Iktibar & Pengajaran @iktibar Channel on Telegram

Iktibar & Pengajaran

@iktibar


Bahan bacaan santai untuk kisah teladan, tazkirah, motivasi, tip dan nasihat agama serta wasiat iman

Iktibar & Pengajaran (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram rasmi 'Iktibar & Pengajaran'! Terdapat banyak bahan bacaan santai yang disediakan di sini untuk menyampaikan kisah teladan, tazkirah, motivasi, tip, nasihat agama, dan wasiat iman kepada anda. Dengan mengikuti saluran ini, anda akan mendapat pelbagai pengetahuan dan inspirasi dari kisah-kisah yang memberi pengajaran serta pengalaman orang-orang terdahulu. Saluran ini sesuai untuk semua golongan dan akan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang mencari ilmu dan kefahaman tentang kehidupan. Jadi, jom sertai kami di 'Iktibar & Pengajaran' untuk mendapat inspirasi dan motivasi harian!

Iktibar & Pengajaran

04 Jan, 06:23


Motivasi Inspirasi (08 Mutiara) - Aku Tak Sebaik Postinganku

Iktibar & Pengajaran

03 Jan, 00:54


Assalamualaikum. Salam Perjuangan.

☪️ TARIKH ISLAM HARI INI ☪️

🌙 3 REJAB 1446H
🗓 3 JANUARI 2025 (JUMAAT) 

Ayuh mulakan hari ini dengan memuji Allah SWT. Mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam.

Kirimkan doa solidariti buat Palestin.
Menuju Ramadhan 58 hari lagi. Sampaikan kami ya Allah.

#caknapalestin
#tarikhislam
#indahnyaislam

Iktibar & Pengajaran

03 Jan, 00:52


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Pembuka Pintu Kebaikan


عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلْخَيْرِ مَغَالِيقَ لِلشَّرِّ وَإِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلشَّرِّ مَغَالِيقَ لِلْخَيْرِ فَطُوبَى لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الْخَيْرِ عَلَى يَدَيْهِ وَوَيْلٌ لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الشَّرِّ عَلَى يَدَيْهِ

Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya di antara manusia ada orang yang menjadi pembuka pintu kebaikan dan menutup pintu keburukan. Dan sesungguhnya di antara manusia ada yang menjadi pembuka pintu keburukan dan menutup pintu kebaikan. Beruntunglah orang yang Allah jadikan dirinya sebagai pembuka pintu kebaikan melalui tangannya. Dan celakalah orang yang menjadi pembuka pintu keburukan melalui tangannya.”

(HR. Ibnu Majah no. 237)
Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Allah menciptakan manusia yang pelbagai. Ada diantara manusia yang menjadi pembuka pintu kebaikan dan menutup pintu keburukan.

2.  Namun terdapat di antara manusia yang menjadi pembuka pintu keburukan dan menutup pintu kebaikan.

3.  Beruntunglah kepada orang yang Allah jadikan sebagai pembuka pintu kebaikan melalui tangannya.

4.  Orang yang ingin dirinya menjadi pembuka pintu kebaikan serta menjadi penutup pintu keburukan, maka hendaklah melakukan hal-hal berikut:

a.  Mengikhlaskan segala perbuatan dan perkataan hanya untuk beribadah kepada Allah dan jadikan ia sebagai sumber kebaikan dan kemuliaan kita.

b.  Berdoa kepada Allah agar diberi taufik menjadi seseorang pembuka pintu kebaikan, kerana doa adalah kunci segala kebaikan.

c.  Bersungguh dalam menuntut ilmu kerana ilmu mendorong seseorang kepada kebaikan dan kemuliaan.

d.  Sentiasa beribadah kepada Allah, khususnya solat, kerana solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan munkar.

e.  Bersikap dengan akhlak yang mulia dan lemah lembut, serta jauh dari akhlak yang buruk dan tidak beradab.

f.  Bersahabat dengan orang-orang yang soleh dan sering bersama mereka. Menasihati orang lain, baik yang dikenali atau tidak, agar kebaikan bersama kita dan jauh dari maksiat.

g.  Sentiasa ingat hari pembalasan agar kita sentiasa berbuat amal kebaikan sebagai bekalan

h.  Sentiasa berusaha memberi manfaat kepada yang lain.

Sempena tahun baru 2025, marilah kita berusaha menjadi pembuka pintu kebaikan dan sentiasa menutup pintu keburukan.

03hb Rejab 1446H
03hb Januari 2025

Iktibar & Pengajaran

02 Jan, 01:25


Tadabbur Kalamullah 2 Rejab 1446H

وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُدۡخِلَنَّهُمۡ فِی ٱلصَّـٰلِحِینَ

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan)" [Surah al-ʿAnkabūt 9]

#Antara amal soleh yang sangat dituntut untuk dilaksanakan dalam bulan Rejab ialah memperbanyakkan berpuasa dalam bulan Rejab. Hal ini telah dibincangkan dalam tulisan semalam.

#Selain galakan puasa, bulan Rejab juga merupakan bulan untuk umat Islam memperbaiki diri dengan meninggalkan dosa dan kelalaian serta banyakkan bertaubat. Dengan taubat dan meninggalkan dosa, akan menambahkan kekuatan dan keringanan untuk beribadah di bulan Sya'ban dan Ramadhan.

