Razzaaq Ajaq : TIPS @razzaaqajaq Channel on Telegram

Razzaaq Ajaq : TIPS

@razzaaqajaq


Personal experiences, financial and LPPSA tips

Razzaaq Ajaq : TIPS (English)

Are you looking for valuable tips on personal experiences, finances, and LPPSA? Look no further than the Razzaaq Ajaq channel on Telegram! This channel, with the username @razzaaqajaq, is dedicated to providing its members with insightful and practical advice to help them navigate various aspects of life. Whether you're looking to improve your financial literacy, learn how to manage your personal experiences better, or understand the ins and outs of LPPSA, this channel has got you covered

At Razzaaq Ajaq : TIPS, you can expect to find a wealth of information shared by individuals who have firsthand experience in these areas. From budgeting and saving tips to investment strategies and loan advice, this channel offers a diverse range of content that is both informative and actionable. By joining this channel, you can gain access to exclusive tips and tricks that can help you make smarter decisions and achieve your goals

Who is Razzaaq Ajaq? This channel is run by a team of experts who are passionate about sharing their knowledge and expertise with others. With years of experience in personal finance, life experiences, and LPPSA, the creators of this channel are dedicated to providing high-quality content that can help individuals improve their lives and achieve financial success

What is Razzaaq Ajaq : TIPS? This channel is a valuable resource for anyone looking to enhance their understanding of personal finance, life experiences, and LPPSA. By joining this channel, you can connect with like-minded individuals, share your own insights, and learn from others who have been in your shoes. Whether you're a seasoned professional or just starting out on your financial journey, Razzaaq Ajaq : TIPS has something to offer everyone

Don't miss out on the opportunity to join this informative and engaging channel. Follow @razzaaqajaq on Telegram today and start taking control of your financial future!

Razzaaq Ajaq : TIPS

03 Jan, 13:01


Abam memang setuju. Gaji 5k kot. Paling kurang memang patut kereta Honda atau Mazda.

Kalau jenis yang sukakan cabaran sikit pakai Merz atau BMW. Gaji 5k kot.

Kalau pula jenis sukakan ujian dan tak suka tidur malam boleh pakai Range Rover atau Audi.

Bila lagi nak reward diri dan anak isteri. Jangan jadi zalim macam abam ni cakap.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

03 Jan, 13:01


https://www.facebook.com/share/p/1Cy8XKHh2L/?mibextid=wwXIfr

Razzaaq Ajaq : TIPS

03 Jan, 02:19


Semalam dan Hari ni.

OPR ni ibarat panduan untuk bank di Malaysia tetapkan kadar pinjaman mereka.

Lagi tinggi OPR, lagi tinggi lah kadar pinjaman.

Kalau turun makan turun lah bayaran bulanan. Jangkaan mereka turun 0.25.

- Sebelum OPR turun
Kadar Pinjaman Rumah = 4.5%
RM400,000
Bulanan : RM1893

- Lepas OPR turun
Kadar Pinjaman Rumah : 4.25%
RM400,000
Bulanan : RM1831

Bayaran bulanan pinjaman turun laa RM60 sebulan.

Dan ni bukan untuk yang dah ada pinjaman rumah sahaja. Untuk yang baru nak buat pinjaman pun akan dapat kadar yang baru ni.

Tapi tulaa Bank Negara kata kekal pula.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

03 Jan, 02:19


https://www.facebook.com/share/18P8PoXGKc/?mibextid=wwXIfr

Razzaaq Ajaq : TIPS

02 Jan, 23:48


'Bang saya nak beli kereta tapi ikat 'loan' 9 tahun boleh ke?'

Boleh tak ada masalah. Ikut situasi seseorang.

1. Kalau buat pinjaman 9 tahun, bank akan nampak komitmen bulanan kita rendah.

Jadi kalau nak beli rumah mungkin lepas lagi.

2. Kalau buat pinjaman 5 tahun pula, pinjaman selesai lebih awal, jimat interest.

Dan tak perlu topup kalau terpaksa jual lepas 3-4 tahun ke.

Tapi yang biasa orang buat, bila bulanan dah rendah ni alang-alang ambil kereta mahal sikit laa.

Baik-baik nak ambil Myvi, terus rasa mampu nak ambil Jazz bila buat pinjaman 9 tahun. Beza RM100 lebih je kot.

Pinjaman 9 tahun tu untuk kurangkan komitmen bulanan. Nak guna untuk beli rumah pula nanti. Bukan untuk beli kereta lebih mahal.

Ada duit lebih bulanan, laburkan nanti buat penyelesaian awal kereta tu. Dapat rebat.

Kalau boleh ikut rule harga kereta sama dengan gaji setahun. Dan buat pinjaman hanya 5 tahun saja.

Kalau dah ada family kecil, beli laa kereta walaupun kecil dan kumpul duit cepat-cepat untuk rumah pula.

Tak semua orang perlu ikut cara ni. Tapi kalau korang boleh bayar tunai tanpa pinjaman. Beli saja.

Bila bayaran untuk pinjaman kereta tak banyak boleh guna untuk buat simpanan, melabur atau beli rumah.

