Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah @nor_zazilah Channel on Telegram

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

@nor_zazilah


Perkongsian ilmu & pengalaman secara percuma mengenai rancang harta & urus pusaka - Hibah, Wasiat, Faraid, Pengurusan Pusaka, Harta Sepencarian, Amanah, Hibah Perniagaan

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram yang bernama Info Hibah, Wasiat & Faraid yang dikelolakan oleh Nor Zazilah. Saluran ini bertujuan untuk menyediakan perkongsian ilmu dan pengalaman secara percuma mengenai rancang harta dan urus pusaka. Nor Zazilah akan berkongsi maklumat berguna mengenai Hibah, Wasiat, Faraid, Pengurusan Pusaka, Harta Sepencarian, Amanah, dan Hibah Perniagaan. Dengan mengikuti saluran ini, anda akan mendapat pelbagai tips dan panduan berkaitan dengan pentadbiran harta pusaka dan proses-proses yang berkaitan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pengetahuan anda dalam bidang ini. Sertai Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah sekarang juga untuk memperoleh manfaat daripada pengetahuan yang berkualiti dan berguna secara percuma!

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

15 Feb, 03:02


Jumpa saya di booth K18 🤩

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

15 Feb, 02:44


https://www.facebook.com/share/p/1Bnxc4LSPa/

Saya berada di KARNIVAL SENI BUDAYA BANGSA dari Jumaat, 14/2/25 hingga Ahad, 16/2/25.

Lokasi : Dataran Kemerdekaan Shah Alam (depan Muzium Shah Alam dan Hotel Mardhiyyah).

Masa : 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Anjuran : koopseni

https://www.tiktok.com/@koopseni?_t=ZS-8tuM5AYNV4s&_r=1

No. Booth : K18. Sebelah booth perfume Ako Mustapha tau. Kat sini memang majoriti booth anak seni (pelakon, penyanyi). Meh saya belanja gambar retis yang saya sempat bergambar😍🎉

Mission : Try nak sebarkan perancangan harta kepada golongan retis ni. Doakan ya ❤️☺️😂

Nor Zazilah
0129051457
𝘋𝘢𝘪𝘦 𝘗𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘔𝘢𝘸𝘢𝘳𝘪𝘵𝘩
Penceramah bertauliah Wasiyyah Shoppe Berhad
𝑃𝑒𝑟𝑢𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔 𝑃𝑒𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐻𝑎𝑟𝑡𝑎 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚
🎁𝐻𝑖𝑏𝑎𝘩 📝𝑊𝑎𝑠𝑖𝑎𝑡, 💰𝑃𝑢𝑠𝑎𝑘𝑎, 👨‍👩‍👧‍👦𝐹𝑎𝑟𝑎𝑖𝑑

Konsultasi Percuma 🗣️

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

13 Feb, 09:38


https://www.facebook.com/share/p/1BZhoz2xAs/

Kali ini saya berada di KPJ Ampang Puteri.😍

Berpasangan dengan Kak Rohaya Hassan. Ustaz Imad, Wasiyyah Shoppe Berhad pun ada datang booth untuk top up lagi flyers, brochure dan bawa bunting. Paling best perunding dapat perkongsian terus dari Ustaz Imad iaitu skrip-skrip dan teknik nak closing di booth.

Kami juga tak henti-hentilah tanya Ustaz Imad macam-macam soalan. Ni lah peluang nak tanya kan. Sebab setiap hari ada je jumpa pelbagai kes yang belum pernah jumpa. Contohnya si mati ada harta tapi semua harta letak nama orang lain dan orang lain tu pun dah meninggal juga. 😰

Alhamdulillah kerja hari ni dah selesai. InsyaAllah turn saya di sini lagi pada Sabtu ni.

Jom orang Ampang dan yang berhampiran. Tebus Baucar Ekslusif Dokumen Wasiat Percuma di booth kami. Ianya PERCUMA tapi MANFAATnya sangatlah besar buat anda dan waris-waris anda.

Nor Zazilah
0129051457
𝘋𝘢𝘪𝘦 𝘗𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘔𝘢𝘸𝘢𝘳𝘪𝘵𝘩
Penceramah bertauliah Wasiyyah Shoppe Berhad
𝑃𝑒𝑟𝑢𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔 𝑃𝑒𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐻𝑎𝑟𝑡𝑎 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚
🎁𝐻𝑖𝑏𝑎𝘩 📝𝑊𝑎𝑠𝑖𝑎𝑡, 💰𝑃𝑢𝑠𝑎𝑘𝑎, 👨‍👩‍👧‍👦𝐹𝑎𝑟𝑎𝑖𝑑

Konsultasi Percuma 🗣️

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

12 Feb, 10:02


Alhamdulillah. Ada juga yang ada ilmu, faham 👍

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

12 Feb, 09:57


https://www.facebook.com/share/p/18xGTvKijT/

ADUHAI SAYA PUN KENA TEMPIAS ISU VIRAL DIKATAKAN MENOLAK FARAID?

3 hari lepas viral isu ejen takaful promosi buat HIBAH TAKAFUL sebab FARAID ada kelemahannya kata beliau. Dan beliau sudah ditegur oleh Ustaz Lariba dan ustaz telah meminta beliau mohon maaf dan memadam postingnya. Saya amat bersetuju dengan tindakan Ustaz Lariba.

Tetapi hari ni saya dapat tahu posting saya telah diambil dan diulas luar konteks yang saya maksudkan.

Nauzubillahiminzalik.. Mengucap panjang saya bila saya baca ulasan ejen takaful itu. Jangan ambil di luar maksud yang saya cuba sampaikan ya.

Saya punya posting adalah tentang SALAH FAHAM HIBAH TAKAFUL VS HIBAH HARTA. bukan HIBAH vs FARAID.

Saya pertahankan ikut HUKUM. Jika harta itu tak dibuat hibah, maka kena faraid, faraid lah kepada waris-waris. Wajib beri hak dan bahagian waris.

Tetapi jika harta itu sudah dibuat hibah, maka harta itu sudah tidak perlu difaraidkan kerana sudah dihibahkan kepada penerima hibah.

Posting saya ni tentang jika seseorang itu buat hibah takaful sahaja dan tak buat hibah harta, maka hartanya kena faraidlah. "Habislah" yang saya maksudkan ialah habislah akibat dia salah faham dia ingat dia buat hibah takaful, harta dia pun dia dah hibah sekali. Eh memang salahlah..

Terima kasih kepada Encik haziq_double_rr kerana dia balas komen ejen takaful yang ulas posting saya di luar konteks tu, komen encik haziq_double_rr menunjukkan beliau ada ilmu dan faham maksud sebenar posting saya.

Saya jelaskan sekali lagi. Posting saya ialah saya tak buat comparison hibah vs faraid, apatah lagi nak mengatakan hukum faraid tak adil. Nauzubillahiminzalik. Hukum pewarisan harta sama ada faraid, hibah, wasiat semuanya dari Allah, mana ada yang tak adil atau ada kelemahan.

Saya mempertahankan ikut HUKUM. Jika harta tu kena faraid maka faraidkanlah kepada waris-waris. Manakala jika dah hibah, harta itu tak perlu difaraidkan sebab dah hibah masa pemilik harta hidup. Maka harta itu tidak jadi harta pusaka dah. Tak kena faraidlah harta yang sudah dihibahkan. Malahan saya menyuruh ummah membuat hibah harta secara patuh syarak dan undang-undang.

Saya harap encik xxxxx ejen takaful tu padam postingnya yang salah quote maksud sebenar saya. Saya tegaskan sekali lagi, saya punya posting membawa maksud ialah AKIBAT SALAH FAНАМ НІВАН TAKAFUL VS HIBAH HARTA maka harta si mati kena faraidlah akibat tak buat hibah harta, hanya buat hibah takaful sahaja. Bukan saya punya posting tentang HIBAH VS FARAID.

Saya ingin sangat nak memberi taklimat pewarisan harta kepada agensi takaful untuk kita sama-sama educate DIRI SENDIRI dan masyarakat tentang apa FUNGSI hibah takaful dan hibah harta. Supaya kita dan masyarakat faham dan jelas fungsinya seterusnya mendatangkan manfaat kepada ummah.

*Adakah saya mengajak ummah membuat hibah harta, maka saya dikatakan menolak faraid? Sudah semestinya tidak. Sila baca petikan khutbah jumaat di gambar. Ramai sangat buruk sangka dekat hibah, faraid, wasiat sebab TIADA ILMU jadi banyak SALAH FAHAM tentang 3 instrumen pewarisan ini seperti yang dipetik dari teks khutbah Jumaat, 26 Mei 2023 : "Bijak Mengurus Harta", Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (rujuk gambar). Jadi, jom belajar.

Sekian. Harap jelas.

Teruskan follow saya di telegram untuk mendapatkan perkongsian ilmu tentang pewarisan harta - Hibah, Wasiat, Faraid, Harta Sepencarian, Pengurusan Pusaka di sini >> https://t.me/Nor_Zazilah.

Nor Zazilah
0129051457
𝘋𝘢𝘪𝘦 𝘗𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘔𝘢𝘸𝘢𝘳𝘪𝘵𝘩
Penceramah bertauliah Wasiyyah Shoppe Berhad
𝑃𝑒𝑟𝑢𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔 𝑃𝑒𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐻𝑎𝑟𝑡𝑎 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚
🎁𝐻𝑖𝑏𝑎𝘩 📝𝑊𝑎𝑠𝑖𝑎𝑡, 💰𝑃𝑢𝑠𝑎𝑘𝑎, 👨‍👩‍👧‍👦𝐹𝑎𝑟𝑎𝑖𝑑

Konsultasi Percuma 🗣️

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

06 Feb, 09:08


Kadar atau bahagian setiap waris akan dapat jika pembahagian dibuat secara faraid.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

06 Feb, 09:04


Manfaat Hibah Hartanah.

1. Pemilik boleh memberi rumah dan hartanah kepada individu-individu mengikut formula tertentu contohnya sama rata antara anak lelaki dan perempuan.

2. Hartanah boleh diberi secara berasingan. Contohnya rumah 1 kepada anak, rumah 2 kepada isteri, rumah 3 kepada ibubapa.

3. Adanya badan berautoriti untuk memastikan hibah boleh dilaksanakan.

4. Adanya dokumentasi untuk memastikan segala rukun dan syarat hibah dipenuhi.

5. Hasrat pemilik untuk mengekalkan pemilikan hartanah kepada keturunannya akan dapat dilaksanakan.

Ambil tindakan sekarang dan rancang kerana anda sayang.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

06 Feb, 09:01


Hibah ada rukun dan syaratnya. Wasiat pun. Apa beza hibah, wasiat, harta sepencarian dan faraid? Sila rujuk gambar/poster ini. Beza antara setiap instrumen ialah SIAPA PENERIMAnya, BERAPA BAHAGIAN atau KADAR yang boleh diberikan ikut setiap instrumen dan BILA BERKUATKUASA instrumen tu, masa hidup atau selepas mati nanti?

Kena jelas supaya tak tersalah buat.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

06 Feb, 08:59


Rasa-rasa anak kita lelaki dan perempuan nak harta kita ikut pembahagian faraid atau sama-rata?

Kalau tak tahu nak jawab, bayangkan diri kita sendiri lah. Kita nak harta pusaka arwah mak ayah kita diagihkan ikut faraid atau sama rata?

Kalau pilih faraid, buat khairat pusaka al-wasitah shj. Iaitu lepas pemilik harta meninggal dunia, Wasiyyah Shoppe Berhad akan uruskan Pengurusan Pusaka si mati di Pejabat Pusaka Kecil / Mahkamah Tinggi Sivil.

Kalau pilih hibah, buatlah hibah sekarang. Pm saya untuk keterangan lanjut.

www.wasap.my/60129051457/HibahHarta

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

06 Feb, 08:58


Dalam bunting ni contoh kes ialah rumah nama bersama suami dan isteri. Dalam S&P ada 2 nama iaitu nama suami & isteri.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

06 Feb, 08:58


Hibahkan sama rata kepada anak lelaki dan anak perempuan jika anda berhasrat nak bagi sama rata. Bukan buat wasiat mulut bahagi sama rata lepas anda meninggal dunia. Hibah dan wasiat itu berbeza siapa penerima, kadar dan masa berkuatkuasa. Buatlah perancangan harta secara patuh syarak dan undang-undang supaya hasrat anda tercapai dan waris tidak termakan harta batil yang bukan haknya.

Nor Zazilah
𝘋𝘢𝘪𝘦 𝘗𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘔𝘢𝘸𝘢𝘳𝘪𝘵𝘩
Penceramah bertauliah Wasiyyah Shoppe Berhad
𝑃𝑒𝑟𝑢𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔 𝑃𝑒𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐻𝑎𝑟𝑡𝑎 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚
🎁𝐻𝑖𝑏𝑎𝘩 📝𝑊𝑎𝑠𝑖𝑎𝑡, 💰𝑃𝑢𝑠𝑎𝑘𝑎, 👨‍👩‍👧‍👦𝐹𝑎𝑟𝑎𝑖𝑑

Konsultasi Percuma 🗣️

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

06 Feb, 08:58


https://www.facebook.com/share/p/17q8QvxqMq/

Adik perempuan tak kisah bahagian dia separuh dari abangnya? ☺️🤗

Kisah di booth. Ada sepasang adik-beradik ni, seorang lelaki dan perempuan. Rasa umur sekolah rendah. Datang kat bunting baca info yang ada kat bunting.

Saya pun datang kat anak ni dan explain. Saya tanya. Duduk sekarangni rumah ayah ke? Si abang angguk tanda ya.

