𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️•🖋️ @thewritersofficial Channel on Telegram

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

@thewritersofficial


Kesedihan bukanlah penamat buat segalanya, Namun ia adalah satu permulaan bagi sebuah kebangkitan..

Created : 21|09|2017

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ♥️ 🖋️ (Malay)

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ♥️ 🖋️ merupakan satu saluran Telegram yang diperuntukkan kepada para penulis dan pencinta karya-karya kreatif. Di sini, anda akan menemui pelbagai tulisan yang menginspirasi, mencerahkan, dan mencetuskan pemikiran. Saluran ini tidak hanya menampilkan karya-karya penulis tempatan, tetapi juga dari seluruh dunia, memperkaya pengalaman membaca anda. Dengan motto 'Kesedihan bukanlah penamat buat segalanya, Namun ia adalah satu permulaan bagi sebuah kebangkitan', The Writer's Official menghulurkan inspirasi dan motivasi kepada pembaca untuk terus berkarya dan berinovasi. Dengan penubuhan pada 21 September 2017, saluran ini telah menjadi tempat yang sangat dihormati dalam komuniti penulisan. Jadi, jom sertai kami di The Writer's Official dan biarlah setiap akhiran cerita membawa anda kepada permulaan yang lebih cantik dan bermakna.

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

20 Nov, 07:02


Jangan takut kehilangan seseorang di dalam hidupmu, tetapi takutlah kehilangan Allah di dalam hidupmu, kerana itu adalah puncak kegagalan seorang hamba.

•ᥫ᭡• @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

20 Nov, 06:46


Manusia mencari bahagia dengan pelbagai cara. Merata tempat. Ada yang masuk hutan, keluar dari kampung, panjat bukit, pergi ke lautan dan ada yang dari bandar balik ke kampung.

Tapi bahagia dicari tak juga ditemui.

Bahagia itu sebenarnya sangat dekat. Cuma perlu melihat pada diri sendiri. Ada begitu banyak anugerah yang Tuhan telah beri.

Cukup makan minum, ada tempat tinggal, ada keluarga, sihat dan masih mampu melakukan amal ibadah. Itulah bahagia.

Berhenti bandingkan dengan orang lain. Apa yang ada pada kalian, itulah kebahagiaan yang istimewa khas untuk kalian. Dan iya kena selalu ingat itu semua daripada Tuhan.

•ᥫ᭡• @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

18 Nov, 23:01


“Selamatkan diri kamu dan keluarga kamu daripada seksa api neraka.”

Begitulah yang disarankan. Atau lebih nyata dan hakiki, begitulah yang diwajibkan ke atas setiap kita.

Selamatkan dan bawa jauh-jauh, jangan dibawa hampir kepada api neraka.

Kerana api neraka itu bukan api mainan, bukan api masak-masak, bukan api ditiup-tiup boleh padam. Neraka tempat hukuman, tempat yang sangat dahsyat.

Sebagai manusia biasa, kita tak terlepas daripada dosa. Namun pintu taubat juga Allah buka luas.

Bertaubatlah.

Menangislah kerana dosa kita. Mengaku berdosa itu tidak salah, bahkan baik kerana akan menjadikan kita cepat bertaubat.

Sekali lagi, bertaubatlah.
Selagi usia masih ada.

•ᥫ᭡• @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

17 Nov, 22:46


Seandainya manusia tahu dan yakin tentang apa yang Allah janjikan, maka takkan ada yang hidupnya sia-sia.

Seluruh masanya akan mencari jalan supaya janji Allah itu berlaku terhadap dirinya.

Allah janjikan syurga buat orang yang memaafkan. Yakinlah, langsung maafkan.

Allah janjikan keselamatan akhirat buat mereka yang berbuat baik kepada sesiapa pun sekali pun yang tak henti hari-hari berniat jahat kepada dia. Maka teruslah berbuat baik sekali pun kepada orang yang benci kita.

Allah janjikan akhirat tanpa hisab buat yang sabar. Maka sabarlah atas janji Allah itu walau pun di dunia jiwa kita dihiris lumat.

Percayalah.
Allah tak berjanji macam kita. Janji Allah itu pasti.

•ᥫ᭡• @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

29 Oct, 11:28


📺 NETFLIX ULTRA HD 4K 📺
======================
CHEAP | LEGAL | TRUSTED
======================
💯 Original/Official Netflix
📺 Plan Premium UHD
Warranty

SHARED / 1️⃣ Profile/1️⃣ Device

💵 RM 13/ 28-30days (1bulan)

PRIVATE / 5️⃣ Profile / 4️⃣ Device

💵 RM 53 / 30days (1bulan)


PM jika berminat 📲 @bop2_00
Nak jadi reseller pm tepi👌

Feedback : t.me/netflixmurahori

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

25 Oct, 07:20


Yuk guys join sini quote bergambar. ngak mau sedih okay!!😉

@TuhanKuatkanAku

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

03 Sep, 14:09


Ternyata hukuman Allah yang paling berat itu bukanlah ketika kita kehilangan harta benda, jawatan dan pangkat.

Tetapi hukuman yang paling berat daripada Allah adalah ketika Allah telah menutup hati kita untuk dapat berbuat baik dan rindu terhadap kebaikan.

