbaharu terbitan IRIS bertajuk "Negara Berdaulat: Kuasa Nasional Asas Pembebasan Palestin" untuk merungkai mengapa Palestin masih belum mampu dibebaskan meski lebih 10,000 peluru berpandu dihantar ke Israel. Klik pada pautan dibawah untuk muat turun dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris:
https://bit.ly/ebookalaqsa
https://bit.ly/ebookalaqsa

FOKUS+

08 Oct, 02:47


🔴Secara Rasminya, E-Buku Negara Berdaulat Kuasa Nasional Asas Pembebasan Palestin telah dilancarkan.

Penulisan ini mengemukakan sebuah lontaran untuk mempraktikkan sebuah kerangka fikir yang dibangunkan secara ilmiah dengan kefahaman realiti yang tepat sebagai landasan untuk mengorak langkah-langkah strategik ke arah pembebasan Al-Aqsa.

Teras utama kepada kerangka ini adalah pembangunan negara umat Islam yang memiliki kedaulatan yang sebenar. Sekiranya negara umat Islam boleh merungkai cabaran struktural yang membelenggu pemikiran serta menyekat penguasaan dan pengupayaan sumber kuasa mereka, umat Islam dapat mencapai Kuasa Nasional dengan negara yang kuat, maju, dan berdaulat.

Penulisan ini membentangkan idea-idea utama secara ringkas dan padat, dengan tujuan memberikan gambaran asas tanpa terlalu memperincikan hujah dan data yang berkaitan.

Dapatkan e-buku ini pada pautan di bawah:

bit.ly/ebookalaqsa
bit.ly/ebookalaqsa
bit.ly/ebookalaqsa

FOKUS+

08 Oct, 02:28


Wanita berumur sekitar 60-64 cenderung bekerja sendiri melepasi umur persaraan berbanding lelaki yang tidak berminat untuk bekerja melepasi umur persaraan mereka. Berdasarkan Jabatan Perangkaan, kira-kira satu daripada setiap lima atau 20.9% wanita berumur 60-64 tahun yang bekerja tahun lepas, meningkat lima mata peratusan daripada 2022.

Ketua perangkaan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menjelaskan kadar penyertaan tenaga buruh (LFPR) untuk wanita berumur 60-64 tahun meningkat pada 2023 disebabkan oleh peningkatan bilangan pekerja, sebahagian besarnya orang Cina.

Baca Artikel Penuh:

https://fokus.my/kadar-wanita-kerja-selepas-bersara-meningkat-mengatasi-lelaki-dosm/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

———
t.me/FOKUSplus

FOKUS+

08 Oct, 02:09


Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ) yang bakal dimeterai 8 Disember ini dijangka memberi keuntungan kepada taikun hartanah, tenaga, dan air pada ketika kos sara hidup rakyat dijangka meningkat.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata peningkatan kos sara hidup akan memberi cabaran kepada rakyat tempatan, terutamanya golongan B40 dan M40. Mereka mungkin berdepan kesukaran menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi yang pesat.

Baca Artikel Penuh:

https://fokus.my/sez-singapura-johor-dijangka-beri-kesan-kepada-kos-sara-hidup-b40-dan-m40-untungkan-taikun-hartanah-tenaga-dan-air/

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

———
t.me/FOKUSplus

FOKUS+

07 Oct, 14:05


🔴 Sedang Berlangsung di Platform Tiktok IRIS Institute & Dunia Palestin

https://vt.tiktok.com/ZS27pqn1j/

FOKUS+

06 Oct, 14:14


🔴Sedang berlangsung

https://vt.tiktok.com/ZS271v2sx/

FOKUS+

06 Oct, 08:14


Assalamualaikum wbt.

Pada 6 Oktober ini (Ahad), IRIS akan membincangkan secara langsung di TikTok pengajaran sepanjang peperangan Taufan al-Aqsa dan kesan masa hadapan terhadap Palestin, Timur Tengah dan umat Islam. Sesi perbincangan ini dilaksanakan dengan bersempena genap setahun Taufan al-Aqsa yang masih berlangsung sehingga ke hari ini.

IRIS juga akan melancarkan secara rasmi sebuah e-book ekslusif bertajuk "Negara Berdaulat: Kuasa Nasional Asas Pembebasan Palestin".

-—------—------------—--------

Nantikan sesi live tersebut di platform Tiktok IRIS Institute (https://shorturl.at/PiwSz)