Sebenarnya saya pun tahu anak ni bukannya tahu dalam S&P rumah mereka duduk ni ada nama siapa. Boleh jadi nama ayah seorang, atau nama ibunya seorang atau nama ibu dan mak ciknya pun boleh jadi. Yela kalau pinjam payslip adik-beradik untuk beli rumah, ada je kes macam ni.

Tapi saya nak simple kan penerangan saya kat anak-anak ni. Saya kata kalau rumah ni ayah yang punya, tahu tak bila ayah meninggal nanti, jika masa hidup ayah tak hibahkan rumah ni dekat korang, rumah ni akan dapat kepada nenek, (datuknya dah meninggal kata anak ni), ibu dan korang.

Tapi.. Tapi.. Bahagian abang contohnya RM100,000 bahagian adik perempuan RM50,000.. Ok ke macam tu? Abangnya senyum-senyum jelah sebab budak lagi kan. Adik perempuan pula angguk-angguk maknanya setuju.

Itu kalau budak-budak. Itu sebabnya kalau berlaku kematian kepada suami / isteri, anak bawah umur 18 tahun confirm akan dapat ikut bahagian faraid. Sebab mereka belum ada sempurna akal nak buat keputusan sendiri.

Tapi.. Bila dah besar. Kalau masa suami meninggal anak-anaknya dah lebih 18 tahun, memang boleh buat keputusan sendiri sama ada nak agih ikut faraid, muafakat seperti bahagi sama rata atau melepaskan haknya. Maksudnya tak nak langsung harta tu contohnya anak lelaki & perempuan ni buat keputusan (takharuj) melepaskan bahagian mereka sebab nak bagi kat ibu mereka iaitu isteri si mati.

Tapi kan.. Yang banyak berlaku ialah jika masa pemilik harta meninggal dunia, waris hanya anak-anak iaitu anak lelaki dan anak perempuan, anak perempuan nak SAMA RATA. Kata lainnya ialah TAK NAK DIAGIHKAN SECARA FARAID. Anak lelaki pula nak FARAID. Kat sini akan jadi konflik.

Jadi.. Itu sebabnya kena buat HIBAH masa hidup. Bahagilah sama rata secara HIBAH. Bukan tinggal pesan dah mati nanti bahagi sama rata. Itu WASIAT. WASIAT pula KEPADA WARIS memang tak sahlah. Anak lelaki tentang (tak setuju) wasiat kepada waris tu, jadi faraidlah. Jadi bergaduh abang dan adik perempuan ini kerana harta pusaka dan wasiat si ayah yang tak sah, tak menyebabkan anak lelaki wajib ikut wasiat si ayah.

Allah dah bagi pilihan nak agih harta macam mana. Nak hibah boleh, nak wasiat boleh, nak faraid boleh atau nak tuntut harta sepencarian pun boleh tetapi ikut hukumlah. Wajiblah buat ikut instrumen yang tepat. Bukan niat nak HIBAH tapi buat WASIAT. Memang tak boleh dilaksanakanlah hasrat si mati sebab salah instrumen.

Hibah ada rukun dan syaratnya. Wasiat pun. Apa beza hibah, wasiat, harta sepencarian dan faraid? Sila rujuk gambar/poster ni. Beza antara setiap instrumen ialah SIAPA PENERIMAnya, BERAPA BAHAGIAN atau KADAR yang boleh diberikan ikut setiap instrumen dan BILA BERKUATKUASA instrumen tu, masa hidup atau selepas mati nanti?

Kena jelas supaya tak tersalah buat.

Nak jelas lagi saya boleh jelaskan. Memang ada sesi konsultasi untuk fahamkan dulu 3 skop perkara ni supaya anda jelas dan faham dulu sebelum buat tindakan nak hibah harta.

SKOP 1 : HUKUM SYARAK.

Apa itu hibah, wasiat, faraid, harta sepencarian dan perbezaan antara ke semua instrumen ini.

SKOP 2 : PROSES PERUNDANGAN DI MALAYSIA.

Masa hidup buat dokumen hibah. Selepas meninggal bagaimana penerima nak dapatkan harta yang dihibahkan kepadanya?

SKOP 3 : SEBUTHARGA DAN CARA BAYARAN.

Apa perkhidmatan yang kami ada untuk bantu pelanggan, ikut kesesuaian dan keperluan pelanggan.

Bukan bagi quotation dan terus bayar. Memang tak ada siapa pun nak bayar kalau tak faham bayar tu dapat perkhidmatan apa kan?

KESIMPULAN.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

06 Feb, 06:13


Day-4, Khamis, 6/2/25, KPJ Johor Bahru.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

05 Feb, 03:54


RM90 BILION HARTA BEKU 😱

RM90 BILION tu ialah RM90,000,000,000

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

05 Feb, 03:53


Orang Johor Bahru. Meh datang sini.. Saya tunggu... 🧕

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

05 Feb, 03:52


Opppsss.. Hanya yang datang booth ni je boleh scan QR ni. 🤗

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

05 Feb, 03:51


https://www.facebook.com/share/p/15eyg14v4c/

Day-3, 5/2/25, KPJ Johor Bahru.

Nak bagi flyers dan brochure ni pun ada yang menolak?

Ambil jelah nanti anda ada masa free boleh baca.

Akibat tak nak membaca, tak nak ambil tahu, tak nak beri peluang pada diri untuk mendengar, maka akan jadi jahil sebab ignorant, semuanya just "ignore", atau "ada aku kisah!" 🤗🙅

Kalau tak ada HARTA SENDIRI pun mungkin anda akan dapat harta pusaka mak ayah anda, atau pusaka adik-beradik anda yang tak ada zuriat atau ada anak perempuan sahaja. Maka anda kena ada ILMU PEWARISAN HARTA juga kan walaupun anda tak ada harta sendiri. (Sebab ada yang kata tak nak flyers brochures sebab TAK ADA HARTA pun. Rumah menyewa. Kereta pun sewa kot). Padahal jika ketika meninggal dunia tu hanya ada duit RM50, kain batik 5 helai, baju 3 pasang, pinggan mangkuk sedozen pun semua kena faraid.

Yang rugi adalah diri sendiri. Ambil flyers & brochure ni PERCUMA je. Konsultasi, jadual faraid (untuk tahu waris dan bahagian waris), quotation pun semua PERCUMA.

Kalau untuk booth ni, siap dapat DOKUMEN WASIAT PERCUMA yang bernilai RM500 tau. Tu pun tak mahu?

Bila dah PUSAKA jadi PUAKA baru nak kalut kan.. Begitulah kalau kita tak nak belajar dari sejarah. Jika mak ayah, atuk nenek, moyang kita tak buat perancangan harta masa hidup, akibatnya ada RM90 BILION HARTA BEKU sekarang ni, kita masih nak teruskan "kejahilan" dan sejarah ini. Rugilah.....

Begitulah ragam bila edar flyers. Tiba-tiba mengaku tak ada harta.🤗

Nor Zazilah
𝘋𝘢𝘪𝘦 𝘗𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘔𝘢𝘸𝘢𝘳𝘪𝘵𝘩
Penceramah bertauliah Wasiyyah Shoppe Berhad
𝑃𝑒𝑟𝑢𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔 𝑃𝑒𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐻𝑎𝑟𝑡𝑎 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚
🎁𝐻𝑖𝑏𝑎𝘩 📝𝑊𝑎𝑠𝑖𝑎𝑡, 💰𝑃𝑢𝑠𝑎𝑘𝑎, 👨‍👩‍👧‍👦𝐹𝑎𝑟𝑎𝑖𝑑

Konsultasi Percuma 🗣️

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

04 Feb, 08:14


Anda dah buat hibah ke? Hibah harta atau hibah takaful?

Buatlah hibah harta jika anda nak hibahkan harta-harta seperti di bawah 👇

🏠 Rumah @ tanah masih loan bank/LPPSA
🏡 Rumah @ tanah milik sendiri @ nama bersama
🚘 Kenderaan
💰 Simpanan di bank atau pelaburan
🌟 Emas fizikal atau pelaburan
💲 Akaun simpanan Tabung Haji
📘 ASB simpanan dan loan
💵 Pelaburan Unit Trust
📊 Akaun Koperasi Tentera dan saham koperasi
📉 Akaun saham CDS
⌚️ Koleksi peribadi yang berharga
⚖️ Saham Perniagaan

Harta yang dihibahkan adalah terkeluar daripada pusaka, jadi tidak perlu difaraidkan.

Konsultasi & quotation FREE.

www.wasap.my/60129051457/HibahHarta

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

04 Feb, 05:03


Saya berada di KPJ Johor Bahru dari Isnin, 3/2/25 sehingga Jumaat, 7/2/25.

Jom warga Johor Bahru & yang berhampiran. Saya bantu anda buat hibah harta & uruskan pusaka ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.

Siapa datang booth akan dapat PERCUMA :

1. Penilaian risiko pewarisan.
2. Konsultasi kiraan faraid.
3. Dokumen wasiat bernilai RM500.

Boleh juga pm saya 👇

www.wasap.my/60129051457/HibahHarta

www.wasap.my/60129051457/KonsultasiQuotationFREE

Nor Zazilah
𝘋𝘢𝘪𝘦 𝘗𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘔𝘢𝘸𝘢𝘳𝘪𝘵𝘩
𝘚𝘱𝘦𝘢𝘬𝘦𝘳 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘶𝘭𝘪𝘢𝘩 Wasiyyah Shoppe Berhad
𝑃𝑒𝑟𝑢𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔 𝑃𝑒𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐻𝑎𝑟𝑡𝑎 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚
🎁𝐻𝑖𝑏𝑎𝘩 📝𝑊𝑎𝑠𝑖𝑎𝑡, 💰𝑃𝑢𝑠𝑎𝑘𝑎, 👨‍👩‍👧‍👦𝐹𝑎𝑟𝑎𝑖𝑑

Konsultasi Percuma 🗣️

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

04 Feb, 04:52


Day-2, 4/2/25, KPJ Johor Bahru

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

04 Feb, 04:50


No.1 ambil dengan badan khairat kematian di tempat tinggal anda.

No.2 & 3 ambil dengan syarikat amanah yang buat hibah harta, wasiat iaitu dengan kami, Wasiyyah Shoppe Berhad. Pm saya utk saya bantu.

www.wasap.my/60129051457/HibahHarta

No.4 & 5 ambil dengan syarikat takaful.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

02 Feb, 09:35


Beza hibah vs wasiat.

Rasa ramai tak jelas juga kalau baca sendiri poster/infografik ni.

Setlah sesi konsultasi dengan saya supaya lebih jelas.

http://www.wasap.my/60129051457/KonsultasiQuotationFREE

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

02 Feb, 09:35


TAK NAK FARAID? NAK BAHAGI SAMA RATA?

Ramai waris nak bahagi harta pusaka sama rata (sama banyak) antara waris lelaki dan waris perempuan. Ada 4 situasi berbeza. Takut bukan sahaja tak dapat pahala, tapi dapat dosa. Itu pentingnya faham hukum, barulah boleh jadi pahala. Anda nak bahagi sama rata sebab yang mana?

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

02 Feb, 09:34


FARAID = WAJIB
TAKHARUJ = HARUS

Jadi.. Nak buat yang harus, wajib jangan diabaikan. Beritahu dulu berapa bahagian dan NILAI yang setiap waris dapat FARAID. Sebelum nak TAKHARUJ.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

02 Feb, 09:34


Sebab ramai waris tak tahu urus pusaka dengan betul & tepat kerana TIADA ILMU pengurusan pusaka. Maka, belajarlah.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

02 Feb, 09:34


TAHUKAH ANDA?

"Setiap 1000 kematian, 990 waris dan bukan waris makan harta pusaka secara haram" - Tn. Shamsuddin Kadir.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

02 Feb, 09:33


https://www.facebook.com/share/p/19jWwmhegZ/

Nak tanya apa-apa, lebih baik call je saya terus.

Kalau kita berwasap, dari 2jam akan lanjut ke 2 minggu, ke 2 bulan dan end up salah konsultasi.

Selepas encik yang bertanya ni call saya, saya mulakan dengan dapatkan fakta kes. Kes ini tentang nak uruskan pusaka ahli keluarga yang sudah lama meninggal dunia.

Si mati : Moyang kepada yang bertanya.

Yang bertanya, bukan waris. Tanya bagi pihak ibunya yang jadi waris si mati.

1. FARAID ANALISIS.

Dalam message ni katanya waris 5 orang. Iaitu (hubungan waris dengan si mati) 1 orang cucu lelaki & 4 orang cucu perempuan.

Selepas saya tanya lebih lanjut, ada waris yang tertinggal. Iaitu cicit perempuan si mati. Sebenarnya waris ada 6 orang kerana faraid berlapis iaitu ramai waris sudah meninggal dunia tetapi urusan pusaka belum diselesaikan.

2. FAKTA KES.

Sebelum faraid, saya tanya dulu harta peninggalan si mati dah tolak kos pengurusan jenazah, hutang, wasiat, harta sepencarian dan hibah?

Jawapannya si mati tak ada hutang & tiada tuntutan harta sepencarian oleh pasangannya. Tetapi ada HIBAH?

BETUL KE HIBAH ATAU WASIAT SAHAJA?

Selepas tanya soalan lanjut, lafaz ijab si mati dan lain-lain, kesimpulannya si mati hanya buat WASIAT KEPADA WARIS.

Sekarang waris lelaki tak setuju. Nak faraid.

WARIS PEREMPUAN NAK SAMA RATA.

Waris perempuan kata nak sama rata sebab waris lelaki tak pernah bayar cukai tanah dan kaut hasil kebun "makan" sorang.

