MUTIARA KATA HIKMAH @mutiarakatamkh Channel on Telegram

MUTIARA KATA HIKMAH

@mutiarakatamkh


۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Buatlah kebaikan selagi nyawa masih ada. Kehidupan di dunia hanya sementara dan amal kebaikanlah yang bakal menolongmu di akhirat kelak. Kita kesyurga dengan ihsan Allah❤️❤️

MUTIARA KATA HIKMAH (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram MUTIARA KATA HIKMAH! Saluran ini bertujuan untuk menyebarkan kata-kata hikmah dan inspirasi bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan umat Islam. Dengan mengutip kata-kata bijak dari agama dan tokoh-tokoh terkenal, saluran ini memotivasi para pengikutnya untuk terus berbuat kebaikan dalam kehidupan sehari-hari. Apakah anda sedang mencari motivasi untuk meningkatkan kualitas hidup anda? Saluran ini merupakan tempat yang tepat untuk anda! Bergabunglah dengan kami sekarang dan jadilah bagian dari komunitas yang selalu mencari kebaikan di sekitar! Ingatlah, kehidupan di dunia hanyalah sementara, tetapi amal kebaikan yang kita lakukan akan membawa manfaat yang kekal di akhirat nanti. Mari kita bersama-sama menuju surga dengan mendapatkan ihsan dan rahmat Allah SWT. Segera bergabung dengan saluran MUTIARA KATA HIKMAH dan mari kita saling menginspirasi untuk menjadi pribadi yang lebih baik setiap harinya! ❤️❤️

MUTIARA KATA HIKMAH

04 Jan, 18:20


Betapa indahnya jika setiap kali kita menunaikan solat, kita juga meluangkan waktu sejenak untuk berzikir dan berdoa. Adakah anda tahu, banyak dari kita yang terus bangkit selepas solat tanpa mengucap zikir atau berdoa?

Kami telah bertanya kepada beberapa orang mengapa mereka tidak mengamalkan wirid atau doa selepas solat. Jawapan yang sering diterima ialah mereka tidak tahu apa yang patut dibaca. Namun, sebenarnya ia amat mudah.

Untuk permulaan yang ringkas, anda boleh mengamalkan langkah berikut:

1. Ucapkan "Alhamdulillah."
2. Istighfar sebanyak tiga kali.
3. Amalkan Tasbih Fatimah, iaitu mengucap tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, dan takbir 34 kali.
4. Baca Ayat Kursi.
5. Baca Surah Al-Fatihah.
6. Berdoalah dengan khusyuk.

Ini adalah cara yang paling asas dan mudah untuk anda amalkan setelah menunaikan solat.

Berdoa bukan sekadar ritual, tetapi ia merupakan ibadah yang mendekatkan kita kepada Allah SWT. Allah berfirman dalam Surah Ghafir ayat 60:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Yang bermaksud: "Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."

Sungguh merugikan jika kita melepaskan peluang untuk berwirid dan berdoa selepas solat, kerana Allah sendiri telah berjanji akan mengabulkan permintaan kita.

MUTIARA KATA HIKMAH

04 Jan, 13:31


Tahajud adalah hadiah paling indah yang tak ternilai harganya daripada Allah untuk kita.

Itulah tanda kasihnya Dia terhadap hamba-hambaNya.

Hanya insan terpilih sahaja yang akan menerima hadiah ini.

Bersyukurlah jika Allah memilih kita.

MUTIARA KATA HIKMAH

04 Jan, 08:58


SEMUA PERKARA MEMILIKI KUNCI

Diantara ucapan Ibnul-Qoyyim -rahimahullah ta'ala :

"Sungguh Allah -subhaanah- menjadikan semua perkara yang dicari (manusia) memiliki kunci-kunci yang digunakan untuk membukanya.

Maka Allah ta'ala
menjadikan :

▪️ KUNCI SOLAT 👉 BERSUCI

▪️ KUNCI HAJI 👉 IHRAM

▪️ KUNCI KEBAIKAN 👉 JUJUR

▪️ KUNCI SYURGA 👉 TAUHID

▪️ KUNCI ILMU 👉 PERTANYAAN YANG BAIK

▪️ KUNCI PERTOLONGAN 👉 MENGALAHKAN DAN SABAR

▪️ KUNCI DITAMBAHNYA NIKMAT 👉 SYUKUR

▪️ KUNCI MENDAPATKAN KEWALIAN 👉 CINTA DAN INGAT (ALLAH)

▪️ KUNCI KEBERUNTUNGAN 👉 TAKWA

▪️ KUNCI TAUFIQ 👉 PENUH HARAP DAN TAKUT (KEPADA ALLAH)

▪️ KUNCI TERPENUHINYA HAJAT 👉 DO'A

▪️ KUNCI HIDUPNYA HATI 👉 MENGHAYATI AL-QUR'AN DAN MERENDAH DIRI (KEPADA ALLAH) DI WAKTU SAHUR

▪️KUNCI REZEKI 👉 USAHA DIIRINGI ISTIGHFAR DAN TAKWA

▪️ KUNCI KEMULIAAN 👉 MENTAATI ALLAH

▪️ KUNCI SEGALA KEBURUKAN 👉 CINTA DUNIA DAN PANJANG ANGAN-ANGAN

(Haadil-arwaah, hal. 100)

MUTIARA KATA HIKMAH

04 Jan, 07:06


Suami isteri wajib faham perkara ini.

1. Semakin dekat hubungan anda berdua dengan Allah, semakin eratlah hubungan anda berdua.

Dari sinilah bertambahnya rezeki, keberkatan, kebahagiaan, ketenteraman dan banyak lagi.

2. Sebaliknya, semakin jauh hubungan anda berdua dengan Allah, semakin rengganglah hubungan anda berdua.

Dari sinilah Allah tarik rezeki sedikit demi sedikit, ada pergaduhan, kesengsaraan, keserabutan dan banyak lagi.

Suami isteri, yakinlah bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan memohon pertolongan.

Maka mohonlah yang terbaik demi kebaikan rumah tangga kalian.

MUTIARA KATA HIKMAH

04 Jan, 02:08


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Buat Yang Terbaik Minta Yang Terbaik


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم: إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَا بَيْنَ الدَّرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّة وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّة

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya di Syurga itu ada seratus tingkatan yang telah Allah sediakan bagi mereka yang berjihad di jalan Allah. Jarak antara satu tingkatan dengan tingkatan lainnya itu bagaikan jarak antara langit dan bumi. Apabila kalian berdoa memohon kepada Allah maka mintalah kepada-Nya Syurga Firdaus, kerana Syurga Firdaus adalah Syurga yang paling tengah dan paling atas (tinggi). Di atasnya terdapat ‘Arsy Allah Dzat Yang Maha Pengasih. Dari Syurga Firdaus itulah seluruh mata air sungai-sungai Syurga mengalir”

(HR Bukhari No: 2581)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran

1.  Setiap kita sentiasa mengharapkan untuk menjadi orang yang paling baik dan cemerlang dalam hidup di dunia dan akhirat.

2.  Mendapat ganjaran Syurga di hari akhirat amat diharapkan oleh setiap orang. Rasulullah SAW menyuruh berdoa agar mendapat Syurga yang paling baik iaitu Syurga Firdaus.

Dalam hadis dari Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda tentang Syurga Firdaus;

الْفِرْدَوْسُ رَبْوَةُ الْجَنَّةِ وَأَوْسَطُهَا وَأَفْضَلُهَا

Maksudnya: Firdaus adalah syurga yang paling tinggi, yang paling bagus, dan yang paling afdhal. (HR Tirmizi No 3174) Status hadis Sahih.

3.  Menjadi cemerlang dan terbaik menuntut kita berusaha dan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk memperolehinya.  Saidina Ali pernah berkata: “Biarlah cita-cita engkau setinggi langit, kalau pun engkau tidak mencapai semuanya, sebahagiannya adalah lebih dari setinggi-tinggi cita-cita yang dari mulanya lagi telah rendah”. 

4.  Kecemerlangan tidak dianugerahkan kepada orang yang melakukan usaha sambil lewa tetapi yang berlumba dan bersungguh-sungguh melakukan kebaikan.

5.  Dalam kita berdoa, mintalah yang paling baik dan diredhai Allah antaranya meminta agar dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus.

Mari kita mulakan tahun baru 2025 dengan azam terbaik dan doa terbaik dari kita.

04hb Rejab 1446H
04hb Januari 2025

MUTIARA KATA HIKMAH

03 Jan, 23:39


🌸💕🌸

Lumrah manusia suka bersangka².

Jika kita sangka yang baik, baiklah yang datang.

Begitu jugalah jika suka sangat bersangka buruk maka akan seringlah mendapat sesuatu perkhabaran yang buruk.

Cubalah buat kebaikan, biar orang tidak nampak tetapi Allah nampak.

Mahu dilihat dan dipuji oleh siapa?

Perbetulkan balik niat itu jika semata² mahukan pujian manusia.

Sangka buruk itu mazmumah, didik diri melihat sesuatu dari sudut pandang yang positif.

Apabila sentiasa positif hidup akan lebih tenang, lebih ceria dan ianya akan terserlah dengan raut wajah yang senantiasa mengukir senyuman.


🥀🥀🥀

MUTIARA KATA HIKMAH

02 Jan, 13:06


Rasulullah ﷺ bersabda:

Perbanyaklah selawat kepadaku di hari Jumaat dan malam Jumaat. Barangsiapa membaca selawat untukku satu kali, maka Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali.

[HR Baihaqi, hasan, lihat : As-Sahihah Mukhtasarah (lll/397, Asy-Syamilah.]

Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA. Sahabat yang mulia ini menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi ﷺ tentang bagaimana cara berselawat kepada baginda.Nabi ﷺ bersabda:

Ucapkanlah oleh kalian:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ، . اَللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad, kama sollaita 'ala Ibrahim wa 'ala ali Ibrahim, innaka hamidun majeed.

