Nota UmrahHaji.com

@notaumrahhaji


UmrahHaji.com menyediakan panduan tips & tricks menunaikan umrah dan haji dengan sempurna secara PERCUMA sahaja. ๐Ÿ˜Š

Nota UmrahHaji.com

15 May, 09:16


Kaabah dulu dan sekarang

Nota UmrahHaji.com

15 May, 06:52


Alhamdulillah, jemaah haji dari penerbangan pertama tempoh hari sudah tiba di Mekah al-Mukarrawah. Mereka akan berkampung di sini sehinggalah selesai urusan haji. Seterusnya bertolak pulang ke tanah air.

Oleh itu, manfaatkanlah sebaiknya sepanjang keberadaan kalian di sana. Lama sungguh ni. Orang yang datang umrah pun tak dapat berada di Mekah selama ini. Rezeki!

Saya ringkaskan beberapa point penting yang perlu dititik beratkan di sana:-

1. Kelebihan solat di sini ialah 100,000 kali ganda melebihi solat di masjid kampung kita tak kisahlah solat fardu mahupun sunat, solat berjemaah mahupun bersendirian.

2. Mekah ini sangat istimewa. Kelebihan 100,000 ini bukan hanya tertumpu di Masjidilharam sahaja, bahkan seluruh Tanah Haram Mekah.

3. Pendek kata, solat di surau hotel sekalipun tetap akan dapat pahala 100,000 ini. Subhanallah!

4. Namun, sudah semestinya solat di Masjidilharam lebih diutamakan dan ada kelebihan tambahan bagi mereka yang ke sana. Pahala iktikaf, pahala berjalan ke sana, pahala tawaf sunat dan pahala-pahala lain yang tak ada di hotel.

5. Perbanyakkanlah tawaf sunat di sini sebab antara kelebihan Masjidilharam ialah adanya Kaabah. Manfaatkan kewujudan Kaabah ini dengan tawaf sunat. Jika ada masa terluang, bangun dan laksanakanlah tawaf sunat.

7. Untuk tawaf sunat, tak perlu berniat di miqat dan memakai ihram pun. Boleh terus tawaf dalam keadaan memakai jubah atau pakaian apa sekalipun asalkan dalam keadaan berwuduk.

7. Jika di masjid lain, kita disunatkan untuk solat tahiyatul masjid setibanya di masjid sebelum duduk. Namun di Masjidilharam, tawaf sunat menggantikan solat sunat tahiyatul masjid.

8. Pastikan air yang paling banyak masuk ke korongkong kita ialah air zamzam. Di sinilah terletaknya telaga air zamzam.

9. Rancang sebaiknya aktiviti kalian di sana. Jaga kesihatan. Sebab agenda utama dan paling besar kalian ialah wukuf pada 9 Zulhijah nanti.

10. Jika siang hari panas terlalu terik, solat sahaja di surau hotel secara berjemaah. Kemudian pergilah ke Masjidilharam pada malam hari dan subuh.

11. Kita risau terlalu pulun ke sana dan ke mari pada awal-awal sebegini sehingga terbatas untuk agenda paling utama iaitu kerja-kerja haji terutamanya wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah nanti.

12. Ada muzium dan pameran percuma di sekitar Masjidilharam. Boleh masuk untuk dapatkan ilmu dan info tambahan.

13. Di sini juga ada halakah al-Quran untuk perbetulkan bacaan dan juga kuliah agama seperti di Masjid Nabawi. Boleh manfaatkan juga di sini. Duduk dan belajar.

14. Keadaan dan suasana di Mekah tak sama macam Madinah tau. Jadi sentiasa pakai beg dan tag travel masing-masing saat melangkah keluar dari pintu hotel.

15. Pastikan internet aktif, telefon boleh dihubungi dan berjalan bersama kawan saat ke mana-mana sekalipun.

16. Kalian akan berada lama di Mekah. Pastikan diisi dengan perkara yang bermanfaat supaya semangat haji kalian sentiasa kuat dan utuh. Ikutlah kuliah dan tazkirah yang diaturkan oleh pihak travel nanti.

Boleh sampaikan pada jemaah haji kita tahun ini? Terima kasih semua!