Tak boleh macam tu. Cukai tanah & hasil kebun tu nanti tolaklah dari bahagian faraid dia.

Nak sama rata atau pun dipanggil TAKHARUJ kena penuhi SYARAT-SYARAT TAKHARUJ iaitu :

1. Mukallaf (baligh dan berakal).

2. Berkemampuan menguruskan hartanya dengan baik.

3. Mengetahui dan faham bahagian faraidnya dahulu.

4. Melepaskan hak dengan sukarela.

Nak takharuj kena tanya pihak yang jika faraid dia dapat banyak tapi bila agih sama rata dia dapat sikit atau pihak yang tak nak dibagi haknya, dia redha atau sukarela ke tak?

Bagi kes ini, kena tanya waris lelaki (dan cicit perempuan jika langsung tak nak bagi bahagian faraid cicit perempuan sebab nak agih kepada cucu sahaja).

Nampaknya waris lelaki nak ikut faraid. Jadi tak boleh dipaksa bahagi sama rata hanya kerana tak bayar cukai tanah & ambil hasil kebun.

Cukai tanah & hasil kebun tu boleh tolak dari bahagian faraid cucu lelaki. Bayar semula kepada yang tolong bayarkan cukai tanah selama ini & hasil kebun pun kena faraid ya bukan bolot seorang diri.

Yang bayarkan cukai tanah pun, takkan kosnya contoh RM500 tapi jika sama rata bahagian dia jadi berkurang RM50,000. Ambil RM500 sahaja lah.

KESIMPULAN.

1. Tiada konsultasi di sosial media.

Boleh call, atau lebih baik dapatkan slot appointment konsultasi lengkap saya terangkan semua. Bawa semua waris-waris sekali dengar. Jika tidak, anda sahaja yang tahu dan bila kena sampaikan sendiri kepada waris lain, dah tak boleh nak explain. Atau salah explain. Naya pula. Kalau saya cakap lain, faham lain. Mana saya tahu apa yang anda explain dekat waris-waris lain😅

2. Ramai waris tak tahu hukum faraid.

Belum tanya bahagian faraid berapa, tapi tanya siapa waris pun salah. Jika main agak-agak sahaja, memang boleh salah. Kena ada ilmu. Bahaya kalau waris sebenarnya ada 6 orang tapi ingat 5 orang je.

3. Ramai tak tahu syarat nak takharuj (agih sama rata atau agihan yang tak ikut faraid) yang BETUL MENGIKUT SYARAK.

Waris wajib memenuhi SEMUA SYARAT TAKHARUJ, seperti berumur 18 tahun ke atas, akal sempurna, sukarela bukan dipaksa dan paling orang tak buat ialah setiap waris WAJIB mengetahui dan faham bahagian faraidnya dahulu.

Itu sebabnya kalau nak takharuj perlulah bersandarkan faraid. Maksudnya tahu berapa RM dapat kalau faraid. Kalau tak tahu itu sebabnya rasa ditipu, dianiaya.

Beza kan kalau tahu bahagian faraid RM100,000 bila sama rata RM70,000 setiap seorang. Dia tahu dia dapat kurang RM30,000 dan dia okey.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

02 Feb, 09:33


Tapi kalau dia tak tahu pun bahagian dia RM100,000, tapi diberi RM70,000 sahaja, bila dia tahu bahagian sebenar dia dapat ialah RM100,000, itu yang dia nak buat faraid semula. Naya lah sebab mana duit nak bayar bahagian dia RM30,000 lagi jika dah habis duitnya.

IKUT STEP YANG BETUL YA.

Proses pengurusan dan pembahagian harta si mati kena dibuat betul dan tepat mengikut hukum syarak dan proses undang-undang. Jangan buat dengan semberono.

Nor Zazilah
𝘋𝘢𝘪𝘦 𝘗𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘔𝘢𝘸𝘢𝘳𝘪𝘵𝘩
𝘚𝘱𝘦𝘢𝘬𝘦𝘳 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘶𝘭𝘪𝘢𝘩 Wasiyyah Shoppe Berhad
𝑃𝑒𝑟𝑢𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔 𝑃𝑒𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐻𝑎𝑟𝑡𝑎 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚
🎁𝐻𝑖𝑏𝑎𝘩 📝𝑊𝑎𝑠𝑖𝑎𝑡, 💰𝑃𝑢𝑠𝑎𝑘𝑎, 👨‍👩‍👧‍👦𝐹𝑎𝑟𝑎𝑖𝑑

Konsultasi Percuma 🗣️

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

31 Jan, 09:33


Orang Johor Bahru dan berdekatan. Nak set appointment jumpa dengan saya di Johor Bahru? Boleh pm saya ya.

www.wasap.my/60129051457/KonsultasiQuotationFREEdiJB

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

31 Jan, 09:20


Jom get ready buka booth di @kpjjohorofficial pada 3 hingga 7 February 2025. Jumpa di sana orang Johor dan berdekatan 🤩💐💙

#DaieRNC #hibah #wasiat #Hibahharta #kausarwealthmanagementsdnbhd
#WasiyyahShoppeBerhad
#SyarikatAmanahPatuhSyariah #hibahhartanahbercagar
#hibahharta1Malaysia #hibahhartasemenanjung #hibahhartasabahsarawak

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

29 Jan, 00:40


Tidak boleh menggunakan harta peninggalan si mati untuk tujuan binaan di atas kubur.

Hanya perkara WAJIB sahaja boleh diambil dari harta peninggalan si mati seperti bayar kos pengurusan jenazah, bayar hutang. Tahlil dan kepok tak wajib.

Jika nak buat juga, pastikan sesudah dapat persetujuan semua waris.

Baca selanjutnya di sini 👇

Mungkin sebab ramai dah anggap macam satu kebiasaan.

https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2025/01/27/ramai-hias-kubur-tanpa-tahu-larangan-binaan-marmar-tak-boleh-tinggi-melebihi-sejengkal-dari-paras-tanah

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

22 Jan, 10:06


Tersilap orang!

Kebetulan hari ni berwasap dengan prospek yang nak jumpa esok nama En. Azlan (bukan nama sebenar). Tiba-tiba ada prospek nama En. Azlan (bukan nama sebenar) juga wasap tanya soalan.

Dengan confident saya jawab, saya akan explain lebih lanjut masa jumpa esok. Yelah. Nak jumpa dah kan. Masa jumpa lah sembang panjang, saya jawab semua soalan yang prospek nak tanya. Kat wasap kalau soalan, pendek. Jawapan panjang saya kena type. Kalau salah faham, lagi naya😁

Tapi bagus juga kalau set appointment kan. Sebab belum dengar presentation saya tu sebabnya banyak persoalan yang berada di minda.

*Jom set appointment konsultasi dengan saya. Jadual faraid, konsultasi & quotation FREE. Dengarlah dulu solusi apa yang terbaik buat anda.😊💪

Nor Zazilah
Perunding Pewarisan Harta Islam

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

22 Jan, 01:53


Bayaran bermula serendah RM65/bulan, kami cover sehingga harta anda bernilai RM5 juta!

Jika baru bayar 6x masa hidup, kemudian meninggal dunia, waris tak perlu bayar bakinya. Cepat daftar segera.

Murah kan? Bayar astro, netflix tak terasa pun kan. Ini pula nak buat perkara baik, nak mudahkan waris dan pastikan hutang anda terbayar. Kalau waris urus sendiri, risau waris nakkan harta je tapi hutang anda tak dipedulikan oleh waris. Roh anda yang tergantung nanti sebab waris tak langsaikan hutang padahal harta ada ditinggalkan untuk bayar hutang yang tak sempat bayar masa anda hidup.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

22 Jan, 01:52


*1. PAKEJ PENGURUSAN PUSAKA*
*Wasitah Mutiara* solusi Pengurusan Pusaka bagi
_Nilai Harta Pusaka <RM5juta, Pengurusan di Pejabat Pusaka Kecil untuk dapatkan Surat Kuasa Mentadbir & Perintah Pembahagian_

*Caruman*:
*18-45tahun = RM65/bulan*
*46-60tahun = RM80/bulan*
_Pembayaran maksima selama 15tahun sahaja._
_RM65 x 15tahun = RM11,700_
_RM80 x 15tahun = RM14,400_

*Waiting Period*
➡️Kematian akibat kemalangan/Covid-19 = 1x bayaran bulanan
➡️Kematian akibat sakit = 6x bayaran bulanan
_Jika pelanggan meninggal selepas 6bulan kali bayaran, semua manfaat berikut tetap dinikmati oleh pelanggan dan waris tanpa perlu menyelesaikan baki bayaran kerana khairat pusaka (Wasitah) menggunakan konsep tabarru/khairat_

*Manfaat Semasa Hidup:*
1️⃣ Dokumen Pelantikan Wasi bernilai RM400
2️⃣Dokumen Wasiat 1/3 bernilai RM400 (ini kalau nak wasiat kepada bukan waris faraid & nilai harta < 1/3 pusaka)
3️⃣Khidmat Penyimpanan Dokumen Pengurusan ini di bilik Kebal bernilai RM600
*Manfaat Selepas Kematian:*
4️⃣ Khutbah Pusaka kepada Waris-Waris Faraid diadakan di rumah/tempat yang dipersetujui waris di seluruh Semenanjung Malaysia bernilai RM500
5️⃣ Khidmat Pengurusan Pusaka di Pejabat Pusaka Kecil bernilai RM20,000
6️⃣ Khairat Kematian RM2,000
*Total nilai manfaat = RM23,900*

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

22 Jan, 01:51


https://www.facebook.com/share/p/1EmPSsYW4N/

Kata nak anak dan waris uruskan pusaka sendiri. Tak perlu lantik Wasiyyah Shoppe Bhd atau sesiapa.

Kalau nak urus sendiri ni bermakna tahu kira faraid, tahu dokumen apa yang diperlukan untuk urus pusaka, tahu nak urus dekat mana Amanah Raya ke, Mahkamah Tinggi Sivil ke, Pejabat Pusaka Kecil ke. Atau perlu ke Mahkamah Syariah ke..

Tapi bila pemilik harta meninggal, waris nak kira faraid pun tak tahu. Siapa waris pun tak tahu. Mulalah waris anda cari ustaz, ustazah, perunding pewarisan harta macam kami ni nak minta tolong kirakan faraid. Jenuh nak bantu berjuta waris, sebab yang mahir faraid ada berapa ribu orang je.

Belum lagi tanya urusan pusaka nak tuntut kat mana. Lagi lah waris tak tahu. Isi borang nak urus pusaka pun ada yang tanya macam mana nak isi? Hmm.. Parah.

Akhirnya waris salahkan sistem & proses perundangan. Katanya menyusahkan. Dari salahkan diri sendiri tak tahu hukum faraid, hibah, wasiat, harta sepencarian dan pengurusan pusaka, mula lah salahkan kerajaan kenapa buat undang-undang pengurusan pusaka yang leceh & rumit. Banyak dokumen minta.

Cuba fikir, "leceh" yang waris maksudkan tu tujuannya apa? Kalau senang sangat sesiapa datang minta keluarkan duit arwah, boleh terus keluarkan je ni scammer pun boleh keluarkan. Lagi pun hukum bagi memastikan dibuat secara patuh syarak. Undang-undang pula bagi memastikan proses dibuat dengan betul & tepat untuk menjaga kepentingan si mati & waris atau penerima harta yang berhak.

Dahla. Ambil jela khairat pusaka Al-Wasitah. Wasiyyah Shoppe Berhad uruskan pusaka anda apabila anda meninggal dunia nanti. Akan diuruskan sampai dapat Surat Kuasa Mentadbir & Perintah Pembahagian. Lepastu bolehlah daftar perintah untuk masukkan nama waris atau penerima hibah dalam geran, duit pun dapat kepada waris tak adalah menambahkan harta beku yang sekarangni pun dah mencecah RM90 BILION.

www.wasap.my/60129051457/BerminatKhairatPusaka

www.wasap.my/60129051457/KonsultasiQuotationFREE

Nor Zazilah
𝘋𝘢𝘪𝘦 𝘗𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘔𝘢𝘸𝘢𝘳𝘪𝘵𝘩
𝘚𝘱𝘦𝘢𝘬𝘦𝘳 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘶𝘭𝘪𝘢𝘩 Wasiyyah Shoppe Berhad
𝑃𝑒𝑟𝑢𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔 𝑃𝑒𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐻𝑎𝑟𝑡𝑎 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚
🎁𝐻𝑖𝑏𝑎𝘩 📝𝑊𝑎𝑠𝑖𝑎𝑡, 💰𝑃𝑢𝑠𝑎𝑘𝑎, 👨‍👩‍👧‍👦𝐹𝑎𝑟𝑎𝑖𝑑

Konsultasi Percuma 🗣️

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

12 Jan, 13:58


https://www.facebook.com/share/p/1XYVq9XXP5/

Alhamdulillah selesai urusan di Melaka.

Saya suka pakai baju Kausar Wealth Management - Hibah,Wasiat,Pengurusan& Perancangan Harta Islam buat untuk perundingnya, bila jumpa prospek. Sebab ada tulis kat baju ni "Hibah, Wasiat, Pusaka."

Kita jumpa stranger kan. Nampak baju ni prospek mesti yakin kat kita, kita bukan scammer😂

Kalau ada rezeki, ramai lagi prospek dari Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pahang, Johor nak buat perancangan harta ni. Sabah Sarawak pun ada. Kalau nak zoom, zoom dulu la. Kalau nak jumpa, saya kena kumpulkan beberapa appointment supaya berbaloi saya travel😝

Macam prospek saya dari luar negara saya pernah present ialah dari Hong Kong, Indonesia. Mereka ni rakyat Malaysia yang ada aset di Malaysia tapi kerja di luar negara. Yang ni nak tunggu balik Malaysia memang lambat jadi mereka ok jumpa online.

