Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

@amanpalestinberhad


Telegram Rasmi Aman Palestin Berhad. 24 jam sehari, liputan setiap minit Palestin sehingga ia bebas!

Sebarkan: https://t.me/AMANPALESTINBERHAD

#SavePalestin #SaveAlAqsa #AmanPalestin

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:24


TERKINI | Media Lubnan: Angka kematian akibat pencerobohan Tentera Rejim Israel ke atas kejiranan Nabi Inaam di bandar Baalbek meningkat kepada 6 terkorban dan 7 yang lain cedera.

Sumber: Wakalah Shehab
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:24


Jabalia akan terus dipertahankan oleh generasi Palestin.

Karya: Mahmoud Abbas
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:24


Gabungan Kumpulan Pejuang Palestin mengecam tindakan beberapa saluran satelit Arab yang didakwa menyokong naratif Zionis dalam laporan berita mereka.

Menurut kenyataan media dari gabungan tersebut, saluran berkenaan dikatakan menyiarkan agenda yang mencurigakan dan memburukkan pejuang Palestin serta perjuangan rakyat mereka.

Sumber: Dunia Palestin
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:24


Laporan keadaan terkini Imran Jaber, salah seorang yang terkepung di Jabalia:

โญ•๏ธ Makanan hampir terputus dan air tidak boleh diminum.

โญ•๏ธ
Tiada susu untuk anak, dan ibu mencampurkan kanji dan tepung dengan air dan gula.

โญ•๏ธ
Tentera Rejim Isr4el mengenakan pengepungan ke atas rakyat dan menyasarkan setiap orang yang bergerak.

โญ•๏ธ
Kami tinggal di rumah yang sebelum ini dibom.

โญ•๏ธ
Kami menggunakan fabrik khemah dan beberapa kayu untuk perabot kerana ketandusan kayu api.

Sumber: Wakalah Shehab
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:24


[VIDEO] LAGU BUAT AL-SYAHID YAHYA SINWAR ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

๐ŸŽผโ€œKomander Yahya Sinwar kini di syurga abadi,
Sedangkan musuh menuju kepupusanโ€
๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฑ๐Ÿ”ฅ

Tajuk: Yahya Di Syurga Abadi
(ูŠุง ู‚ุฏุณ ุฅู†ุง ู‚ุงุฏู…ูˆู†)
Artis: Ansarullah Band
Terjemahan: Ibrahim Azran

Lagu dengan terjemahan Bahasa Melayu.

Disediakan oleh
UNIT MEDIA GSPP

Sebarkan channel ini kepada rakan-rakan:
t.me/gsppmalaysia

#SebarkanKemenangan
#AkhiriPenjajahan

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:24


"Dan di sana terdapat 15, 20 orang kanak-kanak yang datang setelah akhir pengeboman..."

Dr. Mark Perlmutter, Pakar Bedah Ortopedik berkongsi perasaan beliau setelah melihat kekejaman Isr4el ke atas rakyat Gaza terutamanya kanak-kanak.

Sumber: TRT World
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:24


TERKINI | Pesawat Tentera Rejim Isr4el melakukan pencerobohan di Jabour Heights di Bekaa, timur Lubnan.

Sumber: Wakalah Shehab
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:24


3 rakyat Gaza syahid dalam serangan pesawat perang Tentera Rejim Isr4el yang menyasarkan sebuah kereta di Deir Al-Balah, tengah Bandar Gaza. Serangan dilakukan di dalam kawasan yang kononnya dikatakan "Safe Zone" oleh Tentera Rejim Isr4el.

Sumber: Anadolu Agency
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:24


Portal Axios:

๐Ÿ“ Amos Hochstein, utusan Presiden AS, melawat Beirut hari ini untuk membincangkan kemungkinan mencapai penyelesaian diplomatik dengan pegawai Lubnan.

๐Ÿ“ Isr4el menyerahkan dokumen kepada Washington minggu lalu mengenai syaratnya untuk mencapai penyelesaian diplomatik untuk menamatkan perang di Lubnan.

๐Ÿ“ Isr4el menetapkan bahawa menamatkan perang Lubnan membenarkan tenteranya mengambil bahagian dalam โ€œpelaksanaan yang berkesanโ€ untuk memastikan Hizbullah tidak akan dipersenjatai semula.

