Ebit Lew Supporters @teamebitlew Channel on Telegram

Ebit Lew Supporters

@teamebitlew


Admin nak minta tolong sikit, kalau boleh tolong INVITE rakan2 yang lain join group ni ya.

Jika setiap orang invite 10 ORANG rakan masuk ia bakal mengumpulkan 2 JUTA SOKONGAN kepada Ustaz sebagai galakkan moral terhadap perjuangannya.

Maka lebih ramai

Ebit Lew Supporters (Malay)

Ebit Lew Supporters adalah saluran Telegram yang mengumpulkan sokongan untuk Ustaz Ebit Lew, seorang tokoh yang terkenal dengan usahanya membantu masyarakat yang memerlukan. Saluran ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk menyokong perjuangan Ustaz Ebit Lew dalam membantu orang yang memerlukan. Dengan mengundang rakan-rakan untuk menyertai saluran ini, setiap orang boleh membantu mengumpulkan sokongan sebanyak 2 juta untuk Ustaz tersebut. Jadi, marilah bersama-sama menyokong Ustaz Ebit Lew dengan menyertai saluran Telegram Ebit Lew Supporters sekarang!

Ebit Lew Supporters

02 Mar, 08:35


Admin nak minta tolong sikit, kalau boleh tolong INVITE rakan2 yang lain join group ni ya.

Jika setiap orang invite 10 ORANG rakan masuk ia bakal mengumpulkan 2 JUTA SOKONGAN kepada Ustaz sebagai galakkan moral terhadap perjuangannya.

Maka lebih ramai
https://t.me/teamebitlew

Ebit Lew Supporters

02 Mar, 08:34


Doakan yer misi banjir Terengganu dan Kelantan.

Ebit Lew Supporters

02 Mar, 08:32


Terima kasih kapten dan pramugari tadi belanja coffee. Dari mula sampai dah melambai dari kokpit. Kadang kita tak pernah berjumpa tapi terasa bagai sebuah keluarga. Doa terbesar seorang buat seseorang yang lain ialah doa kebaikan.

Ebit Lew Supporters

10 Dec, 00:09


Fast Furious. Ingat cerita je. Rupanya di Rio ni memang kawasan Favela setinggan memang gaya hidup mereka macam ni. Senjata api ni biasa je di kawasan Favela. Masa turun misi dan lawatan terjumpa secara tak sengaja terjumpa dengan anak muda ni semua dijalanan.Mereka ajak ambil gambar.. Macam biasa janggut dan kopiah atau jubah mesti diaorang akan hairan. Dekar sini sepanjang saya jalan orang pandang. Di Rio cuma ada 1 Masjid An Nur.

Saya berkongsi sebab apa simpan janggut dan kopiah. Begitulah kadang masa makan orang tanya kenapa makan pakai tangan. Saya ceritalah tentang kasih sayang Allah dan Sunnah Nabi saw. Walau seram tengok diaorang ni. Berkat sunnah dan niat membantu orang susah mereka sambut saya dengan sangat baik. Ramai juga yang tiada agama berminat dan tanya pasal Islam. Kita hormati setiap agama dan bangsa. Kita sebuah keluarga. Saya ceritakan tentang Nabi saw. Lepas rapat. Tadi seram. Mereka kata Malaysian Good. Tu jer diaorang ulang-ulang.

Nampak pada sebahagian wajah mereka nak belajar jadi baik dan berubah. Kita tak datang dalam dunia. Allah hantar kita untuk seluruh umat seluruh alam. Doakan jadi asbab kebaikan-ebitlew

T.me/teamebitlew

Ebit Lew Supporters

07 Dec, 00:34


Ziarah ketua kawasan satu kawasan yang dikatakan bahaya di Sao Paolo Brazil.. Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang situ. Terasa macam dah lama kenal. Bawa bantuan dan kasih sayang buat mereka.

Mereka hidup susah. Anak-anak tak sekolah. Sebelum ni duduk dalam khemah. Sekarang dapat bilik kecil duduk dengan keluarga.

Baik sangat ketuanya walau orang kata macam mafia. Katanya 25 jam tuan fly untuk bantu kami. Ramai tengok janggut saya dan pakaian saya. Ada ajak ambil gambar kerana suka janggut. Terima kasih kerana datang beri bantuan pada kami. Semua datang dekat mesra dan tanya macam-macam soalan. Semoga hidup mereka dimudahkan dan sentiasa diberi kebaikan.

Ebit Lew Supporters

05 Dec, 22:11


Admin nak minta tolong sikit, kalau boleh tolong INVITE rakan2 yang lain join group ni ya.

Jika setiap orang invite 10 ORANG rakan masuk ia bakal mengumpulkan 2 JUTA SOKONGAN kepada Ustaz sebagai galakkan moral terhadap perjuangannya.

Maka lebih ramai
https://t.me/teamebitlew

Ebit Lew Supporters

05 Dec, 02:12


Terharu dapat layanan baik dari Paderi di Gereja Besar di Sao Paolo Brazil.. Berbual dan bertukar pendapat dalam program kemasyarakatan. Tadi saya ada program menyantuni homeless di depan Gereja. Semoga menjadi asbab kebaikan-ebitlew

Ebit Lew Supporters

04 Dec, 12:24


Dah malam ziarah gelandangan di Sao Paolo Brazil. Begitulah kehidupan. Ditengah Bandar besar ramai tidak mampu meneruskan hidup untuk sewa rumah. Jadi ramai hidup dijalanan dengan membuat khemah dari Plastik dan tutup-tutup begitu sahaja.

Walau kali pertama terasa mesra dan dekat. Senyum-senyum sahaja. Mesra juga mereka walau berbahasa portugis. Ramai tanya dari mana. Dari Malaysia. Awak datang sejauh ini kerana teringat pada kami. Kata mereka semoga tuhan merahmati kamu.

Alhamdulillah usaha di Malaysia setiap hari masih berjalan oleh team kami. Doakan usaha kasih sayang diBrazil menjadi asbab kebaikan.

T.me/teamebitlew