Itulah.

Najmi Farisham,
Wartawan Kegemaran Kalian.

.

Nota UmrahHaji.com

12 May, 08:32


Jemaah haji yang penerbangannya dalam kategori awal ni akan ke Madinah terlebih dahulu sebelum bergerak menuju ke Mekah. Mereka akan berada di Madinah selama beberapa hari.

Oleh itu, sepanjang keberadaan di sana, manfaatkanlah sebaiknya. Ini saya ringkaskan sedikit di bawah ini, apa yang boleh para jemaah lakukan :-

1. Usahakan untuk solat sentiasa di dalam Masjid Nabawi tak kisah solat fardu atau sunat, berjemaah atau seorang diri. Kerana pahala solat di sana seperti 1000 kali ganda melebihi solat di masjid kampung kita.

2. Pahala 1000 ini dikira dalam masjid ya. Ada khilaf para ulamak sama ada dataran Masjid Nabawi ni termasuk sekali ataupun tidak. Tapi nak selamat, solatlah di dalam.

3. Jangan tertipu dengan penuhnya saf di dalam masjid sebab biasanya saf depan banyak lagi kosong. Macam di masjid kampung kitalah, jemaah suka duk bersandar di dinding belakang dekat dengan pintu keluar.

4. Solat di luar pagar Masjid Nabawi, pahalanya sama seperti solat di masjid kampung kita. Rugilah, datang jauh-jauh tapi pahalanya sama sahaja.

5. Ambil peluang untuk ikuti pengajian agama di Masjid Nabawi. Kebiasaannya, ada kuliah berbahasa Indonesia. Cuba tanya petugas Tabung Haji ya. Kelebihan bagi mereka yang masuk ke Masjid Nabawi lalu belajar ilmu kebaikan ialah seperti orang yang berjihad di jalan Allah.

6. Ambil peluang juga untuk duduk di halakah al-Quran untuk perbetulkan bacaan al-Fatihah dan 3 Qul. Kalian boleh terus duduk sahaja dalam bulatan yang ada. Jangan malu, sebab memang itulah fungsi halakah tersebut.

7. Jangan lupa untuk singgah solat di Masjid Quba tak kisah solat fardu ataupun wajib. Kerana ada pahala besar menanti di sini iatu pahala seperti mengerjakan umrah. Biasanya dah termasuk dalam jadual Tabung Haji untuk jemaah.

8. Nanti akan ada program ziarah yang disusun oleh pihak Tabung Haji. Boleh ikut untuk tambah ilmu pengetahuan berkenaan sirah Nabi SAW dan para sahabat terutamanya di Madinah.

9. Jemaah juga akan dibawa Ladang Kurma. Tak kisahlah kalian nak beli kurma apa sekalipun, namun jangan dilupa untuk dapatkan Ajwah Aliyah. Nabi SAW beritahu mereka yang makan kurma ini akan terhindar daripada racun dan sihir. Tambahan, tempat asal Ajwah Aliyah ialah di Madinah.

Boleh sampaikan pada jemaah haji kita tahun ini? Terima kasih semua!

Itulah.

Najmi Farisham,
Wartawan Kegemaran Kalian.

.

Nota UmrahHaji.com

11 May, 12:58


Screenshot ini melintas lalu di wall saya. Jadi, terdetiklah nak ulas sikit pasal benda ini.

Benda paling asas kena tahu berkenaan haji ialah, hanya Visa Haji dibenarkan masuk ke Mekah pada musim ini. Visa Umrah dan Visa Pelancong dilarang sama sekali.

Dan Visa Haji ini diberikan kepada Tabung Haji sahaja melalui kerajaan Malaysia. Tabung Hajilah badan berautoriti yang bertanggungjawab menguruskan jemaah haji negara kita.

"Tapi, saya nak buat umrah ja. Bukannya nak buat haji pun."

Ha, pun samalah tak boleh. Bila masuk musim haji iaitu 1 Zulkaedah, hanya pemegang Visa Haji sahaja boleh masuk ke Mekah.

Sebab itu, mereka yang nak buat haji DIY ini akan bergerak awal. Mereka akan berlepas awal dari Malaysia sebab nak lari daripada sekatan haji. Akan ada banyak sangat roadblock untuk masuk ke Mekah nanti.