Allahumma barik 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad, kama barokta 'ala Ibrahim wa 'ala ali Ibrahim, innaka hamidun majeed

[Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarganya sepertimana Engkau memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarganya sepertimana Engkau memberi keberkahan kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia]

(Hadith Riwayat Imam al-Bukhari)

MUTIARA KATA HIKMAH

02 Jan, 09:50


MUHASABAH MALAM INI

KEKASIH YANG SETIA


Sesungguhnya aku telah melihat kepada makhluk makhluk yang ada di dunia ini, lalu aku mendapati bahawa bagi setiap makhluk ini mesti ada sesuatu yang dikasihinya.

Dan aku melihat pula bahawa ada sebahagian daripada sesuatu yang dikasihinya itu hanya menemani kekasihnya sehingga sampai ia sakit sahaja.

Dan ada pula yang sentiasa menemaninya sehingga ke dalam kubur.

Manakala yang lainnya akan terus pulang dan tidak mahu untuk bersama sama dengan kekasihnya di dalam kubur. Ia akan membiarkan kekasihnya tinggal seorang diri di dalam kubur.

Lalu aku terus berfikir dan membuat kesimpulan bahawa sebaik baik kekasih itu ialah kekasih yang setia yang mengiringi kekasihnya sampai ke dalam kubur dan menjadi penghibur dan teman yang setia.

Dan tidak ada kekasih yang bersedia untuk membuat demikian itu selain daripada Amal Soleh.

Maka aku terus menjadikan Amal Soleh itu sebagai teman dan kekasihku, supaya ia dapat menerangi kuburku dan menghibur hatiku dan sudah pasti ia tidak akan meninggalkanaku duduk bersendirian dalam kuburku.

Semoga Manafaat

MUTIARA KATA HIKMAH

02 Jan, 07:19


Mari Sembuh Tanpa Harus Banyak Bercerita Apalagi Di Sosial Media

Ada rasa yang tak perlu diceritakan kepada semua mata dan jiwa, cukuplah diceritakan lewat doa. Ada gelisah yang tak boleh menjelma menjadi buruk sangka pada siapa juga, cukuplah Allah sebaik-baiknya pengatur hidup kita

Ada masalah yang tak boleh disebarluaskan kepada dunia, cukuplah meminta pertolongan Allah untuk menyelesaikannya

Mari sembuh tanpa harus banyak bercerita pada manusia, kerana semakin perlu kepada Allah, maka akan makin tenang hidup kita

Semoga Allah selalu menjaga kita dari segala keburukan dan semoga Allah Azza wa Jalla selalu memudahkan langkah kita dalam kebaikan dan ketaatan.

📱urwahalbarra

بَارَكَ اللّٰهُ فِيْكُمْ..

MUTIARA KATA HIKMAH

02 Jan, 02:29


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Zikir Menjauhi Perkara Yang Tidak Diingini


عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَالَ فِي دُبُرِ صَلاَةِ الفَجْرِ وَهُوَ ثَانٍ رِجْلَيْهِ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ كُتِبَتْ لَهُ عَشْرُ حَسَنَاتٍ وَمُحِيَ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ وَرُفِعَ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ وَكَانَ يَوْمَهُ ذَلِكَ كُلَّهُ فِي حِرْزٍ مِنْ كُلِّ مَكْرُوهٍ وَحُرِسَ مِنَ الشَّيْطَانِ وَلَمْ يَنْبَغِ لِذَنْبٍ أَنْ يُدْرِكَهُ فِي ذَلِكَ اليَوْمِ إِلاَّ الشِّرْكَ بِاللَّهِ.

Daripada Abu Dzar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda:

"Barang siapa yang membaca selepas solat Subuh dalam keadaan menyilangkan kedua kakinya (dalam kedudukan tasyahud), sebelum berkata-kata dia membaca: Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah tidak ada sekutu bagi-Nya, semua kerajaan milik-Nya dan bagi-Nya seluruh pujian, Dia yang menghidupkan, serta mematikan, dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu, sebanyak 10 kali, maka tercatat untuknya sepuluh kebaikan dan terhapus darinya sepuluh kesalahan serta diangkat untuknya sepuluh darjat, dan pada hari itu dia berada dalam perlindungan dari segala yang tidak diingini, serta terjaga dari Syaitan, begitu juga tidak layak ada dosa atasnya pada hari itu kecuali syirik kepada Allah."

(HR Tirmidzi No: 3474)
Status: Hassan Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim digalakkan berzikir dan berdoa selepas solat.

2.  Antara zikir yang dianjurkan untuk dibaca selepas solat Subuh dalam keadaan menyilangkan kedua kakinya (dalam kedudukan tasyahud), sebelum berkata-kata yang lain adalah;

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Barang siapa membaca sebanyak 10 kali, maka:

a)  Dicatat untuknya sepuluh kebaikan
b)  Terhapus daripadanya sepuluh kesalahan
c)  Diangkat untuknya sepuluh darjat
d)  Pada hari tersebut dia berada dalam perlindungan dari segala yang tidak diingini
e)  Terjaga dari Syaitan pada hari tersebut
f)  Tidak layak ada dosa atasnya pada hari itu (terampun) kecuali dosa syirik kepada Allah

3.  Orang yang membaca zikir ini selepas solat subuh sebanyak 10 kali dalam keadaan masih duduk seperti tahiyat akhir dan belum bercakap yang lain, maka akan terpelihara daripada sesuatu yang tidak diingini termasuklah pelbagai penyakit juga dilindungi dari mara bahaya yang lain.

Marilah kita mulakan awal tahun baharu Masihi 2025 ini untuk mengamalkan wirid ini selepas solat fardhu subuh juga maghrib. Moga kita sentiasa mendapat kebaikan dan terpelihara dari sebarang keburukan dan dosa.

02hb Rejab 1446H
02hb Januari 2025

MUTIARA KATA HIKMAH

01 Jan, 22:30


Bismillahirrahmanirrahim

Jika anda sedang diuji, renungkanlah tiga perkara ini:

1. Ada insan lain yang musibahnya jauh lebih berat.


2. Pertolongan Allah itu sentiasa dekat.


3. Pahala sabar adalah ganjaran yang sangat besar.



(Dipetik daripada nasihat Dr. Abdul Muhsin Al Muthiri)

Hidup ini adalah pinjaman, amanah yang harus dijaga dan akan dipertanggungjawabkan.

Syukuri setiap nafas yang masih kita hela. Syukuri kehadiran keluarga yang menjadi pelengkap hidup kita. Syukuri pekerjaan yang memberi rezeki untuk meneruskan kehidupan. Syukuri kesihatan yang membolehkan kita beribadah dan bekerja. Syukuri setiap rahmat dan nikmat, walaupun kadang-kadang kita rasa tidak mencukupi.

Belajarlah untuk sentiasa bersyukur dalam setiap perkara, besar mahupun kecil. Jauhilah sifat sombong dengan apa yang dimiliki, kerana segala-galanya hanyalah pinjaman daripada Allah. Harta, kesihatan, keluarga, dan masa—semuanya milik-Nya.

Allah berfirman:
"Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmat untukmu; tetapi jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
(Surah Ibrahim, 14:7)

Marilah kita mengisi hari ini dengan penuh rasa syukur dan kesedaran bahawa segala yang ada hanyalah amanah. Bersyukurlah, bukan hanya dengan kata-kata, tetapi juga dengan tindakan yang membuktikan penghambaan kita kepada Allah.

"Alhamdulillah 'ala kulli hal" – Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan.

Semoga kita sentiasa dalam perlindungan Allah SWT. Selamat pagi, semoga hari ini penuh dengan keberkatan dan kebaikan.

MUTIARA KATA HIKMAH

24 Dec, 08:08


ANTARA AMALAN PALING UTAMA SEBAGAI SEORANG MUSLIM

عَنْ أَبِي عَمْرٍو الشَّيْبَانِيِّ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِابْنِ مَسْعُودٍ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ سَأَلْتُ عَنْهُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ فَقَالَ الصَّلَاةُ عَلَى مَوَاقِيتِهَا قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَبِرُّ الْوَالِدَيْنِ قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَالْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Daripada Abu 'Amru Asy Syaibani bahawa seorang lelaki berkata kepada Ibnu Mas'ud,

"Amal apakah yang paling utama?" Ia berkata; "Aku pernah bertanya Rasulullah ﷺ tentang hal itu, maka Baginda pun menjawab: "Solat pada waktunya, " aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?" Baginda menjawab: "Berbuat baik kepada kedua orang tua, " aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?" Baginda menjawab: "Jihad di jalan Allah."

(HR. Tirmidzi No: 158)

Sebagai seorang Muslim, antara amal yang paling utama adalah solat di awal waktu, berbuat baik kepada ibu bapa (sama ada semasa mereka masih hidup mahupun selepas meninggal dunia) dan berjihad di jalan Allah (dalam pelbagai relong mengikut kemampuan, ruang dan kesempatan yang ada)

MUTIARA KATA HIKMAH

24 Dec, 03:27


_*Bismillah*_

Berhubung waktu Natal atau Tahun Baru Masehi sudah dekat....sama2 la meraikanya ...sediKit perkongsian utk kita renungi........

*Tdk ada salahnya mulai kini sudah mengingatkan sesama Muslim*

*Inilah yang dimaksud, TOLERANSI BERAGAMA.*

*Indahnya saling mengingatkan*
*Menjelang NATAL..*

*Muslim* :
"Bagaimana natalmu? "

*David* :
"Baik, kau tidak mengucapkan selamat natal padaku.?"

*Muslim* :
"Tidak, Agama kami menghargai toleransi antar agama, termasuk agamamu. Tapi urusan ini,
*agama saya melarangnya.!"*

*David* :
"Tapi kenapa..? Bukankah hanya sekedar kata2..?

*Muslim* :
"Benar....
Saya mejadi muslimpun karena hanya sekedar kata2, yaitu mengucapkan dua kalimat syahadat.

Saya halal menggauli istri sayapun, karena hanya sekedar kata2 yaitu akad nikah, dan....

Istri saya yg sa'at ini sedang halal saya gaulipun bisa kembali menjadi haram atau zina jika saya mengucapkan kata talak atau cerai, padahal hanya sekedar kata2.

*David* :
"Tapi teman2 muslimku yang lain mengucapkannya padaku..?" .

*Muslim* :
"Ooh...mungkin mereka belum faham dan mengerti.
Ohya,
*bisakah kau mengucapkan dua kalimat Syahadat David?! "*

*David* :
"Oh tidak, saya tidak bisa... Itu akan mengganggu Keimanan saya..!"

