Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

@zainurrashid


Hidup Biar Berjasa, Mati Biar Mulia

Sebaik-baik manusia adalah mereka yang banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain (maksud hadith)

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

22 Oct, 06:07


https://www.tiktok.com/@zainurrashidz/video/7428360369892085000

'Brighten The Soul'

Dakwah Jalanan menyentuni anak-anak gelandangan di Lorong Haji Taib, Chow Kit Road.

Siapa sangka bahawa dalam kegelapan malam di Lorong Haji Taib, anak-anak muda sukarelawan hadir untuk membawa cahaya penyuluh buat anak-anak gelandangan.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

21 Oct, 21:50


SEDEKAH SUBUH UNTUK KENDERAAN DAKWAH ORANG ASLI

Bayangkan setiap hari memandu kereta 2-4 jam atas jalan tanah merah, berlumpur dan sempit diapit pula gaung yang dalam dan curam. Paling membimbangkan binatang buas turut menggunakan laluan yang sama.

Bukan sekadar kenderaan, tetapi ianya seperti nyawa mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Inilah kenderaan yang akan membawa anak-anak Orang Asli ke sekolah, guru agama dapat sampaikan dakwah dengan lebih kerap dan penghantaran bantuan yang lebih mudah untuk mereka.

๐Ÿ‘‰Jom Sedekah Subuh untuk Infaq Kenderaan Dakwah Orang Asli
https://yikhlas.fund/Infaq-4x4
https://yikhlas.fund/Infaq-4x4

โ€œSesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga"

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

21 Oct, 12:04


Harga ribuan rumah 4 bilik di Forest City, JB ialah sekitar RM 1.5 juta.

Begitu juga banyak rumah sedemikian di Pulau Pinang, Ipoh, Selangor yang menjadi projek M2H yang menjadi sasaran puluhan ribu pembeli luar negara, khususnya dari China (54%).

Mereka bukan sahaja menetap di Malaysia, bahkan sebahagiannya memperolehi dokumen pengenalan diri Malaysia.

Ada bukti, bahkan ada kes yang didedahkan di mahkamah bahawa ada di kalangan mereka yang 'membeli' kad pengenalan dan passport, sehingga RM 400,000.00 seunit.

Projek-projek sebegini telah bermula sejak 2002 lagi dan ia tidak membantu rakyat marhein di Malaysia.

Ada baiknya, projek sebegini dinilai semula dan difokuskan lebih banyak kepada rumah kos sederhana atau kos murah untuk ratusan ribu marhein yang masih memerlukan rumah sebagai keperluan asasi setiap keluarga.

Warga Prihatin

Zainur Rashid Z

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

21 Oct, 04:17


SIAPA NAK FETYA AKAN RELEASE LAGU BARU SEMPENA KESYAHIDAN YS?

Salam semua.

Sedikit teaser lagu GILIRANMU yang kami bertungkus lumus siapkan semalam.

Mengenang kesyahidan panglima kita.

Ada yang nak dengar full pada jam 9 malam ini?

Mohon buat 4 perkara ini:
1. Komen di bawah
2. Share video ini
3. Subscribe channel youtube @LaguPerjuanganFetya
4. Jemput undi sekali lagu Taufan di https://ikimfm.my/cartaikimfm/

Mari kita menyambut kayu yang dicampakkan oleh panglima kita.

Berbuat sehabis daya, demi pembebasan P ๐Ÿ’ช

p/s: Siapa dah buat 4 perkara di atas, kami ucapkan berbanyak terima kasih dan nantikan karya-karya Fetya yang seterusnya!

Sumber: Fetya
t.me/duniapalestin

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

20 Oct, 22:23


Kepimpinan Melalui Teladan

Al-Qassam Brigades:

"We put our leaders before the soldiers" ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

Saleh ar Rouri - Timbalan Ketua Hamas & Pengasas al Qassam Tebing Barat syahid di Lubnan pada 3 Jan 2024

Ismail Haneyya - Ketua Biro Politik Hamas syahid pada 31 Julai 2024 di Tehran

Yahya Sinwar - Ketua Biro Politik Hamas syahid pada 17 Oktober 2024 di medan Gaza

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

20 Oct, 09:00


Perjalanan menuju kejayaan,

Malam tadi, saya menyertai satu majlis jamuan makan malam alumni sekolah menengah.

Alhamdulillah, syukur yang amat sangat kerana dapat bertemu dengan ramai guru-guru yang telah banyak berkeringat mendidik kami semua.

Tiba-tiba saya disapa oleh seorang yang saya ingat-ingat lupa namanya.

