PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD @pengumumanalirshad Channel on Telegram

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

@pengumumanalirshad


PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD (Malay)

SMKA Al Irshad merupakan sebuah sekolah menengah agama yang terkenal dengan reputasinya dalam memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajarnya. Dengan adanya saluran Telegram rasmi mereka, @pengumumanalirshad, pelajar, ibu bapa, dan kakitangan sekolah dapat mendapatkan akses kepada pengumuman-pengumuman penting berkaitan dengan aktiviti sekolah, jadual penting, dan makluman terkini. Saluran ini memastikan semua pihak yang terlibat dapat berkomunikasi dengan lebih efisien dan mudah. Dari pengumuman tentang program sekolah hingga makluman mengenai pertandingan sukan, @pengumumanalirshad adalah satu saluran yang penting untuk dikunjungi bagi semua yang berkaitan dengan SMKA Al Irshad. Dengan bergabung dengan saluran Telegram rasmi SMKA Al Irshad, anda boleh yakin bahawa anda tidak akan terlepas sebarang pengumuman penting lagi. Jadi jangan lepaskan peluang untuk terus mengikuti perkembangan terkini dan bergabunglah dengan saluran ini hari ini!

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

13 Feb, 06:52


Peraturan Dan Penampilan Diri
Rambut Murid Lelaki yang dibenarkan

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

05 Feb, 07:05


Assalamualaikum..
Arahan Terkini daripada Unit HEM JPNPP.

Pelajar asrama diwajibkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan setiap kali mendaftar masuk ke asrama pada setiap tahun.

Dilampirkan Borang Akuan Kesihatan
dan perlu diserahkan pada 16.2.2025 Ahad semasa pendaftaran masuk nanti.

- Dibenarkan klinik kerajaan@swasta

Harap Maklum

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

16 Jan, 08:00


Assalamualaikum wbt.

# RALAT Perubahan Tempat

PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 2025

Tempat penyerahan wang Bantuan Awal Persekolahan akan di ubah dari kelas ke surau Al-Ansori.

Harap maklum

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

13 Jan, 13:22


Assalamualaikum wbt.

Makluman kepada semua waris Tingkatan 1,2, 3 dan 4

PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) TAHUN 2025

πŸ“Tarikh : 17 Januari 2025 (Jumaat)
πŸ“Masa : 10. 30 pagi
πŸ“Tempat : Kelas masing-masing

πŸ“Waris boleh terus membawa anak pulang termasuk anak yang tinggal di asrama sebaik sahaja selesai urusan BAP.

Terima kasih.

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

03 Jan, 00:39


Assalamualaikum. Berikut adalah tarikh serahan & agihan buku teks SMKA Al Irshad.
Sila patuhi tarikh yg ditetapkan bagi memudahkan urusan

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

31 Dec, 06:30


JADUAL CUTI BERGILIR SEWAKTU UJIAN BERTULIS SPM DAN STPM 2024

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

14 Dec, 00:32


BORANG PENGESAHAN KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

14 Dec, 00:32


MAKLUMAT PENTING

1. Pihak sekolah telah menyerahkan borang secara bercetak kepada semua murid Tingkatan 1,2,3 dan 4.
Murid ASRAMA di beri tempoh pemulangan sehingga Isnin dan Selasa minggu hadapan berikutan jadual penggiliran.
2. Walaubagaimanapun ada beberapa org murid telah dikembalikan borang untuk diisi semula berikutan telah menyerahkan no akaun selain BSN.
3. HANYA AKAUN BSN YANG AKTIF SAHAJA DIGUNA PAKAI SEBAGAI SALAH SATU KAEDAH SERAHAN SECARA KREDIT

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

14 Dec, 00:31


Assalamualaikum wbt
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Mohon perhatian kepada para waris Tingkatan 1,2,3 dan 4

PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025

SMKA AL-IRSHAD
KOD SEKOLAH : PRA 2003

3 KAEDAH SERAHAN


1) Kredit ke Akaun Bank Murid
2) Kredit ke Akaun Ibu Bapa
3) Serahan Tunai

Sekiranya para waris berkehendak untuk serahan secara kredit ke akaun murid/ akaun ibu bapa , bank yang diterima untuk serahan secara kredit adalah BANK SIMPANAN NASIONAL yang aktif sahaja.

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

30 Nov, 09:38


JADUAL PERKAMPUNGAN ILMU AL-FURQAN KALI KE-4
20-22 DISEMBER 2024

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

27 Nov, 09:27


ASSALAMUALAIKUM WBT

✳️ MAKLUMAN USRAH

πŸ“ŒPada minggu ni, usrah nuqaba' dibatalkan memandangkan pelajar form 4 baru selesai program GenMADANI selama 3 hari baru baru ni

πŸ“Œ Mulai minggu depan iaitu sepanjang bulan Disember, pengisian Usrah akan diadakan pada sesi awal pagi mengikut jadual penggiliran yang telah ditetapkan.

Oleh itu semua aktiviti Usrah Banin pada petang Khamis dan Usrah Banat pada tengahari ditiadakan.


🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

20 Nov, 13:09


JADUAL PENGGILIRAN SEMASA UJIAN BERTUTUR BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS DAN AMALI SAINS

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

18 Nov, 01:49


JADUAL CUTI BERGILIR SEWAKTU UJIAN BERTUTUR BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS DAN AMALI SAINS SPM 2024

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

12 Nov, 03:01


PERJUMPAAN WARIS MURID TINGKATAN 3 BERSAMA PENTADBIR

Tarikh : 14 November 2024
Masa : 10.00 pagi
Sasaran : Semua waris dan murid
Tingkatan 3

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

05 Nov, 14:54


ASSALAMUALAIKUM WBT

✳️ MAKLUMAN

πŸ“Œ AKTIVITI USRAH DITANGGUHKAN SEPANJANG TEMPOH PASA & UASA

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

04 Nov, 07:40


Majlis Bacaan Yaasin Solat Hajat dan Liqa' Waris Tingkatan 5

Tarikh. : 5.11.24(Selasa)
Masa. : 9.00 pagi
Tempat: Surau Al-Ansori

Aturcara

9.00 pagi
: Kehadiran waris( Scan QR)

9. 15 pagi
: Solat Hajat dan Bacaan
Yasin (Dipimpin oleh wakil
Kitab)

10.15 pagi
:Taklimat KITAB

10.45 pagi
: Rehat

11.00 pagi
: Pembentangan dan Laporan oleh Pengetua

12.00 tgh
: Bersurai

πŸ“•πŸ“•πŸ“•πŸ“•πŸ“•πŸ“•πŸ“•

Kita mulakan majlis dengan Solat Hajat

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

29 Oct, 05:02


πŸ”΄πŸ”΄ SURAT MAKLUMAN

PERJUMPAAN WARIS MURID TINGKATAN 4 BERSAMA PENTADBIR

Tarikh    : 4 November 2024
Masa     : 9.00 pagi
Sasaran : Semua waris dan murid   
                  Tingkatan 4

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

29 Oct, 04:55


Untuk Makluman Waris

Surat telah diedarkan kepada murid berkenaan.

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

29 Oct, 04:46


πŸ”΄πŸ”΄ SURAT MAKLUMAN

PERJUMPAAN WARIS MURID TINGKATAN 3 BERSAMA PENTADBIR

Tarikh : 14 November 2024
Masa : 10.00 pagi
Sasaran : Semua waris dan murid
Tingkatan 3

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

29 Oct, 03:56


πŸ”΄πŸ”΄ SURAT MAKLUMAN

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT SERTA LIQA WARIS BERSAMA PENTADBIR


Tarikh. : 5 November 2024
Sasaran : Semua murid Tingkatan 5
Waris dan guru

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

29 Oct, 03:51


πŸ”΄πŸ”΄ SURAT MAKLUMAN

PROGRAM JEJAK MENARA 2024

Tarikh. : 9 - 10 November 2024
Tempat : Seri Malaysia Hotel,
Taiping, Perak
Sasaran : Semua Murid
Tingkatan 6
SMKA Al-Irshad

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

29 Oct, 03:45


πŸ”΄πŸ”΄SURAT MAKLUMAN

PROGRAM REHLAH AL-FURQAN 2024

Tarikh : 6 - 7 November 2024
Tempat : Putra Brasmana Hotel,
Kuala Perlis, Perlis
Sasaran : Semua Murid
Tingkatan 5 SMKA
Al-Irshad

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

12 Oct, 09:06


SURAT AKUAN KEBENARAN

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

12 Oct, 09:05


Assalamualaikum wbt

Makluman dan perhatian dari semua waris/penjaga murid SMKA Al-Irshad.

πŸ“Œ Semua murid telah diedarkan Surat Akuan Kebenaran Penjaga untuk rakaman gambar/video/audio murid serta memuat naik ke rakaman media sosial bagi program Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
πŸ“Œ Sehubungan dengan itu pihak tuan dikehendaki memulangkan semula Surat Akuan yang telah lengkap diisi kepada guru kelas masing- masing pada hari ISNIN (14/10/2024)
πŸ“ŒUntuk Murid Asrama yang tidak outing esok borang boleh diserahkan selewat-lewatnya (21/10/2024)

Terima Kasih.

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

09 Oct, 04:16


SANTAI MATEMATIK TINGKATAN 2&3

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

08 Oct, 22:59


JADUAL PERKAMPUNGAN ILMU AL-FURQAN FASA 3

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

27 Sep, 06:44


GERAI BADAN KEBAJIKAN SMKA AL-IRSHAD

Sempena Karnival Kokurikulum 2024.

PELBAGAI ANEKA PAU & DIMSUM

♦️Pau Biasa( 10 biji )
RM 12
Choklat, Ayam, Daging, Kelapa, kcg merah, kaya

♦️Pau Special( 6 biji )
RM15
Cendawan, Durian

♦️Dimsum (15 biji )
RM15
Makanan Laut, Extra pedas, Ayam, Tomyam, Cendawan

Semua Keuntungan akan disalurkan kpd badan kebajikan sekolah.