*Muslim* :
"Kenapa?
Bukankah hanya kata2 toleransi saja?
*Ayo, ucapkanlah..!!"*

*David* :
" Ok ok..sekarang,
*saya paham dan mengerti.."*

Inilah yang menyebabkan BUYA HAMKA,
memilih meninggalkan jabatan Dunia, sebagai Ketua MUI. ketika didesak pemerintah untuk mengucapkan ;

*"SELAMAT NATAL"*

Meskipun anggapan, hanya Berupa kata-kata keakraban.

Atau sekedar toleransi.
namun disisi Allah, nilainya justru menunjukkan kerendahan AQIDAH.

Banyak sekali muslim,
yang tidak faham, dan tidak mau mengerti akan konsep ilmu Agama,
yang disisi lain, mereka faham akan ilmu2 umum.
yang sifatnya tiada kekal, tidak ada gunanya,
untuk keselamatan AKHIRATnya yang Abadi nanti.

*Bila Pesan ini, bisa ditularkan ke yang lain, berarti kita telah berda'wah kepada orang banyak*

*Selamatkan Aqidah keluarga kita dan Saudara Muslim lainnya*

*"Lakum diinukum, waliyadiin" *untukmu agamamu dan untukku agamaku.,*

*(QS. Alkafirun)*

MUTIARA KATA HIKMAH

24 Dec, 03:10


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ucapan Boleh Mendatangkan Pahala Atau Dosa


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللهِ تَعَالى مَا يُلْقِي لَهَا بَالاً يَرْفَعُهُ اللهُ بِهَا دَرَجَاتٍ ، وَإِنَّ الْعبْدَ لَيَتَكلَّمُ بالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللهِ تَعَالَى لاَ يُلْقِي لَهَا بَالاً يَهْوِيْ بِهَا فِيْ جَهَنَّمَ

Daripada Abû Hurairah RA, dari Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan kata-kata dari keredhaan Allâh tanpa ia menaruh perhatian padanya, maka Allâh akan mengangkatnya lantaran (ucapannya) beberapa darjat, dan sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan kata-kata yang mengandung kemurkaan Allâh tanpa memikirkannya maka ia menjerumuskannya ke dalam neraka jahannam.

(HR Bukhari No: 6478)
Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Hadis ini menunjukkan bahawa ucapan seseorang boleh menjadi sebab kenaikan darjat atau kehinaan dirinya. Hal ini kerana Allah memberikan perhatian kepada apa yang kita katakan dan akan menilai setiap perkataan kita.

2.  Kita perlu sentiasa menjaga lisan agar tidak mengeluarkan perkataan yang mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah seperti menghina, memfitnah juga menyakiti orang lain.
Ingatlah firman Allah SWT dalam Surah Qaf ayat 18:

مّا يَلفِظُ مِن قَولٍ إِلّا لَدَيهِ رَقيبٌ عَتيدٌ

Maksudnya: Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.

3.  Berhati-hatilah dengan dosa yang dianggap remeh seperti memandang ringan kata-kata buruk terhadap orang lain seperti umpatan, senda gurau yang melukai hati orang lain kerana ia boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

4.  Ucapkanlah kata-kata yang mendatangkan pahala dan kebaikan seperti memberi salam, memberi nasihat, ucapan yang menggembirakan dan memberi semangat, kata-kata memuji Allah, zikir dan doa.

5.  Kata-kata boleh menjadi sebab untuk seseorang mendapat keredhaan atau kemurkaan Allah. Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati dengan apa yang diucapkan dan berusaha menggunakan lisan untuk kebaikan. Dengan menjaga kata-kata, kita bukan sahaja memperbaiki hubungan dengan sesama manusia tetapi juga meraih ganjaran besar di sisi Allah SWT.

22hb Jamadil Akhir 1446H
24hb Disember 2024

MUTIARA KATA HIKMAH

23 Dec, 22:57


JANGAN GALAU MIKIR MASA DEPAN. FOKUS SAJA HARI INI !

Kita tidak boleh merasa gundah terhadap masa depan. Makanya, diantara doa Nabi ﷺ :
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari al hamm dan al hazan. Al hamm itu ertinya, kekhawatiran terhadap masa depan. Dan al hazan adalah kesedihan atas apa yang sudah berlalu.

Dan itu sebahagian dari kelemahan. Kan Nabi ﷺ mengatakan wa la ta'jaz jangan kamu lemah. Orang yang galau menatap masa depan itu bahagian dari kelemahan. Maka Nabi ﷺ minta perlindungan kepada Allah, agar terhindar dari hal tersebut.
Makanya kata syaikh as-sa'di rahimahullah, hendaklah kita fokus terhadap urusan kita hari ini. Maksudnya urusan yg ada sekarang. Yang sudah berlalu jangan terlalu dipikirkan, kemungkinan² di masa depan tidak perlu dirisaukan.

Ustadz Sofyan Chalid bin Idham Ruray

Barrakallahu fiikum⁣

MUTIARA KATA HIKMAH

23 Dec, 11:11


Kehidupan dunia bagaikan mimpi dan bayangan yang tidak akan kekal.

Ingatlah.

Dunia boleh buat kita ketawa sesaat. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita menangis tak berhenti.

Dunia boleh memberi kebahagiaan seketika.

Namun di akhirat, kerana dunia lah kita sengsara di neraka.

Dunia boleh memberi pelbagai kenikmatan kehidupan.

Namun di akhirat, kerana dunia lah kita diazab.

Masih kah dunia yang ingin dikejar sedangkan waktunya hampir tiba?

Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa melimpahi hidayahNya pada kita semua.

Allahumma Aamiin.

Muhasabah Diri

MUTIARA KATA HIKMAH

23 Dec, 03:14


Adab: Inti Keindahan Islam dan Kehidupan Manusia

Dalam hidup, ilmu dan kejayaan sering kali menjadi ukuran status seseorang. Namun, Islam mengajarkan sesuatu yang jauh lebih mendalam: adab. Adab bukan sekadar tata krama atau etika, tetapi ia adalah cerminan keimanan seseorang. Dalam Islam, sebesar mana pun ilmu, sehebat mana pun kejayaan, dan sekaya mana pun seseorang, tanpa adab, semuanya akan kehilangan nilainya.

Adab adalah asas hubungan manusia dengan Allah, sesama manusia, makhluk lain, bahkan alam sekitar. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia.” Ini menunjukkan bahawa adab adalah sebahagian daripada tujuan utama ajaran Islam.

Malangnya, ada yang meremehkan pentingnya adab, meski sudah mendalami ilmu agama. Mereka mungkin fasih berbicara tentang hukum hakam, tetapi tidak mampu mengamalkan kelembutan dan kesopanan. Lebih buruk lagi, ada yang merasa lebih baik daripada orang lain, hingga merendahkan dan menghina sesuka hati. Sikap ini bertentangan dengan ajaran Islam, yang mengajarkan tawaduk dan kasih sayang.

Islam memberikan panduan jelas tentang adab. Ia meliputi adab terhadap Allah seperti beribadah dengan ikhlas, adab terhadap manusia seperti menghormati jiran dan saudara, hingga adab terhadap haiwan dan alam. Setiap tindakan beradab akan mendatangkan keberkatan, baik di dunia maupun di akhirat.

Ingatlah, adab bukan pilihan, tetapi kewajiban. Tinggi mana pun ilmu kita, ia tidak akan membawa keberkatan tanpa dihiasi adab. Sebagai umat Islam, jadikan adab sebagai identiti kita. Sebarkan kebaikan, hormati semua makhluk, dan jalani hidup dengan rendah hati. Maka, dunia akan menjadi tempat yang lebih indah, dan akhirat menjadi destinasi yang penuh rahmat.

MUTIARA KATA HIKMAH

08 Dec, 22:23


Allah melemparkan penyakit-penyakit jasmani untuk menyembuhkan penyakit-penyakit rohani kita.

Dia lumpuhkan tubuh kita dengan aneka penderitaan demi mengusir penyakit-penyakit qalb dalam jiwa kita.

Dia hempaskan diri kita dalam kelemahan, ketidak berdayaan dan kehina dinaan yang tak tertahankan agar kepongahan, kebesaran, kekuasaan, dan kesombongan keluar dari perasaan, benak, batin, dan seluruh sendi kehidupan kita.

Saat penyakit menerpa, kebanyakan manusia bersimpuh di bawah payung kekuasaan Ilahi.

Penyakit memang sengaja Allah lemparkan agar mereka mampu merasakan kelemahan dan ketidak berdayaan mereka sehingga menghantarkan mereka bersimpuh memohon pertolongan Allah, baik melalui lisan mahupun bahasa kenyataan yakni ketidak berdayaan yang mereka alami itu sendiri.


Wallahu alam.

MUTIARA KATA HIKMAH

08 Dec, 11:22


Sahabat, setiap hari akan hadir satu peluang baru untuk kita menjadi lebih baik. Ingatlah, kegagalan hari ini bukanlah akhir dari segalanya. Ia adalah guru yang paling berharga, mengajarkan kita untuk bangkit lebih kuat dari sebelumnya.

Seperti hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Nabi Muhammad SAW bersabda,

"Sesungguhnya keberkahan itu datang bersama kesabaran, dan sesungguhnya kelegaan itu datang bersama kesulitan, dan sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan" (Hadis Sahih).

Jadi, janganlah cepat berputus asa. Hadapi setiap cabaran dengan sabar dan usaha yang gigih.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Insyirah ayat 5-6, "Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."

Ini mengingatkan kita bahawa setiap kesulitan yang kita hadapi, pasti ada kemudahan yang menyertainya. Jadikanlah ayat dan hadis ini sebagai motivasi untuk terus berusaha dan tidak mudah menyerah. Semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik lagi. InsyaAllah 💪

MUTIARA KATA HIKMAH

08 Dec, 11:21


TIDAK MENYAKITI SAUDARA SEIMAN

قال الشيخ ابن عثيمين رحمه الله:

‏من ‎حقوق المسلم على المسلم كف الأذى عنه قال الله تعالى (والذين يؤذون المؤمنين والمؤمنات بغير ما اكتسبوا فقد احتملوا بهتانا وإثما عظيما) والغالب أن من تسلط على أخيه بأذية فإن الله ينتقم منه في الدنيا قبل الآخرة

حقوق دعت إليها الفطرة ص37

Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata,

“Termasuk hak seorang muslim atas muslim yang lainnya ialah menahan gangguan terhadapnya,

Allah berfirman, ‘Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminah, tanpa ada kesalahan yang mereka perbuat, maka sungguh, mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang besar.’¹

Dan kebanyakannya, siapa yang menyusahkan saudaranya dengan hal-hal yang menyakitkan, maka sesungguhnya Allah akan membalasnya di dunia sebelum nanti di akhirat.”

