Dulunya beliau pernah hadir ke kursus modul 1 topik "Dari Polibeg ke Penanaman". Kami terangkan tentang ciri pemilihan benih yang sihat disusuli praktikal penanaman. Dapatan kajian tu terbukti di lapangan sendiri..
Tanam bulan Ogos tahun lalu 2kaki, sekarang dah naik 5kaki dengan panjang dahan hampir 1m. Musang King dan Duri Hitam keseluruhannya, masing-masing subur mengeluarkan pucuk baru. Alhamdulillah, tiada satu pun yang cacat tumbesarannya biarpun tanam dulu gerun dengan saiz yang kecil.
Siap audit setiap pokok, kami train pekebun dengan praktikal penggemburan tanah, membaja, meracun dengan teknik WALES dan merangka jadual pembajaan sebulan secara "custom" mengikut tekstur kesuburan tanah. Lepas satu beban membesarkan pokok, sekarang penyelenggaraan pula. Setiap 2minggu En. Hanif akan hantar report, itu cara audit kami. Moga sukses!
Usaha - Doa - Tawakal
Bukan kerana usaha kita yang menjajikan kejayaan. Tapi kerana Allah S.W.T yang mengizinkan.
Nak benih boleh ke Nurseri kami. Nak audit kebun boleh cari kami. Whatsapp disini ya https://wa.link/qervfe