Penerbangan pertama Tabung Haji berlepas 9 Mei bersamaan 1 Zulkaedah. Mereka yang buat haji DIY akan terbang lagi awal. Ini dah triggered dah.

Kemudian memang ketua rombongan akan bagi arahan supaya jangan keluar hotel sebab polis akan berkeliaran sehinggalah tibanya waktu wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah. Memang tak boleh nak keluar.

Saya pernah nampak depan mata, jemaah negara lain yang kena tangkap sebab tiada visa ataupun permit haji yang sah. Kita yang tak kena tangkap ni pun berasa takut.

Jadi, pergi haji DIY ni memang akan diselubungi rasa takut sentiasa sebab kita buat dengan melanggar undang-undang. Nak selamat, bertahanlah dalam hotel sehingga tiba waktu Arafah.

Bila tiba Hari Arafah, akan ada pula sekatan demi sekatan untuk masuk ke Arafah. Ada ketikanya, polis akan naik ke bas dan minta tunjuk permit haji setiap seorang. Ada ketikanya, polis minta permit daripada pemandu sahaja.

Yang pasal gelang tu, biasanya akan bagi gelang jemaah Tabung Haji yang lama-lama ja. Mana ada gelang rasmi sebab pergi pun dah guna visa yang tidak sepatutnya. Tapi itu kalau dapat gelanglah, kalau tak dapat. Hm.

Untuk pengetahuan semua, rakyat Arab Saudi sendiri pun memerlukan permit haji untuk masuk ke Mekah buat haji. Pemegang IC luar Mekah juga dilarang untuk masuk ke Mekah pada musim ini.

Bukannya macam yang orang duk sangka, "Untunglah rakyat Arab Saudi boleh buat haji setiap tahun."

Mereka pun ada kuota dan kena beli permit haji tau. Mana ada percuma macam gitu ja pergi.

Bahkan rakyat Arab Saudi sendiri pun takut nak langgar undang-undang negara mereka dengan melakukan haji DIY. Sekiranya tertangkap, dendanya sekitar puluhan ribu hingga ratusan ribu riyal Saudi dikenakan.

Bagi warganegara asing, setakat pengetahuan saya, hukumannya ialah blacklist daripada masuk ke Arab Saudi sekitar 5 hingga 10 tahun berserta denda riyal Saudi.

Saya cerita ni untuk kasi tahu pada semua orang bahawa haji DIY salah di sisi undang-undang Arab Saudi. Rakyat mereka pun takut nak buat. Hukumannya berat. Tak seronok pergi takut-takut ni. Pergilah melalui saluran yang betul.

Bagi yang dah terlanjur berada di sana, mohon jaga diri sebaiknya. Jangan bertindak di luar kawalan. Ikut arahan ketua group kalian.

Saya tak sokong haji DIY. Namun saya tetap berasa kasihan sebab pasti ada yang ikuti rombongan tersebut dalam keadaan tak tahu apa-apa. Hanya ikut-ikut orang sahaja.

Itulah.

Najmi Farisham,
Wartawan Kegemaran Kalian.

.

Nota UmrahHaji.com

23 Mar, 02:40


Jemaah umrah/haji kini boleh menggunakan kereta golf di tingkat atas Mataaf untuk melakukan Tawaf di sekitar Kaabah. ๐Ÿ•‹.

๐Ÿ‘‰Tiket: SR 25/seorang.
๐Ÿ‘‰ Anda boleh menempah dari Pintu Ajyad, Pintu Raja Abdul Aziz, atau Pintu Umrah.
๐Ÿ‘‰ Masa: 4:00 petang hingga 4:00 pagi.

Credit to : Life in Saudi Arabia

#NotaUmrahHaji

Nota UmrahHaji.com

05 Feb, 12:13


T.me/NotaUmrahHaji

Nota UmrahHaji.com

21 Jan, 11:14


(Details baca di komen)

T.me/NotaUmrahHaji

Nota UmrahHaji.com

20 Jan, 05:42


Ust nak buat content dan sistem umrah secara percuma sahaja.