Tapi ada yang duduk dekat dengan saya boleh jumpa mereka nak online je. Tak apa. Terpulang kat anda lah macam mana ya. Jumpa boleh, online boleh. Onzzz...

Pm untuk dapatkan konsultasi hibah harta.

www.wasap.my/60129051457/KonsultasiHibahHartaOnline

www.wasap.my/60129051457/KonsultasiHibahHartaJumpa

Nor Zazilah
𝘋𝘢𝘪𝘦 𝘗𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘔𝘢𝘸𝘢𝘳𝘪𝘵𝘩
𝘚𝘱𝘦𝘢𝘬𝘦𝘳 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘶𝘭𝘪𝘢𝘩 Wasiyyah Shoppe Berhad
𝑃𝑒𝑟𝑢𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔 𝑃𝑒𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐻𝑎𝑟𝑡𝑎 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚
🎁𝐻𝑖𝑏𝑎𝘩 📝𝑊𝑎𝑠𝑖𝑎𝑡, 💰𝑃𝑢𝑠𝑎𝑘𝑎, 👨‍👩‍👧‍👦𝐹𝑎𝑟𝑎𝑖𝑑

Konsultasi Percuma 🗣️

Nor Zazilah
Perunding Pewarisan Harta Islam

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

10 Jan, 11:02


KALAU WARIS TENTANG/BANTAH HIBAH ANDA, BERTENANG.. JANGAN RISAU JIKA ADA DOKUMEN HIBAH YANG BETUL.

Itu sebabnya penting buat HIBAH dengan syarikat yang sudah ada PENGALAMAN seperti Wasiyyah Shoppe Berhad dengan trek rekod terbukti semenjak 2004. Ratusan perintah hibah telah kami perolehi dari Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

HIBAH TAK PERLUKAN PERSETUJUAN WARIS.

Hibah yang sah seperti nikah. Mesti cukup rukun dan syaratnya.

Jadi, berani ke nak nikahkan anak & cucu sendiri? Serahkan pada tok kadi lah nikahkan kan? Begitu juga hibah. Serahkan kepada pakar untuk buatkan hibah anda. Buat sendiri risiko tinggi hibah tak sah.

Bukan hari-hari anda buat akad hibah orang. Wasiyyah Shoppe Berhad memang berpuluh ribu kali buat akad hibah pelanggannya. Ada pula barisan hebat panel syariah yang memastikan akad hibah & dokumen yang dibuat patuh syarak dan undang-undang. Jadi serahkan sahaja kepada pakar.

SIAPA YANG RISAU HIBAH DIBANTAH TU INGAT PERKARA NI.

Sama seperti isteri tak setuju poligami.

Pernikahan anda tetap sah walau dibantah isteri. Sebab perkahwinan anda cukup rukun & syarat nikah.

Begitu juga HIBAH. Cukup rukun & syarat hibah, maka hibah tersebut sah. Walaupun hibah ditentang waris-waris kerana hibah tak perlukan persetujuan waris-waris pun.

Jadi perkara yang perlu dirisaukan ialah ADAKAH HIBAH YANG DIBUAT SAH IAITU CUKUP LENGKAP RUKUN & SYARATNYA? Bukan risau hibah ditentang waris, takkan jadi faraid kalau hibah itu sah. Jelas?

www.wasap.my/60129051457/HibahHarta

Nor Zazilah
𝘋𝘢𝘪𝘦 𝘗𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘔𝘢𝘸𝘢𝘳𝘪𝘵𝘩
𝘚𝘱𝘦𝘢𝘬𝘦𝘳 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘶𝘭𝘪𝘢𝘩 𝘞𝘢𝘴𝘪𝘺𝘺𝘢𝘩 𝘚𝘩𝘰𝘱𝘱𝘦 𝘉𝘦𝘳𝘩𝘢𝘥
𝑃𝑒𝑟𝑢𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔 𝑃𝑒𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐻𝑎𝑟𝑡𝑎 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚
🎁𝐻𝑖𝑏𝑎𝘩 📝𝑊𝑎𝑠𝑖𝑎𝑡, 💰𝑃𝑢𝑠𝑎𝑘𝑎, 👨‍👩‍👧‍👦𝐹𝑎𝑟𝑎𝑖𝑑

Konsultasi Percuma 🗣️

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

08 Jan, 14:37


https://www.facebook.com/share/p/iNxVWtKAtw68KEP9/?mibextid=oFDknk

Jika takaful hibah, ambillah dengan syarikat mana pun, prosesnya sama sahaja iaitu lepas pemilik sijil takaful meninggal, penerima hibah dapat wang pampasan, tiada caj dah selepas pemilik sijil takaful mati.

Tetapi berbeza sangat dengan hibah harta.

Kena jelas syarikat tu kenakan :
🔹️ Bayaran masa hidup ikut nilai harta ketika buat hibah atau bayaran ikut caj nilai harta ketika pemilik harta mati?
🔸️ Berapa % caj?
🔹 ️Ada duti setem di LHDN ke tak?
🔸️ Pakej dah masuk dapatkan pengesahan hibah di Mahkamah Tinggi Syariah ke tidak?
🔹️ Jika pakej tak termasuk kos guaman dapatkan pengesahan hibah, siapa yang akan tanggung kos ini? Penerima hibah atau ambil dari harta si mati (pemberi hibah/pemilik harta)?
Dan banyak lagi.

Mungkin masa hidup bayar murah. Lepas mati bayar mahal.

Mungkin syarikat A dan B total caj beza 4x ganda!

Dapatkan konsultasi penuh sebelum sign up. Jangan terburu-buru.

Supaya jelas, faham & tak menyesal.

Salah besar kalau kata "Ala. Buat dengan syarikat mana pun sama. Hibah juga". Tidak. Salah tu. Cara perlaksanaan pengurusan pusaka & hibah sangat berbeza ikut syarikat apa yang anda ambil. Apabila cara berbeza, cajnya sudah pasti berbeza.

Nor Zazilah.
Perunding Pewarisan Harta Islam.
Hibah - Wasiat - Faraid - Harta Sepencarian - Pengurusan Pusaka
Wasiyyah Shoppe Berhad 
Syarikat Amanah Patuh Syariah Terbesar Di Malaysia.
Syarikat penyedia dokumen hibah terbanyak di Malaysia

Sudah lebih 80,000 pelanggan di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

Solusi perancangan harta sesuai untuk semua. Sama ada individu yang memiliki 1 buah rumah sahaja atau anda adalah HNWI.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

08 Jan, 14:33


Saya tak boleh share semua kot. Jadi saya share sikit apa kata client saya yang sudah buat survey dengan syarikat lain, comparison "apples-to-apples". Client yang bijak bukan compare "apples-to-oranges".

Masa saya kerja makan gaji dulu pun sudah diajar agar dapatkan at least quotations dari 3 syarikat berlainan.

Surveylah perkhidmatan yang sama, berapa cajnya.

Tetapi InsyaAllah saya yakin, selepas survey, client saya akan datang semula kepada saya. Tapi kalau client pandai nak kenal apple dan orange lah. Kalau tak tahu, memang tak boleh nak buat comparison sebab orange disangka apple😅

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

07 Jan, 01:23


Syarat-syarat takharuj

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

07 Jan, 01:22


https://www.facebook.com/share/p/181XXvXYKA/

𝐍𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐀𝐓𝐀? 𝐍𝐀𝐍𝐓𝐈 𝐃𝐔𝐋𝐔! 𝐁𝐀𝐂𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐊𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐀𝐓𝐀 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐊.

Nak bahagi sama rata atau melepaskan hak itu ialah takharuj, hukumnya harus tetapi faraid itu hukumnya wajib.

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐓𝐀𝐊𝐇𝐀𝐑𝐔𝐉?

Takharuj berasal daripada perkataan kharaja dalam bahasa Arab yang bermaksud keluar. Keempat-empat mazhab bersepakat menerima kaedah takharuj. Takharuj bermakna ahli waris menarik diri daripada menerima bahagian harta pusaka sama ada sebahagian atau kesemuanya dengan memberikan bahagiannya itu kepada waris lain sama ada dengan balasan atau tanpa balasan.

𝐃𝐀𝐋𝐈𝐋 𝐓𝐀𝐊𝐇𝐀𝐑𝐔𝐉.

Dalilnya adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ ayat 128:

فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ وَالصُّلْحُ خَيْرٌ

Yang bermaksud: “maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik.”

𝐊𝐄𝐇𝐀𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐇𝐀𝐑𝐔𝐉.

Hukum faraid telah menetapkan siapa waris-waris yang berhak serta bahagian mereka dalam harta pusaka. Selain dari pembahagian mengikut kaedah faraid, takharuj merupakan jalan penyelesaian alternatif muafakat sesama waris dengan berasaskan kepada prinsip reda-meredai dan tolak ansur. Takharuj memberi peluang kepada waris-waris memilih cara penyelesaian alternatif terutama yang melibatkan nilai ekonomik sesuatu harta pusaka dan kelangsungan hidup waris-waris.

Takharuj juga adalah sebahagian dari hukum faraid itu sendiri kerana sebarang penolakan dan penarikan diri waris dibuat dalam batasan hak dan kadar yang ditetapkan oleh syarak.

Dalam erti kata lain, takharuj boleh disamakan dengan muafakat, ‘mutual agreement’, sulh dan persetujuan. Asas keharusan pembahagian sama rata setelah persetujuan bersama ini adalah kerana Islam membenarkan al-hibah (pemberian), al-ibra’ (pengguguran hak) dan al-sulh (perdamaian).

𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓-𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐇𝐀𝐑𝐔𝐉.

1. Mukallaf (baligh dan berakal).

2. Berkemampuan menguruskan hartanya dengan baik.

3. Mengetahui dan faham bahagian faraidnya dahulu.

4. Melepaskan hak dengan sukarela.

𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐇𝐀𝐑𝐔𝐉 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐑𝐀𝐍𝐘𝐀 :

1. Ahli waris bawah umur 18 tahun.

2. Ahli waris tidak sempurna akal.

3. Ahli waris yang tidak pandai menguruskan hartanya.

4. Ahli waris dipaksa melepaskan haknya.

𝐊𝐄𝐒𝐈𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍.

𝑾𝑨𝑹𝑰𝑺-𝑾𝑨𝑹𝑰𝑺 𝑻𝑰𝑫𝑨𝑲 𝑩𝑶𝑳𝑬𝑯 𝑺𝑬𝑾𝑬𝑵𝑨𝑵𝑮-𝑾𝑬𝑵𝑨𝑵𝑮𝑵𝒀𝑨 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑨𝑯𝑨𝑮𝑰𝑲𝑨𝑵 𝑯𝑨𝑹𝑻𝑨 𝑷𝑼𝑺𝑨𝑲𝑨 𝑺𝑬𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑴𝑼𝑨𝑭𝑨𝑲𝑨𝑻 (𝑺𝑬𝑷𝑬𝑹𝑻𝑰 𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑹𝑨𝑻𝑨 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐊) 𝑻𝑨𝑵𝑷𝑨 𝑴𝑬𝑴𝑬𝑵𝑼𝑯𝑰 𝑺𝒀𝑨𝑹𝑨𝑻-𝑺𝒀𝑨𝑹𝑨𝑻 𝑻𝑨𝑲𝑯𝑨𝑹𝑼𝑱.

Jelas? Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

Share. Semoga lebih ramai dapat manfaatnya.

Nor Zazilah
𝘋𝘢𝘪𝘦 𝘗𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘔𝘢𝘸𝘢𝘳𝘪𝘵𝘩
𝘚𝘱𝘦𝘢𝘬𝘦𝘳 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘶𝘭𝘪𝘢𝘩 𝘞𝘢𝘴𝘪𝘺𝘺𝘢𝘩 𝘚𝘩𝘰𝘱𝘱𝘦 𝘉𝘦𝘳𝘩𝘢𝘥
𝑃𝑒𝑟𝑢𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔 𝑃𝑒𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐻𝑎𝑟𝑡𝑎 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚
🎁𝐻𝑖𝑏𝑎𝘩 📝𝑊𝑎𝑠𝑖𝑎𝑡, 💰𝑃𝑢𝑠𝑎𝑘𝑎, 👨‍👩‍👧‍👦𝐹𝑎𝑟𝑎𝑖𝑑

Konsultasi Percuma 🗣️

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

04 Jan, 03:04


Boleh ajak waris-waris dengar penerangan bagaimana kami bantu urus pusaka, dapatkan surat kuasa dan perintah pembahagian supaya boleh masukkan nama waris-waris dalam geran.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

03 Jan, 16:31


Urus pusaka sekarang. Diskaun sehingga 30% sehingga 31/1/2025.

Pm untuk saya bantu.

www.wasap.my/60129051457/PromosiUrusPusaka

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

03 Jan, 16:29


Tak uruskan pusaka sekarang, bila waris pula ada yang mati, maka faraid sudah jadi berlapis.😰

Waris kepada waris yang mati pula akan jadi waris.

Dari 4 waris jadi 10 waris. 4 waris pun susah nak dapat kerjasama dan IC mereka, kalau 10 waris bertambah senang kerja kita ke? Pastilah tidak. Makin susah adalah😰

Jangan tunggu keturunan ke8, sampai ada 100 orang waris baru nak urus. Lagi complicated nanti.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

03 Jan, 16:28


Ada orang Kedah ke yang termasuk dalam RM12.6 BILION ASET SI MATI TERBIAR seperti dalam artikel ini? Iaitu yang masih belum uruskan pusaka ahli keluarga yang sudah lama meninggal dunia?

