Volunteer@MyCARE @volunteermycare Channel on Telegram

Volunteer@MyCARE

@volunteermycare


Saluran informasi terkini mengenai aktiviti sukarelawan untuk bersama menyumbang kepada usaha - usaha kemanusiaan MyCARE.

MyCARE (729288-P) adalah institusi kemanusiaan Malaysia yang terkehadapan dalam menjalankan misi-misi kemanusiaan di seluruh negara.

Volunteer@MyCARE (Malay)

Selamat datang ke saluran Volunteer@MyCARE! Saluran ini menyediakan maklumat terkini mengenai aktiviti sukarelawan yang bertujuan untuk menyumbang kepada usaha kemanusiaan MyCARE. MyCARE (729288-P) ialah sebuah institusi kemanusiaan Malaysia yang terkemuka dalam melaksanakan misi-misi kemanusiaan di seluruh negara. Dengan menyertai saluran ini, anda akan mendapat peluang untuk turut serta dalam program-program kemanusiaan yang disusun oleh MyCARE. Sukarelawan merupakan tulang belakang kepada setiap usaha kemanusiaan dan melalui saluran ini, anda boleh memainkan peranan penting dalam membantu komuniti yang memerlukan bantuan. Jadi jom sertai kami sekarang dan jadilah sebahagian daripada usaha kebaikan bersama MyCARE!

Volunteer@MyCARE

17 Jan, 08:21


[CARE-ING Trip: Misi Sukarelawan Kembara Ke Bumi Thailand]

Asyik buat aktiviti dalam negara je... 🀭 Permulaan 2025 ini kami nak ke luar negara pulak. πŸ™Œ

MyCARE, melalui inisiatif sukarelawan akan melaksanakan kembara ke Bumi Thailand.

Misi yang akan berlangsung pada 25 - 28 Januari ini merupakan kembara sukarelawan bertemu dengan masyarakat Islam yang mempunyai minoriti lebih kurang 10% di mana kawasan tumpuan utama kembara ini adalah di Selatan Thailand.

Kami juga menyasarkan aktiviti Psikososial bagi menyantuni masyarakat di sana nanti insyaAllah.

Bantu kami dalam menjana dana dalam perkara berikut:

1) Misi Sukarelawan: RM 2,000 (RM 50 x 40 lot)
2) Aktiviti Psikososial: RM 3,000 (RM 30 x 100 lot)
3) Jumlah lain di bawah aktiviti Tabung Kesukarelawanan (Volunteer Fund).

Salurkan di
πŸ“Œ  https://mycare.qrd.by/volunteerfund
πŸ“Œ  https://mycare.qrd.by/volunteerfund

Atau

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 135 592
Rujukan: MisiThailand

Ayuh bersama kami, sokongan anda diperlukan untuk kami meneroka adat dan budaya lebih ramai masyarakat di luar sana.

Terima kasih orang baik! Terima kasih para penyumbang β™₯️

#MisiSukarelawan #Psikososial #SukarelawanMalaysia #KamiSquadMyCARE

Volunteer@MyCARE

16 Jan, 14:20


Volunteer@MyCARE pinned Deleted message

Volunteer@MyCARE

16 Jan, 14:10


Fasa Pertama

πŸ“Œ Fasa pertama akan berlangsung selama enam minggu (42 hari) bermula 19 Januari 2025.

πŸ“Œ Hamas akan membebaskan seramai 33 tahanan yang termasuklah dengan tebusan wanita, kanak-kanak dan juga orang awam yang berumur 50 tahun ke atas.

πŸ“Œ Manakala Israel akan membebaskan seramai 1,000 orang tahanan Palestin.

πŸ“Œ Tentera Israel akan ditempatkan dalam kawasan sejauh 700 meter dari sempadan Gaza-Israel.

πŸ“Œ Israel akan membenarkan orang awam untuk kembali semula ke kediaman mereka di utara Gaza.