#Kita mesti membersihkan diri dan hati kita sebelum kita memulakan sebarang amalan iaitu dengan membanyakkan istighfar, memohon keampunan kepada Allah swt, bertaubat, berhenti dari berbuat dosa, memperbanyakkan puasa sunat, bersedekah, membaca al-Quran, berzikir, solat sunat dan yang lain-lainnya.

#Zun Nun al-Misri, seorang ulamak sufi telah menyebutkan: "Rejab adalah bulan meninggalkan kesalahan-kesalahan, Syaaban bulan untuk melaksanakan ketaatan dan Ramadhan untuk mencari karamah (kemuliaan daripada Allah swt). Orang yang tidak meninggalkan dosa di bulan Rejab dan tidak melakukan ketaatan di bulan Syaaban dan tidak menunggu-nunggu bertemu bulan Ramadhan maka dia akan termasuk orang-orang yang lalai. Dia juga menyatakan Rejab, bulan menanam benih. Syaaban, bulan untuk menyirami. Ramadhan bulan untuk menuai hasilnya, Semua orang akan menuai apa yang dia lakukan. Dia akan mendapat balasan atas apa yang dia lakukan. Barang siapa yang tidak menanam sesuatu, waktu menanam atau menanam sekadar asal menanam, maka dia akan menyesal dan akan merasakan akibat buruk dari perbuatannya yang buruk itu"

#Jadi, kalau di bulan Rejab, kita menanam dosa dan keburukan, dan tidak berhenti melakukannya, maka di bulan Ramadhan kita akan tetap melakukannya. Jadi bulan Rejab ini adalah kuncinya bulan kebaikan dan keberkatan. Untuk memasuki bulan Syaaban dan Ramadhan, kuncinya di bulan Rejab. Jadi bagaimana kalau kita tidak membuka kunci di bulan Rejab ini dengan amalan kebaikan, apa yang akan jadi dengan bulan Syaaban dan Ramadhan?.

#Jadi, bulan Rejab ini, bulan yang sesuai untuk melakukan semua amalan kebaikan. Apa sahaja kebaikan yang hendak dilakukan di bulan Ramadhan, mulakannya di sini. Bersegera dan jangan menunda-nunda kerana perbuatan menunda-nunda itu, tipu daya iblis, agar akhirnya, orang Islam yang beriman, rugi dan menyesal.

وَسَارِعُوۤا۟ إِلَىٰ مَغۡفِرَةࣲ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِینَ

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa"
[Surah Āli-ʿImrān: 133]

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Ingat! Melakukan sesuatu dosa di bulan Rejab, balasannya berganda!!.. Awas, jangan mengkhianati diri sendiri dengan melakukan dosa dan maksiat. Tinggalkan segala jenis dosa, bertaubat nasuha dan jangan mengulanginya lagi. Jom banyakkan amal soleh di sepanjang bulan Rejab!!

🐊Ust naim

Iktibar & Pengajaran

02 Jan, 01:22


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Zikir Menjauhi Perkara Yang Tidak Diingini


عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَالَ فِي دُبُرِ صَلاَةِ الفَجْرِ وَهُوَ ثَانٍ رِجْلَيْهِ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ كُتِبَتْ لَهُ عَشْرُ حَسَنَاتٍ وَمُحِيَ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ وَرُفِعَ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ وَكَانَ يَوْمَهُ ذَلِكَ كُلَّهُ فِي حِرْزٍ مِنْ كُلِّ مَكْرُوهٍ وَحُرِسَ مِنَ الشَّيْطَانِ وَلَمْ يَنْبَغِ لِذَنْبٍ أَنْ يُدْرِكَهُ فِي ذَلِكَ اليَوْمِ إِلاَّ الشِّرْكَ بِاللَّهِ.

Daripada Abu Dzar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda:

"Barang siapa yang membaca selepas solat Subuh dalam keadaan menyilangkan kedua kakinya (dalam kedudukan tasyahud), sebelum berkata-kata dia membaca: Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah tidak ada sekutu bagi-Nya, semua kerajaan milik-Nya dan bagi-Nya seluruh pujian, Dia yang menghidupkan, serta mematikan, dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu, sebanyak 10 kali, maka tercatat untuknya sepuluh kebaikan dan terhapus darinya sepuluh kesalahan serta diangkat untuknya sepuluh darjat, dan pada hari itu dia berada dalam perlindungan dari segala yang tidak diingini, serta terjaga dari Syaitan, begitu juga tidak layak ada dosa atasnya pada hari itu kecuali syirik kepada Allah."

(HR Tirmidzi No: 3474)
Status: Hassan Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim digalakkan berzikir dan berdoa selepas solat.

2.  Antara zikir yang dianjurkan untuk dibaca selepas solat Subuh dalam keadaan menyilangkan kedua kakinya (dalam kedudukan tasyahud), sebelum berkata-kata yang lain adalah;

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Barang siapa membaca sebanyak 10 kali, maka:

a)  Dicatat untuknya sepuluh kebaikan
b)  Terhapus daripadanya sepuluh kesalahan
c)  Diangkat untuknya sepuluh darjat
d)  Pada hari tersebut dia berada dalam perlindungan dari segala yang tidak diingini
e)  Terjaga dari Syaitan pada hari tersebut
f)  Tidak layak ada dosa atasnya pada hari itu (terampun) kecuali dosa syirik kepada Allah

3.  Orang yang membaca zikir ini selepas solat subuh sebanyak 10 kali dalam keadaan masih duduk seperti tahiyat akhir dan belum bercakap yang lain, maka akan terpelihara daripada sesuatu yang tidak diingini termasuklah pelbagai penyakit juga dilindungi dari mara bahaya yang lain.