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

03 Jan, 16:27


KEDAH CATAT NEGERI TERTINGGI KES PUSAKA TERTUNGGAK😱

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

01 Jan, 03:54


Selamat Tahun Baru 2025 kepada semua follower media sosial saya. 🤩🥳

Semoga segala impian & azam kita kali ini akan tercapai, diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang, rezeki yang barokah dan kehidupan yang lebih baik.
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ🤲

Jangan lupa masukkan dalam senarai azam 2025 untuk buat perancangan harta kepada yang masih belum ada khairat pusaka & hibah harta ya. 💪👍

Rancang kerana sayang. ❤️

#Tahun2025RancangHarta

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

27 Dec, 12:48


T&C applied. Pm saya untuk keterangan lanjut. 📲📲📲

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

27 Dec, 12:44


BERITA BAIK 📣📣📣

Penyediaan Dokumen Hibah Rumah Masih Dalam Loan = RM2,600 RM2,390 sahaja😍

DISKAUN AKHIR TAHUN

-Harga sah sepanjang tempoh promosi 5/12/24 - 31/1/25 sahaja
-Bayaran secara lumpsum / one-off sahaja

Pm saya jika berminat.

www.wasap.my/60129051457/HibahRumahDiskaunAkhirTahun

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

27 Dec, 12:39


Penyediaan Dokumen Hibah Rumah Masih Dalam Loan

Jika nak bayar secara ansuran.
Deposit : RM620
Bayaran bulanan : RM60
Tempoh ansuran : 3 tahun

Pm saya jika berminat.

www.wasap.my/60129051457/HibahRumahRM60

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

26 Dec, 05:42


Jika waris tanya "Kenapa tak faraid?" Boleh jawab "Sebab harta tu dah dihibahkan." atau "Sebab harta tu dah diwakaf." atau "Sebab dituntut sebagai harta sepencarian."

Jika hibah dibuat ikut hukum, lengkap rukun dan syarat hibah, ikut prosedur undang-undang, maka sahlah harta tersebut menjadi milik penerima hibah. Jelas?

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

21 Dec, 02:40


Ini soalan yang ditanya oleh Ustaz Indera, pengarah baitulmal, MAIS ketika kuliah maghrib di surau tempat saya tempoh hari.

Ada yang nak jawab? Boleh jawab di sini👇

https://www.facebook.com/share/p/1KExa5TfS1/

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

20 Dec, 07:37


Di hari Akhirat, tak boleh dah nak bayar hutang dengan wang ringgit. Hutang akan dibayar dengan bertukar timbangan dosa atau pahala. Nauzubillahiminzalik. Kecaman dasyat buat orang yang tidak membayar hutang.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

20 Dec, 07:34


Allah perintahkan manusia untuk menulis, mencatat, merekodkan perjanjian hutang supaya jika berlaku kematian kepada pemberi hutang, waris boleh menuntut hutang yang diberi itu kemudian difaraidkan kepada waris-waris si mati.

Atau jika si mati ada hutang dengan sesiapa, waris boleh membayarkannya kerana ada BUKTI BERTULIS.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

20 Dec, 07:23


https://www.facebook.com/share/p/184igAP2rv/

OH, TIDAK! DAH FARAID KEMUDIAN BARU TAHU SI MATI ADA HUTANG LAGI RM100,000 BELUM BAYAR😭

Sebelum faraid, guna duit si mati untuk bayar kos pengurusan jenazah, bayar hutang si mati, tuntutan harta sepencarian oleh pasangan si mati dan laksanakan wasiat si mati.

Dah tolak semua kos ini, BAKINYA barulah difaraidkan.

Tetapi, ada sahaja situasi berlaku waris yakin semua urusan tersebut sudah diselesaikan termasuk hutang si mati. Maka waris pun faraidkanlah baki harta pusaka si mati.

Tetapi. 1 tahun kemudian baru tahu si mati ada hutang RM100,000 yang belum dibayar. Maka waris wajib bayarkan hutang si mati mengikut bahagian faraid masing-masing.

Contoh bagi kes ini, seperti dalam gambar ialah senarai waris si mati dan jumlah setiap waris kena bayarkan hutang si mati mengikut bahagian faraid masing-masing ialah :

Isteri si mati = 1/8 = RM12,500

Anak perempuan si mati = 112/504 = RM22,222.22/orang

Adik-beradik lelaki kandung si mati = 30/54 = RM5,952.38

Adik-beradik perempuan kandung si mati = 15/54 = RM2,976.19/orang

Nak kutip balik duit yang dah faraid ni, takut ada waris bagi alasan duit sudah habis digunakan. Waris tak ada duit nak bayar. Jenuh... Tapi alasan ini tetap tidak diterima.

Waris WAJIB BAYAR sebab si mati ada harta yang ditinggalkannya ketika mati. Waris kena bayarkan hutang si mati sebelum difaraid.

Tetapi. Ada juga salah si mati. Sebab kenapa tak rekodkan segala hutang ketika hidup? Bila tak rekodkan, waris hanya bayarkan hutang yang waris tahu sahaja. Yang waris tak tahu, waris tak bayarlah.

Dalam kes ini, kira bernasib baik waris tahu ada hutang 1 tahun kemudian. Adalah juga waris usaha langsaikan hutang si mati ketika waris masih hidup. Kalau sampai semua waris mati waris tetap tak tahu si mati ada hutang, si mati tanggunglah dosa tak bayar hutang.

Jadi penting ke penting rekodkan senarai hutang? Penting sangat. Saya boleh bantu buatkan dokumen ini.

Dosa berhutang tidak terampun kecuali dihalalkan oleh si pemiutang tersebut walaupun mati sebagai mati syahid. Rasulullah SAW bersabda :

يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إلَّا الدَّيْنَ

Maksudnya: Diampunkan semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).

Hadith riwayat Muslim: (1886)

Rancang harta untuk kebaikan diri sendiri dan waris. Harta tak beku, hutang terbayar.

Nor Zazilah
Perunding Pewarisan Harta Islam

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

20 Dec, 07:22


Contoh kes study.
Si mati meninggalkan waris 10 orang iaitu 1 orang isteri, 3 anak perempuan, 1 adik-beradik kandung lelaki dan 5 adik-beradik kandung perempuan.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

20 Dec, 07:21


Kadang-kadang saya share juga tips, ilmu atau tutorial yang saya rasa bagus untuk dikongsi kepada semua. Semoga bermanfaat.☺️

InsyaAllah saya akan kongsikan teks khutbah jumaat JAIS setiap minggu ya. Kalau perempuan tidak pergi solat jumaat, tetapi kita jangan ketinggalan perkongsian dari khutbah jumaat. Mungkin en.suami terlupa nak kongsikan dengan isteri, jadi saya share ya 😊

#DakwahMelaluiTulisan

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

20 Dec, 07:19


KHUTBAH JUMAAT, 20 DISEMBER 2024.
Tajuk : "UMUR BERKAT, BAHAGIA AKHIRAT"
Terbitan: Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid, JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

20 Dec, 07:12


KHUTBAH JUMAAT, 13 DISEMBER 2024.
Tajuk : "ZAKAT MEMBINA UMAT BERMARUAH"
Terbitan: Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid, JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

20 Dec, 07:10


KHUTBAH JUMAAT, 6 DISEMBER 2024.
Tajuk : "RAJA BIJAKSANA RAKYAT AMAN"
Terbitan: Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid, JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

20 Dec, 07:09


KHUTBAH JUMAAT, 29 NOVEMBER 2024.
Tajuk : "BERBAKTI KEPADA IBUBAPA"
Terbitan: Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid, JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

19 Dec, 23:34


Bayaran haji bagi musim haji 1446H/2025M. Jom menyimpan. Semoga kita direzekikan Allah untuk menjadi tetamuNya, insyaAllah.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

19 Dec, 23:29


Tahniah bagi yang terpilih untuk menunaikan haji pada 1446H/2025M.

Antara persiapan sebelum menunaikan haji ialah membuat dokumen wasiat untuk senaraikan hutang, senaraikan waris dan senaraikan harta.

Buatlah perancangan harta sebelum ke sana. Kita semua tidak tahu tentang ajal akan berlaku bila. Maka kenalah sentiasa bersedia.

Siapa yang lebih mengetahui tentang hutang, waris dan harta kita selain diri kita sendiri kan? Maka rekodkanlah dalam dokumen wasiat ini agar segala hutang terbayar, harta tidak terbeku, segala urusan pusaka berjalan lancar seperti lancarnya pengurusan jenazah anda nanti.

Pm saya untuk saya bantu.

www.wasap.my/60129051457/PerancanganHartaDuyufurrahman

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

18 Dec, 15:58


https://www.facebook.com/share/p/1QNg9LVbv6/

Wasiat kepada waris dan nafkah balu (Surah Al-Baqarah ayat 180 dan 240) telah dimansuhkan selepas turunnya Surah Al-Nisa' ayat 11, 12 & 176 dan hadis-hadis yang berkaitan dengan harta pusaka.

Ayat (seperti dalam gambar) yang selalu dikongsikan tentang hukum berwasiat kepada waris dan nafkah balu yang perlu ditanggung oleh belah arwah suami, Surah Al Baqarah ayat 180 & 240.

Ketahuilah bahawa hukum, perintah, suruhan, kewajipan dari surah ini telah pun dinasakhkan atau dimansuhkan selepas turunnya surah An Nisa', ayat 11, 12 dan 176 yang menceritakan tentang pembahagian faraid.

Hadis daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ اللهَ قد أعطى كلَّ ذي حقٍّ حقَّهُ؛ فلا وصيَّةَ لوارثٍ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang berhak akan hak masing-masing (faraid). Maka, tiada wasiat untuk waris.” (Riwayat Abu Daud)

Boleh bantu betulkan kalau ada kawan-kawan yang masih berkongsi ayat ini untuk 'menghalalkan' wasiat kepada waris dan nak tuntut nafkah balu.

Masih ada yang belum tahu tentang pemansuhan hukum ini. Itu yang menyebabkan masih ramai membuat wasiat kepada waris dan tuntut nafkah balu dari belah arwah suami.

Sama-sama kita bantu betulkan untuk elak mereka berkongsi perkara yang tidak tepat.

Sumber :
1. https://efaraid.mais.gov.my/wasiat/
2. https://vt.tiktok.com/ZS2psBhE7/
3. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/5538-irsyad-al-fatwa-siri-ke-757-tanggungjawab-nafkah-seorang-isteri-dan-anaknya-atas-kematian-suami

Nor Zazilah
Perunding Pewarisan Harta Islam

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

16 Dec, 03:21


Anak terkilan saudara-mara datang nak minta baju, tudung, jam tangan, beg tangan arwah mak? Sebab semua ini ada nilai sentimental pada anak arwah.

Lagi pun tahukah anda semua harta yang masih elok & boleh digunakan kena difaraid termasuk kain batik, pinggan mangkuk, tupperware? Bukan rumah, tanah, emas dan duit sahaja kena faraid.

Nak sedekah pun adalah selepas dapat persetujuan dari semua waris. Jelas?

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

16 Dec, 03:11


Koleksi Tudung Dikira Harta Faraid? Harta apa yang dikira harta pusaka kena faraid? Jom dengar jawapan dari Ustaz Azhar Idrus.

https://youtu.be/feAxQyE2dLs?si=_RwqmeLr7g23wxFY

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

16 Dec, 03:09


Yang kena faraid bukan duit, emas, tanah dan rumah sahaja. Segala harta milik si mati termasuk selipar, kain batik atau tudung, semuanya kena faraid selagi barang itu masih elok & boleh digunakan. Melainkan rosak, lusuh, koyak barulah tak kena faraid sebab sudah tidak boleh berikan manfaat atau digunakan.

Rujuk video Ustaz Azhar Idrus di sini 👇

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

12 Dec, 08:51


Bagaimana urusan pusaka bagi waris yang tidak dapat dikesan? Ikut step ni.

Panjang, lama dan makan masa lah jika ada waris yang tak dapat dikesan. Bertabahla. Uruskan pusaka ikut proses syarak dan undang-undang. Jauhi makan harta batil, haram & dosa besar. Jangan ambil hak waris lain. Biarlah susah di dunia (uruskan pusaka) dari susah di akhirat kan?

Itu sebabnya kenapa urusan pusaka kena dibuat segera. Takut bila makin bertambah waris akibat kematian berlapis, waris pun tak dapat dikesan, hidup ke mati ke. Tinggal kat mana? Ada yang tak kenal pun waris sebab tak pernah jumpa. 😰

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

01 Dec, 06:11


Nak buat hibah harta mestilah anda nak tahu bayar nanti dapat perkhidmatan apa. Apa proses nak buat hibah. Macam mana proses penerima hibah nak dapat harta yang dihibahkan selepas pemberi hibah meninggal dunia. Semua ni saya akan terangkan masa jumpa atau zoom nanti.

Booking slot appointment anda sekarang!

www.wasap.my/60129051457/SlotAppointment

Semua ni saya akan terangkan masa jumpa/zoom nanti.

Nak tanya apa2 soalan pun boleh. Masa jumpa nanti saya jawab semua soalan yang ditanya. InsyaAllah

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

01 Dec, 05:18


Jarang hari Sabtu & Ahad saya free. Selalunya mesti ada je appointment dengan prospek nak buat hibah harta.

Tapi hari ni saya free. Bolehla main cop-cop brochure ek.🤩

Saya Perunding Pewarisan Harta Islam full time.

Slot konsultasi yang saya available 👇

Weekdays : Jam 3 petang.

