Meklinnn 🦋 @meklinnnn Channel on Telegram

Meklinnn 🦋

@meklinnnn


احْفَظِ اللَّهَ يَحْفَظْكَ
Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu

Meklinnn 🦋 (Arabic)

مرحبا بكم في القناة Meklinnn 🦋! هل تبحث عن مصدر للاسترخاء والهدوء؟ إذا كانت الإجابة نعم، فقد وجدت المكان المناسب. تقدم لك هذه القناة العديد من المحتويات الملهمة والمهدئة التي تساعدك على الاسترخاء بعد يوم طويل ومرهق. فهنا، ستجد كلمات تحفيزية، صور للطبيعة الخلابة، وموسيقى هادئة تنقلك إلى عالم آخر

هذه القناة مكان للابتعاد عن صخب الحياة اليومية والاسترخاء بشكل تام. ستجد هنا ما يلهمك ويساعدك على العثور على الهدوء الداخلي. انضم إلينا اليوم واستمتع بتجربة فريدة من نوعها تجمع بين الهدوء والجمال. احفظ الله، فيحفظك. Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu. 🌟

Meklinnn 🦋

11 Jan, 02:17


Aku tahu ini tidak mudah,
tapi percayalah الله adalah sebaik-baik Perancang. Serahkan saja padaNya 🤍🕊️

Meklinnn 🦋

05 Jan, 02:29


Ya الله, kami memohon kepadaMu, jadikanlah tahun ini tahun yang penuh keberkatan, kebaikan, dan kebahagiaan. Mudahkanlah segala urusan kami, jauhkanlah kami dari kesulitan dan kesedihan. Dan anugerahkanlah kepada kami kekuatan untuk menghadapi segala ujian dengan sabar dan redha.

Meklinnn 🦋

01 Jan, 02:26


Doa Bulan Rejab 🤍

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Allahumma baarik lana fii rajabi wasya'ban wa ballighna ramadhan

Ya الله, berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.

Meklinnn 🦋

31 Dec, 13:49


Drama 365 sudah selesai, dan engkau masih berdiri, lebih kuat daripada sebelumnya. 🤍

Terima kasih buat diri, kerana terus melangkah walau kadang-kala kaki terasa lemah.
Terima kasih buat diri, kerana tidak menyerah walau air mata pernah tumpah.
Terima kasih buat diri, kerana memilih untuk terus percaya walau jalan di hadapan penuh teka-teki.

Hari ini adalah hadiah untukmu.
Setiap luka telah mengajarkan makna, setiap tawa telah mengukir bahagia.
Moga langkah seterusnya dipenuhi keberkatan, moga hari-hari mendatang dipenuhi harapan.

Teruslah menjadi versi terbaik dirimu, kerana engkau layak untuk bahagia. 🤍

Meklinnn 🦋

12 Dec, 02:16


‘Rahsia Tuhan’ adalah tanda bahawa Dia punya rencana yang belum kita ketahui. Jangan terburu-buru meminta jawapan. Bersabarlah, kerana pada waktunya, semua yang disusunNya akan menjadi lebih indah dari apa yang kita bayangkan. 🤍

Meklinnn 🦋

09 Dec, 03:05


Ujian itu pahit, tapi ganjarannya manis

Meskipun ujian itu pahit, sebenarnya itu adalah jalan menuju kebaikan. Dengan kesabaran dan kepercayaan kepada الله, setiap kepahitan akan digantikan dengan kemanisan berupa ganjaran, hikmah, dan kedamaian hati. InsyaAllah 🤍

Meklinnn 🦋

08 Dec, 02:42


Tahun ini mungkin penuh ujian, tetapi الله berfirman,

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ
‘La yukallifullahu nafsan illa wus’aha’.

Bermaksud: “الله tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Percayalah, kamu lebih kuat daripada apa yang kamu fikirkan ☺️🤍

Meklinnn 🦋

04 Dec, 14:15


Moga bermanfaat ☺️🤍

Meklinnn 🦋

26 Nov, 02:11


Doa Untuk Suami Tercinta 🤍

‎Ya الله, Engkau lindungilah suamiku, limpahkanlah rezekinya, kuatkan imannya, jadikanlah dia pemimpin keluarga yang soleh dan bertanggungjawab. Kurniakanlah dia kesihatan, kebahagiaan, dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupannya.

Meklinnn 🦋

20 Nov, 14:10


‎الله tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah: 286)

Meklinnn 🦋

17 Nov, 03:12


Jika doa belum dijawab, itu kerana الله sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu. Tetaplah percaya kepadaNya. 🤍🕊️

Meklinnn 🦋

05 Nov, 02:08


Ya الله, kami serahkan segala urusan kami kepadaMu, dan kami memohon agar setiap keputusan yang Engkau tetapkan adalah yang terbaik bagi kehidupan kami di dunia dan di akhirat. 🤍🕊️

Meklinnn 🦋

22 Oct, 14:22


Moga bermanfaat ☺️🤍

Meklinnn 🦋

18 Oct, 14:10


🔻Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kenyataan kematian pemimpin Mujahid yang syahid dan lambang negara yang agung

Yahya Al-Sanwar, Abu Ibrahim, panglima Perang Taufan Al-Aqsa


مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya).


