๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹ @doctordakwah Channel on Telegram

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

@doctordakwah


Motivation Dakwah
ใƒ„ When love is for the sake of Allah, it never dies.

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹ (English)

Welcome to ๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹, also known as 'doctordakwah' on Telegram! This channel is your ultimate source of motivation and inspiration for spreading the message of Islam, known as Dakwah. Here, you will find uplifting quotes, Islamic teachings, and reminders to keep your faith strong and your intentions pure. The channel's motto, 'When love is for the sake of Allah, it never dies,' sets the tone for the content you can expect to see. Whether you are looking to deepen your understanding of Islam or simply seeking some positivity in your day, ๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹ is the perfect channel for you. Join us in spreading love, knowledge, and inspiration for the sake of Allah! Let us grow together in faith and righteousness. Subscribe now and be part of this uplifting community. Remember, with love for Allah, anything is possible!

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

22 Nov, 16:07


Hati kamu galau? Kamu mahu motivasi. Yuk join sini yaโ™ฅ๏ธ

๐‘ฑ๐‘ถ๐‘ฐ๐‘ต โ€ขแฅซแญกโ€ข @BicaraBulanOfficial

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

20 Nov, 16:04


Surah yusuf is so beautiful.

It teaches us that the closest people can betray you. Broken heart can be healed with love. Ease comes after hardship.

Being sad doesn't equal to being ungrateful. And people of patience have beautiful endings.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

20 Nov, 07:02


Jangan takut kehilangan seseorang di dalam hidupmu, tetapi takutlah kehilangan Allah di dalam hidupmu, kerana itu adalah puncak kegagalan seorang hamba.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

20 Nov, 06:47


Manusia mencari bahagia dengan pelbagai cara. Merata tempat. Ada yang masuk hutan, keluar dari kampung, panjat bukit, pergi ke lautan dan ada yang dari bandar balik ke kampung.

Tapi bahagia dicari tak juga ditemui.

Bahagia itu sebenarnya sangat dekat. Cuma perlu melihat pada diri sendiri. Ada begitu banyak anugerah yang Tuhan telah beri.

Cukup makan minum, ada tempat tinggal, ada keluarga, sihat dan masih mampu melakukan amal ibadah. Itulah bahagia.

Berhenti bandingkan dengan orang lain. Apa yang ada pada kalian, itulah kebahagiaan yang istimewa khas untuk kalian. Dan iya kena selalu ingat itu semua daripada Tuhan.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

18 Nov, 23:00


โ€œSelamatkan diri kamu dan keluarga kamu daripada seksa api neraka.โ€

Begitulah yang disarankan. Atau lebih nyata dan hakiki, begitulah yang diwajibkan ke atas setiap kita.

Selamatkan dan bawa jauh-jauh, jangan dibawa hampir kepada api neraka.

Kerana api neraka itu bukan api mainan, bukan api masak-masak, bukan api ditiup-tiup boleh padam. Neraka tempat hukuman, tempat yang sangat dahsyat.

Sebagai manusia biasa, kita tak terlepas daripada dosa. Namun pintu taubat juga Allah buka luas.

Bertaubatlah.

Menangislah kerana dosa kita. Mengaku berdosa itu tidak salah, bahkan baik kerana akan menjadikan kita cepat bertaubat.

Sekali lagi, bertaubatlah.
Selagi usia masih ada.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

17 Nov, 22:44


Seandainya manusia tahu dan yakin tentang apa yang Allah janjikan, maka takkan ada yang hidupnya sia-sia.

Seluruh masanya akan mencari jalan supaya janji Allah itu berlaku terhadap dirinya.

Allah janjikan syurga buat orang yang memaafkan. Yakinlah, langsung maafkan.

Allah janjikan keselamatan akhirat buat mereka yang berbuat baik kepada sesiapa pun sekali pun yang tak henti hari-hari berniat jahat kepada dia. Maka teruslah berbuat baik sekali pun kepada orang yang benci kita.

Allah janjikan akhirat tanpa hisab buat yang sabar. Maka sabarlah atas janji Allah itu walau pun di dunia jiwa kita dihiris lumat.

Percayalah.
Allah tak berjanji macam kita. Janji Allah itu pasti.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

16 Nov, 04:11


INGAT: โ€œUtamakan Allah dalam segala keadaan, Allah pun akan jaga kita dalam dunia dan di akhiratnya kelak.โ€

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

13 Nov, 13:46


Kawan-kawan, solat di awal waktu itu adalah kenikmatan. Iya, kenikmatan mendahulukan Tuhan selain daripada urusan lain di dunia.

Benar, dengan menunggu waktu solat, kau siap-siap ambil wudhuk awal, duduk di tikar sejadah, kau selawat dan menumpu perasaan kepada solat yang kau akan buat sekejap lagi, itu sangat mendamaikan.

Maka kau bersolat pun dengan penuh tumpuan. Sebab kau dah bersedia fizikal dan hati untuk bertemu Tuhan.

Inilah solat yang menjadi kerehatan. Menjadi ketenangan dalam setiap ujian hidup kau.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

13 Nov, 13:45


Di saat orang lain sibuk menghukum, cuba kita jadi golongan yang mendamaikan. Paling tidak pun mendoakan.