Razzaaq Ajaq
#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

31 Dec, 07:35


https://www.facebook.com/share/p/1BdHkcq7hn/?mibextid=wwXIfr

Razzaaq Ajaq : TIPS

30 Dec, 00:42


Jutawan Makan Gaji

“Kalau gaji suami 5k, isteri gaji 2k?”

“Kos sara hidup tinggi wei.”

“Suami gaji 3k, isteri suri rumah macam mana?”

Kadang bukan pasal berapa gaji sebab ramai yang gaji lagi tinggi dari ni pun tak mampu buat macam ni.

Dapat pasangan yang memahami pun rezeki. Sama-sama faham apa nak capai.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

30 Dec, 00:42


https://www.facebook.com/share/p/15vEFtFZNN/?mibextid=wwXIfr

Razzaaq Ajaq : TIPS

29 Dec, 07:02


Bayangkan kalau beli 5 buah rumah. Dah berapa dah tu. Paling kurang 100k setahun extra income. Sebulan 8k. Fuhh.

Cuba kirakan 20% return tu dari downpayment, rental, atau kenaikan harga rumah.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

29 Dec, 07:02


https://www.facebook.com/share/p/19qQtBwxnu/?mibextid=wwXIfr

Razzaaq Ajaq : TIPS

25 Dec, 04:38


Untung sikit laa 5.75% tolak zakat 2.5%. Tinggal 3.5% je dividen ASB.

Zakat ASB yang dirisaukan padahal banyak lagi zakat lain yang ada.

Ni dah nak habis tahun ni. Dah kira belum zakat tahun ni. Yang naik gaji sspa, yang dapat bonus tu pun jangan lupa.

Kalau Rm100,000 baru Rm2500 je zakat. Boleh tolak tax lagi nanti.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

25 Dec, 04:38


https://www.facebook.com/share/p/1HyWc8Ss6r/?mibextid=wwXIfr

Razzaaq Ajaq : TIPS

24 Dec, 03:44


Pulangan ASB untuk tahun 2024.

5.75%

Kalau ada simpanan Rm100,000 dalam ASB.

Jumlah dividen = Rm5750
Sebulan = Rm479

Ok laa kan sebulan hampir Rm500 dividen.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

24 Dec, 03:44


https://www.facebook.com/share/p/19cwS9qhCs/?mibextid=wwXIfr

Razzaaq Ajaq : TIPS

22 Dec, 01:43


BMW + Diesel

Reliable dan tahan lasak. Kalau mampu nak jaga maintenance dia memang lama boleh pakai. Minyak pun jimat.

Maintenance pun tak mahal sangat sebenarnya. Tips dia jangan salah pilih kedai dan tahu apa nak kena dan perlu tukar.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

22 Dec, 01:43


https://www.facebook.com/share/p/15k5nf8kk9/?mibextid=wwXIfr

Razzaaq Ajaq : TIPS

11 Dec, 01:22


Kereta masih ada plastik lagi pun dah kena lelong.

Banyak dah tu harga turun.

Isu dia sekarang ni dah makin banyak kereta yang masih agak baru kena lelong. Motor pun sama.

Kadang tu roadtax tahun pertama pun tak mati lagi dah kena lelong.

Antara punca memang harga kereta kita mahal.

Pinjaman pula boleh buat tempoh lama dengan ‘interest’ pun tinggi.

Tambah lagi kiraan pinjaman guna rule 78 yang agak berat sebelah. Kalau awal-awal tu dah kena tarik, baki hutang confirm banyak lagi.

Ni pula dengan lambakan model kereta baru yang dah terlalu banyak tambah lagi EV dan PHEV yang murah-murah.

Proton x50 yang hightech tu baru 3 tahun lancar pun dah rasa ketinggalan dengan spec kereta baru sekarang.

Jadi bukan kata jangan beli kereta. Cuma belilah kereta yang betul-betul mampu.

Percayalah, kereta hebat macam mana pun kalau tak boleh nak bayar memang tak best bawa. Silap-silap tengok pun tak nak dah.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

11 Dec, 01:22


https://www.facebook.com/share/1FhzdV1fN8/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

06 Dec, 00:06


Selamat pagi suami-suami sekalian.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

05 Dec, 01:07


https://www.facebook.com/share/p/19eg42cbzQ/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

03 Dec, 00:45


Kalau nak poligami, itu hak dan pilihan masing-masing. Tapi, bila dah mula bandingkan dengan monogami, terasa macam tak adil pula.

“Macam lah yang isteri seorang tu boleh jamin bahagia.”

Eh, siapa pula cakap monogami tu confirm bahagia? Yang poligami pun tak confirm bahagia, kan?

Dah samakan perkahwinan macam beli kereta pula.

“Kau pakai kereta tu belum tentu tak rosak.”

Nak membenarkan pilihan dia dengan jatuhkan pilihan orang lain.

Tak kiralah monogami ke poligami, masing-masing ada cabaran.

Tapi tak dinafikan, pengurusan hati tu level lain punya cabaran.

Jadi, tak perlu kot bandingkan macam ni. Setiap orang ada jalan hidup masing-masing.

Nak monogami, buatlah sebaiknya. Nak poligami, bersiap sedialah dengan ilmu dan tanggungjawab.