๐Ÿ“ Isr4el menetapkan bahawa untuk menamatkan Perang Lubnan, tentera udaranya harus beroperasi secara bebas di ruang udara Lubnan

๐Ÿ“ Seorang pegawai Amerika mengatakan bahawa Lubnan dan komuniti antarabangsa tidak mungkin bersetuju dengan syarat Isr4el.

Sumber: Wakalah Shehab
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:24


Sekurang-kurangnya 16 rakyat Lubnan disahkan maut akibat serangan peluru berpandu yang dilancarkan negara haram Israel di Selatan Beirut semalam, demikian menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

Berdasarkan laporan media antarabangsa, Israel telah melancarkan 12 peluru berpandu dan mensasarkan di kawasan awam menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan kediaman.

Situasi ini menyebabkan penduduk di kawasan itu terpaksa tidur di kaki jalan manaka beberapa jalan utama di kawasan Dahiyeh ditutup.

Sumber: TV Pertiwi
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:24


LAGU BUAT AL-SYAHID YAHYA SINWAR

Assalamualaikum, admin GSPP bakal menerbitkan terjemahan lagu dedikasi buat Al-Syahid Yahya Sinwar pada jam 1 tengahari ini. Insya-Allah.

Sebar-sebarkan.

Sumber: GSPP
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:24


Tembakan dari kenderaan Tentera Rejim Isr4el di timur laut kem Bureij di tengah-tengah Semenanjung Gaza, bertepatan dengan lemparan bom suar tengah malam tadi.

Sumber:Al-Qastal
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:24


Menteri Luar Isr4el, Israel Katz menyatakan dia akan meminta kementeriannya untuk memulakan prosiding terhadap Presiden Perancis, Emmanuel Macaron selepas Perancis menyekat firma Isr4el daripada terlibat dalam acara perdagangan tentera laut.

Euronaval yang dianjurkan pada 4-7 November di Paris telah dimaklumkan bahawa delegasi Isr4el dilarang untuk melaksanakan penyampaian dan pertunjukan peralatan tetapi boleh hadir ke acara tersebut. Keputusan kerajaan Perancis telah memberi kesan kepada 7 firma Isr4el.

Sumber: Middle East Eye
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:20


TERKINI | Dua tentera rejim Isr4el cedera semasa operasi menembak mereka di selatan Laut Mati, berhampiran sempadan Jordan, menurut laporan dari Isr4el.

Sumber: Quds News Network
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:20


Dalam detik terakhir sebelum kesyahidan Yahya Sinwar, beliau tidak berhenti berjuang dan terus melawan meskipun menggunakan kayu.

Beliau mengalami beberapa kecederaan ketika pertempuran tembak menembak dengan Tentera Rejim Isr4el.

Sumber: Quds News Network
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:20


Hani Mahmoud, wartawan di Gaza melaporkan kesyahidan Yahya Sinwar di medan pertempuran telah menjejaskan segala naratif dan tuduhan yang dinyatakan oleh Isr4el sebelum ini.

Sumber: Al-Jazeera
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:20


TERKINI | Tentera Rejim Isr4el telah mengepung Jabalia dan utara Gaza untuk hari ke-14 dan terus menghantar bala tentera ke dalamnya dengan tembakan artileri berterusan di pelbagai kawasan di utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Wakalah Shehab
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:20


Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengumumkan vaksinasi terhadap lebih 181,000 kanak-kanak dalam fasa kedua kempen vaksinasi polio di Semenanjung Gaza.

Sumber: Al-Qastal
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:20


Penduduk Palestin memberikan pelbagai reaksi ke atas kesyahidan Yahya Sinwar. Meskipun kerajaan haram Isr4el dan tenteranya sudah mengesahkan kesyahidan YS, tetapi Hamas masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai kesyahidan tersebut.

Sumber: Middle East Eye
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:20


Kementerian Kesihatan di Gaza:

Malapetaka kemanusiaan yang sebenar menimpa bayi baru lahir di Hospital Kamal Adwan, berikutan krisis bahan api dan kekurangan ubat-ubatan serta bahan perubatan akibat pengepungan Tentera Rejim Isr4el di utara Semenanjung Gaza untuk hari ke-13 berturut-turut.