Weekend (Sabtu & Ahad) : Jam 10 pagi & 3 petang.

Nak slot bila? Tekan link ini :

www.wasap.my/60129051457/KonsultasiQuotationFREE

Konsultasi dan sebutharga adalah PERCUMA sahaja.

Puan Zas
𝘋𝘢𝘪𝘦 𝘗𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘔𝘢𝘸𝘢𝘳𝘪𝘵𝘩
𝘚𝘱𝘦𝘢𝘬𝘦𝘳 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘶𝘭𝘪𝘢𝘩 𝘞𝘢𝘴𝘪𝘺𝘺𝘢𝘩 𝘚𝘩𝘰𝘱𝘱𝘦 𝘉𝘦𝘳𝘩𝘢𝘥
𝑃𝑒𝑟𝑢𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔 𝑃𝑒𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐻𝑎𝑟𝑡𝑎 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚
🎁𝐻𝑖𝑏𝑎𝘩 📝𝑊𝑎𝑠𝑖𝑎𝑡, 💰𝑃𝑢𝑠𝑎𝑘𝑎, 👨‍👩‍👧‍👦𝐹𝑎𝑟𝑎𝑖𝑑

Konsultasi Percuma 🗣️

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

27 Nov, 10:37


Adik-beradik kandung (seibu dan sebapa) & adik-beradik sebapa ada tanggungjawab nafkah kerabat.

Tetapi adik-beradik seibu tiada tanggungjawab nafkah kerabat.

Jangan confius ya. Tanggungjawab nafkah, nasab adalah ikut sebelah bapa sahaja bukan sebelah ibu. Jelas?

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

27 Nov, 10:34


Turutan memberi nafkah atau nafkah kerabat.

Menurut Mazhab Syafie nafkah bagi kerabat itu adalah bapa hingga ke atas dan anak hingga ke bawah.

Oleh itu suatu yang tidak boleh dipertikaikan seorang bapa wajib menanggung nafkah anaknya semenjak anak itu lahir hingga hilang kelayakan anak itu terhadap nafkah daripada bapanya.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

27 Nov, 10:30


https://www.facebook.com/share/p/1Eax68Q28b/

ABANG IPAR DAPAT FARAID, WAJAR LEPASKAN KEPADA BALU ARWAH?

BILA ADIK-BERADIK JADI WARIS?

Adik-beradik hanya menjadi waris jika si mati tiada:

- Anak lelaki,

- Cucu lelaki (anak kepada anak lelaki),

- Bapa, atau

- Datuk.

FARAID DAN TANGGUNGJAWAB :

Tiga situasi utama:

1- Dapat faraid & ada tanggungjawab: Anak si mati di bawah umur atau masih belajar ijazah pertama.

2- Dapat faraid & tiada tanggungjawab: Anak si mati sudah dewasa, berkahwin, bekerja atau belajar melebihi ijazah pertama.

3- Tiada faraid tapi ada tanggungjawab: Contoh, adik-beradik lelaki si mati perlu menanggung anak-anak yatim meskipun tiada bahagian faraid.

PENGGUNAAN HARTA FARAID :

🧕 Adik-beradik perempuan: Boleh guna untuk diri sendiri kerana tiada tanggungjawab nafkah.

🧔 Adik-beradik lelaki:

- Wajib guna untuk nafkah anak yatim (jika ada).

- Jika tiada anak yatim, boleh guna untuk nafkah keluarga sendiri.

ABANG IPAR SEBAIKNYA LEPASKAN FARAID KEPADA BALU ARWAH?

Bahagian faraid adalah hak waris yang ditetapkan Allah. Hukum faraid WAJIB.

Boleh lepaskan jika ingin membantu balu, melepaskan tanpa dipaksa oleh sesiapa, sukarela melepaskan dan paling penting melepaskan hak setelah waris tahu bahagian faraid dan nilai yang diperolehi. Contohnya sudah tahu bahagiannya RM200,000. Supaya tidak ada pertikaian kemudian hari akibat tidak tahu jumlah sebenar bahagian faraid yang waris patut dapat. Hukum melepaskan hak ialah HARUS.

Tetapi tanggungjawab nafkah kepada anak yatim tetap tidak terlepas walaupun melepaskan bahagian faraid. Hukum nafkah kerabat ialah WAJIB.

PENTINGNYA HIBAH SEMASA HIDUP

Hibah (yang sah iaitu yang dibuat cukup rukun & syaratnya) memastikan harta seperti rumah dan kereta terus menjadi milik balu dan anak-anak mengikut hukum syarak dan undang-undang.

Jika tiada hibah, harta mesti melalui faraid tetapi faraid adalah baki selepas ditolak kos pengurusan jenazah, hutang, tuntutan harta sepencarian dan wasiat 1/3 kepada bukan waris.

KESIMPULAN

Rancang pewarisan harta semasa hidup. Hibahkan harta kepada isteri dan anak-anak jika ingin mereka memiliki sepenuhnya tanpa pertikaian tentang harta ini di kemudian hari. Ingat. Instrumen pewarisan ada hibah, wasiat, harta sepencarian bukan faraid sahaja. Semuanya ada dalam Islam. Sah asalkan dibuat cukup mengikut rukun & syaratnya.

Sumber :
1. Buku Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka yang ditulis oleh Haji Wan Abdul Halim bin Wan Harun. Beliau berpengalaman sebagai Pegawai Pembahagian Harta Pusaka selama 25 tahun, mantan Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Cawangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
2. Kuliah maghrib bersama Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, pengarah baitulmal, MAIS.
3. Kelas Harta Perkahwinan Milik Siapa bersama Yang Amat Arif, Dato' Haji Abdul Walid bin Abu Hassan, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah, Negeri Pahang

Nor Zazilah
Perunding Pewarisan Harta Islam

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

22 Nov, 09:08


Faraid (ke atas harta pusaka orang yang sudah meninggal dunia) adalah wajib. Wajib sama seperti hukum solat, zakat, muamalat dan hudud.

Ia wajib dilaksanakan, diamalkan, tidak boleh diubah atau diabaikan walaupun telah sekian lama disyariatkan. Ia memelihara kepentingan semua pihak. Walau bagaimana sekalipun manusia merasakan pandangan mereka adalah lebih baik, namun undang-undang Allah tetap yang terbaik.

Harta tu kalau kena faraid, faraidkanlah. Kalau dah hibah, dapatlah kepada penerima hibah. Kalau nak tuntut sebagai harta sepencarian, tuntutlah di Mahkamah Tinggi Syariah. Kalau wasiat kepada bukan waris, laksanakanlah wasiat si mati asalkan tak lebih 1/3.

Jangan buat cara sendiri. Ikutlah hukum. Nak hak, bukan tamak. Nak lebih dari sepatutnya barulah dipanggil tamak.

Jika anda tak nak bagi bahagian waris lain, maknanya andalah yang tamak sebab nak lebih dari sepatutnya yang anda layak dapat! Anda nak jawab apa dengan Allah nanti sebab tak nak bagi bahagian waris lain?

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

22 Nov, 08:56


TUNTUT HAK BUKAN SEKALI-KALI TAMAK

Orang yang tuntut hak dia yang dibenarkan syarak tak sekali-kali orang tamak. Itu hak dia, memang wajib diberikan kepada dia walaupun sekecil sepuluh sen. Jauh sekali mereka jahil, sebaliknya mereka cerdik kerana tahu dan peka hak masing-masing.

Siapa sebenarnya yang jahil? 🤔

Kalau mereka dah dapat hak mereka dalam faraid, mereka nak sedekah itu terpulang kepada masing-masing.

Memang pun Allah SWT akan tanya kita tentang semua harta yang kita perolehi, dari faraid atau dari sumber lain. Allah SWT juga akan tanya mereka yang menafikan hak faraid kepada waris yang berhak.

Faraid adalah wajib, faraid perintah Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa ayat 11 bermaksud:
“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan."

Orang yang tamak ialah orang yang meminta atau menuntut lebih daripada hak dia yang sepatutnya.

Belajarlah ilmu harta pusaka supaya tak keluarkan fatwa mengarut dan termakan harta orang lain secara bathil.

Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.

Insha Allah...😬

USTAZ LARIBA

Posting asal :
https://www.facebook.com/share/p/15YYqTqC8G/

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

22 Nov, 08:55


Kadang-kadang saya share juga tips, ilmu atau tutorial yang saya rasa bagus untuk dikongsi kepada semua. Semoga bermanfaat.☺️

InsyaAllah saya akan kongsikan teks khutbah jumaat JAIS setiap minggu ya. Kalau perempuan tidak pergi solat jumaat, tetapi kita jangan ketinggalan perkongsian dari khutbah jumaat. Mungkin en.suami terlupa nak kongsikan dengan isteri, jadi saya share ya 😊

#DakwahMelaluiTulisan

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

22 Nov, 08:54


KHUTBAH JUMAAT, 22 NOVEMBER 2024.
Tajuk : "SELANGOR PERTAHAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH"
Terbitan: Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid, JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

22 Nov, 08:53


KHUTBAH JUMAAT, 15 NOVEMBER 2024.
Tajuk : "GEJALA DADAH SEKALI CUBA MERANA SELAMANYA"
Terbitan: Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid, JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

19 Nov, 06:00


Antara hutang si mati yang wajib diuruskan oleh waris ialah bayarkan hutang (tunggakan) zakat yang si mati tak buat masa hidup. Contohnya zakat KWSP ni. Take note ya waris-waris..

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

19 Nov, 05:57


Berkenaan ‘ZAKAT SIMPANAN KWSP BAGI LEBIHAN DARI RM 1 JUTA YANG DIBENARKAN KELUAR’. Soalan diterima dari komen facebook saya. Disertakan jawapan sangat ringkas saya. Moga bermanfaat.

KESIMPULAN: Wajib zakat dan jika belum bayar, wajib qadha'

Sumber : Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

18 Nov, 09:03


https://www.facebook.com/share/p/15WyFq8gHx/

Selain bantu pelanggan buat hibah harta, urus pusaka, pagi tadi saya dijemput oleh agensi saya untuk berkongsi tips bagaimana pelanggan boleh nak bertindak buat perancangan harta, apa solusi yang diberikan untuk bantu pelanggan.

Semoga sahabat perunding yang lain pun dapat bantu prospek mereka membuat perancangan harta.

Yang pasti, semuanya dengan izinNya. Allahlah yang telah membuka hati pelanggan-pelanggan saya untuk bertindak.

Ada pelanggan yang present, terus close on the spot. Terus bayar. Ada juga pelanggan yang dah 3 tahun selepas present, baru close. Datang semula kat kita kata nak bayar.

Dalam bidang pewarisan harta, itu lah yang bestnya. Tak close sekarang bukan bermakna prospek tu tak nak buat. Nanti tahu-tahu prospek wasap atau call ajak jumpa. Eh terkejut kita.

Sebab semua orang tahu memang penting buat perancangan harta masa hidup kalau tak nak waris bergaduh kerana harta dia, tak nak waris putus silaturrahim akibat ada yang tamak, tak nak ada waris yang makan harta batil. Tak nak ada adegan sihir-menyihir sebab tak puas hati dan sebab utama rancang harta, nak pastikan hutang yang ada (jika meninggal ada hutang belum dibayar seperti zakat, fidyah, haji, hutang dengan individu) terbayar selepas mati nanti dan nak pastikan kebajikan pasangan, anak-anak terutamanya anak bawah umur, anak OKU, isteri surirumah terjamin kebajikan mereka walaupun pemilik harta sudah tiada.

Nor Zazilah
Perunding Pewarisan Harta Islam

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

18 Nov, 00:33


Perunding pewarisan harta merupakan seorang pejuang atau pendakwah juga tau. Itu sebabnya kami digelar juga sebagai DAIE MAWARITH. Maksud daie ialah pendakwah. Mawarith pula bermaksud harta pusaka (pewarisan). Kami berjuang untuk menyampaikan apa yang haq dan batil, membetulkan salah faham dalam masyarakat, menyebarkan ilmu pewarisan yang ada dalam syarak seperti faraid, hibah, wasiat, harta sepencarian. Doakan segala perjuangan dan dakwah kami dipermudahkan dan mendapat ganjaran pahala dariNya.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

17 Nov, 04:09


Nak tahu syarikat apa yang bagus, antaranya tengok ejen / perunding tu buat takaful / rancang harta dengan syarikat apa. Sebab kalau dia pun ambil dengan syarikat yang dia jual produknya, insyaAllah syarikat tu bagus sebab kalau tak bagus, dia pun tak akan jadi client dan ejen/ perunding jual produk syarikat tu. Dia pun dah lompat syarikat lain.

Saya pun perunding. Saya tahu lah.. 😄 Saya pun survey banyak syarikat sebelum decide nak jadi ejen syarikat apa..

Anda berminat nak jadi perunding hibah harta seperti saya? Jom join team saya.

www.wasap.my/60129051457/TeamNorZazilah

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

17 Nov, 04:08


Kemudian, bagaimana saya ada khairat pusaka dan buat hibah harta? Saya ambil apabila saya sudah menjadi perunding pewarisan harta.

Terlalu banyak kisah benar saya lihat sendiri dari perkongsian client saya. Saya pula sudah dapat maklumat yang sangat jelas kenapa penting ada khairat pusaka dan hibah harta. Maka saya terus buat.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

17 Nov, 04:08


Ketika saya berhenti makan gaji pada tahun 2012, saya uruskan bisnes sewaan kanopi. Disebabkan hanya suami sahaja bekerja dan ada pendapatan tetap, manakala bisnes bukanlah gerenti ada gaji, maka saya sudah terfikir suami wajib ada takaful hibah dan medical card. Jadi ambil takaful untuk suami dulu.