Maka mohon ampunlah terhadap dosa kita. Supaya kita selamat daripada hukuman Allah yang sangat berat.

•ᥫ᭡• @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

23 Aug, 10:27


Orang yang tidak solat walaupun senang hidupnya di dunia akan menjadi susah sebaik saja melangkah ke alam barzakh. Kehidupan seterusnya akan lebih sukar.

- Ustaz Azhar Idrus

•ᥫ᭡• @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

07 Aug, 22:38


Rabbi yassir wala tu’assir. May Allah ease everything for today.

•ᥫ᭡• @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

06 Aug, 14:56


Pegang ini :

"Allah Maha Mendengar, jadi mengadulah padaNya. Jangan diharap pada manusia, kelak kau akan kecewa."

•ᥫ᭡• @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

11 Jul, 13:29


Taubat, lakukan setiap hari. Kerana pintu taubat terbuka setiap hari.

•ᥫ᭡• @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

08 Jul, 22:52


Apa beza sabar dan redha ?

Sabar : kau hanya menahan kesakitan tapi masih belum mampu menerima.

Redha : kau mampu tahan dan kau mampu terima dengan hati yang terbuka.

•ᥫ᭡• @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

08 Jul, 12:59


Ada waktu untuk berharap, dan ada waktu untuk berhenti. Ada masa masa untuk memperjuangkan, namun ada jugak untuk mengikhlaskan.

•ᥫ᭡• @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

28 Jun, 01:26


Kadang kita rasa flow hidup kita lambat dari orang lain. Tapi sebenarnya, banyak hikmah Tuhan aturkan jalan hidup kita macam itu. Just follow our own pace. Apa yang kita semua lalui tak sama. Kita kena sentiasa ingatkan diri untuk terus bersyukur dan do our best.

•ᥫ᭡• @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

27 Jun, 05:45


Channel photo removed

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

27 Jun, 05:44


‏قال الحسن البصري رحمه الله:
أكثِروا من الاستغفار، فإنّكم لا تدْرون متى تنزل الرحمة.

Perbanyaklah kalian membaca istighfar, karena kalian tidak tahu kapan rahmat Allah SWT akan turun.

Imam Hasan al-Bashri

•ᥫ᭡• @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

27 Jun, 05:44


jika Allah membuatmu menunggu, maka bersiaplah untuk menerima lebih dari apa yang kamu minta.
Allah begitu dekat dengan orang yang terus berdoa.

•ᥫ᭡• @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

27 Jun, 05:43


"setiap rasa sakit itu memberi sebuah pelajaran, dan setiap pelajaran akan merubah seseorang. jika kamu hanya fokus dengan rasa sakitnya, maka kamu akan terus menderita. tapi jika kamu fokus dengan pelajarannya, maka kamu akan terus bertumbuh."

•ᥫ᭡• @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

27 Jun, 05:40


إذا لم تستطع أن تترك أثراً جميلاً في القلوب،
فلا تزرع فيها ألماً لا ينسى.

Bila engkau tidak mampu meninggalkan kesan indah dalam hati orang-orang, setidaknya jangan engkau tabur di dalamnya sebuah rasa sakit yang sulit dilupakan.

🥀☕️ - @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

18 Jun, 13:42


Silence is the best attitude when you are disappointed with the situation.

🥀☕️ - @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

15 Jun, 07:17


Dan pada akhirnya, kita akan sampai pada titik berserah dan tawakal kerana sekuat apapun kita memaksa, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

"Kita merancang, Allah merancang. Ketahuilah Allah sebaik-baik perancang"

🥀☕️ - @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

15 Jun, 07:16


كن محسنا وإن لم تلقى إحسانا

"Tetap jadilah orang yang baik, meski tidak menjumpai balasan dari kebaikan itu"

Sebab Tuhan kita memiliki matematikanya sendiri, memiliki cctv yang tidak pernah mati dan tidak bisa dimanipulasi.

Biarkan balasan kebaikan itu Allah yang mengaturnya.

🥀☕️ - @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

13 Jun, 15:21


Semoga kita sentiasa ikhlas, redha dan bersangka baik dengan apa yang Allah sudah takdirkan untuk kita.

🥀☕️ - @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

05 Apr, 02:33


Janji Allah itu pasti, tak cepat mesti lambat..

Tapi, insyaAllah dapat. Jangan risau apa yang bakal kita dapat, sebabnya dah tentu-tentu apa yang kita mahu.

Tapi risaulah apa yang bakal kita tempuh, sebab itu ujian dari Allah.

🥀☕️ - @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

05 Apr, 02:33


"Sebenarnya kita bukan kehilangan, tapi hakikatnya kita memulangkan.."

Kerana tiada apa yang dekat dunia ini milik kita 100%, ingat itu. Belajar untuk redha apabila Allah mengambil sesuatu yang paling kau sayang dan belajar untuk mengikhlaskannya walaupun ianya menyakitkan.

🥀☕️ - @TheWritersOfficial

𝑻𝒉𝒆 𝑾𝒓𝒊𝒕𝒆𝒓'𝒔 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 •♥️🖋️

05 Apr, 02:33


Ada sesiapa disini, Pemburu Lailatul Qadar?

Semoga kita dijodohkan dengan Lailatul Qadar. Aamiin.. 😍

🥀☕️ - @TheWritersOfficial