Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA

@ismamalaysia


www.isma.org.my

Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA

22 Oct, 03:38


SYAHID: IDEOLOGI KE SYURGA YANG KALIS KEMATIAN.

Apabila saya mengingat kembali, Asy-Syahid pertama di dalam ingatan saya yang dibunuh oleh Zinniss secara spesifik adalah seorang jurutera pereka bom bagi H..ms, “Al-Muhandis” Yahya Ayyash. Syahid ketika 1996 dengan serangan bom telefon.
Berdasarkan cerita daripada rakan Plstn”, pihak Zonis ketika itu menyangka dapat melumpuhkan teknokogi mjhdn dan semakin sedikit yang menyokong mereka, dan melemahkan semangat mereka. Ternyata yang berlaku sebaliknya.

Baca artikel penuh di sini:
https://isma.org.my/syahid-ideologi-ke-syurga-yang-kalis-kematian/

#SetahunPerangTaufanAlAqsa #SelamatkanGaza #BebaskanPalestin #HentikanGenosid #KemenanganMakinHampir

_________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA

21 Oct, 01:03


Ya, umat hari ini tidak layak membebaskan P. Selagi rutin harian tidak dipenuhi dengan agenda para mujahidin dan murabitin, selagi mana umat masih memerlukan stimulan-stimulan luaran untuk membangkitkan dan menghidupkan, selagi itu kita masih jauh dalam menjadi umat yang layak membebaskan P.

Kita perlu hidup untuk misi 'syahadah', baru kita layak mendapat 'syahadah'. Hanya umat yang bersifat syuhada' yang layak membebaskan P.

Moga Allah memilih kita menjadi para syuhada' dalam misi besar pembebasan kali ini.

Sampaikan salamku pada Rasulullah SAW dan para sahabat RA, wahai Abu Ibrahim !
InsyaAllah kami akan menyusul di kemudian hari.

Ustaz Syamil Esa
Setiausaha MUIS

#SetahunPerangTaufanAlAqsa #SelamatkanGaza #BebaskanPalestin #HentikanGenosid #KemenanganMakinHampir

_________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA

21 Oct, 01:03


MATI SYAHADAH BERMULA DENGAN HIDUP SYAHADAH.

Yahya Sinwar hanya menjalankan kehidupannya, sepertimana ia melalui kematiannya
Ketahuilah, syuhada' tidak lahir tiba-tiba, ia adalah sebuah pakej kehidupan yang tabie dengan penuh rencam dan masalah kehidupan seorang manusia.

Orang yang mati dalam 'syahadah', adalah mereka yang sejak hidupnya adalah dalam menegakkan 'syahadah'.

Saya membayangkan momen kesyahidan Yahya Sinwar hanyalah episod-episod kehidupan yang biasa dilalui oleh beliau dan para syuhada' yang lain.

Tiada yang lebih, tiada yang kurang.
Kehidupan mereka adalah ribat, jihad, bersiapsiaga, tidak sekali-kali menyerah, dan sentiasa bersedia untuk bertemu Tuhan.

Benar, mereka tidak memerlukan 'stimulan' seperti umat Islam hari ini, yang disajikan ribuan gambar dan berita yang menghiris hati, namun insafnya hanya seketika, sedihnya hanya sekian masa, demonstrasi sebulan dua, muktamar dan konferens beberapa, kemudian meneruskan kehidupan seperti biasa dengan gelak tawa, hiburan dan kelalaian.

Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA

20 Oct, 08:17


Hamas adalah fikrah dan perjuangan yang tidak akan mati dengan syahidnya pemimpin mereka. Sebelumnya, Zionis telah membunuh Syeikh Ahmad Yasin dan Dr Abdul Aziz Rantisi; kita menyaksikan al-Muqowamah (kumpulan pejuang) pembebasan Palestin menjadi lebih kuat dan maju daripada pelbagai aspek kekuatan.
Plstn adalah bumi yang subur melahirkan pejuang-pejuang sebagaimana tanahnya subur menumbuhkan pohon-pohon zaitun.

المجاهد الشهيد يحيى السنوار "أبو إبراهيم" قائد معركة طوفان الأقصى
‏{مِنَ المُؤمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا ما عَاهَدُوا اللهَ عَلَيهِ فَمِنهُمْ مَن قَضى نَحْبَهُ وَمِنهُمْ مَن يَنتَظِرُ وَما بَدَّلُوا تَبدِيلًا}.
وإنه لجهاد نصر أو استشهاد،،،

Ustaz Shuhaib ar-Rumy Selamat
Presiden ISMA

#SetahunPerangTaufanAlAqsa #SelamatkanGaza #BebaskanPalestin #HentikanGenosid #KemenanganMakinHampir

_________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA

20 Oct, 07:29


5. Tangan Nusaibah binti Ka'ab. Saidatina Nusaibah ialah contoh ibu pejuang. Beliau telah menyertai Perang Yamamah dan terputus tangannya dalam perang tersebut. Malah anaknya syahid di medan jihad.

6. Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan mereka yang memartabatkan agama Allah.
Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA

20 Oct, 07:29


TANGAN-TANGAN YANG TERPUTUS

1. Analisis video pertempuran YS menyaksikan kecederaan parah pada tangan yang dialami beliau sehingga tangannya diikat dengan dawai. Tubuh beliau menjadi saksi perjuangan mulia ini mengimbau pengorbanan para sahabat.