πŸ“Œ Sebanyak 600 lori dijangka akan memasuki Gaza pada setiap hari.

πŸ“Œ Kebenaran untuk membenarkan rakyat Gaza yang mengalami kecederaan untuk mendapatkan rawatan di luar Gaza.

πŸ“Œ Membuka lintasan Rafah bersama Mesir selama 7 hari setelah fasa pertama bemula.

πŸ“Œ Tentera Israel akan menarik pasukan mereka dari Koridor Philadephi yang merupakan sempadan antara Mesir dan Gaza sekaligus berundur sepenuhnya dalam tempoh 50 hari setelah fasa pertama dikuatkuasakan.

Fasa Kedua

πŸ“Œ Sekiranya syarat bagi fasa pertama dipenuhi, Hamas akan membebaskan kesemua tahanan yang masih hidup yang termasuklah dengan tentera lelaki.

πŸ“Œ Israel harus membebaskan lebih ramai tahanan Palestin yang masih ditahan dalam penjara Israel.

πŸ“Œ Fasa kedua menjadi titik tolak kepada pengunduran sepenuhnya kehadiran mereka dari Gaza.

Fasa Ketiga

πŸ“Œ Fasa ketiga memperlihatkan pemulangan mayat tebusan yang masih ada.

πŸ“Œ Rancangan bagi pembinaan semula Gaza bagi tempoh 3 hingga 5 tahun akan dijalankan dibawah pengawasan badan antarabangsa.

πŸ“Œ Buat masa ini, masih lagi tidak ada keputusan muktamad akan siapa yang bakal mentadbir Gaza selepas gencatan senjata. Israel juga tidak memberikan sebarang cadangan lain bagi pembentukan kerajaan di Gaza.

#MyCARE #GencatanSenjata #Ceasefire

Volunteer@MyCARE

10 Jan, 03:52


πŸŽ’ MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL!!! πŸŽ’

Salam Jumaat 🌟✨

Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami tim sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang anak-anak yang kurang bernasib baik untuk kempen 'Back2School' 😍

Tapi, kali ni kita nak ke mana pulak?🫣

Anda pernah dengar tak suku kaum Kensiu? πŸ€” Kalau nak tahu, Kensiu merupakan suku kaum orang asli dari rumpun bangsa Semang-Negrito, yang kini hanya tinggal di perkampungan Orang Asli Lubuk Legong, Baling Kedah tau! 🀯

Ayuh! Bantu kami untuk membeli kelengkapan sekolah yang baru buat anak-anak orang Asli ini. βœοΈπŸ“šπŸŽ’

Siapa yang tak seronok apabila dapat benda baru kan...😁

Ibu bapa juga akan tersenyum gembira dapat memenuhi keperluan anak-anak mereka. Namun, jangan dilupakan mereka yang kurang bernasib baik. Kami juga berhasrat untuk mengadakan aktiviti psikososial bersama anak - anak ini serta sumbangan pek makanan kepada setiap keluarga Orang Asli ini.

Anda boleh menyumbang untuk pakej:
1. Malaysia (Local) - Back2School (RM150) atau;
2. Sumbangan Ikhlas (RM 10)

Bagi pakej Malaysia (Local) RM150, ianya termasuk sumbangan persekolahan, aktiviti psikososial dan pek makanan.

Sama-sama kita ukirkan senyuman mereka di hari pertama persekolahan mereka dengan menyumbang di:

πŸ“Œhttp://mycare.qrd.by/mefvol
πŸ“Œhttp://mycare.qrd.by/mefvol

"Pendidikan adalah hak kanak-kanak, dan tanggungjawab kita bersama."

Sebarkan agar lebih ramai mendapat manfaat bersama.

#B2S #edufund #begbaru #sedekahjumaat #kamisquadmycare

Volunteer@MyCARE

08 Jan, 06:51


Alhamdulillah, telah berlangsung retreat sukarelawan MyCARE untuk tahun 2024.