Paling penting, tak payah kecam pilihan orang lain. Fokus betulkan kapal sendiri dulu sebelum komen kapal orang lain bocor ke tak.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

03 Dec, 00:45


https://www.facebook.com/share/p/19zNQmjtjB/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

30 Nov, 02:50


Kos beli kereta bukan harga dia saja.

Yang kita nampak Honda Civic RS : RM150,000

Yang kita tak nampak =
• Interest pinjaman : RM4,050
• Susut nilai : RM22,500
• Servis etc : RM1,500
• Cukai Jalan : RM90
• Insuran : RM4,200

Kos setahun: RM32,340 atau sebulan RM2,695

Ni belum masuk bayaran bulanan dan minyak. 🥹

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

30 Nov, 02:50


https://www.facebook.com/100000523031405/posts/pfbid024M6dYp3bE7gcPcVsZoQyWkcTt9vE766LQYRLQ26UD8xeSJkd6vBKZKofFCxHtGa7l/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

27 Nov, 02:20


Soalan :

Saya ada LPPSA yang masih berbaki 10 tahun lagi. Dan saya pencen lagi 6 tahun. Saya ada hasrat nak pencen lagi awal. Adakah perlu saya bayar lebih atau tunggu pencen bayar guna duit gratuiti?

1. LPPSA ni pembiayaan rumah untuk penjawat awam. Pencen 6 tahun baki hutang 10 tahun.

Lebih umur pencen sebab LPPSA kalau ambil pencen boleh biaya sampai umur 90 tahun.

2. Gratuiti tu ganjaran perkhidmatan untuk penjawat awam. Ada juga ganjaran tunai cuti yang tak digunakan. Ratus ribu biasa jumlah ni.

3. Jawapan atas tu kata simpan gratuiti dalam Tabung Haji. Lepastu bayar principal guna dividen. Rekod dividen TH 6 tahun lepas semua bawah 4%.

LPPSA pula 4%. Jadi kalau simpan TH dan bukan selesai hutang yang lebih tinggi tak sesuai.

Kena ingat dividen tak tetap. Kadar hutang 4% tetap. Kalau selesai hutang ‘guarantee’ jimat 4% ‘interest’.

4. Lagipun lepas pencen baki tempoh 4 tahun saja. Bahagian principal dah banyak. Jadi baki sepatutnya sikit je.

5. Tapi tu antara pilihan. Penjawat awam ni ada pencen. Kalau dia tak selesaikan pun LPPSA masih tolak pencen bayar hutang.

6. MRTT pun ada cover penuh untuk baki hutang LPPSA tu.

7. Situasi ni ada sedikit berbeza dengan swasta atau pinjaman bank. Tapi tak banyak pun. Pilihan tetap ada.

Cuma terpulang pada pilihan kita. Kadang tu setttle hutang lagi bagus dari ada simpan tunai tu. Nanti takut tahu-tahu je habis.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

27 Nov, 02:20


https://www.facebook.com/share/p/1BCD2ABQH2/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

26 Nov, 04:10


https://www.facebook.com/share/19hHj37Cab/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

25 Nov, 12:16


Kalau simpan 5700 setiap bulan pula labur dapat bersih 2.5% setiap tahun.

Total simpanan akan ada Rm364k. Gituuu

Razzaaq Ajaq : TIPS

25 Nov, 12:16


Kalau loan 400k sebulan 1900 untuk 35 tahun.

Kalau tiap tahun bulan bayar extra 2 bulan payment.

5 tahun je selesai hutang rumah. Jimat 30 tahun dan interest 348k.

Total bayar 446k saja anggaran.

Razzaaq Ajaq : TIPS

25 Nov, 12:16


Tadi ada nampak reels abam Faizan Dasuki cara dia nak selesaikan pinjaman rumah dia bawah 10 tahun.

Cara dia :
1. 2-3 kali bayaran bulanan rumah simpan tempat yang bagi pulangan 4-5%.

2. Lepas beberapa tahun cukup je jumlah dia terus selesaikan baki hutang rumah dia.

Ada pula yang komen kalau gaji 3K macam mana pula nak bayar 2-3 kali ganda.

Ni cara dia, awak jangan lurus sangat. Semestinya income dia lebih dari tu dan dia ada income lain juga.

Cara dia tu sesuai untuk dia sebab dia perlukan liquidity tu atau bila-bila masa dia boleh guna tunai.

Kalau dia bayar pada pinjaman rumah tiap-tiap bulan extra tu boleh juga. Dia akan dapat guarantee saving interest rumah 4.5% tu.

Tapi duit dia ‘stuck’ pada pinjaman rumah tu. Sama juga rumah habis bayar pun. Kita ada aset tapi tak liquid. Tu saja.

Kalau simpan dan labur. Pulangan 5% lebih dari ‘interest’ pinjaman rumah tapi untuk muslim ada juga zakat kena tolak. Jadi effective return tu boleh jadi lagi rendah. (Bayar zakat bukan isu)

Ada juga yang buat dua-dua cara. Settle hutang dan simpan tunai. Hutang cepat settle. Tunai pun ada, untuk kecemasan. Dua-dua cara hati tenang.

Dan semestinya sebelum selesai hutang rumah ni kena lah selesai hutang-hutang ‘interest’ tinggi lain dulu.

Kad kredit tu baiklah selesaikan dari pening fikir nak invest kat mana.

Apa-apa cara pun boleh ikut individu yang tak ok kalau hutang dah selesai pergi tambah lagi hutang jahat.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

25 Nov, 12:15


https://www.facebook.com/share/p/17vLVGZ2uN/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

24 Nov, 04:59


Gaji 5k kot. Paling kurang patut kereta Honda atau Mazda.

Kalau hidup tu sukakan cabaran sikit pakai Merz atau BMW.

Kalau pula jenis sukakan ujian dan tak suka tidur malam boleh pakai Range Rover atau Audi.

Kalau nak makan luar tiap hujung minggu. Lepastu ambil sotong kat mamak tak tanya harga, barulah pakai kelisa secondhand tu.

Setiap orang berbeza “keperluan”. Pilih ujian mana yang kita nak.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

24 Nov, 04:59


https://www.facebook.com/share/p/17s81sBJtZ/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

20 Nov, 02:14


Jom follow saya juga di thread. Boleh baca di sini. 👇🏻

https://www.threads.net/@razzaaqajaq/post/DCk3SgHyq4M?xmt=AQGzJkVQnJSOhKCzpqS00QvnwQBbq490TdRaMysSDH3c3A

Razzaaq Ajaq : TIPS

18 Nov, 03:08


Ni haa bulanan kalau buat 8k withdraw sploan. Bulanan 453 je utk 2 tahun. 🥹

Razzaaq Ajaq : TIPS

18 Nov, 03:07


Shpe loan tu korang tahu tak berapa % interest dia?

31% je effective rate dia.

Razzaaq Ajaq : TIPS

18 Nov, 03:07


Baca pun dah rasa berat tengokkan komitmen macam ni.

Gaji bawah Rm3000

spay dan Lain Rm420
PL Rm860
Rumah Rm1500
Jumlah :Rm2800

Tak banyak boleh buat kalau komitmen dah paras gini.

1. Adjust dan rekod belanja. Berjimat dan beringat.

2. Bincang dengan bank untuk repayment, AKPK boleh bantu. Tapi jangan sampai dah nak kena lelong, dah terlambat.

3. AKPK boleh bantu tapi bukan tak perlu bayar hutang.

4. Cari income tambahan.

5. Jangan tutup hutang dengan hutang.

6. Jual rumah secepat mungkin kalau boleh, lebih dari 50% income dah tu. Belum layak sepatutnya.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

18 Nov, 03:07


https://www.facebook.com/share/1Av2FFTkrm/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

18 Nov, 01:33


Ada plan nak beli rumah? Ni rujukan mudah untuk saiz.

Apartmen/Kondo/Flat:
400-500 sqft: Kecil (Studio)
800-900 sqft: Sederhana (standard)
900-1000+ sqft: Besar

Rumah Teres (Lebar):
16-18 kaki: Kecil (1-2 kereta)
20 kaki: Sederhana (2 kereta)
22+ kaki: Besar

Rumah Teres (Panjang):
60 kaki ke bawah: Pendek
65-70 kaki: Sederhana
75+ kaki: Panjang

Keluasan Binaan (Rumah 2 Tingkat):
1500 sqft ke bawah: Kecil
1550-1750 sqft: Sederhana
1800-2000+ sqft: Besar

Ada yang kata saiz rumah sekarang makin kecil tapi makin mahal. Betul ke?

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

18 Nov, 01:33


https://www.facebook.com/share/p/1XYpyvekwV/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

16 Nov, 02:03


Plan untuk lelaki serendah RM36 dah boleh sediakan pampasan sebanyak Rm50,000. Nak tambah lagi akan datang pun boleh tak ada masalah.

Boleh terus ws saya untuk tahu lebih lanjut ya.

wasap.my/60126427280/HibahTakaful

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

16 Nov, 02:01


Ni True Story. Suami buat hibah takaful atas nama isteri dengan sum covered RM1,000,000. Baru 2 tahun je buat Hibah Takaful ni. Kemudian suami meninggal.

27 Oktober 2021 beliau meninggal. 3 November 2021 Claim RM1,000,000 approved! Kejap je. Dalam 7 hari pampasan dah masuk akaun isteri.

Syukur isteri bila duit RM1Juta masuk akaun. Dari duit inilah isteri dapat survive nak bayar hutang2, pendidikan anak2 dan komitmen bulanan. 🤲🏻

Razzaaq Ajaq : TIPS

16 Nov, 02:00


https://www.facebook.com/share/p/1KzqWf2aAp/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

15 Nov, 08:51


Cantik BYD baru ni. Power dah macam Ferrari pula tu. Tapi bila kira berapa kita kena bayar untuk kereta ni.

Pinjaman kereta : RM200,000
Tempoh : 9 tahun (3%)

Sehari : RM78 Interest : RM17
Sebulan : RM2351 Interest : RM500
Setahun : RM28,222 Interest : RM6,000
9 tahun :RM254,000 Interest : RM54,000

Kereta ni parking kat rumah pun bayar Rm78 sehari.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

15 Nov, 08:51


https://www.facebook.com/share/1H3dfcAm24/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

15 Nov, 01:04


Gali lubang tutup lubang. Guna hutang tutup hutang.