2. Demi memartabatkan kalimah Allah, para sahabat bertungkus-lumus memperjuangkan Islam. Ada dalam kalangan mereka yang terkorban, ada dalam kalangan mereka yang hilang anggota. Kami senaraikan di sini, beberapa orang sahabat yang terputus tangannya ketika berjihad. Antaranya:

3. Tangan Mus'ab bin Umair. Menurut riwayat Ibn Sa'ad, tangan Saidina Mus'ab bin Umair telah terputus dalam Perang Uhud. Beliau memegang panji tentera Islam lalu tangannya ditebas oleh Ibn Qami'ah.

4. Tangan Ja'far bin Abi Talib. Tangan Saidina Ja'far dikatakan terputus keduanya dalam Perang Mu'tah. Rasulullah ﷺ menangis mendengar perkhabaran ini dan menyifatkan Ja'far seorang yang akan diberikan sayap di syurga.

Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA

18 Oct, 23:24


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

(Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup dan diberi rezeki oleh Tuhannya). Surah Aali-Imran: 169

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan takziah buat rakyat Plstn yang hebat, negara Arab dan Islam, dan semua orang yang merdeka di dunia:

Saudara Syahid Mujahid Panglima Yahya Sinwar "Abu Ibrahim", pemimpin pergerakan Hms, yang syahid dalam pertempuran terhadap Zionis baru-baru ini di Tal al-Sultan, Rafah.

Dan kepada Allah dan kepada-Nya kita akan kembali. Ia adalah jihad, kemenangan atau syahid.

__________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA

18 Oct, 12:33


{مِنَ المُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا}.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Telah syahid panglima perang Taufan al-Aqsa, Yahya Sinwar "Abu Ibrahim".

Semoga Allah merahmati beliau, dan ditempatkan di syurga yang tertinggi.

Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA

18 Oct, 03:11


Sehingga saat ini, Hms masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap dakwaan pihak Isrl yang menyatakan mereka telah berjaya membunuh YS.

Semoga Allah melindungi YS dan para pejuang Plstn.

#SetahunPerangTaufanAlAqsa #SelamatkanGaza #BebaskanPalestin #HentikanGenosid #KemenanganMakinHampir

_________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA

18 Oct, 00:00


MASJID AL-AQSA ANTARA MASJID TERAWAL YANG DIBINA DI MUKA BUMI.

Al-Imam al-Bukhari merekodkan dialog antara Saidina Abu Zar dengan Rasulullah. Abu Zar bertanya: Wahai Rasulullah, apakah masjid yang paling awal dibina di muka bumi? Rasulullah menjawab: Masjidil Haram. Kemudian Abu Zar bertanya lagi: Selepas itu masjid apa? Baginda menjawab: Masjidil Aqsa. (HR al-Bukhari)

#SetahunPerangTaufanAlAqsa #SelamatkanGaza #BebaskanPalestin #HentikanGenosid #KemenanganMakinHampir

_________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA

17 Oct, 09:31


IBU BAPA PERLU PANTAU PENGGUNAAN TELEFON PINTAR ANAK-ANAK.

Baru-baru ini di Sandakan, kita dikejutkan dengan satu isu berkaitan kes liwat yang melibatkan pelajar sekolah di bawah umur yang akhirnya menyebabkan kemaluan dan duburnya bernanah.

Baca artikel penuh di sini:
https://isma.org.my/ibu-bapa-perlu-pantau-penggunaan-telefon-pintar-anak-anak/

_________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA

17 Oct, 00:01


BERGADUH ANTARA MAZHAB, YANG JELAS KITA DI PIHAK PALESTIN ATAU ZIONIS?

"...kita tak lari daripada dua mazhab ini, antara pejuang pembebasan atau Zionis?"

Fahmi Huwaidi, wartawan Mesir.

Jangankan kita sibuk bergaduh perkara khilaf sehinggakan topik pembebasan Masjid al-Aqsa kita tak jadikan keutamaan.


#SetahunPerangTaufanAlAqsa #SelamatkanGaza #BebaskanPalestin #HentikanGenosid #KemenanganMakinHampir

_________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA

16 Oct, 02:20


BANJIR MELANDA BERKALI-KALI, MAMPUKAH BERDAMAI DENGAN TAKDIR?

Tanggal 10 Oktober 2024 yang lalu, tragedi banjir kembali melanda sebahagian daerah Alor Setar, dan daerah-daerah sekitarnya, akibat daripada hujan lebat yang berterusan sehingga mengakibatkan air Sungai Kedah, Sungai Anak Bukit dan Sungai Padang Terap melimpahi tebing.

Baca artikel penuh di sini:
https://isma.org.my/banjir-melanda-berkali-kali-mampukah-berdamai-dengan-takdir/

_________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA

16 Oct, 00:01


3 MASJID TERBAIK UNTUK DIZIARAH, SALAH SATUNYA PERLU DIBEBASKAN TERLEBIH DAHULU!

Rasulullah SAW bersabda:

"Janganlah kalian bersusah payah melakukan perjalanan kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidku ini (Masjid Nabawi), dan Masjid Al-Aqsa."

Hadis Riwayat Bukhari

#SetahunPerangTaufanAlAqsa #SelamatkanGaza #BebaskanPalestin #HentikanGenosid #KemenanganMakinHampir

_________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register

Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA

15 Oct, 00:01


20 BUKTI KEKEJAMAN ISRAEL.

Israel "juara" dalam kategori penjenayah terkemuka di dunia. Segala istilah kejahatan dirangkul oleh mereka. Andai ada istilah baru untuk kejahatan, maka Israel selayaknya untuk dipakai.

#SetahunPerangTaufanAlAqsa #SelamatkanGaza #BebaskanPalestin #HentikanGenosid #KemenanganMakinHampir

_________

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia

Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register