Dengan segala makna kemuliaan, kebanggaan, kehormatan dan maruah, Gerakan Pejuang Islam Hamas meratapi rakyat Palestin kami, seluruh negara kami dan rakyat bebas di dunia. Beliau merupakan salah seorang yang paling mulia dan paling berani, seorang lelaki yang mengabdikan hidupnya untuk Palestin dan memberikan jiwanya demi Tuhan di jalan pembebasannya, maka Tuhan mempercayainya, dan Allah memilihnya sebagai seorang yang syahid bersama para syuhada’ yang mendahuluinya.
 
Kami meratapi pemimpin negara yang hebat As-Syahid Mujahid saudara Yahya Al-Sinwar (Abu Ibrahim)

Ketua Biro Politik Gerakan Pejuang Islam (Hamas) dan panglima Perang Taufan Al-Aqsa
 
Beliau bangkit sebagai pahlawan sebagai syahid, maju tanpa berundur, menghunus senjatanya, bertempur dan berhadapan dengan tentera penjajah di hadapan barisan, bergerak di antara semua posisi tempur, teguh dan bertapak teguh di tanah kebanggaan Gaza, mempertahankan tanah Palestin dan kesuciannya, dan membangkitkan semangat ketabahan, kesabaran, ketenangan dan penentangan. 
Anak-anak orang besar kami, bangsa Arab dan Islam kami dan orang-orang yang merdeka di dunia.

Gerakan Pejuang Islam - Hamas

Jumaat: 15 Rabi’ul Akhir 1446 Hijrah
Bersamaan dengan 18 Oktober 2024 Masihi

Laman web rasmi Gerakan Hamas
t.me/duniapalestin

Meklinnn 🦋

18 Oct, 14:09


Jaga aib orang, InsyaAllah الله jaga aib kita ☺️🤍

Meklinnn 🦋

30 Sep, 13:31


Terima kasih untuk semua ceritanya. Apapun yang terjadi di bulan ini adalah rencana الله yang terbaik. 🤍

Meklinnn 🦋

30 Sep, 13:31


Ketika ujian menyapa, ingatlah bahawa الله tidak pernah meninggalkanmu. Setiap kesulitan adalah jalan untuk menghapus dosa dan meningkatkan darjatmu.

‎“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” (94:6)

‎Bersabarlah, kerana الله mengetahui segala yang terbaik untukmu. 🤍

Meklinnn 🦋

01 Sep, 03:22


‎Ya الله, semoga di bulan september ini penuh dengan keberkahan, kebahagiaan, sihat tubuh badan dan fikiran, dipermudah segala urusan dan diberikan rezeki yang mengalir seperti air zam zam yang tiada henti mengalir ke seluruh penjuru dunia. 🤍

Meklinnn 🦋

20 Aug, 14:16


Nak kahwin tapi ada masalah kewangan. Dengar sampai habis.

Meklinnn 🦋

19 Aug, 14:07


Tanda-tanda kiamat (pembunuhan)

Meklinnn 🦋

17 Aug, 14:13


Jangan berhenti berbuat baik ☺️🤍

Meklinnn 🦋

16 Aug, 14:24


Deep 😢

Meklinnn 🦋

15 Aug, 14:10


Semoga bermanfaat ☺️🤍

Meklinnn 🦋

15 Aug, 02:29


Tetaplah dalam ketaatan meski melangkah sendirian, hingga الله mengutuskan seseorang untuk menemani langkahmu, lalu berjalan berdampingan.

Meklinnn 🦋

14 Aug, 03:10


‎Ya الله, jadikan aku wanita yang kuat, wanita yang mampu menghilangkan dendam dengan memaafkan, wanita yang mampu membalut luka di hati dengan sabar, wanita yang mampu menahan amarah dengan istighfar.

Meklinnn 🦋

13 Aug, 02:38


Ya الله, luaskan lagi rasa sabarku dan selalu ingatkan aku, bahawa tidak ada yang perlu aku khawatirkan selama Engkau bersamaku. 🤍🕊️

Meklinnn 🦋

12 Aug, 14:22


Pesanan ustaz, wanita elakkan timbul fitnah ☺️

Meklinnn 🦋

08 Jul, 14:21


Semoga bermanfaat ☺️🤍

Meklinnn 🦋

16 Jun, 09:22


Sebaik-baik Doa Adalah Doa Pada Hari Arafah 🤍

Sabda Nabi SAW

“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Dan sebaik-baik ucapan yang aku dan para Nabi sebelumku ucapkan adalah”

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ،
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

La ilaha illallah wahdahu la syarika lah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syaiin qadir

‎Bermaksud: “Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain الله Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagiNya. MilikNya kerajaan dan bagiNya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

Meklinnn 🦋

14 Jun, 14:28


Memaafkan adalah kunci kepada rantai kebahagiaan 🕊️