Korang nak sertai retreat untuk tahun 2025? 🧐

Ayuh! Rajin-rajin dan aktifkan diri mengikuti program kami 🀩

Antara objektif retreat ini adalah:

1. Maklumbalas projek pembangunan MyPrihatin
2. Menghargai usaha sukarelawan dalam penglibatan secara aktif bersama MyCARE
3. Perancangan program / projek tahun 2025

β€œ20 kerbau yang sama, gemuk dan sama sihat tentu harganya tidak jauh berbeza. Tapi 20 manusia yang sama tinggi dan kuat belum tentu sama β€œharganya”. Sebab bagi manusia, yang mahal adalah keperibadiannya.” – HAMKA ❀️

Teruskan mencipta peribadi yang hebat sebagai seorang sukarelawan!

Terima kasih diucapkan kepada Dr Mohamed Ikram Mohamed Salleh, BOT MyCARE untuk slot khas 'Memperkasa Sukarelawan' dan semua yang terlibat. Doakan kami semua ya untuk terus bersemangat ✊🏻

"Nurturing Humanity, Making a Difference."

#KamiSquadMyCARE #SukarelawanMalaysia #Retreat2024

Volunteer@MyCARE

31 Dec, 12:30


Salam 1 Rejab!

"Ya Allah, panjangkanlah umur kami untuk bertemu Ramadan."

Mari kita perbanyakkan amal dan mempersiapkan diri untuk menyambut bulan Ramadan yang dinanti.

Volunteer@MyCARE

18 Dec, 03:30


7, 8 Dis - Aktiviti Psikososial & Agihan Bantuan di PPS Kubang Pasu @ Misi Banjir Kedah #KamiSquadMyCARE πŸ”₯

Volunteer@MyCARE

17 Dec, 09:17


Pada 8 Disember 2024, MyCARE telah melaksanakan Misi Banjir Kedah bagi membantu mangsa yang terjejas akibat bencana banjir di kawasan tersebut.

Aktiviti ini melibatkan sokongan psikososial dan agihan bantuan asas bagi memastikan keperluan segera penduduk yang terkesan dapat dipenuhi.

Di Pusat Pemindahan Sementara SK Gunong, MyCARE telah menganjurkan aktiviti psikososial untuk 24 orang kanak-kanak dengan tujuan membantu mengurangkan trauma dan tekanan yang mereka alami.

Selain itu, agihan goodies untuk kanak-kanak dan roti 7days turut disalurkan kepada 52 buah keluarga dengan jumlah keseluruhan 151 mangsa.

Baki goodies kanak-kanak dan roti 7days seterusnya diagihkan di PPS SK Sri Gunong, yang melibatkan 88 buah keluarga dengan seramai 332 orang mangsa.

Bantuan ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada keluarga yang terjejas.

Di PPS SMK T.S Indera Putera, MyCARE mengagihkan 20 pek beras kepada 12 keluarga yang melibatkan 38 mangsa.

Bantuan ini bertujuan memastikan bekalan makanan asas terus tersedia bagi mereka yang sedang berusaha untuk pulih daripada bencana ini.

Misi ini bukan sahaja bertujuan menyalurkan bantuan fizikal, tetapi turut memberi tumpuan kepada kesejahteraan emosi kanak-kanak yang merupakan antara golongan paling terkesan dalam situasi ini.

MyCARE percaya bahawa sokongan yang diberikan akan membawa sedikit kelegaan dan harapan kepada mangsa banjir dalam menghadapi saat-saat sukar.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan menjayakan misi ini.

Bersama-sama kita mampu membantu mereka yang memerlukan dan membawa sinar harapan untuk masa depan yang lebih baik.

"Nurturing Humanity, Making a Difference."

Volunteer@MyCARE

25 Nov, 08:49


Minggu Solidariti Palestin adalah peluang untuk kita mengingatkan dunia tentang perjuangan rakyat Palestin demi kebebasan, keadilan, dan keamanan.