Takaful untuk saya pula saya ambil apabila saya menjadi ejen takaful. Dan walaupun sekarang saya bukan lagi ejen takaful dan full time perunding pewarisan, tetapi takaful tetap saya teruskan kerana memahami kenapa pentingnya ada takaful bukan sebab saya ejen saya kena ambil, bila tak jadi ejen, tak ambil.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

17 Nov, 04:08


Masa beli rumah dan sudah pindah masuk duduk rumah sendiri saya sudah terfikir nak masuk khairat kematian di tempat perumahan. Jadi bila diberitahu dibuka pendaftaran untuk khairat kematian, saya terus daftar.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

17 Nov, 04:07


Alhamdulillah. Syukur kerana pernah jadi ejen takaful dan kerana saya adalah seorang perunding pewarisan harta, maka saya telah completekan 5 perkara kena buat sebelum sakit dan mati.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

17 Nov, 04:05


5 PERKARA KITA KENA AMBIL MASA HIDUP SUPAYA KEWANGAN TAK GAWAT MASA KITA SAKIT ATAU MATI.

Hidupni kena buat perancangan terutamanya mengenai kewangan. Jangan dapat gaji setiap bulan, terus habiskan tanpa buat sesuatu untuk masa hadapan.

1. KHAIRAT KEMATIAN.
Kita masuk KHAIRAT KEMATIAN tula yang akan bantu uruskan jenazah kita.

2. KHAIRAT PUSAKA.
Kita masuk KHAIRAT PUSAKA tula akan bantu uruskan hutang & harta pusaka kita supaya tak jadi harta beku dan hutang terbayar.

3. HIBAH HARTA.
HIBAH HARTA tula bantu waris kita tak makan harta batil, dapat rumah sebagai tempat berlindung.

4. HIBAH TAKAFUL.
Kita masuk HIBAH TAKAFUL tula bantu sara diri waris kita atau kita guna untuk keperluan diri kita sendiri andai kata berlaku cacat kekal kat kita (nauzubillahiminzalik).

5. MEDICAL CARD.
MEDICAL CARD tu la bantu kita bayar kos rawatan bila kita sakit.

Alhamdulillah saya sudah ada 5 perkara ini sebagai usaha merancang kewangan (protection) keluarga saya ❤️❤️❤️❤️❤️
Anda bagaimana? 😊

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

17 Nov, 04:05


Walk the talk.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

13 Nov, 08:00


Satu kematian direkod setiap 2 minit di Malaysia, manakala 22 kematian direkodkan setiap jam, 533 kematian sehari atau bersamaan 15,990 kematian sebulan.

Sumber : https://www.kosmo.com.my/2024/05/14/satu-kematian-direkod-setiap-2-minit-di-malaysia/#:~:text=Uzir%20Mahidin%20berkata%2C%20secara%20purata,manakala%20perempuan%20pula%20sebanyak%2020%2C530

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

13 Nov, 04:30


Bukan semua harta kena faraid. Kena tahu dulu harta tu pusaka atau bukan pusaka ya. Harta pusaka sahaja yang kena faraid. Harta bukan pusaka, tak perlu faraid. Jelas?

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

13 Nov, 04:24


Harta pusaka sahaja yang kena faraid.

Harta yang sudah dibuat hibah ketika pemilik harta hidup, tidak perlu difaraidkan kerana harta yang dah dibuat hibah bukan harta pusaka.

https://efaraid.mais.gov.my/EFARAID/faraidCalc.do

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

13 Nov, 04:24


Kalau turutkan kehendak waris lain yang suruh anda lepaskan bahagian tu, tapi anda rasa tak redha, terpaksa, akhirnya anda putuskan silaturrahim. Tak datang raya lah. Tak nak tengok muka mereka lagi dah. Dendam? Benci? Selalunya beginilah yang akan terjadi nanti..

Semua waris kena faham hak dan tanggungjawab. Ikut hukum. Patuh pada Allah. Harta yang dapat ni pun ibarat harta free dari si mati, tak payahla berebut.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

13 Nov, 04:22


Kena paksa ni kisah benar yang banyak berlaku. Dipaksa secara terang-terangan pun ada, dipaksa secara berkias ada. Tapi jika anda ada ilmu, anda tidak mudah dipaksa kerana anda jelas dan tahu apa yang betul dan salah.

Jika tak tahu, bertanyalah.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

03 Nov, 10:42


Jangan memandai-mandai dalam urusan hukum. Bukan semua harta boleh dihibahkan.😱

Kebanyakan daripada mereka hanya membuat andaian peribadi tentang hibah. Ini menyebabkan mereka tersalah di dalam menyampaikan maklumat dan seterusnya mengelirukan lagi masyarakat. Lebih teruk lagi bila mereka mengambil jalan mudah dengan mengatakan bahawa semua harta boleh dihibahkan sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Jom luangkan masa anda hadam artikel nukilan CEO Wasiyyah Shoppe Berhad, Tuan Haji Ariffin Sabirin Official . Tekan link di bawah untuk baca👇

https://shorturl.at/hRqVI
https://shorturl.at/hRqVI
https://shorturl.at/hRqVI

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

03 Nov, 10:01


https://www.facebook.com/share/p/15Wys77YtE/

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Banyaknya kenapa. Sebab tak tahu hukum faraid. Tak tahu proses undang-undang menguruskan pusaka.

Masa hidup boleh rancang, kenapa tak rancang?

Konsultasi dan quotation percuma sahaja. Dapatkan slot temujanji anda di sini 👇

www.wasap.my/60129051457/KonsultasiQuotationFREE

Nor Zazilah
𝘋𝘢𝘪𝘦 𝘗𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘔𝘢𝘸𝘢𝘳𝘪𝘵𝘩
Penceramah bertauliah Wasiyyah Shoppe Berhad
𝑃𝑒𝑟𝑢𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔 𝑃𝑒𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠𝑎𝑛 𝐻𝑎𝑟𝑡𝑎 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚
🎁𝐻𝑖𝑏𝑎𝘩 📝𝑊𝑎𝑠𝑖𝑎𝑡 💰𝑃𝑢𝑠𝑎𝑘𝑎 👨‍👩‍👧‍👦𝐹𝑎𝑟𝑎𝑖𝑑

Konsultasi Percuma 🗣️

#info #faraid #pusaka #hartasepencarian #hibah #wasiat #Hibahharta #share #kausarwealthmanagementsdnbhd
#klang #shahalam #klangvalley #selangor #malaysia #sabahsarawak #sabah #sarawak
#WasiyyahShoppeBerhad
#SyarikatAmanahPatuhSyariah
#TeamWasiyyah
#uruspusakadiwsb
#rancanghartadiwsb #hibahhartanahbercagar

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

03 Nov, 10:01


Cover 1 Malaysia. Termasuk Sabah Sarawak.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

29 Oct, 06:36


Nak booking slot taklimat percuma di syarikat/agensi/organisasi anda, tekan link ini 👇

http://www.wasap.my/60129051457/SlotTaklimatPERCUMA

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

29 Oct, 06:34


https://www.facebook.com/share/p/WnydGwT5BWqhri2U/

Faraid, wasiat dan hibah ada dalam silibus pembelajaran Feqah tahun 6, Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor. Usaha yang baik untuk memberikan pendedahan tentang ilmu pewarisan harta Islam sejak dari kecil.

Yang dah jadi mak ayah, atok nenek, boleh menuntut ilmu pewarisan harta di surau masjid berhampiran anda. Atau boleh jemput saya memberikan sesi taklimat pewarisan harta di tempat anda bekerja, secara percuma sahaja.

Ilmu itu cahaya, jahil itu kegelapan.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

25 Oct, 15:35


https://www.facebook.com/share/v/paqE1kWhBy1x6avW/

Sudah masuk tahun ke-4, saya sebagai Perunding Pewarisan Harta Islam di bawah syarikat amanah patuh syariah terbesar di Malaysia iaitu Syarikat Wasiyyah Shoppe Berhad. Syarikat yang mempunyai lebih 90,000 pelanggan di seluruh Malaysia. Sudah 20 tahun dalam pasaran. Kami juga merupakan syarikat penyedia dokumen hibah terbanyak di Malaysia. Alhamdulillah.

Masa saya masuk memang dah ada kelas secara hybrid iaitu fizikal dan online. Jika dibandingkan sebelum saya masuk, atau lebih tepat lagi sebelum covid, semua kelas fizikal katanya. Memang mudahkan perunding bila kelas hybrid ni. Ada kalanya bagus kelas fizikal. Tapi ada masanya online pun bagus juga supaya lebih ramai perunding boleh hadir. Perunding kan ada di seluruh Malaysia. Kelas fizikal bila perlu sahajalah.

Ketika awal saya di sini, akad hibah di Wasiyyah Shoppe Bhd hanya ada fizikal dan online, dokumen hibah bercetak. Kemudian sejak Februari 2023, Wasiyyah Shoppe Bhd melangkah maju lagi apabila menyediakan aplikasi UsraHDD iaitu aplikasi untuk melaksanakan akad hibah secara digital pertama di dunia, paperless (dokumen hibah tidak perlu dicetak). Kini hibah kami jika pemberi hibah di Malaysia dan penerima hibah berada di luar negara pun boleh. Baca di sini untuk info selanjutnya apa itu hibah digital 👇

UsraHDD: Hibah Digital Patuh Syariah Tanpa Kertas Pertama Di Dunia -*
https://suaramerdeka.com.my/usrahdd-hibah-digital-patuh-syariah-tanpa-kertas-pertama-di-dunia/

Semalam saya hadir ke program "Rich Network Club", Wasiyyah Shoppe Berhad. Mendengar bagaimana syarikat dan perunding, boleh saling pergi lebih jauh dalam industri ini.

Saya sangat berbangga menjadi perunding Wasiyyah Shoppe Berhad. Semoga lebih banyak kejayaan dan pencapaian membanggakan kepada Wasiyyah Shoppe Berhad dapat saya saksikan di masa akan datang.

Nor Zazilah
Perunding Pewarisan Harta Islam
Wasiyyah Shoppe Bhd

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

19 Oct, 05:48


Apakah pula sebab anda tak buat hibah? 🤔

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

19 Oct, 05:47


Saya tanya soalan ni dalam kelas kuliah maghrib di surau. Ramai para suami dengar soalan yang saya tanya mewakili para isteri dan jawapan Ustaz. Kemudian saya kongsikan di sini supaya ramai suami dapat ilmu ni juga.

Saya faham perasaan isteri dan anak-anak yang susah nak nasihatkan suami atau bapa mereka.

Mana tahu penjelasan dari Ustaz yang juga seorang lelaki ni mudah difahami oleh suami kan?

Dalam kelas pun Ustaz kata "Ha dengar tu suami-suami sekalian. Buat hibah. Isteri nak cakap buatlah hibah". Hehe.

Yelah Ustaz. Saya sampaikan luahan isteri. Dan nak tahu juga dari perspektif lelaki, apakah sebab suami tak nak buat hibah. 😁

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

19 Oct, 04:37


Sedangkan hibah ini adalah kerana memikirkan KEBAJIKAN waris yang ditinggalkan seperti isteri dan anak-anak terutamanya isteri surirumah dan anak yang masih bawah umur yang tetap perlu dijaga kebajikannya seperti tempat tinggal, sara hidup, pendidikan, perubatan walaupun si suami atau bapa sudah tiada.

SALAH FAHAM SUAMI.

Di sini saya dapat simpulkan bahawa ramai suami tak buat hibah sebab percaya mitos, mempunyai persepsi yang salah tentang hibah atau tidak mempunyai ilmu atau kefahaman yang tepat tentang hibah.

Hibah ada banyak jenis antaranya ada hibah bersyarat. Tak perlu risau kerana bukan suruh buat pindah milik harta dalam geran kepada nama isteri sekarang. Kalau buat pindah milik memang berisikolah jika isteri meninggal dulu, kena faraid kat waris isteri pula.

Buat hibah bersyarat. Apabila suami meninggal baru letak nama isteri dalam geran. Masa hidup ni, dalam geran masih nama suami. Kalau isteri meninggal dulu, suami boleh kahwin lain dan letak nama isteri baru pula kan.

Jadi ingat tu semua para suami. Buang semua salah faham anda. Fikirkanlah kebajikan isteri dan anak yang ditinggalkan. Jadilah suami dan bapa yang bertanggungjawab. Tinggalkanlah waris dalam keadaan kaya (kerana anda ada harta) adalah lebih baik dari tinggalkan waris dalam keadaan meminta-minta.

"Sesungguhnya jika kamu meninggalkan warismu dalam keadaan kaya atau mencukupi, ia lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan tidak cukup, dengan menadah-nadah tangan meminta daripada tangan-tangan (bantuan) manusia”.

Riwayat al-Bukhari (2742)

DUIT MUDAH DIFARAIDKAN. TETAPI RUMAH KENA JUAL ATAU LETAK NAMA SEMUA WARIS DALAM GERAN JIKA KENA FARAID.

Kalau RM2juta tu harga rumah sahaja dah RM1.5 juta, KWSP RM0.5 juta. Nak kena jual rumah dan beli rumah lain RM500,000 dengan kos sara hidup lagi, macam mana kebajikan isteri? Tak mahulah balu jadi asnaf pusat zakat pula kan? Fikir-fikirkanlah.

KOS HIBAH VS HARTA SEPENCARIAN.