Marilah kita mulakan awal tahun baharu Masihi 2025 ini untuk mengamalkan wirid ini selepas solat fardhu subuh juga maghrib. Moga kita sentiasa mendapat kebaikan dan terpelihara dari sebarang keburukan dan dosa.

02hb Rejab 1446H
02hb Januari 2025

Iktibar & Pengajaran

02 Jan, 00:13


002 of 365 🗓 KHAMIS 💕 02 REJAB 1446H 02 JANUARI 2025

~ 58 hari menuju RAMADHAN 1446H

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾

Hirup Udara Pagi Ini dengan Syukur

MasyaAllah, pagi ini kita masih diberi peluang untuk menghirup udara segar yang Allah SWT kurniakan.

Setiap hembusan nafas adalah tanda kasih sayang-Nya kepada kita. Mungkin kita bangun dengan hati yang berat – ada masalah yang belum selesai, hutang yang menekan, atau cabaran hidup yang terasa tidak berkesudahan.

Namun, pagi ini juga adalah peluang baru, ruang untuk kita bermula lagi dengan harapan yang segar.

Hidup ini memang ujian. Setiap kita ada cabarannya. Ada yang diuji dengan kesempitan rezeki, ada yang diuji dengan kehilangan, dan ada juga yang merasa lelah dalam perjuangan hidup.

Tetapi, percayalah, Allah tidak akan membebankan hamba-Nya melebihi kemampuan mereka.

Allah SWT berfirman:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
(Surah Al-Baqarah: 286)

Bagi yang bergelut dengan hutang, ingatlah bahawa setiap sen yang kita usahakan untuk melunaskannya adalah amal soleh yang diberkati Allah.

Doa orang yang berusaha melepaskan dirinya daripada beban hutang adalah doa yang sangat didengar oleh-Nya.

Rasulullah SAW mengajarkan kita satu doa yang indah untuk diamalkan:
"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal sehingga aku tidak memerlukan yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu sehingga aku tidak meminta kepada selain-Mu."
(HR Tirmidzi)

Jika hari ini terasa berat, angkatlah tanganmu, berdoa dengan sepenuh hati. Allah itu dekat, lebih dekat dari urat leher kita.

Jangan malu untuk menangis dalam sujudmu, kerana air mata seorang hamba yang tulus memohon adalah salah satu bukti keikhlasan dan kebergantungan kepada Allah.

Jangan lupa, setiap perjuangan yang kita lalui ada nilainya di sisi Allah. Setiap langkah, walau sekecil mana, setiap doa, walau hanya terbisik di hati, semuanya dihitung sebagai usaha mendekatkan diri kepada-Nya.

Rasulullah SAW bersabda:
"Orang yang paling dikasihi oleh Allah adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain."
(HR Thabrani)

Mulakan hari ini dengan doa. Semoga Allah kurniakan kelapangan rezeki kepada mereka yang sempit, kekuatan kepada mereka yang lemah, dan cahaya petunjuk kepada hati yang gelisah. Ingatlah, kehidupan ini adalah perjalanan, dan apa yang kita lalui hari ini adalah sebahagian daripada rancangan besar Allah yang penuh hikmah.

Bangkitlah pagi ini dengan senyuman dan keyakinan. Walau berat langkah, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama. Bersyukurlah atas nikmat nafas, kerana itu bermakna kita masih ada peluang untuk berusaha, memperbaiki diri, dan meraih reda-Nya.

Semoga hari ini menjadi lebih baik daripada semalam. Semoga kita diberi kekuatan untuk menghadapi setiap cabaran dengan sabar, dan semoga Allah memberikan kita akhir yang baik, di dunia dan di akhirat. Aamiin.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

Iktibar & Pengajaran

01 Jan, 23:22


https://t.me/petikanquote

Iktibar & Pengajaran

22 Dec, 03:05


BACA SETIAP PAGI DAN PETANG

DOA YANG DIWASIATKAN OLEH NABI ﷺ KEPADA PUTERINYA FATIMAH R.A.

Salah satu Wasiat Nabi ﷺ adalah berupa doa yang diberikan kepada Puteri baginda yang tercinta, Fatimah Az-Zahra, terdapat dalam kitab at-Targib wa at-Tarhib karya Imam al-Mundziri:

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda kepada Fatimah radhiyallahu 'anha:

"Tak ada sesuatu yang menghalangimu untuk mendengar wasiat yang aku akan sampaikan, iaitu bacalah ketika waktu pagi dan petang doa ini:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Artinya: “Wahai Yang Maha Hidup, serta Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaiki seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.'

(HR. Imam An-Nasai, Imam al-Hakim)

@kitabdoa 📚📚📚

Iktibar & Pengajaran

21 Dec, 04:33


BACA SETIAP PAGI DAN PETANG

DOA YANG DIWASIATKAN OLEH NABI ﷺ KEPADA PUTERINYA FATIMAH R.A.