Sertai usaha ini dengan memakai baju bertemakan Palestin sepanjang minggu ini. Melalui tindakan kecil ini, kita mampu menyebarkan kesedaran dan menunjukkan sokongan terhadap hak-hak asasi mereka yang masih diperjuangkan pada saat ini.

Pakai, kongsi dan sebarkan mesej ini dengan tanda pagar #WeAreAllPalestinians di media sosial anda.

Jadilah sebahagian daripada gerakan global untuk keadilan!

#MingguSolidaritiPalestin
#MyCARE

Volunteer@MyCARE

25 Nov, 08:49


Sejak sekian lama, rakyat Palestin telah berdepan dengan penderitaan akibat penjajahan dan ketidakadilan.

Sempena Minggu Solidariti Palestin, mari kita tunjukkan sokongan kita dengan mengibarkan bendera Palestin dan juga bendera Malaysia.

Setiap kibaran bendera adalah simbol harapan dan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Jangan lupa abadikan saat ini dan kongsikan di media sosial dengan tanda pagar #WeAreAllPalestinians.

Kita mungkin jauh, namun suara dan tindakan kita tetap memberikan seribu satu makna! πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

#MingguSolidaritiPalestin
#MyCARE

Volunteer@MyCARE

25 Nov, 08:49


25 hingga 29 November 2024 adalah merupakan Minggu Solidariti Palestin, sebuah gerakan global yang disambut hampir di seluruh dunia.

Minggu ini bukan sekadar peringatan tetapi ianya sebuah peluang untuk kita bersama-sama menyatakan pendirian tegas menyokong penduduk Palestin yang sehingga hari ini terus ditindas dengan kejam oleh rejim yang mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan.

Aksi solidariti adalah tindakan bersama untuk menyatakan sokongan dan empati terhadap mereka yang tertindas. Ia melangkaui perbezaan bangsa, agama, dan budaya sekaligus mencerminkan semangat kemanusiaan sejagat demi menuntut hak kesaksamaan dan keadilan.

Bersempena dengan Minggu Solidariti Palestin, marilah kita bangkitkan kesedaran melalui 10 aksi solidariti kerana ingatlah tindakan-tindakan kecil anda semua mampu membawa pengertian yang sangat besar.

Sama ada dengan mengibarkan bendera, menandatangani petisyen atau menyokong usaha kemanusiaan, setiap langkah adalah cahaya harapan buat mereka yang memerlukan.

Jadilah suara untuk mereka yang tidak mampu bersuara! πŸ”ˆ

#WeAreAllPalestinians
#MingguSolidaritiPalestin
#MyCARE

Volunteer@MyCARE

22 Nov, 07:59


LAWATAN SRI INTEGRASI HIRA RAWANG KE MyCARE HQ & AKTIVTI PSIKOSOSIAL DI TAHFIZ AL-AMIN

"Terima kasih datang, jangan lupakan kami, datang lagi nanti" Antara luahan adik-adik dari tahfiz Al-Amin MyCARE kepada pelajar SRIIHR, Rawang selepas selesai beraktiviti.

*****

Seaw
al jam 7.30 pagi, rombongan dari Kelab MyCARE, Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira, Rawang (SRIIHR) gerak ke ibu pejabat MyCARE dengan menaiki bas dari Rawang. Setibanya adik-adik ini di MyCARE, mereka disambut mesra oleh kakak dan abang sukarelawan dengan senyuman ceria.

Sesi lawatan dimulakan dengan perkenalan bersama kesemua sukarelawan disusuli dengan perkongsian motivasi berkaitan Pengenalan Sukarelawan dan Latar Belakang Komuniti Rohingya serta taklimat ringkas aktiviti. Pelajar SRIIHR, Rawang juga turut berpeluang 'meneroka' bangunan 4 tingkat ibu pejabat MyCARE yang terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya bilik latihan, bilik mesyuarat, surau, dewan seminar, pantri dan lain-lain.