โœ… Video tutorial pendek-pendek & soal jawab
โœ… Buat sistem untuk memudahkan para jemaah

Ust perlukan sedikit feedback dalam masa 1 minit sahaja

https://forms.gle/Jp8ETktSSoi3xEkF8

โ˜บ๏ธ

Nota UmrahHaji.com

26 Dec, 10:36


Boleh ke ust nak tahu. Biasanya apa isu dan cabaran bila pergi umrah dengan syarikat travel?

Boleh share feedback sikit? ๐Ÿ˜Š

Nota UmrahHaji.com

19 Apr, 16:19


Kenangan dan sejarah yang akan terpahat dalam memori.

Nota UmrahHaji.com

02 Apr, 17:09


Lesen haji Emraz Travel digantung.

Nota UmrahHaji.com

30 Mar, 14:33


Saudi Airlines(Saudia) is the only flight โœˆ๏ธ that allocates a place for prayer ๐Ÿคฒ on board, and it is forbidden to drink alcohol and impose penalties on those who carry it..

Nota UmrahHaji.com

18 Jan, 10:10


Suasana 1500 Tahun Dahulu..

C/P

Nota UmrahHaji.com

24 Oct, 05:12


The Largest Hotel in the World, Abraj Kudai in Saudi Arabia with a staggering 10,000 Rooms, 4 helipads, can accommodate 30,000 guest at a time, spanning 1.4 million square meters is currently under construction.

- Civil Engineering


Kalau ini benar, "MasyaAllah", tu je nak cakap..huhu

T.me/NotaUmrahHaji

Nota UmrahHaji.com

11 Oct, 02:43


Persiapan Rohani Sebelum Menunaikan Haji dan Umrah menurut Imam Nawawi

1. Tashih Niat

Betulkan niat dahulu. Ramai orang pergi umrah akhir zaman untuk menunjuk, nak berniaga, nak mengemis dan nak tunjuk ilmu.
2. Bertaubat
Bersihkan diri daripada dosa dengan istighfar dan bertaubat nasuha.

3. Mendapatkan Reda Ibu Bapa
Ada jemaah umrahaji yang pergi Tanah Suci tanpa pengetahuan ibu bapa. Mintalah izin atau maklumkanlah sekurang-kurangnya kepada wali keramat kita. Ada reda ibu bapa, adalah reda Allah.

4. Menyediakan Perbelanjaan Yang Halal
Akhir zaman, menyediakan perbelanjaan yang halal untuk keluarga pun semakin sukar. Apatah lagi untuk perbelanjaan pergi menunaikan ibadah. Bimbang perbelanjaan tidak halal menatijahkan ibadah pun tak diterima.

5. Membayar Hutang
Ada baiknya melunaskan hutang terlebih dahulu misalnya hutang personal. Manakala hutang berjadual, jika pergi haji umrah tidak mengganggu jadual pembayaran, maka tidak mengapa.

6. Mencari Teman Perjalanan
Teman perjalanan melaksanakan ibadah sangat penting. Teman yang rosak. Ibadat pun risiko rosak. Teman yang rajin, kita termotivasi rajin beribadat.

7. Membawa Bekalan Lebihan
Bekalan lebihan bermakna bekalan wang/makanan/pakaian yang melebihi keperluan. Barangkali ada manfaatnya misalnya untuk sedekah, wakaf, membantu orang dalam kesusahan atau diri sendirid terkena musibah.

8. Membuat Wasiat
Amalan terbaik sebelum melaksanakan haji dan umrah adalah menulis wasiat terlebih dahulu dan ditinggalkan untuk waris. Sekiranya aap-apa berlaku, sama ada sakit atau meninggal, atau hilang upaya melakukan urusan-urusan untuk yang ditinggalkan, wasiat dapat membantu sedikit sebanyak.

9. Mengamalkan Zikir dan Doa dalam Perjalanan.
Nabi telah mengajar dan para ulama juga menyusun banyak zikir dan doa sepanjang perjalanan ke Tanah Suci. Berzikir dan berdoalah dengan doa yang diajarkan semoga Allah menunaikan hajat, mengampunkan dosa dan memakbulkan doa.

Kredit : Asyraff Hafdzan Abdullah

T.me/NotaUmrahHaji