Salah satu Wasiat Nabi ﷺ adalah berupa doa yang diberikan kepada Puteri baginda yang tercinta, Fatimah Az-Zahra, terdapat dalam kitab at-Targib wa at-Tarhib karya Imam al-Mundziri:

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda kepada Fatimah radhiyallahu 'anha:

"Tak ada sesuatu yang menghalangimu untuk mendengar wasiat yang aku akan sampaikan, iaitu bacalah ketika waktu pagi dan petang doa ini:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Artinya: “Wahai Yang Maha Hidup, serta Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaiki seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.'

(HR. Imam An-Nasai, Imam al-Hakim)

@kitabdoa 📚📚📚

Iktibar & Pengajaran

21 Dec, 00:31


:الحبيب عبد الله بن علوي الحداد قال
ْدبّر ثم أفعل . فكّر ثم قُل

Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad pernah berkata : "Rencanakan dulu, baru lakukan,
Fikirkan dulu, baru berucap".

📚كتاب الحكم للحبيب عبد الله بن علوي الحداد

Iktibar & Pengajaran

21 Dec, 00:30


Membaca surat 𝗬𝗮𝘀𝗶𝗻 setelah sholat shubuh : " Allah akan mengabulkan segala hajat dunia dan akhiratmu "

Membaca surat 𝗔𝗹-𝗪𝗮𝗾𝗶𝗮𝗵 setelah sholat dhuhur : "Allah akan menjagamu dari kefakiran dunia dan akherat "

Membaca surat 𝗔𝗿-𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 setelah sholat Ashar : " Allah akan mengasihi ( merohmati ) kelemahanmu "

Membaca surat 𝗔𝗱-𝗗𝘂𝗸𝗵𝗼𝗻 setelah sholat maghrib : " 70 malaikat akan berdoa memohonkan ampun untukmu "

Membaca surat 𝗔𝗹-𝗠𝘂𝗹𝗸 (𝗧𝗮𝗯𝗮𝗿𝗼𝗸) setelah sholat Isya' : " Allah akan menjagamu dari siksa kubur "

Semoga Allah Ya Rohim Ya Salaam rezekikan kita dgn amalan yg diterima-Nya. InsyaaAllah ❤️

Iktibar & Pengajaran

23 Nov, 13:21


Allah tabaroka wa ta'ala berfirman :

“(Yaitu) pada hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan HATI YANG BERSIH. Dan (pada hari itu) didekatkanlah surga kepada orang-orang yang bertakwa." (Qs. asy-Syu’ara: 88-90)

@kitabdoa 📚📚📚

Iktibar & Pengajaran

05 Nov, 02:28


Doa tersebut merupakan doa perlindungan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Lengkapnya, hadits ini diriwayatkan dari Abu Hurairah RA:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

A'uudzu bikalimaatillahit-taammaat min syarri maa kholaq

Ertinya: "Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang Dia ciptakan."
(HR. Muslim)

Rasulullah SAW menganjurkan membaca doa ini sebagai perlindungan, khususnya pada waktu malam dan saat berada di tempat baru, agar kita terlindungi dari segala keburukan yang ada di sekitar.

@kitabdoa 📚📚📚

Iktibar & Pengajaran

04 Nov, 22:24


DOSA manusia akan DI AMPUN oleh-Nya apabila mereka menerima seruan atau ajakan orang yang memanggilnya kembali beriman kepada Allah.

Dengan kembali beriman kepada Kitab suci-Nya dan Sunnahturrasulin, mereka akan menjadi satu kaum atau bangsa yang unggul di atas segala bangsa.

Manusia atau suatu kaum itu berdosa akibat mereka telah memilih satu aturan atau sistem yang menjadikan diri mereka bodoh lagi diperbodohkan oleh kehendak hawa nafsu manusia lain yang sewenangnya menetapkan suatu sistem yang bukan menurut kehendak dan perintah Allah tetapi mengikut hawa nafsunya sehingga menjadikan hidup dan kehidupan kaum dan manusia itu berada di dalam azab yang pedih lagi senang di perbudak-budakkan.

Akibat dari mengambil hukum atau aturan atau sistem yang jahil itu, manusia atau kaum itu tidak dapat berkembang dan merdeka.
Mereka akan terus di jajah dan terus-terusan berdosa.

Surah Al-Māʾidah: 50

Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini?

Manusia atau kaum itu di jadikan hamba apabila diri mereka di jajah keseluruhan hidup dan kehidupannya oleh manusia-manusia rakus yang inginkan kekuasaan dan berkuasa sepenuhnya ke atas diri mereka.

Apabila perkara itu berlaku, layakkah mereka menjadi hamba kepada Allah juga ?

Ironinya, mungkinkah manusia akan dapat menjadi hamba kepada 2 kekuasaan di dalam satu masa ?

Apakah mungkin segala amal ibadahnya itu akan di terima Allah sedangkan cara itu mereka mempersekutukan, menduakan, mensyirikkan Dia sebagai yang haq?

Benarkah manusia itu wajib mengabdikan diri hanya kepada Allah ?

Sungguhkah mereka perjuangkan hidup dan kehidupannya itu demi Dia Yang Maha Esa ?

Atau manusia sedang menjadi hamba abdi yang memperjuangkan hidupnya untuk siapa ?