Huququn Da'at ilaihal Fitrah, hal. 37

Surah Al-Ahzab: 58

MUTIARA KATA HIKMAH

08 Dec, 08:50


Hidup Ini Cuma Pinjaman

Hidup kita di dunia ini adalah anugerah yang bersifat sementara. Kita sering merancang dan membayangkan masa depan, namun hakikatnya, detik seterusnya pun belum tentu menjadi milik kita. Betapa banyak cerita yang kita dengar tentang insan yang kelihatan sihat, penuh tawa dan senyuman, tiba-tiba dipanggil menghadap Allah tanpa sebarang amaran.

Inilah realiti kehidupan. Allah SWT mengingatkan kita dalam surah Ali-Imran, ayat 185:

Kullu nafsin zaa'iqatul maut...
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati..."

Ayat ini menjadi peringatan bahawa hidup bukanlah satu jaminan kekal. Semalam kita masih bersama orang tersayang, hari ini mungkin hanya tinggal kenangan. Sebab itu, sebagai hamba-Nya, kita harus sentiasa bersedia.

Kesediaan itu bukan sekadar pada amalan zahir, tetapi juga pada niat dan hubungan hati kita dengan Allah. Adakah kita sudah menjaga solat kita? Adakah kita sudah memohon maaf kepada insan yang pernah kita sakiti? Adakah kita sudah menginfakkan harta yang Allah kurniakan, walaupun sedikit, untuk mereka yang memerlukan?

Rasulullah SAW bersabda:

"Orang yang paling bijak adalah yang paling banyak mengingati mati dan yang paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati. Itulah orang yang benar-benar bijak."
(HR. Ibnu Majah)

Mengingati mati bukan untuk menakutkan, tetapi untuk mendekatkan kita kepada Allah. Ia mengingatkan bahawa dunia ini hanyalah perjalanan singkat. Kejarlah kebaikan, jauhkanlah diri dari dosa, dan sentiasalah bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan.

Hidup ini adalah peluang untuk kita menyemai amal dan menyiapkan bekal. Jangan biarkan waktu berlalu sia-sia, kerana pada akhirnya, hanya amalan kita yang akan menjadi teman setia di alam barzakh. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.

MUTIARA KATA HIKMAH

08 Dec, 08:48


SIFAT ORANG YANG BERTAQWA

Taqwa ertinya ialah menunaikan segala perintah-perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-laranganNya.

Seorang muslim yang bertaqwa sentiasa takut terhadap azab Allah SWT lalu menjalankan apa yang diperintahkan Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 32.

Doa Memohon Taqwa

Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepada jiwaku, sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Dzat yang dapat mensucikannya, Engkaulah yang menguasai dan yang menjaganya.

Marilah kita amalkan membaca doa ini.

MUTIARA KATA HIKMAH

16 Nov, 00:01


Ketika mata kita silau dengan janji dunia
Maka tunduklah..

Ketika otak kita penat memikirkan dunia
Maka berwudhulah..

Ketika lidah kita tidak lagi bersuara
Maka selawatlah..

Ketika telinga kita disogok bunyian nafsu
Maka bertakbirlah..

Ketika tangan kita letih menggapai cita-cita
Maka berdoalah..

Ketika bahu rasa tak kuasa memikul amanah
Maka bersujudlah..

Ketika kita kehilangan idea buat menyampai
Maka fathonahkanlah..

Ikhlaskan semua dan mendekatlah padaNya
Agar tunduk semua keangkuhan..
Agar teguh dan tidak runtuh..
Agar tegar disaat rasa terlempar..
Ucaplah La haula wala quwwata illabillah...

MUTIARA KATA HIKMAH

15 Nov, 23:58


Satu masa yang telah ditetapkan, kita harus berlalu pergi.
tanpa dapat menoleh ke sisi lagi.
walau ditolak seribu kali, ia tetap menghampiri.

kita akan
pergi tinggalkan mak ayah
pergi tinggalkan abang kakak
pergi tinggalkan rumah
pergi tinggalkan sahabat
pergi tinggalkan anak anak
pergi tinggalkan cita-cita
pergi tinggalkan impian
pergi tinggalkan pakaian
pergi tinggalkan harta
pergi tinggalkan semua benda
dan pergi meninggalkan orang-orang yang kita sayang.

saat itu semua orang yang rapat dengan kita akan menangis atas pemergiaan yang dijanjikanNya.

Kita pergi... waktu itu satu titik titisan airmata ibu kita pun kita tak mampu nak sapukan dengan tangan kita. Satu pelukkan dari ibu ayah tak kan kita boleh rasainya lagi.

Setelah jasad selamat dikuburi.
setelah di amiinkan doanya. ahli keluarga sanak saudara sahabat yang tercinta tetap akan mengangkat kaki berlalu pergi meninggalkan kita sendiri di dalam kegelapan sana. Kita menangis meronta mereka tetap tidak dapat mendengarnya.

Apabila bermulanya alam di bawah tanah tanpa ada seorang manusia menemani. Dalam keadaan gelap gelita, dihimpit-himpit tanah itu, dimamah binatang yang berbisa bagi orang yang kurang amal nya. Puas kita meronta memanggil manggil...

"ibuuuu.. ayahhh..abangg.. kakakk"
"tolong... tolongg.. saya taknak tinggal kat sini, jangan tinggalkan saya"
"amal saya tipis, saya tak bersedia untuk pergi"
malah mereka tetap meneruskan langkah tanpa henti.

Dari itu kita sedar kehidupan didunia yang Allah kurniakan kita hanya bazirkan ia dengan perkara sia-sia. Tiada satu amal pun dapat kita bawa bersama untuk tinggal didalam sana.
Kita menyesali diri..

Tapi apakan daya semua tidak mampu dibaik pulih, kita tidak mampu kembali lagi untuk manfaatkn detik detik yang sementara itu dengan mencari ilmu Allah.

Saat itu baru kita sedar, hidup ini sebenarnya akan ada jalan pengakhirannya. Suka atau tidak ia tetap akan terjadi.

Lain pula bagi orang yang tinggi amal nya. Perginya dengan tenang penuh dengan keindahan. Cahaya terang menemani ketika bersendirian. Luasnya tempat, tenangnya dia disana hanya dia yang mengerti dan mensyukuri semuanya.

Maka, pulanglah kita sebelum masa pulang yang telah ditetapkan itu menjemput. Diri kita sendiri yang harus membuat pilihan dalam keadaan mana kita ingin tinggal disana?

Sebelum mata tertutup buat selamnya, pujuklah hati kembali kepangkuanNya daripada dipaksa dipanggil pulang buat selamanya.

Pulanglah sebelum ia tiba...

MUTIARA KATA HIKMAH

15 Nov, 18:57


Assalamualaikum wbt
DOA PAGI Hari

Ya Allah.
Jika hari ini ada di antara kami..yang sedang sakit,mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...Berikanlah kesembuhan untuknya..Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan.

Ya Allah.
Jika hari ini ada di antara kami,Yang kesulitan rezki,Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki.

Ya Allah.
Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu...Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar..Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu..Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan.

Ya Allah
Jika hari ini ada di antara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya..Sombong, iri hati, dengki dan dusta..Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah.

Ya Allah
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan...Bukakanlah pintu hatinya..agar memaafkan kami

Ya Allah
ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami, dosa rakan rakan kami, dosa jiran jiran kami dan dosa kaum Muslimin dan muslimat.Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani

Aamiiin Ya Rabbal Alamiin

MUTIARA KATA HIKMAH

15 Nov, 13:43


RENUNGAN SEBELUM LENA

“Barangsiapa yg melihat dunia dngn pndngn kedua matanya,maka ia akan melihatnya dngn penuh tipu daya dan dosa.Barangsiapa yg melihat dunia dngn pndngn mata hatinya, maka ia akan melihat dunia bagaikan sesuatu yg sia2 belaka.”

Al-Imam Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad


JOM BACA AL MULK SEBELUM TIDUR

MUTIARA KATA HIKMAH

15 Nov, 11:43


MAHALNYA HIDAYAH SUNNAH

*Sesuatu yang paling mahal di dunia ini adalah Hidayah Mengenal Sunnah*

*Mengapa dikatakan Mahal?? Kerana Hidayah mengenal Sunnah sama seperti Hidayah mengenal Islam.*

*Boleh kita bayangkan, dari sekian trillion manusia yang hidup di muka bumi ini, berapa di antara mereka yang mendapat hidayah untuk memeluk Agama Islam?*

*Lalu dari sekian jutaan orang yang beragama Islam, berapa persen di antara mereka yang hatinya tergerak untuk mahu mendalami Agama?*

*Dan dari sekian persen orang yang mendalami Agama Islam, berapa persenkah orang yang betul-betul mendalami agama dengan benar?*

*Kemudian dari sekian orang yang mendalami Agama dengan benar, berapa persenkah orang yang mahu Mengamalkan Ilmu yang telah didapatkan?*

*Oleh kerana itu, Hidayah Mengenal Sunnah serta Mengamalkan nya merupakan sesuatu yang sangat mahal, tak kan tergantikan dengan dunia dan seisinya.*

*Sehingga bagi yang telah mendapat Hidayah yang* *sangat mahal ini, hendaknya ia Bersyukur...*