Apabila disebut namanya dan kini bekerja sebagai staf TLDM, barulah saya boleh mengagak siapakah beliau. Beliau adalah seorang Laksamana Badaruddin Taha, Pegawai Pemerintah TLDM.

Setelah menatap wajahnya buat seketika, barulah  saya dapat 'connect'kan dengan seorang anak remaja yang berdisiplin di sekolah, rajin ke surau untuk solat berjamaah dan pegang posisi kepimpinan di sekolah.

Pegawai Pemerintah TLDM yang berkepimpinan dan berdisiplin tinggi sejak dahulu, kekal dengan keperibadian yang 'humble' dan begitu berkeinginan untuk menyumbang dalam agenda kemanusiaan dan kenegaraan.

Tahniah Tuan Laksamana Badaruddin Taha !

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

20 Oct, 01:00


Perjuangan Palestin tidak berakhir dengan hanya bantuan kemanusiaan tetapi sehingga pembebasan Masjid al Aqsa, kiblat pertama umat dan keseluruhan bumi Palestin, tanah wakaf milik umat sejagat.

Solahuddin al Ayyubi bukan bangsa Palestin

Solahuddin al Ayyubi bukan bangsa Arab

Namun Solahuddin al Ayyubi yang berbangsa Kurdi dan generasi tentera dan umat yang bersamanya telah berjaya mengalahkan tentera Salib yang merupakan 22 negara Eropah yang telah menjajah Palestin selama 88 tahun.

Semoga kita juga di kalangan mereka yang terpilih untuk bersama gerabak ini.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

19 Oct, 23:03


Mereka berbeza,

Rakyat Palestin di Gaza tidak akan meninggalkan wilayah Gaza. Mereka adalah benteng terakhir yang mewakili umat Islam bagi mempertahankan bumi Palestin daripada dijajah keseluruhannya daripada regim zionis dan kuasa besar dunia di belakangnya.

Mereka adalah generasi masyarakat yang unik.

Semoga Allah anugerahi mereka keselamatan, keringanan, ketabahan, kemenangan dan kekuatan untuk bertahan demi kemenangan yang hakiki.

Semoga Allah pilih kita di kalangan sebahagian umat yang terpilih yang berjuang dan menyokong perjuangan yang panjang ini sehingga ke penghujung kehidupan kami.๐Ÿคฒ

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

19 Oct, 22:34


Di seluruh dunia umat Islam mengerjakan solat ghaib bersempena dengan kesyahidan Panglima Yahya Sinwar.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

19 Oct, 22:26


You are the man !

Pada setiap zaman ada 'lelaki'nya, dan 'anda'-lah lelaki itu di zaman ini.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

19 Oct, 22:25


Upacara penghormatan bagi As-Syahid Panglima Yahya Sinwar telah diadakan di Idlib, utara Syria.

Sumber: Shehab Agency
t.me/duniapalestin

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

19 Oct, 08:17


Generation by generation, the legendary martyr leader Yahya Sinwar ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

- Gaza Now

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

19 Oct, 05:46


NASYID AL-QASSAM: QASDUSSABIL
(Terjemahan Bahasa Melayu)

Terjemahan oleh:
Ummu Athiyah, Amir Hamzah
Video editor: Abu Athiyah

*Video ini telah dipadam oleh YouTube sebelum ini. Simpan dan sebar-sebarkan.

๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
t.me/duniapalestin

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

19 Oct, 01:26


Mereka adalah Panglima, Pahlawan, Hero
dan Tokoh Pejuang, bukan hanya untuk rakyat Palestin tetapi juga mewakili umat sejagat bagi mempertahankan bumi al Quds dan memperjuangkan pembebasannya.

Mereka telah membuktikannya, dan berakhir dengan apa yang diimpikan iaitu syahid dengan penuh kemuliaan dan bertemu dengan Sang Pencipta yang dirinduinya.

As Syahid Sheikh Ahmad Yassin, 22 Mac 2004, Gaza

As Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi, 17 April 2004, Gaza

As Syahid Saleh ar Rouri, 3 Jan 2024, Lubnan

* Panglima Mohamad Deif - didakwa Israel terbunuh pada 13 Julai 2024, Gaza (Hamas tidak keluarkan sebarang kenyataan sehingga kini)

As Syahid Ismail Haneyya, 31 Julai 2024, Tehran

As Syahid Yahya Sinwar, 17 Okt 2024, Gaza

Semoga lebih ramai di kalangan umat ini mengenali dan menjadikan mereka sebagai qudwah dalam perjuangan, walau di mana jua.

https://t.me/zainurrashid