Kaum yang telah berkata beriman kepada Allah dan tidak ada Ilah lain selain Dia Yang Satu tetapi mengikut serta menggunakan pula hukum, aturan atau sistem yang mengatur hidup dan kehidupannya itu dari si penjajah yang berkuasa ke atas mereka, mahu di katakan apa terhadap mereka ?

Apakah itu satu perbuatan dosa terhadap Allah ?

Jadi, bagaimanakah solusinya?

Mari perhalusi ayat di bawah ini semoga mendapat pelajaran bersama.

Surah Al-Ahqaf (46), ayat 31:
Hai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepada-Nya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih.

Setiap umat yang akan di bangkitkan, pasti akan ada sang juruselamatnya.
Hanya waktu yang akan menemukan mereka jika merekalah orang-orang atau kaum yang di kehendaki-Nya.

Tetapi, jika mereka menolak seruan itu, apa pula yang akan terjadi kepada mereka ?

Surah Al-Aḥqāf: 32
Dan barang siapa tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah, maka dia tidak akan dapat melepaskan diri dari siksaan Allah di bumi, padahal tidak ada pelindung baginya selain Allah. Mereka berada dalam kesesatan yang nyata.

Maka, itulah sebenarnya orang-orang yang layak di katakan sesat.

#SeruanKebangkitan
#Expandthethingkingcapacity

Iktibar & Pengajaran

04 Nov, 22:23


DOA SAAT KELUAR MENUJU SUATU TEMPAT

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : "Barang siapa singgah di suatu tempat, kemudian dia mengucapkan:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
A'UUDZU BI KALIMAATILLAAHIT TAAMΜΑΑΤΙ MIN SYARRI MAA KHALAQ,,

Ertinya:

'Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah (kalamullah) Yang Sempurna, dari kejahatan makhluk yang telah Dia ciptakan..'
Niscaya tidak ada sesuatu pun yang akan membahayakannya hingga ia meninggalkan tempat persinggahan tersebut." (HR. Muslim no. 2708)

@kitabdoa 📚📚📚

Iktibar & Pengajaran

04 Nov, 06:31


Moga dikurniakan kita rezeki yang halal lagi berkat. Aamin 🤲🏻

Iktibar & Pengajaran

04 Nov, 06:30


"Percakapan Hari Ini tidak hanya melalui lisan tapi percakapan dengan tangan. Siapa orang yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat bercakap BENAR, bercakap yang BAIK atau DIAM. Tak tahu jangan bercakap. Kalau bercakap itu boleh dinilai dengan perak maka DIAM itu nilainya sama dengan emas"

[Kalam Al Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid]

#TazkiyyatunNufus
#NasihatBuatHati 🤍

Iktibar & Pengajaran

04 Nov, 06:30


Barangsiapa yang menyembunyikan kesusahannya daripada manusia dan menyerahkan segalanya kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan segala keperluan dan redha terhadap dirinya.


https://t.me/luqmandaudchannel

Iktibar & Pengajaran

04 Nov, 06:25


Mujahadah melawan nafsu adalah sesuatu yang berat. Melawannya bukan sehari dua tetapi mungkin sepanjang hidup kita secara maksimal dalam meraih takwa kepada Allah.

Melawannya mesti diiringi dengan doa yang berterusan dan khusyuk kerana tanpa bantuan Allah memang kita tidak mampu menewaskan hawa nafsu yang terus hidup dan dalam pelbagai bentuk ini.

Mungkin doa ini boleh membantu kita untuk mendapat ketakwaan jiwa dalam melawan hawa nafsu yang sentiasa menganggu perjalanan mujahadah kita.

‎اَللّٰهمَّ آتِيْ نَفْسِيْ تَقْوَاهَا وَزَكِّيْهَا اَنْتَ خَيْرٌ مَنْ زَكَّا هَا اَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْ لَا هَا.

Ya Allah, berikan kepada jiwaku ketakwaan. Sucikanlah ia kerana sesungguhnya Engkau adalah sebaik baik Dzat yang menyucikannya. Engkau adalah penolong dan pembelanya.

Iktibar & Pengajaran

04 Nov, 06:21


Terdapat satu doa yang disebut sebagai "ummul doa" iaitu ibu kepada segala doa kerana doa ini merangkumi seluruh kebaikan di dunia dan menjauhkan dari semua keburukan.

Doa yang kerap dibacakan oleh Rasulullah SAW diajarkan oleh Allah SWT menerusi al-Quran yang menjadi mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW. Doa ini disebutkan dalam ayat 201, Surah al-Baqarah.

Luangkanlah sedikit masa untuk membaca doa seusai menunaikan solat, mudah-mudahan kita memperoleh kebaikan di dunia dan di akhirat, Insya-Allah.

@kitabdoa 📚📚📚

Iktibar & Pengajaran

02 Nov, 23:32


Mujahadah melawan nafsu adalah sesuatu yang berat. Melawannya bukan sehari dua tetapi mungkin sepanjang hidup kita secara maksimal dalam meraih takwa kepada Allah.

Melawannya mesti diiringi dengan doa yang berterusan dan khusyuk kerana tanpa bantuan Allah memang kita tidak mampu menewaskan hawa nafsu yang terus hidup dan dalam pelbagai bentuk ini.