✍️Ustadz Abdullah Zaen Lc MA

MUTIARA KATA HIKMAH

15 Nov, 11:42


*Hamba*

Kita ini hamba Allah bukan hamba kepada manusia lain atau hamba kepada kebendaan!
Kita sering terlupa dengan janji manis wang dan harta untuk hidup mewah diatas dunia.
Wang “berkata”:
‘Carilah aku dan kerahkan semua tenaga kamu‘ - manusia tamak pun patuh pada wang.
Wang “berkata” lagi:
‘Carilah aku lagi, belum cukup, engkau perlu kerja sampai malam demi mendapatkan aku - manusia tamak pun patuh pada wang
Wang “berkata” lagi:
‘Carilah aku, engkau perlu mengorbankan sedikit kehormatan dirimu, engkau perlu mengorbankan sedikit prinsip hidupmu, agar beroleh wang untuk hidup - manusia tamak pun patuh pada wang.
Jom baca dan hadamkan sabda Nabi s.a.w ini.
Rasulullah s.a.w bersabda,
ﺗَﻌِﺲَ ﻋَﺒْﺪُ ﺍﻟﺪِّﻳْﻨَﺎﺭِ ﺗَﻌِﺲَ ﻋَﺒْﺪُ ﺍﻟﺪِّﺭْﻫَﻢِ، ﺗَﻌِﺲَ ﻋَﺒْﺪُ ﺍﻟْﺨَﻤِﻴْﺼَﺔِ ﺗَﻌِﺲَ ﻋَﺒْﺪُ ﺍﻟْﺨَﻤِﻴْﻠَﺔِ ﺇِﻥْ ﺃُﻋْﻄِﻲَ ﺭَﺿِﻲَ ﻭَﺇِﻥْ ﻟَﻢْ ﻳُﻌْﻂَ ﺳَﺨِﻂَ
“Celakalah hamba dinar, celakalah hamba dirham, celakalah hamba khamisah dan khamilah (sejenis pakaian yang terbuat dari wool/sutera). Jika diberi ia senang, tetapi jika tidak diberi ia marah”.[HR. Bukhari]
Kita mengaku kita hamba Allah, tapi kita banyak bergantung kepada manusia lain. Kita lupa Allah pemberi rezeki.

Kita mengaku kita hamba Allah. Tetapi kita bangun ke tempat kerja tetapi tidak menunaikan solat subuh. Sekali lagi kita lupa Allah.
Kita ini hamba siapa sebenarnya?
Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat!

MUTIARA KATA HIKMAH

15 Nov, 07:20


*SAYYIDUL ISTIGHFAR ( Penghulu Istighfar )*

Ada sebuah Dzikir yang disebut Nabi sebagai ‘Sayyidul Istighfar’ (Penghulu Istighfar). Keistimewaannya Luar Biasa.

Barangsiapa yang Membacanya di Waktu Pagi dengan Penuh Keyakinan, kemudian Meninggal sebelum Datangnya waktu Malam, maka Dia Masuk ke dalam Syurga.

Barangsiapa yang Membacanya di Waktu Malam dengan Penuh Keyakinan dan Meninggal sebelum Datangnya Pagi, maka ia Masuk ke dalam Syurga (H.R alBukhari).

📖 Bacaan Sayyidul Istighfar itu adalah sebagai berikut:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

"Ya Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak Ada Sesembahan yang Berhak Disembah selain Engkau. Engkau Menciptakan Aku, Aku HambaMu, dan Aku akan Berusaha Memenuhi Perjanjian denganmu Semaksimal mungkin Sesuai Kemampuanku. Aku Berlindung KepadaMu dari Keburukan Perbuatanku. Aku Mengakui Seluruh NikmatMu Untukku dan Aku Mengakui Seluruh Dosaku. Maka Ampunilah Aku, kerana Sesungguhnya Tidak Ada yang Boleh Mengampuni Dosa kecuali Engkau".

Sayyidul Istighfar Tidak Cukup hanya Dibaca.

Harus Diiringi dengan Keyakinan yang Kuat.

📜 Beberapa Makna yang Terkandung dalam Sayyidul Istighfar:

1. Ikrar Tauhid: Ya Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak Ada Sesembahan yang Berhak Disembah selain Engkau.

2. Pengakuan: Sebagai hamba Allah

3. Berlimpahnya Nikmat yang Allah Berikan kepada Kita.

4. Banyaknya Dosa yang Kita Lakukan.

5. Tidak Ada yang Boleh Mengampuni Dosa kecuali Allah.

6. Berlindung kepada Allah dari Keburukan Perbuatan Kita.

7. Berupaya untuk Selalu Menjalankan Ketaatan kepada Allah: Aku akan Berusaha Memenuhi Perjanjian denganmu Semaksimal mungkin sesuai Kemampuanku.

Perjanjian dengan Allah itu adalah Menjalankan PerintahNya dan Menjauhi LaranganNya. Itulah TAQWA yang Sebenarnya.

📝 Poin-poin di atas adalah Tawassul (Kalimat-kalimat penghantar untuk Semakin Mendekatkan Diri kepada Allah), sedangkan Inti Permintaannya adalah: Maka AMPUNILAH AKU (YA ALLAH).

📗 (Dikutip dari Buku "Sukses Dunia Akhirat dengan Istighfar dan Taubat.")

Al Ustadz Abu Utsman Kharisman Hafidzahullah

Riyadhus Salafiyyin

MUTIARA KATA HIKMAH

10 Nov, 09:03


HIDUP BUKAN TUJUAN
TAPI HIDUP ADALAH PERJALANAN...


Waktu sedang Jaya kita merasa banyak teman di sekeliling kita, saat sedang berkuasa kita percaya diri melakukan apa saja...

Saat sedang tidak berdaya barulah kita sadar siapa saja sahabat sejati yang ada, saat sedang jatuh kita baru sadar selama ini siapa saja teman yang memperalat dan memanfaatkan kita...

Waktu sedang sakit kita baru tahu bahawa sehat itu sangat penting, lebih dari harta

Manakala Miskin kita baru tahu jadi orang harus banyak memberi dan saling membantu

Memasuki usia tua kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan, Saat di ambang kematian kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia

Hidup tidak lama, sudah saatnya kita membuat hidup lebih Berharga dan bermakna

Saling menghargai...
Saling membantu...
Saling memberi...
Saling mendukung, dan Saling mencintai

Jadilah teman setia tanpa syarat, tunjukkanlah bahawa kita masih mempunyai Hati Nurani yang tulus apa yang ditabur itulah yang akan dituai

Allah tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar

Tapi ketahuilah bahawa Allah selalu memberi pelangi di setiap badai,

Memberi senyum di setiap air mata,
Memberi kasih sayang dan berkah di setiap cubaan, dan jawaban di setiap doa.

Jangan pernah menyerah, Teruslah berjuang,
Life is so beautiful and colourful.

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah perjalanan

Sahabatku, Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang bahagia kerana kita.

Jangan pernah menjadi "gunting" kerana gunting bisa memotong sesuatu menjadi terpisah, jadilah "jarum", meskipun tajam tetapi bisa menyatukan apa yang terpisah.

Muhasabah...

MUTIARA KATA HIKMAH

10 Nov, 09:00


Angka 5 dalam Islam

5 waktu solat fardhu yang WAJIB didirikan


Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isya'

5 Rukun ISLAM

Mengucap dua kalimah syahadah.
Mendirikan solat.
Menunaikan zakat.
Berpuasa di bulan Ramadhan.
Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

5 hukum Syariah Islamiah

Wajib
Haram
Sunat
Makruh
Mubah (harus)

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Sihat sblm sakit
Kaya sblm sempit (miskin)
Lapang sblm sibuk; masa muda sblm tua
Hidup sblm datangnya mati.

5 peperangan besar dalam ISLAM

Perang Badar
Perang Uhud
Perang Khandak
Perang Muktah
Perang Hunain

5 orang Rasul bergelar ULUL AZMI

Nabi Nuh a.s
Nabi Ibrahim a.s
Nabi Musa a.s
Nabi Isa a.s
Nabi Muhammad SAW

5 Perkara yang WAJIB disegerakan.

Wajib menyegerakan memberi makan apabila tetamu datang kerumah.
Wajib menyegerakan urusan keatas jenazah.
Wajib menyegerakan mengahwinkan anak perempuan jika telah baligh.
Wajib menyegerakan membayar hutang jika telah datang waktu untuk membayarnya.
Wajib menyegerakan TAUBAT atas pelbagai dosa yang dilakukan.

5 Dosa Besar yang paling Utama

Syirik kepada Allah
Derhaka kepada kedua ibubapa
Meninggalkan Solat Fardhu
Memakan Harta Anak Yatim
Membunuh jiwa yang diharamkan Allah & terdapat 70 dosa besar lain yang juga Wajib ditinggalkan.

5 perkara yang dicintai dan melupakan 5 perkara yang lain di Akhir Zaman..

Mencintai Dunia & Melupakan Akhirat.
Mencintai Hidup & Melupakan Mati.
Mencintai harta benda & Melupakan Hisab.
Mencintai Gedung-gedung & Melupakan Kubur.
Mencintai Makhluk & Melupakan Khalik yakni Allah s.w.t

Semoga bermanfaat...

MUTIARA KATA HIKMAH

10 Nov, 03:06


🍃 Daun
Kalau dimakan ulat, menjadi sutera.
Kalau dimakan lembu, menjadi daging.

🍃 Nasihat
Kalau jatuhnya di atas hati yang putih, menjadi penawar yang berguna.
Kalau jatuhnya di atas hati yang hitam, menjadi racun yang berbisa.

🍃 Musibah
Kalau menimpa hati yang bersih, menjadi asbab muhasabah.
Kalau menimpa hati yang kotor,
menjadi asbab resah gelisah.

💖 Begitulah.
Benda yang sama.
Sumber yang sama.
Hasilnya menjadi lain-lain.

💖 Tak perlu tengok orang lain.
Tengok diri kita.
Bila diberi nasihat, apa khabar hati dan jiwa?
Tunduk mengangguk taat atau benci meronta-ronta?

💖 Bila ditimpa musibah, kita bagaimana?
Mengamuk dan resah gelisah atau redha terima takdir-Nya?

💖 Sungguh semuanya berbalik pada titik yang sama;

HATI

Kalau Allah ada di hati kita,
Apa pun yang diterima, indah belaka.

MUTIARA KATA HIKMAH

10 Nov, 03:05


Dalam diri kehidupan kita, tatkala kita mengajak orang lain ke arah kebaikan, kita sebenarnya membersihkan diri kita pada masa yang sama.