Aktiviti diteruskan dengan perjalanan kira-kira 15 minit ke Maahad Tahfiz Al-Amin bagi aktiviti explorace bersama mereka. Kakak & Abang sukarelawan nampaknya tidak menunggu lama untuk memanaskan lagi hari yang sedia ada cerah lagi terang dengan terus menjalankan sesi suai kenal seterusnya membahagikan kesemua anak-anak lelaki SRIIHR & Tahfiz kepada beberapa kumpulan tanpa mengira sekolah yang hasilnya, berjaya membina hubungan mesra antara sesama mereka.

Selepas beraktiviti, wajah sugul dan muram kedua-dua kumpulan anak-anak ini jelas terzahir saat menghulurkan salam perpisahan sebelum pulang ke destinasi masing-masing. Malah ada yang segera memeluk erat sahabat yang baru dikenali ini sehingga bergenang air mata.

Semoga program lawatan sambil belajar & explorace ini bukan sahaja menerbitkan rasa syukur dalam diri setiap peserta, malah memberikan inspirasi serta menambahkan lagi semangat kesukarelawanan dan persaudaraan dalam diri anak-anak SRIIHR, Rawang.

Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat termasuk Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas Taman Seri Serdang dan penduduk sekitar kerana mengizinkan aktiviti ini dilaksanakan dalam ruangan solat dan sekitar kawasan taman permainan komuniti.

#KelabMyCARE #KamiSquadMyCARE #MyCAREVolunteers #SukarelawanMalaysia #SukarelawanCilik

Volunteer@MyCARE

22 Nov, 04:23


16 Nov - Lawatan Kelab MyCARE SRIIH, Rawang & Aktiviti Psikososial bersama Maahad Tahfiz Al-Amin MyCARE 🀝 #KamiSquadMyCARE

Volunteer@MyCARE

08 Oct, 09:34


MyCARE Buku Panduan Sukarelawan: Persediaan Bencana Banjir

Volunteer@MyCARE

08 Oct, 03:03


5 Okt - Volunteers Gathering @ Tadom Hill Resort, Banting. #KamiSquadMyCARE

Volunteer@MyCARE

02 Oct, 02:46


[IKLAN JAWATAN KOSONG]

MyCARE menjemput calon-calon yang berkelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan di MyCARE. Untuk maklumat lanjut tentang jawatan, layari https://www.mycare.org.my/careers/

Hantarkan CV, salinan kelayakan akademik (yang disahkan), dan gambar berukuran passport ke e-mel: [email protected]

Tarikh tutup permohonan 15 Oktober 2024. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri sesi temuduga.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi cik Sarah di talian 03-8941 234.

Volunteer@MyCARE

23 Sep, 02:39


VOLUNTEERS GATHERING 2024

Ayuh! Kita buat aktiviti relax, santai2 dan berkumpul beriadah sesama sukarelawan 😁

Tarikh: 5 Okt 2024 (Sabtu)
Masa: 8.00am - 5.00pm
Yuran: RM23 (Tiket masuk & makan tengah hari)

Aktiviti menarik! (Termasuk dalam yuran)
πŸ’¦ Aktiviti dalam air; water rafting, water slide etc
πŸš£πŸΌβ€β™€οΈ Kayak
🀽🏻 Sukaneka

ADD-ON Aktiviti (Tanggungan sendiri)
🏹 Memanah (RM15)
πŸͺ– Flying Fox (RM25)
πŸ›ž ATV (RM85: 2pax)

TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 25 September 2024

Daftar sekarang! 25 orang shj.
https://bit.ly/MyCAREVolunteersGathering2024

Bayaran YURAN boleh dibuat di link:
https://mycare.qrd.by/volunteerfund (ruangan sumbangan ikhlas)

Volunteer@MyCARE

19 Sep, 10:54


EDARAN KIT LARIAN WALK4HUMANITY 2024

Sukarelawan diperlukan!

