YBhg. Datuk/Datoโ/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR PEMBUDAYAAN E-INVOIS & PEMBAYARAN TANPA TUNAI PEMACU PRODUKTIVITI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) TERENGGANU
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melalui Nexus Peruncitan dan Makanan & Minuman (RFBPN) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan menganjurkan Seminar Pembudayaan E-Invois & Pembayaran Tanpa Tunai Pemacu Produktiviti PKS Terengganu pada ketetapan berikut:
Tarikh :10 Februari 2025 (Isnin)
Masa : 9:00 pagi - 1 petang
Lokasi : Dewan Serbaguna, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU)
Penyertaan : Percuma
Kaedah Pendaftaran: QR Code di Poster atau QR dalam gambar
Tarikh Tutup Penyertaan : 6 Februari 2025 (Khamis)
3. Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran di kalangan PKS mengenai kepentingan e-invois dan pembayaran tanpa tunai sebagai pemacu produktiviti perniagaan. Selain itu, peserta berpeluang memahami cara pelaksanaan e-invois serta manfaatnya, di samping berinteraksi dalam sesi soal jawab dan padanan perniagaan untuk mendapatkan maklumat terperinci.
4. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk/Datoโ/Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri seminar ini. Kehadiran YBhg. Datuk/Datoโ/Dr./Tuan/Puan amat dialu-alukan bagi bersama-sama memperkukuhkan daya saing perniagaan dalam era digital.
5. Tarikh tutup penyertaan seminar ini adalah pada 6 Februari 2025 (Khamis). Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkenaan program ini, pihak YBhg. Datuk/Datoโ/Dr./Tuan/Puan boleh dengan Puan Nor Adira Adnan ([email protected] ) dan Puan Noor Salfarina Jamaludin ([email protected] ) untuk sebarang pertanyaan.
Sekian, terima kasih.