- Imam Hassan Al-Banna

PESAN DARI HABIB UMAR TENTANG HATI

Ada manusia yang mana amalannya seperti gunung di dunia, akan tetapi di akhirat umpama debu yang berterbangan, kerana hatinya.

Kedengkian sesama muslim itu adalah penyakit, jadilah kamu seorang da'i, yakni yang mengajak, dan bukannya seorang qadi, yakni yang menghukum. Semua para wali الله itu, diangkat darjatnya, oleh الله, kerana hatinya yang bersih, tidak sombong, tidak dengki, dan selalu merendah diri.

Sebagai tanda jika الله ingin menutupi semua kejahatanmu, Maka الله akan jadikan dirimu senang menutupi aib orang lain. Dan ketika الله ingin membuka aibmu, الله jadikan pula dirimu suka mencari-cari aib atau kekurangan orang lain.

Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang yang merendah diri, dan, tidak suka mencari cari aib atau kekurangan orang lain.


- AL HABIB UMAR BEN HAFIDZ

MUTIARA KATA HIKMAH

10 Nov, 00:44


SEBUTLAH ALLAH SEBANYAKNYA

Sebut lah ALLAH sebanyak²nya di dalam hati² kamu sehingga kosong hati kamu dari selainNYA

Sebut lah ALLAH sebanyak²nya di dalam hati² kamu sehingga ALLAH mengeluarkan kamu dari kegelapan kepda cahaya

Sebut lah ALLAH sebanyak²nya di dalam hati² kamu sehingga kamu benci kepda maksiat dan cintakan ketaatan

Sebut lah ALLAH sebanyak²nya di dalam hati² kamu sehingga lemah segala nafsu jahatmu dan godaan syaitan terhadap dirimu

Sebut lah ALLAH sebanyak²nya di dalam hati² kamu sehingga datang keasyikan dan kerinduanmu terhadap tuhanmu

Sebut lah ALLAH sebanyak²nya di dalam hati² kamu sehingga masuk kamu ke pintu fana' biALLAH dan berakhir dengn bako biALLAH

Ambil la talkin zikir ALLAH ALLAH ALLAH daripda guru yang mursyid sehingga kamu benar² terbimbing dengn jalanNYA yabg sebenar

ALLAH lah tempat tuntutan sekalian mukmin dan hanya kepda ALLAH lah tempat berakhirnya perjalanan hamba.

MUTIARA KATA HIKMAH

09 Nov, 21:35


SEDEKAH SUBUH ❤️

Mengapa sedekah pada waktu pagi adalah sedekah yang terbaik?

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري)

Daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda bermaksud:

“Tidak ada yang berpagi-pagian para hamba padanya kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang menginfaqkan hartanya. " Sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kemusnahan bagi orang yang menahan (hartanya)”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Subhanallah ‼️
Betapa besarnya kelebihan bagi orang yang menginfaqkan hartanya sehingga para Malaikat sendiri mendoakan bagi mereka.

MasyaAllah jom sedekah subuh !

MUTIARA KATA HIKMAH

09 Nov, 02:12


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Keluasan Keampunan Allah


حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

Telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik RA ia berkata; saya mendengar Rasulullah SAW berkata:

"Allah tabaraka wa ta'ala berfirman: "Wahai anak Adam, jika kamu mengharap dan  berdoa kepadaKu, Aku pasti akan menghapuskan dosa mu yang telah lalu.  Aku tidak akan memperdulikannya lagi. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu telah mencapai setinggi langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu nescaya aku akan mengampunimu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiKu dengan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu, Aku pasti akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi."

(HR Tirmizi No: 3463)
Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Allah Maha Pengampun ke atas hamba-hambaNya.

2.  Sebagai hamba, kita sewajarnya sentiasa berharap dan berdoa agar diampunkan segala dosa-dosa sama ada dosa yang kecil mahupun besar, dosa yang kita sedar atau tidak.

3.  Allah akan mengampunkan dosa hambanya melainkan dosa syirik.

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا

“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah An Nisa’ ayat: 110).

4.  Berputus asa dari rahmat dan keampunan Allah termasuk dosa besar. Berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Abdurrazaq:

عن بن مسعود قال أكبر الكبائر الإشراك بالله والأمن من مكر الله والقنوط من رحمة الله واليأس من روح الله

“Daripada Ibnu Mas’ud, ia berkata bahawa di antara dosa besar yang terbesar adalah berbuat syirik pada Allah, merasa aman dari murka Allah dan merasa putus asa dan putus harapan dari ampunan Allah.” (HR. Abdurrozaq, 10: 460, dikeluarkan pula oleh Ath Thobroni. Lihat Kitab Tauhid dengan tahqiq Syaikh Abdul Qodir Al Arnauth, hal. 128).

Berusahalah bersungguh-sungguh memohon ampun dari dosa yang lalu dan sentiasa mengharap rahmat dan kasih sayang Allah.

07hb Jamadil Awal 1446H
09hb November 2024

MUTIARA KATA HIKMAH

08 Nov, 22:57


Kelazatan yang dirasakan seseorang di saat melakukan perbuatan maksiat akan lenyap, sedangkan dosanya akan tetap tercatat hingga hari kiamat.

Begitu juga keletihan di saat melakukan ibadah akan lenyap, sedangkan pahalanya akan terus bertahan hingga hari kiamat.

Jangan korbankan kenikmatan Akhirat hanya demi mengejar kenikmatan Dunia yang sementara.

Lihatlah mereka yang dahulu pernah hidup di Dunia ini lalu menghabiskan usia mereka di dalam lembah dosa. Di mana mereka sekarang?

Lihatlah mereka yang dahulu menghabiskan usia mereka untuk beribadah. Di mana mereka sekarang?

Seandainya waktu dapat diputar semula, tentu mereka yang dulu berbuat dosa berangan-angan kembali ke dunia lalu beribadah kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Tapi ia tidak akan mungkin terjadi.


Maka peringatan ini hanya bermanfaat bagi orang yang masih hidup sekarang dan mempunyai pemikiran yang jernih.

Jangan sampai semuanya terlambat. Segeralah bertaubat dan isi hari-hari kita dengan ibadah kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

[Al Fadhil Ustaz Wadi Annuar Ayub]

MUTIARA KATA HIKMAH

08 Nov, 22:54


PERBAIKILAH DIRI

Jangan bangga berkulit putih
Kerana kulit terakhir kita, tanah liat
Jangan dibangga berupa cantik
Bila mati jadi makanan ulat

Jangan berbangga berumah mewah
kerana rumah terakhir kita lubang kubur
Cantik dan kaya usahlah bermegah
Bila kau mati kecantikmu kan hancur

Jangan bangga dengan pakaian berjenama kerana pakaian terakhir kita, kain kafan
Cantik dan megah semuanya tidak lama
Bila mati tunggulah kehamcuran

Jangan bangga dengan kenderaan mewah kerana kenderaan terakhir kita, adalah usungan
Waktu hidup bolehlah bermegah
bila mati sendirian dalam lubang

Usah dibangga jawatan dan pangkat
Kerana jawatan terakhirmu digelar mayat
Bila jasadmu terbaring ditikar
Menunggu imam untuk disolat

Jangan dibangga bila dipuji
Kerana akhirnya pujian itu akan diusung
Carilah jalan memperbaiki diri
Agar disana menjadi beruntung


PERBAIKILAH DIRI SELAGI DIDUNIA
KERANA DISANA TIADA LAGI RUANG
CARILAH JALAN MENGGAPAI REDHA
KERANA DISANA TIADA LAGI PELUANG

MUTIARA KATA HIKMAH

08 Nov, 18:02


KENAPA KENA BACA AL-QURAN WAKTU PAGI

Kita biasa tak baca al-Quran di waktu pagi? Khususnya selepas solat subuh.

Kalau belum biasa, kena biasakan. Kalau dah biasa, alhamdulillah! Sebab kita dah buat satu tindakan yang sangat tepat, iaitu makan "ubat" bernama al-Quran.

Al-Quran ni Allah umpamakan seperti ubat. Ia boleh menjadi penawar kepada hati (syifa' fis sudur) dan kesan penyembuhannya HANYA boleh dirasai oleh orang yang mengambil atau mengamalkannya sahaja.

Allah berfirman yang bermaksud,

'Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu Al-Quran, peranannya sebagai pengajaran dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit batin dalam hatimu, sebagai hidayah petunjuk serta rahmat bagi orang beriman'. (Surah Yunus, 57)

Secara luarannya, kita ni nampak je macam sihat. Boleh joging, pergi workout, dan sebagainya. Tetapi kebanyakkan daripada kita, dalamnnya sangat "sakit". Sakit macam mana?

Sakit dalaman ni seperti cepat sakit hati, tak puas hati, geram, dengki, keras hati, lupa bersyukur, cepat putus asa, banyak berprasangka, pemalas, buang masa, suka maksiat, pertahankan dosa, jauh daripada Allah dan sebagainya.

Tetapi....

Bila kita mulakan setiap pagi dengan membaca Al-Quran, kita umpama seperti makan 'ubat' hati.

MUTIARA KATA HIKMAH

08 Nov, 11:48


BERJAYA DENGAN SOLAT

Baiklah, faktor rahsia kemenangan, kejayaan dan kejuaraan atau erti kata sama makna dengan berjaya hanya ada satu sahaja, iaitu solat.

Ingat, dengan solat kita akan dapat super duper punya kejayaan. Bukan kejayaan yang biasa-biasa.

Pada zaman Sultan Muhammad Al Fateh berjaya menakluki Kota Konstantinopel dengan solat tahajjud. Hebatkan??

Ingat, tak berguna amalan sunat sekiranya solat 5 waktu tidak dijaga.

Solat itu ibarat tiang-tiang di rumah kita. Amalan yang lain ibarat bumbung rumah. Tiang runtuh bumbung pun runtuh juga. Betapa pentingnya solat untuk dijaga.

Lagi satu kehebatan solat hanya pada agama kita sahaja, Islam. Solat kita ini terlampau bernilai di sisi Allah. Kita jaga solat, Allah jaga kita.

Bila amalan kita naik ke atas ketika itulah solat akan mendoakan kepada tuannya sama ada kebaikan atau keburukan berdasarkan cara pelaksanaan solatnya.