Masa hidup boleh buat hibah. Dah meninggal faraid atau tuntut harta sepencarian. Nak tuntut harta sepencarian kena ada bukti sumbangan, hujahan yang baik untuk buktikan anda layak tuntut harta sepencarian dan anda kena mampu untuk tanggung kos guaman. Lebih jimat buat hibah masa hidup. Sudah pasti buat hibah pun ada kos bukan percuma tapi lebih jimat duit dan masa. Bayar ansuran pun boleh, tak semestinya bayar lumpsum (one-off).

KESIMPULAN.

Masa hidup boleh buat hibah. Apabila mati, tak buat hibah memang kena faraid.

Apabila harta tu dah dihibahkan, maka ia milik penerima hibah. Jika harta tu tak dibuat hibah, wasiat atau tuntutan harta sepencarian, maka kena faraid, wajiblah faraid. Waris yang lari dari faraid, selalu minta waris lain termasuk baitulmal lepaskan hak, itu tindakan salah. Kenapa tak buat hibah masa hidup? Hibah pun ada dalam Islam.

DALIL PENSYARIATAN HIBAH.

Al-Quran

Firman Allah SWT:

فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

Yang bermaksud: “Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (Surah al-Nisa’: 4)

Al-Hadis

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

تَهَادُوا تَحَابُّوا

Yang bermaksud: “Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi.” (Riwayat Al-Bukhari)

Jika dah diberikan dalil dan hadis tentang hibah pun anda masih tak percaya, itu silap anda. Tapi sedihnya, waris yang menjadi mangsa salah faham si suami atau bapa.

Wallahua'lam.

Nor Zazilah.
Perunding Pewarisan Harta Islam.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

19 Oct, 04:37


https://www.facebook.com/share/p/GSx1QVRHFJojkkNX/

WARIS BAITULMAL DAN SALAH FAHAM SUAMI TENTANG HIBAH.


Para isteri kena baca ni supaya tahu kenapa ada suami yang tak nak buat hibah. Dan para isteri boleh betulkan fahaman suami yang salah faham ni ya.

Ketika kelas pengajian Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka bersama Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid iaitu
Pengarah Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor pada Rabu lepas di surau perumahan saya, Ustaz ada kongsikan situasi-situasi yang waris si mati ialah Baitulmal.

SITUASI JIKA BAITULMAL MENJADI WARIS.

Dalam beberapa keadaan, Baitulmal boleh menjadi waris kepada si mati.

Contoh 1 : Jika si mati hanya meninggalkan waris iaitu isteri, pusaka si mati bernilai RM2juta :

1. Isteri : 1/4 = RM500,000
2. Baitulmal : 3/4 = RM1,500,000

-------------------------

Contoh 2 : Jika si mati hanya meninggalkan waris iaitu isteri dan seorang Saudara Seibu Perempuan (adik-beradik perempuan seibu), pusaka si mati bernilai RM2juta :

1. Isteri : 3/12 = RM500,000
2. Saudara Seibu Perempuan (adik-beradik perempuan seibu) : 2/12 = RM333,333.33
3. Baitulmal : 7/12 = RM1,166,666.67

------------------------

Mengikut pengalaman Ustaz Indera, ramai balu (isteri si mati) terkejut kerana bahagian isteri "sedikit" dan akan meminta Baitulmal untuk melepaskan haknya ke atas pusaka arwah suaminya.

Ustaz kata ibarat "Sudah terhantuk, baru terngadah", faraid adalah akibat tidak buat perancangan harta masa hidup seperti hibah. Jadi jika si mati tak buat hibah, isteri disarankan membuat tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah sebelum pusaka arwah suaminya difaraidkan.

Baitulmal tidak boleh melepaskan hak kerana menjaga kepentingan umum. Jika balu mahu kesemua harta arwah suami, maka perlulah menebus bahagian baitulmal.

SOALAN SAYA KEPADA USTAZ INDERA, PENGARAH BAITULMAL.

Ustaz, seperti Ustaz nyatakan tadi, bahagian baitulmal contohnya 7/12. Bahagian isteri ialah 3/12. Masa hidup isteri dah ajak suami buat hibah memandangkan keadaan isteri yang tidak bekerja, tiada anak untuk menanggungnya apabila suami tiada, umur pun sudah lanjut tiada kemampuan bekerja. Ustaz kata baitulmal tidak boleh melepaskan bahagian kerana menjaga kepentingan umum ummat Islam, jadi dicadangkan balu membuat tuntutan harta sepencarian. Tetapi seperti kita tahu, tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah ada kos, bergantung kepada nilai harta si mati contohnya RM10,000 ke atas, jadi mungkin balu tiada duit untuk buat tuntutan harta sepencarian maka balu akan dapat faraid sahaja.

Jadi soalan saya, apakah sebab para suami biasanya tidak mahu buat hibah harta, pada pandangan ustaz (sebagai lelaki)?

Dan selalunya saya jumpa suami tak mahu buat hibah kerana sudah ada faraid, buat hibah ni tak ada dalam Islam dan hibah ni hanya menguntungkan syarikat nak buat bisnes kata si suami. Bagaimana Ustaz mahu nasihatkan suami untuk buat hibah harta?

Jawapan ustaz. Suami tak nak buat hibah kerana :
1. Suami selalu rasa isteri mati dulu, bukan suami mati dulu.
2. Suami berkira-kira nak buat hibah.
3. Suami selalu rasa "Bukan kau seorang isteri aku".

(Saya terkejut dengar jawapan Ustaz. Oh, begini rupanya lelaki / suami berfikir tentang hibah ya?)

Hehe.. Memang begitulah mitos yang para suami selalu fikir kata Ustaz.

Ustaz mengingatkan lagi bahawa faraid hanya terjadi selepas suami mati. Masa hidup boleh buat hibah. Faraid adalah sebab si mati tak buat apa-apa perancangan masa hidup, maka dah meninggal, kena faraidlah.

Ustaz juga mengajak semua pemilik harta jangan fikir bahawa hibah ini tiada dalam Islam. Instrumen pewarisan harta ada banyak, bukan faraid sahaja. Ada hibah, wasiat, harta sepencarian juga. Asalkan dibuat ikut rukun dan syaratnya.

Ustaz juga menyeru semua agar membuang salah faham bahawa buat hibah ni adalah kerana syarikat tersebut nak buat untung, perniagaan.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

18 Oct, 09:19


Waris sisi kepada datuk si mati: mereka ialah datuk saudara seibu sebapa, datuk saudara sebapa dan keturunan mereka ke bawah yang mewarisi = TIADA DALAM GAMBAR tu ya. Selalunya dah meninggal sebab yang muda pun dah tiada kan. Tapi mana tahu panjang umur, waris ni ada lagi, maka mereka ialah waris juga.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

18 Oct, 09:15


https://www.facebook.com/share/p/XdV6YXZqPvULU6uZ/

APA ITU WARIS UTAMA, WARIS GANTI DAN WARIS KEDUA (SISI)?

Alhamdulillah rezeki dapat hadir lagi kelas pengajian Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka bersama Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid iaitu
Pengarah Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor pada Rabu lepas di surau perumahan saya. Kelas bersama Ustaz Indera hanya sebulan sekali. Jadi saya memang tak mahu terlepas kelas ustaz. Lain rasanya kelas fizikal, berguru secara berdepan, siap boleh tanya soalan.

Topik kuliah maghrib kali ini ialah :

A) Waris Utama (rujuk gambar, kotak warna merah).
Jika waris utama ini ada, mereka akan menerima bahagian tertentu mengikut hukum Faraid, manakala waris lain seperti adik-beradik atau datuk dan nenek hanya akan mewarisi sekiranya tiada waris utama atau ada lebihan harta selepas pembahagian kepada waris utama selesai.

1. Anak Lelaki.
2. Anak Perempuan.
3. Suami.
4. Isteri.
5. Ibu.
6. Bapa.

B) Waris Ganti (rujuk gambar, kotak warna biru).

1. Cucu Lelaki dari Anak Lelaki.
2. Cucu Perempuan dari Anak Lelaki.
3. Nenek sebelah ibu dan bapa.
4. Datuk sebelah bapa sahaja.

C) Waris Kedua atau sisi (rujuk gambar, kotak warna hijau).

Waris kedua bermakna waris yang mendapat pusaka ketika waris utama dan waris pengganti tidak ada, atau waris utama atau waris pengganti ada tetapi tidak boleh menghabisi pusaka tersebut. Dengan syarat waris kedua tersebut tidak terdinding oleh waris utama atau waris pengganti atau terdinding oleh waris kedua yang lebih hampir.

Misalnya saudara seibu sebapa tidak terdinding oleh anak perempuan, tetapi anak perempuan mendindingkan saudara seibu. Saudara sebapa terdinding dengan saudara seibu sebapa lelaki. Dengan kata lain, waris kedua adalah waris yang lebih jauh berbanding dengan waris utama dan waris pengganti. Mereka mendapat bahagian sekiranya harta tersebut tidak dapat dihabiskan oleh waris yang lebih hampir.

Waris kedua dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu:

1. Waris sisi kepada si mati: mereka ialah saudara seibu sebapa (adik-beradik kandung), saudara sebapa (adik-beradik sama bapa), saudara seibu (adik-beradik sama ibu) dan keturunan mereka ke bawah yang mewarisi.

2. Waris sisi kepada bapa si mati: mereka ialah bapa saudara seibu sebapa, bapa saudara sebapa dan keturunan mereka ke bawah yang mewarisi.

3. Waris sisi kepada datuk si mati: mereka ialah datuk saudara seibu sebapa, datuk saudara sebapa dan keturunan mereka ke bawah yang mewarisi.

*Waris ialah hubungan dengan si mati.
*Kotak warna hitam = si mati.

Nor Zazilah.
Perunding Pewarisan Harta Islam.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

18 Oct, 09:15


Kadang-kadang saya share juga tips, ilmu atau tutorial yang saya rasa bagus untuk dikongsi kepada semua. Semoga bermanfaat.☺️

InsyaAllah saya akan kongsikan teks khutbah jumaat JAIS setiap minggu ya. Kalau perempuan tidak pergi solat jumaat, tetapi kita jangan ketinggalan perkongsian dari khutbah jumaat. Mungkin en.suami terlupa nak kongsikan dengan isteri, jadi saya share ya 😊

#DakwahMelaluiTulisan

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

18 Oct, 09:14


KHUTBAH JUMAAT, 18 OKTOBER 2024.
Tajuk : "IMAM MAHDI ANTARA KEBENARAN DAN PENYELEWENGAN"
Terbitan: Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid, JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

18 Oct, 09:13


KHUTBAH JUMAAT, 11 OKTOBER 2024.
Tajuk : "KUKUHKAN IKATAN PERKAHWINAN ELAKKAN PERCERAIAN"
Terbitan: Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid, JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

18 Oct, 09:11


KHUTBAH JUMAAT, 4 OKTOBER 2024.
Tajuk : "BETULKAN AKIDAH PENGIKUT GISBH"
Terbitan: Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid, JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

18 Oct, 09:10


KHUTBAH JUMAAT, 27 SEPTEMBER 2024.
Tajuk : "KENAPA GISBH BUAT BEGINI KEPADA KANAK-KANAK"
Terbitan: Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid, JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

15 Oct, 12:47


Nak buat apa kalau geran tanah hilang atau rosak? Ini panduan 'A to Z' untuk dapatkan gantian.

https://www.mstar.com.my/xpose/i-suke/2024/10/14/nak-buat-apa-kalau-geran-tanah-hilang-atau-rosak-ini-panduan-a-to-z-untuk-dapatkan-gantian

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

12 Oct, 03:38


Setiap harta pusaka kena faraid jika tak dibuat hibah masa hidup.

Wasiyyah Shoppe Berhad ada menyediakan perkhidmatan penyediaan dokumen hibah barang kemas. Pm untuk maklumat lanjut.

www.wasap.my/60129051457/HibahBarangKemas

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

12 Oct, 03:34


Kalau sayang, nak simpan atau pakai emas si mati untuk kenang-kenangan, tebus bahagian waris lain.

Tapi... Kalau tak mampu tebus/beli bahagian waris lain, jangan nak bolot juga. Haram.

Mampu, beli bahagian waris
Tak mampu, jual dan agih ikut faraid
Bolot sorang tapi waris tak redha

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

09 Oct, 05:56


Jom "celik" dan ada ilmu pewarisan harta.

Jemput suami, isteri, anak, adik-beradik, kawan, jiran belajar tentang ilmu pewarisan harta Islam (Faraid, Hibah, Wasiat, Pengurusan Pusaka, Harta Sepencarian) di Telegram Channel saya 👇

https://t.me/Nor_Zazilah

Semoga bermanfaat.

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

09 Oct, 02:03


Pm saya jika anda mahu saya berikan taklimat pewarisan harta di pejabat, sekolah, surau, masjid atau kepada ahli keluarga anda. Percuma sahaja. Tiada caj dikenakan.

www.wasap.my/60129051457/TaklimatPewarisanHartaIslam

Info Hibah, Wasiat & Faraid - Nor Zazilah

09 Oct, 02:00


Itu sebabnya saya mahu jadi faqih, pakar dalam ilmu pewarisan harta Islam - hibah, faraid, wasiat, harta sepencarian.

Sebab banyak salah faham tentang pewarisan harta sehingga menimbulkan masalah kepada waris, agama dan juga negara. Bukan perkara kecil bab harta pusaka ni.

RM90 Bilion harta beku sebagai bukti bahawa tanpa perancangan harta, ramai akan rugi.

Waris tak dapat manfaat ke atas harta pusaka yang ditinggalkan. Hutang si mati ada yang tak diuruskan waris.

Doakan perjalanan dakwah dan misi menyampaikan ilmu pewarisan harta saya kepada ummah dipermudahkan. Amin yra.