Saya tak pandai nak bagi nasihat. Tapi kalau ada satu nasihat yang saya boleh ambil iktibar dari tahun 2024, saya boleh bagi nasihat ni :
Dalam apa keadaan pun, TETAPKAN BERSABAR.
Saya tahu, saya faham, tak ramai orang boleh terima nasihat untuk bersabar ni.
Satunya, orang mudah offended dengan nasihat bersabar ni. Sebab orang anggap tukang bagi nasihat tu sedap la cakap, kau tak lalui ujian tu semua.
Satu lagi, nasihat bersabar ni, dia macam tak berbentuk solusi yang kita boleh usahakan. Kalau orang cakap kena buat gini, kena buat gitu, kita nampak ada struktur untuk nasihat tu. Tapi kalau nasihat suruh sabar, dia macam sekadar keluar dari mulut dan tak ada cara khusus.
Ketiga, nasihat bersabar ni terlalu cliche. Semua orang dah tahu. Dan bila kita suruh orang buat benda yang dia tahu, dia mudah terasa yang penasihat tu semacam anggap dia tak pandai bersabar.
Dia macam ni...(Ini pendapat saya, sesiapa pun boleh tak setuju.)
Bersabar ni, adalah usaha kepada yangada dalam hati kita, iaitu iman.
Kenapa iman?
Kerana ujian, masalah dan semua benda bentuk kesusahan yang kita lalui, semua tu dah ditentukan oleh Allah sejak azali. Dah selesai di tulis dalam takdir Allah.
Jadi, nak lalui semua ujian tu, kita kena usahakan dua benda. Usaha atas solusi/tindakan/fizikal, dan kedua adalah usaha atas hati/iman/spiritual.
Macam mana struggle kita nak lalui ujian tu setiap hari, usaha atas tindakan dan usaha atas iman tu kena berjalan seiring. Kita work on troubleshooting, workaround, solution, at the same time we keep reminding our heart to continue sabr.
Contoh,
Kita tengah lalui ujian kesempitan wang.
Ada orang bagi nasihat suruh buat itu, buat ini, guna cara ni, guna cara tu. Itu adalah tindakan.
Dan ada yang bagi nasihat suruh bersabar. "Kau sabarlah. Insya-Allah semua ni akan berakhir."
Secara tipikalnya, orang boleh terima nasihat pertama, tapi rasa sakit hati bila diberi nasihat kedua.
Ketahuilah,
Kita perlukan kedua-dua nasihat tu.
Sebagai orang beriman, kita wajib usaha untuk keluar dari masalah. Tak boleh duduk saja harapkan keajaiban atau terus menerus minta bantuan dari orang tanpa kita sendiri buat sesuatu.
Dan kena selalu ingatkan diri untuk terus bersabar.
Saya nak share satu benda best.
Sebenarnya, usaha atas iman untuk terus bersabar tu lagi besar impak dari usaha atas tindakan.
Usaha atas tindakan, kita belum tahu hasilnya macam mana. Tapi dengan bersabar, kita tahu Yang Maha Berkuasa, Tuhan Sekalian Alam akan bersama-sama dengan kita untuk lalui ujian ini. Dan Allah takkan sia-siakan usaha kesabaran kita tu.
Saya tulis berdasar apa yang saya lalui.
Normal kita manusia, akan fikir dan cari jalan untuk keluar dari masalah tu. Tapi, makin kita fikir, makin kita usaha, kita tak nampak jalan keluar. Kita tak nampak ada jawapan untuk persoalan kita. Dan saya sendiri dah rasa, rupa-rupanya kalau kita bersabar sikit, Allah akan datangkan jawapan tu.
Insya-Allah di tahun baru ni, saya tak minta apa-apa.
Saya hanya nak minta Allah kuatkan hati untuk terus bersabar dengan ujian yang mendatang dan terus kuat untuk usaha cari jalan dan solusi terbaik.
Doa saya yang sama juga buat kalian semua.
Terus kuat gais!
.
.
Azlan Noor