"Semoga Allah menjaga kamu sebagaimana engkau menjaga aku".

Itu doa bagi orang menjaga solat dengan khusyuk dan hadir hati dalam solat. 2 aspek ini begitu penting supaya Allah menerima solat kita. Itu yang sepatutnya difikir, adakah solat aku diterima??

"Semoga Allah membiarkan kau sebagaimana kau membiarkan aku".

Lagi dahsyat kalau amalan kita mendoakan keburukan. Amalan kita akan berjumpa dengan pencipta kita. Solat orang begini akan mendapat azab yang pedih. Ingat, solat lah elok-elok jangan cincai-cincai.

Solat kunci kejayaan kita. Inn shaa Allah janji Allah itu pasti. Quran dah merakamkan firman Allah dalam surah Al Mukminun. Ingat tak?? tak tahu... haah balik buka quran baca yeee.

Lagi satu "berjaya" nya seseorang itu telah digambarkan dalam surah Al Mukminun pada ayat 10 dan 11.

Firman Allah SWT,

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (10).

Mereka mewarisi syurga Firdaus, dan mereka kekal di dalamnya (11).


Lagi beruntung apabila kita menjaga solat dengan khusyuk dan tawaduk inn shaa Allah, Allah memilih kita untuk masuk syurga FIRDAUS. Syurga ni bukan sebarangan sangat mahal nilainya.

Marilah kita Muhasabah Diri, Dakwah Hati dan Teruskan Berselawat...

#SUBHANALLAH
#MAHASUCIALLAH

MUTIARA KATA HIKMAH

08 Nov, 11:43


*MASA DEPAN YANG SESUNGGUHNYA*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

🎙 Syaikh Ali Musthafa ath-Thanthawi rohimahullah berkata,

Aku pernah duduk di bangku sekolah dasar demi masa depan.

Kemudian aku belajar di jenjang SMP juga demi masa depan.

Setelah itu mereka mengatakan “lanjutkan lagi ke jenjang SMA demi masa depan..“

Setelah lulus SMA mereka mengatakan, “demi masa depan lanjutkan hingga sarjana.."

Setelah meraih gelar sarjana mereka mengatakan, “carilah pekerjaan demi masa depan.."

Setelah aku bekerja mereka mengatakan, ”menikahlah demi masa depan.."

Setelah menikah mereka mengatakan: “segeralah punya momongan demi masa depan..”

Dan saat ini ketika aku menulis kata-kata ini umurku telah mencapai 77 tahun dan aku masih menunggu masa depan..

Masa depan adalah titik merah yang takkan pernah kita capai. Karena bila kita mencapainya, masa itu berubah menjadi masa kini, lalu kita akan menghadapi masa depan berikutnya dan begitu seterusnya.

☑️Masa depan yang sesungguhnya adalah : Ketika engkau membuat Allah ridho kepadamu, lalu engkau selamat dari neraka-Nya dan mendapatkan surga-Nya.."

MUTIARA KATA HIKMAH

02 Nov, 17:58


Assalamualaikum wbt
DOA PAGI Hari

Ya Allah.
Jika hari ini ada di antara kami..yang sedang sakit,mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...Berikanlah kesembuhan untuknya..Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan.

Ya Allah.
Jika hari ini ada di antara kami,Yang kesulitan rezki,Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki.

Ya Allah.
Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu...Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar..Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu..Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan.

Ya Allah
Jika hari ini ada di antara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya..Sombong, iri hati, dengki dan dusta..Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah.

Ya Allah
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan...Bukakanlah pintu hatinya..agar memaafkan kami

Ya Allah
ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami, dosa rakan rakan kami, dosa jiran jiran kami dan dosa kaum Muslimin dan muslimat.Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani

Aamiiin Ya Rabbal Alamiin

MUTIARA KATA HIKMAH

02 Nov, 11:39


Berdebat itu mudah, karena melawan pikiran dan perasaan orang lain.

Tapi berdamai itu susah, karena melawan pikiran dan perasaan diri sendiri.

Yah, namanya juga hidup.. di balik tragedi selalu ada komedi.

Pikiran suka memukul perasaan dengan kenyataan, sementara perasaan menyerang balik dengan keluhan dan alasan yang bikin kita bingung.

Lucunya, meskipun kita tahu pertempuran ini nggak akan membawa kita ke mana-mana, tetap aja kita terjebak di sana.

Pada akhirnya, kita cuma bisa ketawa kecil dan menyadari bahwa pertarungan ini nggak ada pemenangnya.

Yang ada, kita cuma capek sendiri.

Apalagi kalo hidup sendiri, pengen meluk ga ada yang bisa dipeluk. Yang bisa dipeluk cuma agama 🥲

Pada akhirnya, apapun yang terjadi, tetap tenang..
Semua hanya soal mindset ❤️

MUTIARA KATA HIKMAH

02 Nov, 11:35


UCAPKANLAH ALHAMDULILLAH

❥ Ketika tidak punya wang maka Alhamdulillah masih diberi nikmat yang lain...

❥ Ketika menderita sakit maka Alhamdulillah dosa menjadi berkurang, dan pahala serta kesabaran menjadi bertambah...

❥ Ketika orang lain membenci maka Alhamdulillah ALLAH telah mengajarkan untuk memaafkan dan tidak membalasnya
dengan kebencian...

❥ Ketika musibah datang maka Alhamdulillah ertinya ALLAH masih sayang agar iman & kesabaran meningkat...

❥ Ketika harus kehilangan maka Alhamdulillah kerana itu bererti bahwa ALLAH ingin mengajarkan keikhlasan dan akan memberi dengan yang lebih baik...

❥ Ketika diri tiada lagi berdaya maka Alhamdulillah ertinya ALLAH ingin mengajarkan tawakal...

❥ Ketika hidup kekurangan, maka Alhamdulillah kerana ALLAH memberikan kesempatan untuk berusaha lebih baik lagi...

❥ Ketika diberi rezeki apa adanya, maka Alhamdulillah ALLAH masih mencukupi segala kebutuhan...

❥ Ketika ALLAH belum mengizinkan untuk menikah, maka Alhamdulillah bererti punya banyak waktu untuk bersama ALLAH...

❥ Dan ketika satu orang tidak lagi mahu bersahabat maka Alhamdulillah masih banyak orang yang lebih memerlukan...

❥ Dan Alhamdulillah tiada kata yang lebih indah selain segala puji bagi ALLAH atas segala nikmat dan karunia NYA...

❥ Kerana tiada seorang pun yang dapat menikmati hidup dalam keadaan apapun kecuali dengan rasa syukur, kerana tiada
lagi yang dapat menghibur diri kita kecuali datang dari diri kita sendiri dengan senantiasa mensyukuri apapun adanya...

❥ Dan ingatlah jika satu derita mampu membuatmu bersedih maka ingatlah masih banyak kenikmatan yang bisa membuatmu tersenyum dan bersyukur, dan tetaplah Husnudzan kepada NYA..
Karena sesungguhnya ALLAH tidak pernah mendzalimi hamba NYA, maka bersyukurlah...

Kerana ALLAH telah berfirman:

❥ "Sesungguhnya jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (kenikmatan) kepada kalian..." (Qs. Ibrahim: 7)

MUTIARA KATA HIKMAH

02 Nov, 09:15


Hanya kerana kita bergaul dengan orang berilmu belum tentu kita berilmu jika tidak mengambil apa-apa manfaat dari mereka..

Hanya kerana kita bersekolah agama belum tentu kita arif tentang agama jika tidak mengamalkan apa yang diperolehi dari sekolah kita..

Hanya kerana kita berpakaian labuh belum tentu kekuatan iman kita jika dihati masih memandang rendah pada sesetengah manusia jahil..

Hanya kerana kita solat lima waktu belum tentu cukup amalan kita jika masih melihat keburukan pada insan lain dan memandang kita sebagai ahli syurga..

Hidup ini hak kita, namun 'hak' itu dibatasi dengan panduan melalui Quran dan hadis.

Kita ini lemah, letaklah sebagai lemah yang memerlukan Allah swt dalam setiap perlakuan kita..

Jangan sesekali berlagak sombong, orang yang sombong mungkin lupa bahawa semua yang kita ada hanyalah semata-mata pinjaman dari Allah swt..

MUTIARA KATA HIKMAH

02 Nov, 09:14


Kita tidak bisa mengubah yang telah terjadi.
Juga tidak bisa menggariskan masa depan.

Lalu mengapa membunuh diri kita dengan penyesalan, atas apa yang sudah tidak bisa kita ubah ?

Hidup itu singkat sementara targetnya banyak.
Maka tataplah awan dan jangan lihat ke tanah.

Kalau merasa jalan sudah makin sempit, kembalilah kepada Allah yang Maha Mengetahui hal yang gaib.
Dan ucapkan Alhamdulillah atas apa saja.

Kapal Titanic dibuat oleh ratusan orang.
Sedangkan kapal nabi Nuh dibuat hanya oleh satu orang.

Tetapi, Titanic tenggelam.
Sedangkan kapal Nabi Nuh menyelamatkan umat manusia.

Taufik dan hidayah hanya dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Kita bukanlah penduduk asli bumi, asal kita adalah surga.
Tempat, dimana orangtua kita, Adam, tinggal pertama kali..

Kita tinggal di sini hanya untuk sementara.
Untuk mengikuti ujian lalu segera kembali.

Maka berusahalah semampu kita untuk mengejar kafilah orang-orang shalih, yang akan kembali ke tanah air yang sangat luas, di akhirat sana...

Jangan sia-siakan waktu kita di planet kecil ini.

Perpisahan itu bukanlah karena perjalanan yang jauh atau karena ditinggal orang tercinta.
Bahkan, kematian pun bukanlah perpisahan, sebab kita akan bertemu lagi di akhirat.
Perpisahan adalah ketika satu diantara kita masuk surga, sedang yang lainnya terjerembab ke neraka.

Semoga Allah menjadikan kita semua menjadi penghuni surga. Aamin

Barakallahu Fiikum..

