Alhamdulillah, Culture Selawat 2.0 dapat dijayakan dengan baik pada 12 Jan 2024 (Ahad) bermula jam 8:30 malam sehingga 10:30 malam.
Anggaran kehadiran yang hadir seramai 150 orang. Majlis bermula dengan alunan Selawat Nariyah kemudian diteruskan lagi dengan nyanyian lagu santai dan diselang seli dengan kuiz² berkaitan Nabi SAW dan mengenai kereta sesuai dengan audience yang rata² hadir adalah peminat Motorsport .
Artis Farid Kamil juga turut hadir sebagai tetamu istimewa, kami sendiri terkejut dengan kehadiran Abang Farid idola motorsport untuk memeriahkan lagi majlis ini.
Majlis ditutup dengan Selawat Jibril dan Mahalul Qiyam yang dinyanyikan bersama-sama. Dan juga sesi bergambar beramai-ramai.
Antara feedback yang diberi :
“Biasanya kalau event kereta ada bising² atau buat konvoi laju² tapi event ni lain vibe tenang,selawat dan satu majlis yang padu untuk permulaan tahun 2025 ”
“Majlis ni best! Walaupun santai tapi boleh selawat ingatkan semula pada Agama. Bagus untuk orang muda.”
Ayuh orang muda! Ayuh terus membawa mesej cinta ini🩷🩷🩷
Terus menyebar Rumah Cahaya, Komuniti Cahaya🩷🩷🩷
Untuk pertanyaan berkenaan Rumah Cahaya, sila hubungi:
Kak Rian: 01139179617
Ateh Atif: 0195476337