Sumber: Wakalah Shehab
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:20


๐Ÿšจ TERKINI ๐Ÿšจ

Sumber Ibrani: Serangan siber berlaku ke atas Isr4el yang menyasarkan web rasmi stesen minyak di bandar Tel Aviv, Ashkelon dan Nahariya yang dijajah.

Sumber: Wakalah Shehab
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:20


Tentera Rejim Isr4el mengumumkan bahawa mereka telah membunuh Yahya Sinwar, Pemimpin Hamas di Gaza. Hamas masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kesyahidan Yahya Sinwar.

Sumber: Anadolu Agency
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:19


TERKINI | Hari ke-377 Taufan Al-Aqsa

Jumlah angka terkorban di Gaza meningkat kepada 42,409 orang dan 99,153 yang lain cedera sejak 7 Oktober tahun lalu. Dalam masa 24 jam yang lalu sahaja, 65 rakyat Palestin syahid akibat serangan Tentera Rejim Isr4el.

Sumber: Anadolu Agency
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:17


Letupan ganas berlaku di Nabatieh, Lubnan akibat serangan Tentera Rejim Isr4el.

Sumber: Al-Qastal
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:17


Wartawan Shehab: Hari ini pada waktu subuh, pesawat Rejim Isr4el menyasarkan sebuah rumah milik keluarga Qurm di kawasan kejiranan Al-Nasr, barat Kota Gaza, mengakibatkan kematian syahid 13 warga Palestin yang datang dari kem Jabalia pada permulaan operasi tentera di utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Wakalah shehab
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:17


Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa Israel sedang menutup sepenuhnya Gaza Utara dan mungkin melaksanakan pemindahan besar-besaran penduduk awam, yang boleh dianggap sebagai jenayah perang.

Selama lebih seminggu, tentera Israel telah menjalankan serangan intensif di Gaza Utara. Mereka telah mengarahkan semua penduduk awam di utara Gaza City untuk berpindah dan menghalang kemasukan makanan ke kawasan tersebut sejak awal bulan ini, menurut Program Makanan Sedunia (WFP).

Sumber: Astro Awani
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:17


TERKINI | Pertahanan Awam di Gaza: 5 syahid dan cedera akibat pengeboman Israel ke atas sebuah rumah milik keluarga โ€œAl-Qurmโ€ di kawasan Al-Nasr bersebelahan Menara Itali, barat laut Kota Gaza.

Sumber: Al-Qastal
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:17


Lubnan berjaya melancarkan serangan ke atas Safad, negara haram Isr4el dengan hujan peluru berpandu setelah Iron Dome milik Isr4el gagal menghalang peluru berpandu yang dilancarkan Lubnan.

Sumber: Quds News Network
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:17


Perkembangan Terkini Lubnan:

41 warga Lubnan terkorban dan 124 yang lain cedera dalam serangan udara Tentera Rejim Isr4el ke atas Lubnan dalam masa 24 jam.

Jumlah angka korban yang dilakukan oleh Tentera Rejim Isr4el ke atas Lubnan sejak awal oktober meningkat kepada 2,350 orang dan mencederakan 10,906 yang lain.

Sumber: Anadolu Agency
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:16


TERKINI | Briged Al-Qassam: Mujahidin kami meletupkan "bom tong" terhadap pasukan khas Zionis, membunuh dan mencederakan anggotanya di timur kawasan Al-Rayyan, timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Sumber: Wakalah Shehab
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:16


Yedioth Ahronoth:

โญ•๏ธ Tentera Israel menghadapi kesukaran yang melampau untuk memindahkan penduduk Gaza yang teguh berada di utara Semenanjung Gaza

โญ•๏ธ Kehadiran penduduk Gaza di utara Semenanjung Gaza menggagalkan "General's Plan."

โญ•๏ธ Sistem keselamatan menegaskan bahawa tiada kaitan antara operasi yang sedang dijalankan di Jabalia dan "General's Plan."

Sumber: Wakalah Shehab
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Aman Palestin Berhad ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Jan, 00:16


TERKINI | Serangan udara Isr4el telah mengorbankan 10 rakyat Palestin dan beberapa yang lain cedera di perumahan Bani Suhaila, timur Khan Younis.

Sumber: Anadolu Agency
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad