PMLS Azam Ramli @panduanlengkapazamramli Channel on Telegram

PMLS Azam Ramli

@panduanlengkapazamramli


Boleh Dapatkan Panduan Lengkap IFLK Yang Saya Tulis

PMLS Azam Ramli (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram PMLS Azam Ramli! Saluran ini adalah tempat di mana anda boleh mendapatkan panduan lengkap mengenai IFLK yang ditulis oleh Azam Ramli. Siapa sebenarnya Azam Ramli? Beliau adalah seorang pakar dalam bidang IFLK dan telah menulis pelbagai panduan yang berguna untuk membantu anda memahami dengan lebih baik konsep-konsep yang berkaitan. Jadi, jika anda sedang mencari panduan yang lengkap dan tepat mengenai IFLK, saluran ini adalah tempat yang sesuai untuk anda. Jom sertai saluran ini sekarang untuk mendapatkan akses kepada pengetahuan yang berharga daripada Azam Ramli!

PMLS Azam Ramli

19 Nov, 03:28


Yang...

Menyebabkan lemak badan semakin banyak, berat badan makin naik, badan jadi makin gemok, PJK jadi makin teruk, bukanlah lemak, tapi Karbohidrat.

Menyebabkan tekanan darah tinggi semakin tak terkawal, akhirnya jadi angin ahmar, bukanlah garam, tapi Karbohidrat.

Menyebabkan saluran darah ke jantung jadi semakin sempit dan akhirnya tersumbat, kena masuk stent, kena buat pembedahan bypass, risiko strok, risiko lumpuh, risiko mati mengejut, bukanlah kolesterol, tapi Karbohidrat.

Menyebabkan luka tak nak baik-baik, bukanlah telur atau ayam, tapi Karbohidrat.

Menyebabkan mata semakin lama semakin jadi tak nampak, bukanlah kerana suka ushar aweks, tapi Karbohidrat.

Menyebabkan kaki mula selalu kebas-kebas, tak berasa, akhirnya nanti terpijak paku pun tak rasa sakit, bukanlah kerana suka jalan-jalan ke rumah jiran untuk membawang, tapi Karbohidrat.

Menyebabkan buah pinggang semakin naik tahap dia, bukanlah tali pinggang, daging atau panadol, tapi Karbohidrat.

Menyebabkan ketiak jadi hitam, leher hitam, tengkuk hitam, celah kang hitam, bukanlah cat hitam, tapi Karbohidrat.

Kau, disuruh diet tak nak! Disuruh jaga makan tak nak! Berulang-ulang kali dah ingatkan, nasihatkan, masih tak ambik port juga. Kita beri panduan apa boleh makan, apa tak boleh makan. Kalau semua benda kau nak telan, kau tak payah sihatlah...

Sekian. Pahang dak?

- Abang Tem Lama Tak Menulis
.
Baca:
https://viral.penmerah.co/Ikut-Jadual-Makan-Ini-Saya-Turun-12Kg-Dalam-30-Hari-Yang-Pertama

PMLS Azam Ramli

24 Oct, 22:10


Tahukah Anda?

Sebarang Aktiviti yang buat kita tercungap, contoh berlari laju, ialah Aktiviti Anaerob, iaitu badan kita tidak cukup oksigen untuk hasilkan tenaga.

Apabila ini berlaku, otak akan merembes Hormon Lapar dan menyebabkan kita mahu makan selepas itu.

Pada ketika aktiviti ini berlaku juga sebenarnya badan kita menghasilkan tenaga dengan menggunakan sumber glukosa yang ada dalam badan, bukan menggunakan sumber dari lemak badan, bermaksud lemak badan tidak dibakar.

Manakala

Sebarang Aktiviti yang tidak buat kita tercungap, contoh berjalan santai, ialah senaman Aerob iaitu badan kita cukup oksigen untuk hasilkan tenaga.

Apabila ini berlaku, otak tidak merembes Hormon Lapar dan tidak menyebabkan kita mahu makan selepas itu.

Pada ketika aktiviti ini berlaku, badan kita menghasilkan tenaga dengan menggunakan sumber dari lemak badan sendiri.

Kesimpulan, jika tujuan untuk pembakaran lemak badan sendiri, aktiviti aerob (berjalan) adalah lebih baik dari anaerob (berlari).

Sekian. Gambar skdr Hiasan 😊

PMLS Azam Ramli

27 Sep, 04:17


Baca

https://www.facebook.com/share/p/BwxYtrzN91zjgXjq/?mibextid=oFDknk

PMLS Azam Ramli

27 Sep, 01:18


Ada yang minta link dumbbell di fb tadi. Saya pos di sini juga. Belilah. Boleh buat senaman di rumah.

https://s.shopee.com.my/VoBowuSTn

PMLS Azam Ramli

24 Sep, 22:44


ILMU

https://www.facebook.com/share/v/2vz3Pa6WMh8otB2D/?mibextid=oFDknk

PMLS Azam Ramli

04 Sep, 03:47


https://www.facebook.com/share/v/h4bya59T2xMNLKns/?mibextid=oFDknk

PMLS Azam Ramli

28 Aug, 07:34


Berapa Banyak Perlu Makan Protein Sehari?

Jawapan: Ikut berat badan.

Protein yang diperlukan sehari = 0.8g x berat badan

Contoh:

Berat badan saya 70kg, maka minimum protein yang badan saya perlukan sehari ialah 0.8g x 70 iaitu 56g.

Kalau makan kepak ayam, 100g kepak ayam mengandungi 30g protein. Jadi, untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 56g protein, sehari saya mesti makan minimum 187g kepak ayam.

Purata satu kepak ayam ialah seberat 21g. Jadi, sehari saya mesti makan minimum 9 ketul kepak ayam.

Kalau makan peha ayam, 👇
https://viral.penmerah.co/Berapa-Ketul-Perlu-Makan-Peha-Ayam

- Azam Ramli

PMLS Azam Ramli

27 Aug, 09:00


Baca

PMLS Azam Ramli

27 Aug, 09:00


https://www.facebook.com/share/p/V1j1JQAswvCCWUtx/?mibextid=Nif5oz

PMLS Azam Ramli

27 Aug, 02:20


Starter Kit PMLS:
https://viral.penmerah.co/PanduanLengkap-PMLS

PMLS Azam Ramli

24 Aug, 11:20


Cahaya matahari sebenarnya tidak mengandungi vitamin D. Sebaliknya, sinar UVB dari cahaya matahari merangsang penghasilan vitamin D di dalam kulit manusia. Berikut adalah bukti saintifik yang menunjukkan hubungan antara cahaya matahari dan penghasilan vitamin D:

### 1. Proses Sintesis Vitamin D dalam Kulit:
- Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa apabila kulit manusia terdedah kepada sinar UVB daripada cahaya matahari, molekul *7-dehydrocholesterol* yang terdapat dalam kulit diubah menjadi pre-vitamin D3, yang kemudian ditukar menjadi vitamin D3 (cholecalciferol). Proses ini telah diakui secara meluas dalam komuniti saintifik sejak ia ditemui pada awal abad ke-20.

### 2. Kajian Epidemiologi:
- Banyak kajian epidemiologi menunjukkan bahawa individu yang tinggal di kawasan dengan sedikit cahaya matahari (seperti di kawasan kutub atau pada musim sejuk) mempunyai tahap vitamin D yang lebih rendah dalam darah mereka berbanding dengan mereka yang tinggal di kawasan yang lebih cerah. Ini memberikan bukti tidak langsung bahawa cahaya matahari adalah sumber utama vitamin D.

### 3. Intervensi dengan Sinar UVB:
- Dalam eksperimen makmal, apabila kulit terdedah kepada sinar UVB dalam persekitaran terkawal, tahap vitamin D3 dalam darah meningkat. Kajian ini menunjukkan bahawa sinar UVB adalah faktor utama dalam sintesis vitamin D dalam kulit.

### 4. Kekurangan Vitamin D dalam Kumpulan yang Terhad kepada Pendedahan Matahari:
- Orang yang sering mengelakkan pendedahan cahaya matahari, seperti mereka yang tinggal di dalam rumah sepanjang masa atau yang memakai pakaian yang menutup seluruh tubuh mereka, sering kali menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin D, seperti riket pada kanak-kanak atau osteomalacia pada orang dewasa. Ini menunjukkan bahawa tanpa pendedahan kepada cahaya matahari, penghasilan vitamin D dalam tubuh berkurangan.

### 5. Kajian Tentang Suplemen vs Pendedahan Cahaya Matahari:
- Beberapa kajian telah membandingkan tahap vitamin D dalam darah individu yang mengambil suplemen vitamin D dengan mereka yang mendapat pendedahan cahaya matahari yang mencukupi. Kedua-dua kumpulan ini biasanya mempunyai tahap vitamin D yang serupa, yang menunjukkan bahawa pendedahan cahaya matahari mampu menghasilkan vitamin D dalam jumlah yang mencukupi.

### Kesimpulan:
Walaupun cahaya matahari sendiri tidak "mengandungi" vitamin D, terdapat banyak bukti saintifik yang menunjukkan bahawa sinar UVB daripada cahaya matahari diperlukan untuk mengaktifkan proses penghasilan vitamin D di dalam kulit manusia. Proses ini telah dikaji secara meluas dan diterima sebagai fakta asas dalam bidang biokimia dan perubatan.

PMLS Azam Ramli

24 Aug, 02:12


Setiap Hari, pukul 9.40 pagi, ketika pelajar sedang rehat, saya menggunakan masa 30 minit ini untuk berjalan di bawah sinaran cahaya matahari.

Cahaya matahari pukul 9.40 pagi sangat sesuai kerana sifatnya yang sudah terik sedikit tapi tidak terik sangat.

Ketika saya menjalankan aktiviti ini juga saya masih dalam IF maka pergerakan (berjalan) yang saya buat itu juga akan menggalakkan ketosis.

Sinar Ultra Ungu dalam Cahaya Matahari akan menyebabkan badan saya menghasilkan:

1. Vitamin D

Khasiatnya antara lain ialah membantu penyerapan Kalsium, mencegah kanser dan mencegah penyakit jantung.

2. Nitrik Oksida

Fungsinya ialah untuk mengendurkan saluran darah seterusnya menormalkan tekanan darah.

3. Melatonin

Sejenis hormon yang fungsinya supaya saya dapat tidur yang berkualiti pada waktu malam.

4. Serotonin

Sejenis hormon yang mencetus perasaan gembira dan seronok sekaligus dapat menghilangkan rasa stress dan murung.

Tempoh untuk melakukan aktiviti ini setiap hari ialah 30 minit hingga 1 jam.

Dalam aktiviti ini saya telah menggabungkan senaman, sunbathing, ketosis boosting, autophagy boosting.

Jika anda membaca posting ini, bolehlah jadikan aktiviti ini sebagai amalan kesihatan.

Sekian. Terima Kasih.

P/S: Bagi orang yang kulit tidak gelap, cukup jika sunbathing selama 30 minit. Bagi orang yang berkulit gelap perlu lama sikit iaitu 1 jam.

Setakat ini saya menganggap saya tidak berkulit gelap maka saya buat 30 minit saja.

Tapi, ada beberapa orang juga dah yang berkata rupa saya ini kelihatan seperti hero dalam filem Maharaja maka masa untuk aktiviti saya ini perlu saya pertimbangkan semula 😅

PMLS Azam Ramli

21 Aug, 13:17


Starter Kit PMLS:
https://viral.penmerah.co/PanduanLengkap-PMLS

PMLS Azam Ramli

21 Aug, 11:49


Ini contoh. Jenama dirahsiakan. Dari maklumat pemakanan di bahagian belakang, tiada pun keju di dalamnya.

Lebih buruk, ia mengandungi Minyak Sayuran (Minyak Kacang Soya) dan Minyak Kelapa Sawit Terhidrogenasi iaitu dua jenis minyak yang kaya dengan Omega 6 dan Lemak Trans penyebab kepada inflamasi iaitu punca kepada banyak penyakit dalam badan kita.

Secara mudahnya ialah makan cheese sauce ini sama seperti kita makan marjerin.

Ia juga sangat tinggi kandungan gula walaupun tidak mempunyai rasa manis.

Cukuplah disebut point-point itu saja, jangan makan lagi dah lepas ni.

Kalau nak makan cheese, pastikan makan cheese yang sebenar. Itu pun perlu pilih cheese yang lulus untuk Lazy Keto.

PMLS Azam Ramli

21 Aug, 11:48


Sekadar info kepada yang belum tahu.

Cheese Sauce seperti ini, jika anda penggemarnya, walau di atas makanan apa pun anda jumpa ia, berkemungkinan besar ia sebenarnya: Bukanlah Cheese.

PMLS Azam Ramli

21 Aug, 03:49


Starter Kit PMLS:
https://viral.penmerah.co/PanduanLengkap-PMLS

PMLS Azam Ramli

21 Aug, 03:49


Wow sangat ‼️