Mudah-mudahan kita jadi manusia yang pandai bersyukur.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

25 Oct, 08:13


Kalau kita orang yang mewah, janganlah kita berbangga. Allah boleh ambil sekelip mata.

Kalau kita orang yang susah, janganlah bersedih. Allah hendak meringankan bebanan kita dan Allah boleh memberi bila-bila masa.

Semua yang kita ada ini Allah punya, bukan milik kekal kita.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

18 Sep, 10:02


Hidup kita ini untuk kumpul amal sebagai bekal hari akhirat. Bukan untuk mencari aib orang lain. Kerana semua orang ada aib sendiri, tidak terkecuali.

Nabi ๏ทบ berpesan sesiapa yang mencari-cari aib orang, maka kelak Allah akan buka aibnya walaupun dia ada dalam rumahnya.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

16 Sep, 22:42


Rasulullah bila dihidang dengan makanan yang Rasulullah tak suka, Rasulullah akan diam. Tidak mencebik, tidak menunjukkan mimik muka tak suka dan tak pernah Rasulullah menghina atau memburukkan makanan itu.

Rasulullah cuma terus makan makanan yang Rasulullah nak dan tak sentuh makanan yang Rasulullah tak suka tadi.

Nampak tak betapa halusnya akhlak Rasulullah. Itu terhadap makanan yang tidak punya nyawa. Sekali pun tak suka, Rasulullah diamkan.

Betapalah lagi kepada manusia yang punya hati dan perasaan. Kalau pun pada dia ada sifat yang Rasulullah tak suka, Rasulullah tak akan mengata, jauh lagi lah Rasulullah akan kutuk dan hina orang itu.

Lebih daripada itu Rasulullah akan doakan kebaikan dan kalau ada kesempatan, Rasulullah akan berbuat baik terus kepada orang itu.

Rasulullah bagi hadiah, ziarah ketika sakit, jaga kebajikan dan tolong bayarkan hutang pun pernah. Yang akhirnya orang itu akan sendiri berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Hebatkan Nabi kita? Siapa lagi kita nak tiru kalau bukan Rasulullah ye dak.

Buktikan rindu kita buat Nabi dengan berazam nak ikut dan tiru cara Rasulullah. Begitulah.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

11 Sep, 01:37


Orang mukmin itu sifatnya menyelamatkan. Sekali pun yang akan diselamatkan tu seorang musuh.

Benci macam mana pun dengan sesiapa pun, kepilkan doa kebaikan buat mereka. Kita harap supaya nanti mereka akan selamat. Selamat dunia dan selamat akhirat. InsyaAllah.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

07 Sep, 12:19


ุฅุฐุง ูƒู†ุช ุชุคู…ู† ุญู‚ุง ุจุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡
ูู‚ู„ุจูƒ ู„ู† ูŠุณุชุณู„ู… ู„ู„ูŠุฃุณ ุจุณู‡ูˆู„ุฉ
ู„ุฃู† ููŠ ูƒู„ ุงุจุชู„ุงุก ุฑุญู…ุฉ ูˆู…ุฎุฑุฌุง ู‚ุฏ ุฃุนุฏู‡ ู„ูƒ

Jika kau benar percaya pada rahmat Allah, hatimu tak akan mudah putus asa. Sebab di setiap ujian, selalu ada kasih sayang Allah yang menyertai dan jalan keluar yang telah disiapkan.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

07 Sep, 12:10


Jangan berkira dengan rezeki yang kita punya sekarang. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak Allah akan berikan kepada kita.

Percaya dan yakin pada Allah.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

07 Sep, 12:09


Yakinlah dengan tiga perkara :

1 . Tiada yang lebih sayang kepada kita selain Allah.

2 . Tiada yang paling mengetahui kegundahan kita selain Allah.

3 . Tiada yang berupaya menghilangkan kesulitan kita selain Allah.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

07 Sep, 12:08


Terkadang, masa kita rasa nak give up itu lah Allah tiba-tiba beri apa yang kita minta. Jadi benarlah, pertolongan Tuhan itu akan sampai pada waktu yang tepat. Kita pun tak tersangka-sangka.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

03 Sep, 14:10


Mengapa Allah tak pernah putarkan waktu kembali ke belakang? Sekali pun Dia mampu untuk lakukan macam tu.

Kerana Allah tak mahu kita sambil lewa dan anggap remeh tentang waktu yang kita tinggalkan walau pun sesaat.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

27 Aug, 12:28


"Bukti kebodohan seseorang adalah selalu menjawab semua pertanyaan, menceritakan semua yang dilihat dan menyebutkan semua yang diketahui."

Syekh Ibnu Atha'illah as-Sakandari.

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

๐‘ซ๐’๐’„๐’•๐’๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’Œ๐’˜๐’‚๐’‰โ™ฅ๏ธ๐Ÿ–‹

27 Aug, 12:26


"Berhati-hatilah dari orang yang suka bercerita kepadamu perihal orang lain, karena suatu saat ia pasti akan menceritakan perihal dirimu pada orang lain."

-Imam Al-Hasan al-Bashri rahimahullah

โ€ขแฅซแญกโ€ข @DoctorDakwah

10,896

subscribers

349

photos

82

videos