MUTIARA KATA HIKMAH

02 Nov, 05:45


Ketetapan Allah: Hikmah di Balik Ujian

Dalam perjalanan hidup yang penuh dengan liku-liku, kita seringkali dihadapkan pada ujian dan kesulitan yang kadang kala membuat kita bertanya-tanya, mengapa ini harus terjadi? Namun, sebagai umat yang beriman, kita yakin bahwa tidak ada satu pun rancangan Allah yang sia-sia.

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:
“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah: 155)

Hadis Rasulullah SAW juga menyatakan:
“Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, sesungguhnya semua urusannya adalah baik baginya. Jika ia mendapat kesenangan ia bersyukur maka itu adalah baik baginya. Dan jika ia mendapat kesulitan ia bersabar, maka itu adalah baik baginya.” (HR. Muslim)

1. Mengandung Hikmah
Setiap ujian yang datang kepada kita, seberat apa pun itu, mengandung hikmah yang mungkin tidak kita ketahui saat ini. Mungkin Allah ingin membersihkan dosa-dosa kita, mungkin untuk meningkatkan derajat kita di sisi-Nya, atau mungkin untuk mengingatkan kita tentang sesuatu yang telah kita lupakan.

2. Mengajarkan Kesabaran
Ujian dan kesulitan mengajarkan kita tentang kesabaran, salah satu sifat terpuji yang sangat dihargai dalam Islam. Kesabaran membantu kita untuk tetap teguh dalam keimanan dan terus berharap pada rahmat dan pertolongan Allah.

3. Mendorong Kita Untuk Kembali kepada Allah
Kadang kala, Allah mengirimkan ujian untuk mendorong kita agar kembali lebih dekat kepada-Nya, untuk meningkatkan doa, ibadah, dan kebergantungan kita kepada-Nya. Ujian merupakan cara untuk membersihkan jiwa dan memperbaiki hubungan kita dengan Pencipta.

4. Pengingat Bahwa Dunia Hanyalah Sementara
Ujian dan kesulitan juga mengingatkan kita bahwa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, dan kebahagiaan sejati hanya dapat ditemukan dalam kehidupan akhirat yang kekal.

Doa:
“Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi setiap ujian dengan sabar dan penuh keimanan. Bimbinglah kami untuk selalu mencari hikmah di balik setiap kesulitan, dan jadikanlah kami hamba-Mu yang selalu bersyukur atas segala ketentuan-Mu. Aamiin.”

Mari kita hadapi setiap ujian dengan hati yang lapang, sabar, dan penuh keimanan, yakin bahwa di balik setiap kesulitan pasti ada kemudahan dan hikmah yang akan membuat kita lebih kuat dan lebih dekat kepada Allah SWT.

MUTIARA KATA HIKMAH

26 Oct, 06:24


R A B I A T U L
A D A W I Y Y A H


Apabila Rabiatul Adawiyyah dilahirkan, ibu bapanya teramat miskin sehingga mereka tidak mempunyai wang pun untuk membeli minyak yang menyalakan lampu mereka

Ibu Rabiatul Adawiyyah meminta agar suaminya ke rumah jiran untuk mendapatkan sedikit wang bagi membeli barang-barang keperluan untuk anak perempuan mereka yang baru dilahirkan

Akan tetapi, ayahnya telah berazam untuk meminta pertolongan dari Allah sahaja

Maka, dia pun merayu kepada Allah

Pada malam itu, Rasulullah ﷺ datang kepadanya di dalam mimpi dan memberitahunya bahawa anak perempuannya adalah seorang yang disayangi Allah dan dia akan memimpin ramai kepada Islam

Kemudian, Rasulullah ﷺ menyuruh ayahnya untuk mempersembahkan surat kepada penguasa Basra di Iraq yang mencatatkan bahawa dia telah lupa untuk membaca sebuah awrad pada satu malam, dan dia harus memberi 400 dirham kepadanya

Penguasa itu sangat gembira kerana telah disebut oleh Rasulullah ﷺ lalu dia mentaati perintah Rasulullah ﷺ dengan hati yang girang

Maka, sejak kelahirannya, Rabiatul Adawiyyah membawa berkat kepada mereka di kelilingnya

Dia menetap di sebuah padang pasir dan dia hidup berasingan dari sesiapapun

Dia mencapai tahap iman yang tinggi dan dia akan berkata "Yaa Rabb, jika aku menyembahMu kerana aku takutkan neraka, maka bakarkanlah aku dalam neraka; jika aku menyembahMu kerana aku inginkan Syurga, kecualikan aku dari Syurga; tetapi jika aku menyembahMu untuk Kamu sahaja, maka janganlah Kamu menafikanku KeagunganMu yang abadi"

Apabila dia sudah melanjut usia, Rabiatul Adawiyyah berhijrah ke Palestin, di mana dia mempunyai rumah di atas Gunung Zaitun

Setiap hari, dia akan berjalan kaki ke Al-Aqsa untuk mengajar dan beribadah

Dia tidak bernikah dan tidak mempunyai seorang anak pun dan dia menjalankan hidup yang sederhana

Dia hanya ingin bersama Kekasihnya dan menyembahNya tanpa mengharapkan sesuatu

Dia telah menyerahkan hidupnya dengan sepenuhnya kepada Allah dan dia sedar dia hanyalah hambaNya

Dia tidak meninggalkan sebarang tulisan, tetapi ramai ulama yang hebat telah memperolehi manfaat dari ilmunya dan salah seorang dari mereka adalah Imam Syafi'i

MUTIARA KATA HIKMAH

26 Oct, 06:23


T A N D A O R A N G Y A N G
B E R O L E H T A U F I K D A R I
A L L A H


Orang ini "dipermudahkan oleh Allah" untuk dia buat ibadah walaupun dia tiada niat untuk membuat benda baik.

Dia jadi mudah nak buat kebaikan, jadi mudah untuk solat malam, jadi mudah untuk membaca Quran, jadi mudah untuk ke masjid, jadi mudah untuk taat kepada ibu bapa. Walaupun dia tak ada niat.

Ini tanda pertama orang yang mendapat "taufik" dari Allah.

T A N D A O R A N G Y A N G
B A N Y A K D O S A


Disebutkan oleh Imam GhazalI rah.a,

"Sesungguhnya orang yang banyak dosa kepada Allah itu menyebabkan dia menjadi payah atau susah untuk beribadah kepada Allah."

Kita ini bila dosa banyak payah bangun solat malam, kita ini bila banyak dosa payah nak baca Quran, kita ini bila banyak dosa payah nak buat kebaikan, kita ini bila banyak dosa payah nak datang ke masjid, kita ini bila banyak dosa payah nak taat kepada ibu bapa.

Hanya Allah Maha Mengetahui
Perkara Yang Benar

MUTIARA KATA HIKMAH

26 Oct, 02:07


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Hati


عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ : إِنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَ أَمْوَالِكُمْ وَ لَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوْبِكُمْ وَ أَعْمَالِكُمْ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata: Nabi SAW telah bersabda:

”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kalian, juga tidak kepada harta kalian, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian”

(HR Muslim No: 2564)
Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ganjaran pahala  di atas setiap amalan adalah bergantung kepada hati yang benar-benar ikhlas dan niat yang benar

2.  Penting setiap Muslim untuk menjaga niat dalam melakukan setiap amal agar hati sentiasa benar dan bersih daripada sifat-sifat mazmumah serta membuahkan sifat taqwa kepada Allah SWT

3.  Kepentingan menjaga amalan hati terlebih mendahului daripada amalan yang dilakukan oleh anggota badan kerana hanya amalan yang  dilakukan dengan ikhlas akan diterima dalam setiap amalan yang disyariat.

4. Allah tidak mengukur kepada rupa seseorang juga harta yang dimiliki atau yang dikeluarkan, namun ia bergantung pada amal dan keikhlasan.

23hb Rabiul Akhir 1446H
26hb Oktober 2024

MUTIARA KATA HIKMAH

26 Oct, 01:47


Hidayah petunjuk Allah itu sangat mahal.

Hatta orang paling kaya pun tidak dapat membelinya.

Hidayah itu kurnia daripadaNya kepada insan yang terpilih, tiadalah makna hidup di dunia ini tanpa petunjuk hidayahNya.

Tiadalah makna segala kemewahan dan harta tanpa petunjuk hidayahNya.

Tiadalah makna segala jawatan, kuasa dan takhta tanpa petunjuk hidayahNya.

Tiadalah makna segala pencapaian & kejayaan duniawi tanpa petunjuk hidayahNya.

Tiadalah makna kemasyhuran & populariti tanpa petunjuk hidayahNya.

Tiadalah makna segalanya jika hati sudah terpesong daripada petunjuk jalan lurus menujuNya.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah
kepada kami limpah rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."

MUTIARA KATA HIKMAH

26 Oct, 01:39


SEDIKIT

Amat sedikit orang yang beriman.
Amat sedikit orang yang bertaqwa.
Amat sedikit orang yang bersyukur.
Amat sedikit orang yang faham islam.

Amat sedikit orang yang amalkan islam sungguh-sungguh.

Amat sedikit orang yang sungguh-sungguh nak tinggalkan maksiat.

Amat sedikit orang yang bertaubat dari dosa.

Amat sedikit orang yang menangis di tengah malam merindui Allah.

Amat sedikit orang yang berdakwah mengajak kepada kebaikan.

Amat sedikit orang yang mentarbiah manusia, membina manusia dan berusaha menjadi asbab hidayah buat manusia.

Dan..

Amat sedikit orang yang AMAL apa yang dia CAKAP.

Umar Alkhattab sering berdoa:

"Ya Allah, jadikanlah aku di kalangan orang yang sedikit".

Kerana apa?

Kerana, amat sedikit orang yang masuk syurga.
😢

Ampunkan kami Allah!

MUTIARA KATA HIKMAH

25 Oct, 18:43


Pagi adalah waktu terbaik untuk kita bersyukur kepada Allah . Kita diberikan hari besar lagi untuk hidup dan menikmati berkat-Nya setiap hari, jadi jalani, hidupmu sebaik mungkin seolah-olah kamu hanya memiliki hari ini untuk hidup.

Terima kasih Ya Allah , atas kebahagiaan dan kesihatan yang Kau berikan.

Terima kasih Ya Allah , kerana selalu menjaga keluargaku dan aku agar sentiasa sihat dan mengingati untuk sentiasa bersyukur diatas kurniaanMu.