Kami memerlukan sukarelawan untuk membantu Edaran Kit Larian seperti butiran berikut:

Tarikh: 21 & 22 September 2024 (Sabtu & Ahad)
Masa: 10.30 pagi - 6.00 petang
Tempat: MyCARE HQ, Seri Kembangan

**Sarapan dan makanan tengah hari disediakan.

PM segera, wasap.my/+6018-3832458 (Khairiah) sekiranya anda berminat.

Terima kasih.

Volunteer@MyCARE

18 Sep, 08:19


Edaran Kit Larian Walk4Humanity

Untuk semua para peserta yang mendaftar sebelum 31 Ogos, kit larian anda boleh didapati pada tarikh-tarikh yang tertera.

#Walk4Humanity #RegainingNormalcy #MyCARE #Rose2Rose #RIMAURunner #RIMAU #Humanitarian #Runningevent

Volunteer@MyCARE

18 Sep, 04:34


25 Ogos - ExploreTrip with Asnaf MyPrihatin @ Petrosains #TerimaKasihOrangBaik #KamiSquadMyCARE ❀️

Volunteer@MyCARE

12 Sep, 08:44


Untuk mereka yang terlepas pendaftaran peserta Walk4Humanity, kami bawakan berita gembira untuk anda semua!

Walk4Humanity kini membuka pendaftaran untuk Free Runner (Pelari Bebas) bagi anda yang ingin memeriahkan larian ini dan menunjukkan solidariti anda kepada rakyat Palestin.

Link pendaftaran di bawah atau boleh klik link di bio:

https://forms.gle/u9ShSJsjkYVq8ghX6

#Walk4Humanity #RegainingNormalcy #MyCARE #Rose2Rose #RIMAURunner #RIMAU #Humanitarian #Runningevent

Volunteer@MyCARE

02 Sep, 04:08


Alhamdulillah, pengembaraan adik-adik Asnaf MyPrihatin pada 25 Ogos 2024 telah memberi keceriaan dan pengalaman baru dalam mereka meneroka dunia sains dan teknologi.

Tim sukarelawan MyCARE gerak mengambil adik-adik Asnaf seawal jam 5.00 pagi di beberapa kawasan Rawang, Cheras dan Puchong sebelum berkumpul di MyCARE HQ untuk menaiki bas ke Petrosains.

Bila saya tanya "Pernah ke jalan2 di KL? Mereka menjawab 'Tidak pernah, kalau jalan-jalan pun di kawasan pasar sahaja'. Sangat menyentuh jugalah dengan jawapan ini. Iyalah, dengan dunia teknologi ini dan pelbagai kemudahan pengangkutan, rupanya masih ada juga golongan yang belum pernah jejak di bandar Kuala Lumpur". Perkongsian cerita salah seorang sukarelawan, Mastura Hamidun yang menemani adik-adik sepanjang di dalam Petrosains.

Antara aktiviti menarik di dalam Petrosains adalah Section Petroleum, Kapal Bergerak, Bekalan Elektrik di Taman Tema dalam berapa Watt, cari punca elektrik dari mana melalui permainan kuiz di komputer dan sebagainya. Aktiviti ini sangat berguna bagi mendedahkan daya pemikiran mereka dengan lebih luas, serta mengembangkan daya kognitif bagi selesaikan masalah. Diharapkan mereka juga boleh berdaya saing untuk generasi masa akan datang.

Terima kasih kepada semua sukarelawan yang menjadi pengiring kepada adik-adik Asnaf dan menjayakan program ini. Ucapan tidak terhingga juga kepada tajaan dari Roti 7 days dan semua penyumbang yang memberi sumbangan tajaan tiket masuk, makanan, pengangkutan dan cenderahati kepada adik-adik ini.

Terima kasih Orang Baik. ❀️

#ExploreTripWithAsnaf #LawatanSambilBelajar #KamiSquadMyCARE #MyCAREVolunteers #SukarelawanMalaysia