Waris yg berminat boleh buat tempahan awal bagi memudahkan urusetia melalui whatsapp kepada :

Ustazah Faizah: 0134365146

Sila tulis di whatsapp :
Nama waris :
Nama anak dan kelas :
Nyatakan tempahan:

@ boleh ja datang ke gerai badan kebajikan di gerai no 19.

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

24 Sep, 06:39


β€οΈπŸ§‘πŸ’›πŸ’šπŸ©΅πŸ’™πŸ’œπŸ©·πŸ’œπŸ’™πŸ©΅πŸ’š
Peringatan kepada murid sempena Karnival Kokurikulum SMKA AL IRSHAD 2024

- Semua murid wajib membeli kupon sekurang-kurangnya RM10.
- Kehadiran semua murid pada hari tersebut adalah WAJIB.
- Pakaian murid ialah baju PJ dan tudung putih utk pelajar perempuan.
- Pelajar hanya dibenarkan pulang selepas pukul 12.30 tengah hari.
- ⁠Pelajar tidak dibenarkan membawa Telefon Bimbit

Pesanan daripada Unit Disiplin dan Jawatankuasa Kupon

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

22 Sep, 02:28


Assalamualaikum wbt

MAKLUMAN TENTANG PEMAKAIAN BAJU UNIFORM SEKOLAH BERKUAT KUASA MULAI 23/9/2024

ISNIN
πŸŽ€ Baju Uniform Sekolah

SELASA
πŸŽ€ Baju SBT & Seluar Slack Hitam

RABU
πŸŽ€ Baju Unit Beruniform

KHAMIS
πŸŽ€ Baju Batik Sekolah

JUMAAT:
πŸŽ€ Baju Melayu (lelaki)/ Baju Sekolah

πŸ“ŒPemakaian baju PJ dan kasut sukan tidak dibenarkan kecuali pada hari jadual waktu PJPK sahaja bagi memudahkan pengurusan pembelajaran di sekolah kita.

Harap maklum, terima kasih

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

22 Sep, 00:36


KUTIPAN DUIT KUPON
KARNIVAL KOKURIKULUM SMKA AL-IRSHAD


🍿🍿🍿🍿🍿🍿🍿🍿🍿🍿

Assalamualaikum wbt.

Perhatian kepada semua pelajar SMKA Al Irshad.

♦️SMKA Al Irshad akan mengadakan Hari Kokurikulum pada 28 September 2024 iaitu pada hari Sabtu.
♦️Terdapat banyak aktiviti menarik disediakan dan gerai jualan dibuka untuk semua.
♦️Semua pelajar diwajibkan hadir.
♦️Segala urusan pembelian dan jualan dilakukan dengan menggunakan kupon.
♦️TIDAK DIBENARKAN berurusniaga menggunakan duit ringgit.
♦️Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu membeli 1 buku kupon bernilai RM10 (minimum).
♦️Sila serahkan duit kutipan RM10 tersebut kepada Guru kelas masing-masing selewat-lewatnya Selasa 24/09/2024.

Harap maklum. Terima kasih.

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

21 Sep, 23:27


🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨

PERINGATAN MESRA DARI JAWATANKUASA DISIPLIN ASRAMA

Diharapkan semua waris dan pelajar asrama cakna berkenaan :

1. Masa Masuk Ke Asrama
(Sebelum jam 06.00 petang)


2. Peraturan Pakaian - Berbaju Batik Dan Berkasut Lengkap.

Tindakan akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan tersebut.

Terima kasih.

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

12 Sep, 13:51


Assalamualaikum

MAKLUMAN TENTANG PEMAKAIAN BAJU UNIFORM SEKOLAH BERKUAT KUASA MULAI 23/9/2024

ISNIN:
Baju Uniform Sekolah

SELASA:
Baju SBT & Seluar Slack Hitam

RABU:
Baju Unit Beruniform

KHAMIS:
Baju Batik Sekolah

JUMAAT:
Baju Melayu (lelaki)/ Baju Sekolah

πŸ“ŒPemakaian baju PJ dan kasut sukan tidak dibenarkan kecuali pada hari jadual waktu PJPK sahaja bagi memudahkan pengurusan pembelajaran di sekolah kita.

Harap maklum, terima kasih

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

11 Sep, 14:26


🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨

Assalamualaikum.

Pembatalan Usrah Banin dan Banat.

Memandangkan hari jumaat ini adalah hari terakhir cuti penggal, Usrah Banin (12/9) dan Banat (13/9) dibatalkan untuk memberi laluan kepada persiapan pelajar asrama untuk mengosongkan asrama bagi kegunaan pihak luar semasa cuti.

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

06 Sep, 03:51


JADUAL PERKAMPUNGAN ILMU AL-FURQAN (SIRI 2)

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

01 Sep, 02:25


JADUAL PULANG MALAM DAN OUTING BULAN SEPTEMBER 2024

PENGUMUMAN RASMI SMKA AL IRSHAD

21 Aug, 04:51


πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—
Untuk makluman waris.

Perubahan  PULANG BERMALAM.

Pada 23.8.2024 Jumaat  semua Pelajar asrama  pulang bermalam  sempena Fun Run MPSM 2024
πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—πŸ“—