Israel tentu sekali akan memperlihatkan kerakusannya termasuk menindas dan menyiksa masyarakat Palestin yang sudah berdekad lamanya hidup dalam kesukaran.
Kemusnahan berterusan ke atas Palestin pula bukan hal yang hanya boleh dipandang sahaja tanpa berbuat apa-apa.
Lebih pilu apabila menerima khabar daripada para pendidik dan pendakwah di bumi Palestin terdapat sejumlah masjid yang juga rumah ibadah umat Islam hancur binasa akibat kebiadapan zionis.
Justeru, bagi tujuan membantu dan berkongsi rasa kesulitan yang mendalam serta sokongan tidak berbelah bahagi kepada masyarakat Palestin, Nurjiwa Foundation dengan kerjasama Kita Fund meneruskan kempen Tabung Bantuan Khas Palestin yang telah dilancarkan sejak tahun 2021.
Yayasan Nurjiwa juga mempunyai sebuah sekolah bernama Afwa Al Afiyah di Gaza dan pihak kami sedang memantau secara dekat situasi terkini di sana dan mendoakan agar anak-anak ini selamat dan di dalam lindungan Allah.
Layari
https://kitafund.com/9909-tabung-bantuan-khas-palestin dan klik butang 'Sumbang'
Sumbangan untuk bantuan khas Palestin ini turut boleh disalurkan ke akaun Maybank 514486106455.