Mungkin doa ini boleh membantu kita untuk mendapat ketakwaan jiwa dalam melawan hawa nafsu yang sentiasa menganggu perjalanan mujahadah kita.

‎اَللّٰهمَّ آتِيْ نَفْسِيْ تَقْوَاهَا وَزَكِّيْهَا اَنْتَ خَيْرٌ مَنْ زَكَّا هَا اَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْ لَا هَا.

Ya Allah, berikan kepada jiwaku ketakwaan. Sucikanlah ia kerana sesungguhnya Engkau adalah sebaik baik Dzat yang menyucikannya. Engkau adalah penolong dan pembelanya.

Iktibar & Pengajaran

01 Nov, 07:48


Doa Agar Sentiasa Merasa Cukup

Semoga kita diberikan rasa kecukupan atas rezeki yang diberikan, sesungguhnya harta itu adalah ujian juga.

Maka berikanlah kami rezeki yang menjadikan kami lebih bertaqwa serta dijauhkan daripada sifat tamak.

@kitabdoa 📚📚📚

Iktibar & Pengajaran

31 Oct, 07:10


Jangan pisahkan diri dari zikrulLah. Jangan bercerai dengan zikir. Teruskan berzikir sekalipun hati masih lalai. Mudah-mudahan, asbab istiqomah berzikir sekalipun dengan hati yang lalai akan berpindah hal kepada zikir dengan hati yang hadir.

🤲🏼 ALLAHUMAJ'ALNAA MIN HUM

Iktibar & Pengajaran

31 Oct, 00:34


Ucapan Pagi: Doa Kecukupan Rezeki dan Syukur Setiap Hari

Setiap pagi adalah nikmat baharu daripada Allah SWT. Bangkit dengan kesyukuran dan memohon kecukupan rezeki merupakan tanda kerendahan hati seorang hamba kepada Tuhannya. Dalam kehidupan yang sering diuji, doa adalah senjata yang menguatkan jiwa dan mendatangkan ketenangan.

Berikut adalah doa yang sahih, diriwayatkan dalam Abu Dawud (no. 5084), untuk diamalkan setiap pagi:

Doa Memohon Kebaikan Hari Ini

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذَا الْيَوْمِ فَتْحَهُ وَنَصْرَهُ وَنُورَهُ وَبَرَكَتَهُ وَهُدَاهُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِيهِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ.
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan hari ini: pembukaannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya, dan petunjuknya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan hari ini dan keburukan yang datang selepasnya."

Bersyukur dan Mencukupkan Diri

Setiap rezeki yang hadir, sekecil apa pun, adalah kurniaan Allah SWT. Bersyukur bukan sekadar pada kelimpahan, tetapi juga pada rasa cukup dan tenang dengan apa yang ada. Doa ini membantu kita memohon bukan sahaja rezeki yang zahir, tetapi juga keberkatan dan hidayah agar setiap langkah diberkati.

Ketenangan hadir dalam hati yang bersyukur dan percaya bahawa Allah akan mencukupkan keperluan hamba-Nya. Semoga hari ini kita semua diberi rezeki yang cukup dan hati yang sentiasa bersyukur dalam setiap keadaan.

Amin, ya Rabbal 'Alamin.

___

Dapatkan E-Book Doa, Zikir dan Amalan Murah Rezeki. Semudah buka di smartphone je.

Hanya RM1 sahaja

https://wa.me/60134588163?text=ebookCeramah

Iktibar & Pengajaran

31 Oct, 00:11


MUHASABAH

Hidup adalah sebuah perjalanan
Tidak penting dimana kita bermula
Yang penting ialah dimana kita berakhir

Sepahit apapun kejadian, suatu hari
Nanti ia akan menjadi kenangan.
Seindah apapun kehidupan, suatu hari
Nanti ia akan kita tinggalkan.

Dunia kita kumpul untuk diTINGGALkan...
Akhirat siapkan bekal untuk diDATANGI
Kerana kita akan pulang ke sana.

Bila kita kumpul DUNIA banyak,
Hati akan jadi berat ingin
Meninggalkan dunia...

Sebab CINTA dunia menjadi kuat.
Tambahan pula bila nampak
yang kita kumpul itu menimbun...

Boleh menjadi faktor
Takutkan kEMATIAN.

Tapi bila kita menambah
BEKAL akhirat banyak²
Tak sabar pula ingin pulang
ke akhirat sebab Harta dah
Dihantar banyak ke sana...
Itu yang mati tersenyum gembira.

Kalau telah di hantar amalan dan
Harta pulang ke sana...

Mahligai pun telah tersedia...
Rasa tak sabar ingin pulang ke Akhirat...

Maka pilihlah untuk meninggalkan dunia sebelum kita meninggal dunia dan pilihlah untuk menyelamatkan akhirat sebelum kita pergi ke akhirat dalam keadaan yang tidak selamat.

Wahai orang yang menyibukkan diri dengan Dunia,Yang LALAIKAN DIRINYA dengan Panjang angan-angan

Kematian itu datang dengan Tiba-tiba
Tiada Kira siapa saja bila tiba saatnya
Kita Akan dijemput PULANG


PersiapKanLah BEKALMU

Iktibar & Pengajaran

30 Oct, 23:31


Ibu bapa merupakan individu yang dijadikan oleh ALLAH SWT sebagai penyebab kewujudan setiap manusia di dunia ini. Mereka telah menabur banyak kebaikan dan bakti yang tidak terhitung kepada anak-anak termasuk mendidik dan membesarkan kita sehingga dewasa.

Ibu bapa sanggup bersusah payah dan mengorbankan diri sendiri demi kebaikan anak-anak.

Oleh sebab itu, ALLAH SWT memerintahkan kepada setiap hamba-NYA agar wajib berbuat baik terhadap kedua ibu bapa.

Firman ALLAH SWT: "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-NYA semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu.” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Sentiasa mendoakan ibu ayah kita. Itu tanda kasih dan sayang kita pada mereka.

=========

Iktibar & Pengajaran

19 Sep, 23:52


"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"[Al-Jāthiyah: 23].

4.Orang yang mengatakan bahawa "Tidak Ada Tuhan Selain Allah" tidak menjadikan Syaitan sebagai tuhannya. Maksudnya orang yang "bertuhankan syaitan" sentiasa mengikut kehendak syaitan melakukan pelbagai kejahatan kepada Allah dan kepada sesama manusia.
Kata Junaid al-Baghdadi RHM : “Apabila syaitan mengajak kamu melakukan sesuatu penyelewengan tertentu, tetapi kamu melawannya, dia akan mempengaruhi kamu supaya melakukan penyelewengan yang lain pula. Ini kerana semua pelanggaran ajaran Allah SWT itu sama sahaja baginya. Dia hanya mahu selama-lamanya mengajak kepada penyelewengan apa sahaja. Dan dia tidak mengkhususkan penyelewengan dalam satu perkara dan tidak yang lainnya.”. Oleh sebab seolah Syaitan sebagai Tuhannya, maka dia langsung lupa adanya Allah sebagai Tuhan hakiki kepada semua makhlukNya.

Allah SWT berfirman,
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata" .[Al-Baqarah: 208].

5.Akhirnya kalimah tahlil ini juga menegaskan mengenai tidak menyengutukan Allah. (sama ada dengan perkataan dan perbuatan).Mengatakan bahawa orang tertentu yang membawa rezeki kepada seseorang adalah syirik kepada Allah. Mengatakan bahawa hukum hakam ciptaan manusia adalah terbaik juga adalah menyengutukan Allah. Sifat riak, sum'ah dan ujub juga adalah syirik kepada Allah. Melakukan kebaikan atau amal soleh untuk dipuji juga adalah syirik kecil yang juga bertentangan dengan kalimah tahlil "Tiada Tuhan Selain Allah" kerana mengharap pujian manusia. Justeru dalam hal ibadah Allah SWT menegaskan dengan firmanNya,
قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَيَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلٗا صَٰلِحٗا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدَۢا

Katakanlah (wahai Muhamad) "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".[Al-Kahf: 110]

Tazkirah Subuh.
UMY
16hb.Rabiul Awwal 1446H

Iktibar & Pengajaran

19 Sep, 23:52


🔵 AMALKAN "TAHLIL" DI DALAM HIDUP 🟢

Allah SWT berfirman:
فَا عْلَمْ اَنَّهٗ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ وَا سْتَغْفِرْ لِذَنْبِۢكَ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ وَ الْمُؤْمِنٰتِ ۗ
وَا للّٰهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوٰٮكُمْ

"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)."
(Muhammad : 19).

1.Lazimnya dalam masyarakat Melayu di Nusantara(Malaysia, Indonesia dan Selatan Thailand), apabila tiba malam Jumaat, maka ramai yang membaca tahlil. Lazimnya mereka sebut membaca tahlil untuk arwah orang yang telah meninggal dunia. Kalimah لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ adalah kalimah tauhid yang juga disebut tahlil. Secara bahasa TAHLIL berakar dari kata HALLALA (هَلَّلَ), YUHALLILU ( يُهَلِّلُ ) TAHLILAN ( تَهْلِيْلاً ) yang membawa banyak maksud. Makna yang paling hampir ialah penyembahan, penegasan, kesimpulan dan penafian. Ini diterjemahkan oleh lafaz NAFI ISBAT seseorang melalui bacaan kalimah “LA ILAHA ILLALLAH”. Di situlah seseorang MENAFIKAN adanya ILAH (Tuhan) selain ALLAH dan men'SABIT'kan akidah denganNya.

2.Di dalam hadis banyak fadhilat yang akan diperolehi oleh orang yang menyebut kalimah ini dan menjadikannya sebagai zikir. Orang yang mengucapkan kalimah ini akan masuk ke dalam syurga berdasarkan hadis berikut,
عَنْ مُعَاذَ بْنِ جَبَلٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ كَانَ آخِرَ كَلَامِهِ لَا إِلٰهَ إِلَّا الله دَخَلَ الْجَنَّةَ
"Dari Mu’adz bin Jabal RA ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda, ‘Siapa pun yang akhir ucapannya (ketika menjelang ajal) kalimat La ilaha illallah maka ia masuk syurga’.” (HR Abu Daud). Dalam hadis lain juga

diriwayatkan oleh Imam Abu Daud RHM dalam Sunan-nya di bab talkin melalui jalur Sahabat Mu’adz bin Jabal RA.
يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ خَالِصًا مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِ

“Wahai Rasulullah, Siapakah orang yang paling bahagia dengan mendapatkan syafa’atmu pada hari kiamat?”
Maka Nabi SAW menjawab :

“Orang yang paling bahagia dengan mendapatkan syafa’atku pada hari kiamat adalah orang yang mengucapkan laa Ilaaha Illallaah (tiada Ilah yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah) secara ikhlas dari dalam hatinya”.

3.Apa yang lebih utama membaca kalimah ini bukan semata untuk dapat fadhilatnya tetapi untuk difahami falsafah di sebaliknya dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan harian. Kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ini hendaklah direalisasikan dalam semua bidang kehidupan (ekonomi,politik,perundangan dan sosial).Ikutlah formula Islam yang lengkap.Jadikan Islam yang memimpin maka semua akan dapat keselamatan dan keadilan..Orang yang faham maksud di sebalik kalimah tahlil "Tiada Tuhan Selain Allah" akan menolak semua makhluk yang disifatkan seolah tuhan. Misalnya Taghut. Taghut (Arab: طاغوت , ṭāğūt, j. ṭawāğīt) ialah syaitan, berhala, dan pelbagai kepercayaan dan amalan yang menyesatkan manusia daripada ajaran Islam.Demikian juga manusia menjadikan nafsunya sebagai tuhan. Dia tidak dapat mengawal nafsunya sehingga melupakan Allah. Oleh sebab gagal mengawal nafsu, dia tidak dapat membezakan perkara yang halal dan haram dalam mencari rezeki. Maka kerana nafsu dia melakukan rasuah, mencuri, merompak dan menipu orang lain. Bertuhankan nafsu ini juga adalah Taghut. Firman Allah SWT,
أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٖ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةٗ فَمَن يَهۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Iktibar & Pengajaran

18 Jul, 09:54


Dengan kesabaranya, sang guru mengulang lagi pelajaranya, lalu ditanya kembali, ”sudah faham, belum? Belum.

Berulang diterangkan sampai 39x Rabi’ tidak juga paham.

Rabi' rasa ini telah mengecewakan gurunya dan juga malu pada diri sendiri, maka Rabi’ beringsut perlahan-lahan keluar dari majlis ilmu. Selesai memberi pelajaran Imam Syafii mencari Robi’, melihat muridnya. Imam Syafi'i berkata, ”Robi’ kemarilah, datanglah ke rumahku!”.

Sebagai seorang guru, sang imam sangat memahami perasaan muridnya, maka beliau menjemputnya untuk belajar secara perseorangan.

Sang Imam mengajarkan Rabi’ secara perseorangan, dan ditanya kembali, ”Sudah paham belum ?

Hasilnya? Rabi’ bin Sulaiman tidak juga paham.

Apakah Imam Asy-Syafi’i berputus asa?
Menganggap Rabi’ bin Sulaiman sebagai murid bodoh? Sekali-kali tidak. Beliau berkata,
”Muridku, sebatas inilah kemampuanku mengajarimu. Jika kau masih belum faham juga, maka berdoalah kepada Allah agar berkenan mencurahkan ilmu-Nya untukmu. Saya hanya menyampaikan ilmu. Allah-lah yang sebenar-benar memberikan ilmu dan kefahaman. Andai ilmu yang aku ajarkan ini sesendok makanan, pastilah aku akan menyuapkannya kepadamu.”

Mengikuti nasihat gurunya, Rabi’ bin Sulaiman begitu tekun bermunajat berdoa kepada Allah dengan penuh khusyuk. Ia juga membuktikan doa-doanya dengan kesungguhan dalam belajar. Keikhlasan, kesolehan, dan kesungguhan, inilah amalannya Rabi’ bin Sulaiman.

Tahukah kita? Rabi’ bin Sulaiman kemudian berkembang menjadi salah satu ulama besar Mazhab Syafie dan termasuk sebagai perawi hadis yang sangat disegani dan dipercayai dalam periwayatannya.

Sang slow learner bermetamorfosis menjadi seorang ulama besar.

Inilah hasil dari kesabaran Imam As-Syafie dalam mengajar dan mendidik.

Adakah kita, para guru dan orang tua boleh mencontohi kesabaran Imam Syafie dalam mengajar?

Berapa banyak kita meyakini bahawa sebenarnya tidak ada anak dan murid yang bodoh?

Sudahkan kita, para guru dan orang tua mendoakan anak-anak dan murid kita agar diberi kefahaman dalam pelajaran?

Sudahkan kita, para guru dan orangtua memotivasikan anak-anak dan murid kita agar gigih berdoa kepada Allah Taala?

Source:

https://www.mugtama.com/.../91619-2019-09-08-08-24-56.html
____
Terima kasih utk ingatan ini.

Iktibar & Pengajaran

18 Jul, 09:53


⚙️ Sangat menyentuh hati kita semua pada apa yang ditulis oleh Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib Imam Syafii, bagaimana cara Imam Syafii, sebagai guru mengajar salah satu muridnya yang sangat lamban dalam memahami pelajaran.

Sang Murid itu adalah Ar Rabi’ bin Sulaiman, murid paling slow learner. Berkali-kali diterangkan oleh sang guru Imam Syafii, tapi Robi’ tidak juga faham. Setelah menerangkan pelajaran, Imam Syafii bertanya,

“Rabi’ Sudah faham atau belum ?”
“Belum faham, ”jawab Rabi’.