Kalau kadar personal loan rendah begini biasanya penjawat awam.

Kita selesaikan hutang bukan tukar hutang.

Kalau hutang kereta 3.2%, hutang personal loan 3%. Perbezaan untuk tempoh yang sama kalau 9 tahun hanya 900. Sikit sangat bezanya.

Kalau dah bayar kereta 5 tahun, nak tutup guna personal loan buat tempoh 5 tahun juga. Lagi sikit perbezaannya. Bagi saya sangat tak berbaloi.

Letak target untuk selesaikan hutang bukan jimat ‘interest’ saja.

Kalau selesaikan hutang kereta awal pun akan dapat rebat. Lebih baik dari tukar dengan hutang lain.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

15 Nov, 01:04


https://www.facebook.com/share/p/14ybEjtbab/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

14 Nov, 04:03


Rumah ni bukan sekadar empat dinding dengan bumbung.

Dulu-dulu orang tua kita anggap rumah itu “destinasi hidup”. Kau kerja keras, kumpul duit bertahun-tahun, beli rumah, settle down.

Tapi zaman sekarang, konsep tu dah mula berubah, terutama untuk orang muda.

Bagi mereka, rumah bukan lagi sekadar harta yang mesti wajib ada.

Ada yang lebih utamakan pengalaman hidup. Travel, invest untuk diri sendiri, explore dunia luar.

Bagi sesetengah orang, menyewa tak bermaksud gagal, itu adalah fleksibiliti.

Ada juga yang rasa beli rumah dengan harga sekarang, yang makin menggila, bukan jalan bijak kalau bakal buat hidup tercekik setiap bulan.

Tapi, jangan salah faham. Ada rumah sendiri tetap impian ramai. Cuma cara kita pandang benda ni dah berbeza.

Kalau ada peluang, mampu, dan sesuai dengan keperluan, belilah rumah.

Tapi kalau belum, jangan paksa diri sampai sengsara. Rumah ni tak patut jadi beban.

Lebih penting, jadikan tempat kau tenang, bebas stress, dan boleh bina hidup ikut rentak sendiri.

So, apa-apa pun matlamat kau, jangan risau sangat tentang pilihan. Rumah kau, cara kau, journey kau. Yang penting, kau yang buat pilihan.

Credit gambar : Dr Azizul Azli Ahmad

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

14 Nov, 04:03


https://www.facebook.com/share/p/1FmSgUsWv2/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

14 Nov, 00:36


Beli kereta jangan “Full loan” atau pinjaman lama sangat terutama kereta mewah. Kita ambil contoh BMW 530i.

Nilai kereta :
Tahun-1 RM400K
Tahun-2 RM320K
Tahun-3 RM250K
Tahun-4 RM200K
Tahun-5 RM160K
Tahun-6 RM120K

Pinjaman 9 tahun (0 deposit)
Baki hutang :
Tahun-1 RM400K
Tahun-2 RM381K
Tahun-3 RM326K
Tahun-4 RM272K
Tahun-5 RM217K
Tahun-6 RM163K

Tahun ke 6 kalau nak jual pun masih kena tambah duit Rm43K.

Nak beli kereta boleh ikut cara ni, beli tunai atau minimum deposit 20% pinjaman 5 tahun saja.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

14 Nov, 00:36


https://www.facebook.com/share/p/12E4w6X8Fob/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

13 Nov, 03:07


PayLater ni macam pisau bermata dua. Kalau kau guna betul, memang best.

Boleh beli barang keperluan, settle dulu dan bayar pelan-pelan kemudian.

Bayangkan, tengah bulan duit dah hujung-hujung tanduk, tiba-tiba ada kecemasan. PayLater boleh jadi penyelamat.

Tapi, masalah timbul bila kita main guna sana sini tanpa kira kemampuan.

Bila hujung bulan, kau sedar hutang dah bertimbun, dan kadang-kadang ada caj denda lagi.

Jangan sampai “bayar nanti” bertukar jadi “susah nanti.”

Gunakan dengan bijak. Ada bajet, tahu keperluan, dan bayar on time.

Guna PayLater, bukan “pay forever”.

Lagi bagus tak guna langsung. Walaupun kau tahu kau mampu.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

13 Nov, 03:07


https://www.facebook.com/share/v/1JMYFFmVwG/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

12 Nov, 00:51


Ada yang mampu beli rumah waktu muda. Ada yang bila umur dah lanjut baru mampu beli rumah.

Ansuran bulanan jangan lebih 35% gaji.

Kalau gaji RM6000 x 35% = RM2100 (ansuran bulanan)

RM2100 x 200 = RM420,000 (harga rumah)

Beli rumah untuk duduk sendiri ni biasanya lagi susah nak pilih. Ada emosi dan impian yang terlibat.

Jangan sampai jadi beban.Begitulah..

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

10 Nov, 00:30


“Kereta aku jimat minyak. Aku isi Rm50 boleh pakai seminggu.”

Selalu sangat dapat jawapan macam ni bila tanya pasal jimat ke tak minyak kereta.

Dia ingat jarak seminggu dia jalan dengan jarak kita jalan sama kot. Geram je.

Ni ha ada app untuk tengok berapa banyak kita isi minyak kereta dan berapa jimat kereta kita.

Bestnya app ni dia akan kira berapa semuanya untuk kita. Berapa banyak minyak kita guna setiap kali isi minyak. Untuk kereta EV pun ada guna kwh.

Berapa kos bulanan, tahunan dan banyak lagi. Siap ada carta dia ringkaskan untuk kita.

Ni bawah ni perbezaan guna skuter 150cc dan perodua 1300cc. Kos purata skuter sebulan Rm56, perodua pula sebulan Rm130.

Jadi kita nampak la beza 3 kali ganda tu.

Tak ada lagi kira minyak guna hari, guna perasaan dan ikut rasa. Yang best boleh tengok kos bulanan kita.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

10 Nov, 00:30


https://www.facebook.com/share/p/1BFzksrKcR/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

07 Nov, 13:33


Tahun ni rasanya ni EV kedua yang saya jumpa masuk lelong.

EV brand lain tak jumpa lagi. Jumpa Tesla je. Model X ni Tesla tak bawa masuk secara rasmi. Jadi harga dia kita boleh agak jela.

Macam Model 3 Standard harga lebih kurang $40k USD. Jadi bila convert lebih kurang Rm176K. Harga kat sini rasmi pun Rm181K.

Jadi tak jauh beza laa. Kalau kita guna model 3 ni sebagai rujukan.

Model X 75D ni yang paling rendah spec rasanya. Harga baru tahun 2018 lebih kurang $85K USD. Jadi kat sini lebih kurang Rm375K laa harga kereta ni.

Harga lelong ni belum harga akhir lagi. Mungkin lagi rendah mungkin lagi tinggi. Tak ada orang bid dia turun lagi.

Kalau harga baru Rm375K, harga lelong Rm150K. Turun Rm225k atau 60% lepas 5 tahun. Hampir sama susut macam kereta petrol Merz atau BMW laa.

Tapi tulaa, EV dah 5 tahun ni. Ok lagi ke kalau beli terpakai. Bateri dia kena tukar masa tahun atau km ke berapa?

Kalau harga bateri seram. Jadi macam audi hybrid atau merz diesel hybrid tu usedcar pun risau nak ambil.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

07 Nov, 13:33


https://www.facebook.com/share/p/1GzMFpgEon/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

06 Nov, 00:34


Posting kereta EV semalam ramai yang setuju dan ada juga yang tak setuju.

Ada juga kata kereta petrol pun drop harga juga.

Yang kata kereta petrol, kereta europe, kereta proton etct tu pun drop banyak juga. Ni ada dah saya siap kira.

Beza dia kereta lain tu susut 50% lepas 5 tahun. Ev ni baru setahun drop 50%.

https://www.facebook.com/share/Qqr9dRQNdXwAKPGG/?mibextid=WC7FNe

Nak beli juga silakan. Tak ada yang halang. Kita yg bayar pakai duit kita. Cuma kena hadap jela kan susut nilai tu.

Razzaaq Ajaq : TIPS

05 Nov, 05:03


“Ev ni kan dah jimat tak perlu isi minyak.”

Saya dua tahun isi minyak kereta 60ribu km dah jalan jumlah isi minyak Rm14ribu. Masih kurang dari rugi susut nilai Rm63k. Hurm 🥹

Razzaaq Ajaq : TIPS

05 Nov, 03:52


Kalau susut nilai Rm63k tu korang beli emas tahun 2023. Korang dapat 242g emas.

Sekarang value emas tu dah jadi Rm93k. Naik Rm30k setahun je wak. Hurmm

Ps sy bukan ejen emas

Razzaaq Ajaq : TIPS

05 Nov, 03:29


Dah mula ke ni? Harga baru Rm150K saja. Lepas setahun tinggal ni saja harga kedai jual.

Setahun turun Rm63K. Sebulan hilang Rm5k nilai kereta.

Bayar kereta pinjaman 9 tahun pun sebulan baru Rm1700. Kereta susut nilai Rm5k sebulan wak.

Pinjaman 9 tahun ni baru bayar setahun. Baki hutang ada Rm137K lagi. Jadi nak jual kereta kena topup Rm50k pula.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

05 Nov, 03:29


https://www.facebook.com/share/p/EpuKDiSRxzVvSw3x/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

01 Nov, 13:34


Rm2 juta pada umur 35 tahun. Hanya dengan menyimpan.

Dividen tahunan dia saja di EPF lebih kurang Rm120,000 atau Rm10,000 sebulan.

Dah hampir jadi golongan T15 dari dividen saja.

Kalau dia tak tambah lansung jumlah simpanan dia sekarang.

Selepas 12 tahun Rm2 juta di EPF dia akan jadi 2 kali ganda ke Rm4 juta.

Pada umur 50 tahun, dia akan ada hampir Rm5 juta iaitu Rm4.79 juta. Dividen tahunan lebih kurang Rm280,000 atau Rm23 ribu sebulan.

Tu kalau dia tak tambah. Tapi sekarang dia carum sukarela maksimum yang dibenarkan Rm100,000 setiap tahun.

Gaji dia saya baca komen lebih kurang Rm50,000 sebulan. Jadi jumlah caruman dia dan majikan lebih kurang Rm12,000 setiap bulan.

Jadi setiap tahun dia simpan di EPF Rm240,000.

Pada umur 50 tahun dia akan ada hampir Rm11 juta. Dividen tahunan dia saja di EPF nanti Rm660,000 atau Rm55,000 sebulan

Tak mustahil tapi tak juga mudah. Yang kata gaji dia besar, bolehlah. Gaji kecil pun boleh. Cuma jumlah je berbeza wak.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

01 Nov, 13:33


https://www.facebook.com/share/zh7myVpLw2EzrdnM/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

28 Oct, 01:24


Nasihat dari orang lama. Senang cerita kalau tak mampu jangan beli.

Sahabat saya ada cerita tentang client dia. Pendapatan bulanan lebih Rm50,000. Bonus setahun biasa 3-4 bulan.

Kerja makan gaji. Duduk rumah harga berjuta. Ada juga beberapa kereta sport. Ada beberapa rumah lain.

Tapi setiap bulan akan swipe kad kredit. Katanya dia suka travel dan shopping. Jadi gaji dia walaupun tinggi jadi tak cukup.

Ramai ingat gaji besar mesti dapat simpan atau labur banyak. Tapi selalunya tak.

Gaji besar tu bagus tapi kalau tak pandai urus lagi dalam dia jatuh.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

23 Oct, 01:29


Dah pernah tulis sebelum ni. Bayar hutang rumah atau labur. Rumah tu rate 3.5%. Skrg 4.xx%. Ermmm

Patut labur ke bayar hutang rumah?

Razzaaq Ajaq : TIPS

23 Oct, 00:24


Ni ada yang tulis posting saya tentang cara jimat bayaran rumah ni tak sesuai sebab terlalu ‘general’.

Ni posting tu

https://www.facebook.com/share/an5CsGVxEveXN3Mt/?mibextid=WC7FNe

Kalau dia baca posting saya tu dia patut tahu ‘general advice’ banding ‘specific advice’ yang dia bagi tu tak sesuai dengan posting saya.

Posting saya tentang LPPSA tu kalau nak jimat ‘interest’ dan selesai awal kena bayar minimum 6 bulan.

1. Jadi saya tulis kalau setiap tahun bayar extra 6k (untuk 6 bulan installment) bukan bayar extra 500 setiap bulan.

2. Kalau laburkan duit dengan pulangan 5%. Tak banyak tempat yang bagi pulangan 5% secara konsisten melainkan asb. (Kurang dari 5%).

3. Jika haul zakat 27k, labur 6k setiap tahun. Tahun ke 4 sampai tahun ke 18 zakat kena bayar lebih kurang Rm35k. Tu kalau 5%, kalau kurang dari tu. Pulangan pun makin kurang. (Bayar zakat bukan isu ye)

4. LPPSA wajib ambil MRTT/MRTA jadi tak ada isu tak cukup perlindungan.

5. Rumah investment atau rumah duduk. Kenapa assume rumah investment orang akan bayar extra? Kebanyakan orang akan bayar extra untuk rumah duduk. Rumah sewa penyewa dah bayarkan kan.

6. Syarikat bagi benefit ni tak terpakai untuk LPPSA. Penjawat awam je yang terlibat. Ni bukan ‘specific’ ni tak related.

Apa yang saya tulis memang general. Setiap individu berbeza situasi dan keperluan.

Sama juga dengan ‘specific advice’ yang dia bagi tu. Tak sesuai pun dengan penjawat awam.

Orang berhutang ni ada yang nak selesai hutang awal. Ada yang nak cash reserve banyak. Ada yang buat dua-dua

Saya raikan pendapat semua tapi tak perlu pun buang watermark kat poster saya tu.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

23 Oct, 00:24


https://www.facebook.com/share/p/hrRpL6itUzd1N51w/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

22 Oct, 01:00


Kenapa ada kereta kena lelong? Kalau tak mampu bayar jual je kereta tu kan senang. Tak payah sampai kena lelong.

Sepatutnya memang macam tu. Tak mampu, jual je. Tapi masalahnya harga jual tak dapat tutup hutang bank.

Maksudnya kena keluar duit lagi kalau nak tutup hutang.

Contoh kereta ni

Harga baru : Rm221,000
Tempoh : 9 tahun

Lepas 30 bulan
Baki hutang : Rm140,000

Harga lelong ni kalau menang Rm135k, owner lama masih hutang bank lagi Rm5,000.

Used car rata-rata jual Rm139K, jadi diorang beli mesti lagi murah. Semestinya bawah 130K.

Lagi banyak owner lama kena topup. Sebab tu tak pelik banyak je kereta kena lelong.

Bulan 8 haritu dah mula tak ada ‘full loan’. Kena 10% deposit juga kalau nak beli kereta.

Tapi tu pun masih tak cukup juga sebenarnya. Kereta keluar showroom je dah lebih 10% nilai hilang.

Jadi sama je tetap akan ada yang kena lelong…

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

22 Oct, 01:00


https://www.facebook.com/share/p/jK1WyYaQryXWH124/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

19 Oct, 00:38


Beli emas serendah RM10 je.

Bursa Malaysia ada juga platform emas, Bursa Gold Dinar.

Mudah je.

1.Daftar di app Bursa Gold. IC, email & no tel.

2. Dah daftar nak topup wallet, verify akaun dulu. Ambil gambar IC dan video muka kita 3 saat.

3. Selepas akaun verify dah boleh mula topup duit dan beli emas.

Setakat ni nampak ‘spread’ harga beli dan jual agak rendah.Lebih kurang 1% saja.

Berbaloi cuba.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

18 Oct, 02:28


1. Ada duit beli, simpan, lupakan.

2. Ulang balik step 1.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

16 Oct, 07:36


Beli rumah ada yang ambil takaful (MRTT) atau insurans (MRTA).

MRTT ni boleh juga masuk dalam pinjaman.

Bayaran MRTT ikut pinjaman dan umur kita.

Rumah RM300k + MRTT RM15k : RM315k (Pinjaman 35 tahun)

1. Ansuran tiada MRTT : RM1420

2. Ansuran ada MRTT: RM1490

Beza dalam RM70 je sebulan.

Ambil MRTT ni kalau mati atau hilang upaya, rumah tu tak perlu bayar dah.

Kalau umur lanjut dan pinjaman makin banyak, lagi tinggi jumlah MRTT.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

10 Oct, 01:13


Terima kasih jemput saya. Saya kongsi real case tentang tajuk ni. Semoga bermanfaat untuk semua di Ameer Group

Razzaaq Ajaq : TIPS

08 Oct, 03:25


Berapa jumlah kita bayar untuk rumah sebenarnya?

Pinjaman: RM500,000
Kadar: 4.2%

Kalau pinjaman

10 tahun= RM613,100 (RM5,109 sebulan)

15 tahun= RM674,700 (RM3,748 sebulan)

25 tahun=RM808,300(RM2,693 sebulan)

35 tahun=RM955,000 (RM2,273 sebulan)

Kalau pinjaman 35 tahun, dah hampir boleh dapat sebuah lagi rumah. 😳

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

08 Oct, 00:44


Beli barang tapi barang tak wujud. Penjual bagi kita duit lepas tolak komisen sh@pee.

Jadi kita dapat cash. Duit cash tu kita guna dan bayar secara installment. Tak ada caj.

Cara cash out ni satu memang salah dari undang-undang. Kedua memang ada isu riba.

Yang bagi servis cash out ni ibarat bagi pinjaman. Pinjaman itu riba. Dah ambil untung melalui pinjaman wang kan.

Kedua-dua Pembeli dan Penjual terlibat dengan dosa besar riba. Tak kira walaupun caj dia sikit.

Ingat bukan babi saja yang haram. Dan jangan hentam pembiayaan rumah saja bila ada yang terang makan riba begini walaupun guna konsep bagi servis.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

08 Oct, 00:44


https://www.facebook.com/share/vnboyomi5WpbvvdD/?mibextid=WC7FNe

Razzaaq Ajaq : TIPS

05 Oct, 14:28


Jangan gaduh-gaduh guys. Ada lesen pun belum tentu dapat lesen beli motor. Apatah lagi nak pergi ride. 😆

Masih #cikguscooter huhu

Razzaaq Ajaq : TIPS

02 Oct, 03:05


Masih ada lagi yang tak tahu kad kredit islamik dan konventional ada perbezaan.

Walaupun bank yang sama. Contoh Maybank dan Maybank Islamik, berbeza. Produk mereka pun berbeza.

Beza kat mana? Beza pada akad dan konsep jual beli. Konventional pula guna kadar faedah (riba).

Bank rimau ni contoh kad islamik mereka ada tulis maybank islamic atau ikhwan.

Elakkan lah walaupun kad atau produk konventional tu best atau hebat macam mana pun.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

02 Oct, 00:09


Kereta ni dulu Rm120K. Saya beli terpakai berapa tahun lepas Rm60K

Kalau beli baru,susut nilai je Rm60K dalam 4 thn

Patutnya saya rugi Rm13K setahun atau Rm1K sebulan. Belum masuk interest bank lagi.

Kereta baru kena bayar Rm63K selama 4 tahun. Beli terpakai habis bayar dah kalau loan.

"Risaulah kereta terpakai ni banyak kena repair."

Kos jaga tak sampai Rm2k.Tukar brek dan bateri. Kos servis Rm300 je setiap 10K.

Beli baru atau terpakai ni pilihan. Yang penting pilih kereta yang sesuai dengan gaji.

#cikguscooter

Razzaaq Ajaq : TIPS

30 Sep, 03:30


Pernah kira tak berapa kita kena bayar untuk kereta?

Pinjaman kereta : RM200,000
Tempoh : 9 tahun (3%)

Sehari : RM78
Interest : RM17

Sebulan : RM2351
Interest : RM500

Setahun : RM28,222
Interest : RM6,000

9 tahun :RM254,000
Interest : RM54,000

Kereta parking kat rumah pun bayar Rm78 sehari tau. 😳

Razzaaq Ajaq : TIPS

29 Sep, 06:09


Jom join saya di @thread

https://www.threads.net/@razzaaqajaq